SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

26 Mei 2010

CUEPACS MINTA JPA KAJI KAEDAH PERTUKARAN KAKITANGAN AWAM

Berita Harian
2010/05/26



JOHOR BAHRU: Cuepacs meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji kaedah pertukaran membabitkan kakitangan awam terutama mereka yang sudah lama berkhidmat bagi mengelak sebarang masalah. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata isu pertukaran membabitkan antara agensi sejak empat bulan lalu perlu ditangani bagi mengelak pilih kasih terutama membabitkan pegawai atasan.
Beliau berkata, Cuepacs menerima aduan daripada kakitangan awam kanan yang berkhidmat cemerlang di sesuatu tempat tetapi dipindahkan ke tempat lain tanpa sebarang alasan.
“Semalam, saya menerima panggilan daripada kira-kira 30 kakitangan awam di sebuah kementerian yang akan dipindahkan ke kementerian atau agensi lain dengan kebanyakannya membabitkan kalangan kakitangan kanan dan akan bersara. “Kami tidak menentang pertukaran tetapi cara pertukaran berkenaan dibuat. Ingatkan pada awalnya, hanya kakitangan muda saja dipindahkan tapi kini dapati yang senior turut dipindahkan ke tempat lain termasuk ke daerah pedalaman,' katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) Johor ke-54 di sini, hari ini.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

layan sajalah aturan2 sebegitu...nanti kena buang kerja baru tau...

kumpulan sokongan berkata...

tak kene batang hidung sendiri bole la cakap mcm tu....cubalah fikir kesusahan orang yang menanggung disebabkan tindakan yang kurang profesional tu.orang nak pencen lagi 2-3 bulan pun nak ditukarkan buat apa.ade baiknya dinaikkan pangkat di tempat die berkhidmat atau biarkan je sampai die pencen.untuk jawatan yang kosong tu buka je utk orang yang takde keje melambak2 di luar sane tu.fikirkanlah orang lain sama jangan fikir pasal diri sendiri je.jika ada bantahan,buatlah bantahan melalui saluran yang betul."bersatu teguh bercerai roboh"

Tanpa Nama berkata...

kalau kena diri sendiri baru tau, tiap2 hari tel nak minta pindah balik, org lain boleh senang cakap le.

Tanpa Nama berkata...

SAJA JE SAYA CAKAP CAM TU SEBAB GERAM PADA SISTEM YG KITA PRAKTIKKAN TU...

NAIK PANGKAT SIKIT TUKAR...GAJI NAIK SIKIT JE ..TAPI TUKAR TEMPAT KERJA..

CONTOH SI A DI PENANG..DAPAT NAIK PANGKAT..TUKAR KE KL..

GAJI NAIK CIPUT SAJA..TAPI BILA KE KL...KENA BAYAR RUMAH SEWA DAN SEBAGAINYA..

RUMAH SENDIRI KAT PENANG KENA BAYAR...RUMAH SEWA LAGI..

NAIK PANGKAT..GAJI NAIK RM100.00..TUP TUP TUKAR KE KL...ADOI...

Tanpa Nama berkata...

memang setuju kalau ade kakitangan awam yang naik pangkat tidak ditukarkan kerana telah selesa dengan keadaan semasa daripada ditukarkan masuk ke pdrm dan menanggung derita...hari-hari menangisi nasib dan jpa langsung tak mahu dengar sebarang alasan...kalau dah tak tahan dengan keadaan macammana nak lahirkan kerja yg berkualiti...lama-lama nanti prestasi kakitangan awam semakin menurun..

Tanpa Nama berkata...

TOLONG LA CUEPACS..TOLONG LA JPA..bantu la kami penjawat awam yang ditukarkan ke PDRM ni..kami terseksa......tolong la keluarkan kami dari PDRM

Tanpa Nama berkata...

hai...teruk sangat ke keje kat PDRM tu..kena lasak ke..

Tanpa Nama berkata...

kerusi meja dan peralatan tak dibekal kan ruang pejabat yang terlalu sempit..sehinggakan satu meja berkongsi 2 orang CC dan kerani terpaksa berkongsi satu meja..komputer yang paling lama sahaja yang ada (dah hukum buang ke sungai)macam mana nak hasilkan kerja yang berkualiti..

