SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

06 Mei 2010

OMAR BIDAS KETUA JABATAN LABEL CUEPACS HARAM

Sinar Harian
3/3/2010



KUALA TERENGGANU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kesal dengan sikap segelintir ketua jabatan kerajaan yang menyifatkan Cuepacs sebagai haram dan melarang pekerjanya menghadiri perhimpunan anjuran kesatuan itu. Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya kini masih menunggu laporan sebelum mengemukakan nama jabatan yang sukar memberikan kerjasama itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Menurutnya, Pengerusi Cuepacs setiap negeri keti
ka ini telah diarah mendapatkan butir mengenai jabatan yang mengharamkan Cuepacs dan laporan mengenainya akan dibawa pada peringkat kerajaan. “Kami terima maklumat, ada sesetengah ketua jabatan tidak menyokong dan mengharamkan pekerja mereka menjadi ahli Cuepacs untuk menyertai perhimpunan atau program yang kami adakan, seolah-olah Cuepacs seperti sebuah kesatuan tidak berdaftar. “Malah, ada ketua jabatan yang bertindak menukar pekerja mereka ke tempat lain gara-gara pekerja mereka aktif dalam Cuepacs dan keadaan ini tidak adil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam 2010, anjuran Cuepacs di Stadium Negeri, di sini, semalam. Mengulas lanjut, beliau berkata, sikap segelintir ketua jabatan terbabit menyebabkan pekerja mereka sentiasa khuatir kerana takut ditukar, seterusnya menjadikan suasana kerja tidak lagi harmoni. “Sepatutnya ketika ini Cuepacs memperjuangkan nasib pekerja sektor awam membabitkan semua peringkat dan ketua jabatan berkenaan perlu memberikan kerjasama. "Jika ada perkara yang tidak betul, mereka boleh ketengahkan dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang diiktiraf kerajaan," katanya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni kena ambil tindakan ni

Tanpa Nama berkata...

jgn bagi muka!!

Tanpa Nama berkata...

Jangan cakap aje bergegar tapi habuk pun tarak

Maznah bt Abdullah Sani berkata...

mereka memperlekehkan golongan sokongan terutama tiang negara iaitu PT. segerakan kenaikan gred PT ke 41 dengan segera terutama di sekolah agar mengimbangi gred guru, jika tidak susahlah kami mahu mengarahkan mereka membuat kerja nanti

Tanpa Nama berkata...

Apahal ni PT Maznah...kelulusan tak setinggi mana nak tuntut 41...akai ada ka..?Ko sapa nak ngarah ngarah guru tu...ko pun kena ikut arahan Pengetua atau Guru Besar..bodoh ka ko ni..?tak faham bahasa ka..?..di sekolah ketuanya Pengetua atau Guru Besar..ko tu jadi tahap kerani je..saya yang menurut perintah je..

Tanpa Nama berkata...

Salam 1 Malaysia...nampaknya golongan kerani :
a. tak sedar diri
b. sombong
c. bengap
d. rasa diri pandai tapi bodoh
e. tak tahu bersyukur
f. ada hati nak jadi ketua...

hasnah jaafar berkata...

guru pun mcm celaka ngajao...kami kerani yang lebih bijak...

hasnah jaafar berkata...

maaf.. saya insaf dan sedar bahawa golongan kerani memang buduh tak bertempat dan selalu mengikut emosi

-PT N17 (ahli BERUK Kebangsaan)

Tanpa Nama berkata...

Tapi lupa lak...
Pengetua ka...Guru DG 41 juta ka, Pengarah ka...
sama juga...
kerajaan bayar gaji guna duit rakyat... kakakaka...
bukannya pembayar gaji...
maaaalu laaa..tak sedar diri..
kalau nak ek... buat syarikat sendirik...kakakaka

Tanpa Nama berkata...

"Apahal ni PT Maznah...kelulusan tak setinggi mana nak tuntut 41...akai ada ka..?Ko sapa nak ngarah ngarah guru tu...ko pun kena ikut arahan Pengetua atau Guru Besar..bodoh ka ko ni..?tak faham bahasa ka..?..di sekolah ketuanya Pengetua atau Guru Besar..ko tu jadi tahap kerani je..saya yang menurut perintah je.."

MEMANGLAH PENGETUA ATAU GURU BESAR TU KETUA, DAN KAMI INI MENURUT PERINTAH.
TAAAPI...KETUA PUN KENA PAKAI AKAL DAN ILMU KALAU MENGARAH, NIH MAIN HENTAM SAJA.
CUBA FIKIRKAN, SKIM PERKHIMATAN PEMBANTU TADBIR (PENGKERANIAN / OPERASI) TAPI DIARAH MEMBERSIH PEJABAT..HEHE..
TAK KE BODO.. KAN ADA KONTRAK PEMBERSIH PEJABAT.. HEHE..

ATAU KAN.. KONTRAK TU DIBUAT DIATAS KERTAS JA.. TAPI SEBENARNYA TIADA..TAPI BULAN2 DUIT PERUNTUKAN KONTRAK PEMBERSIH TU KE MANA YAH??!!
HEHE..CUBA CHECK AKAUN SAUDARA KA, AKAUN BINI/SUAMI/ANAK KA..PAS TU BARU PINDAH KE AKAUN LAIN.. PEKERJA KONTRAK TAK DE TAPI SALAHGUNA KUASA ARAH ORG BUAT BERSIH PEJABAT..
PENDAPATAN TAMBAHAN DPT FREE.. RIBU2 LAGI.. HEHE..KUASA SAPA YG PEGANG PERUNTUKAN SKOLAH TU YAH?!!
KITA NIH TURUT PERINTAH TU MAKSUDNYA, MENURUT PERINTAH YG TERKANDUNG DALAM ARAHAN2 PERKHIDMATAN AWAM..
U PUTARBELIT KONTRAK PEMBERSIH TU IKUT ARAHAN KE..?
SEDARLAH YE.. KALAU SYARIKAT SENDIRIK BOLEH LAH KITA ARAH SESUKA NAFSU KITA..
TAPI KETUA PUN MASIH TERTAKLUK DI BAWAH ARAHAN2 PERKHIDMATAN, ARAHAN PUN KENA SELARAS DGN ARAHAN PERKHIDMATAN, NAK LEBIH ATAS DARI ARAHAN2 TU, SILALAH JADI WAKIL RAKYAT ATAU BUKA SYARIKAT SENDIRIK..

SAYA SEBENARNYA SIMPATI JUGA DGN GOLONGAN2 KETUA NIH, DORNG LUPA YG DORG NIH PUN MAKAN GAJI..HEHE..
ATAU DGN KATA LAIN TAK TAU MALU..DAN TAK SEDAR DIRI