Tanpa Nama berkata...

biar komputer lama..meja tak ada..asalkan gaji polis naik..dah la..

apa citer kalau meja baru, komputer baru..tapi gaji tak naik...

lebih baik tuan ambil pilihan dapat komputer buruk tapi gaji naik...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakkan orang lantang menyuarakan pendapat atau pandangan menyuarakan sesuatu isu...Gah bersuara dgn idea mereka...Tp pernahkah seseorang itu bertukar atau berada ditempat orang lain sebelum mengutarakan sesuatu isu itu??? Kumpulan sokongan ni klu kena tukar merupakan kejutan budaya pada seluruh diri dan keluarganya...Pernahkah org bijak pandai nie pikir apa akan jd pada perkembangan pelajaran anak2, ikatan kekeluargaan...Dah la gaji tak seberapa...nak kena tukar plak...Klu kena tukar atas sebab masalah disiplin, tu ok...la...
Lg sedih bila dah dekat nak pencen pun nak kena tukar....BUTA PERUT KE
APE...FIKIRKAN LAH WAHAI BIJAK PANDAI...FAHAMI LAH INSAN SEBAGAI SEORANG INSAN... dunia hanya sementara, keadilan akan tertegak DIAKHIRAT....

Tanpa Nama berkata...

Btl..tu..xkena btg idung sendiri blh la ckp mcm tu...kita yg terkena nie..rasa cam dah skt mental diperlakukan sebegini..ari2 call nk mintak blk tempat lama..liat sgt nk gi keje xmcm dl dh....baru 3 bln dah gini..kalo lg lama ..xtau la nk kata..akhirnya prestasi sendiri yg teruk nnt...hmm..entah la....kalo blh kaji la balik....KAMI DAH TERSEKSA..

Tanpa Nama berkata...

saya kakitangan awam kumpulan sokongan.mempunyai 3 anak yang masih kecil.yang sulung 6 tahun yang kecil 2 tahun.suami juga kakitangan awam,tapi driver je.saya dan suami kerja di tempat berasingan dan jauh pula.makanya suami seminggu sekali saja pulang.kami sudah membeli rumah di tempat saya bekerja,atas nama suami.kawan-kawan mukim faham berapa la gaji seorang driver.tapi itu bukan jadu masalah pada saya.Dengan gaji sebanyak itu,suami terpaksa membayar duit rumah,rumah sewanya di sana,makan minumnya dan kos balik kampung setiap minggu.perbelanjaan hidup saya dan anak-anak di sini terpaksa saya tanggung sendiri.suami dah habis duit.untuk pengetahuan,suami tinggal di stor pejabatnya,untuk menjimatkan belanja.saya di sini,walau pun gaji lebih dari suami,tapi oleh kerana menanggung semuanya,saya pun dah jatuh miskin.makanya saya terpaksa ikhtiar hidup dengan membuat kuih dan di hantar pada orang untuk di jual.yang ingin saya luahkan di sini,adalah suami telah memohon pertukaran suka sama suka dengan seorang driver kakitangan awam yang berhampiran tempat tinggal kami.begitu juga dengan driver tersebut ingin pulang untuk berhampiran dengan rumahnya di sana.bos kedua-dua pihak telah menyokong permohonan itu.baru-baru ini suk telah menjawab permohonan surat tersebut dengan mengatakan pertukaran hanya boleh di buat antara 4 hingga lapan tahun lagi.kecewanya saya.adakah diaorang faham kehidupan kakitangan bawahan ini.beban menanggung kos hidup,di pisahkan dari keluarga dan anak-anak kecil yang sedang membesar dan perlukan perhatian kedua orang tuanya.memang saya faham masa minta kerja,sanggup bertugas di mana saja.tapi kalau ada peluanag semua orang ingin hidup berdekatan keluarga dan belanja pun jimat.memang suami baru bekerja,tapi peluang dah ada,pertukaran suka sama suka.perlu ke menunggu 4 hingga 8 tahun lamanya.saya memang boleh mohon bertukar di sana,tapi belanja kami lebih lagi.kerana terpaksa sewa rumah dan kos penjagaan anak lebih tinggi.ye tak ye,pulangkan suami saya kesini.tolong le bersimpati pada kami kakitangan awam bawahan ini.gaji kami kecik je.dengan berjauhan ini menyebabkan kami tergolongan sebagai orang dimana gajinya di bawah paras kemiskinan.kerajaan dok sibuk mengeluarkan rakyat di bawah paras kemiskinan,tapi yang diatas(pihak awam ) seronok pula menjadikan orang bawahannya miskin

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan sy skim KP yg patut ditukar ke PDRM kerana skim ini lebih kepada keselamatan bukannya skim N.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn komen tanpa nama selasa, 22 jun 2010....naik pangkat..tukar ....ada x fikir bnyk mana belanja yang kuar untuk berulang tengok suami,isteri dan anak-anak yang jauh.mana pergi keprihatinan kerajaan terhadap isu kekeluargaan di sebabkan oleh pertukaran??????!!!!anak-anak x dapat kasih sayang dan perhatian kedua ibu-bapa,ada yang sampai nak bercerai-berai sebab duduk berjauhan, keje pun x seronok.Yang saya kesalkan adalah nape dengan mudah JPA meletakkan kakitangan yang BUJANG balik negeri sedangkan yang dah BERANAK PINAK tukar jauh-jauh....alasan terbaik JPA ikut merit. Apalah agaknya merit yang melebihkan orang BUJANG dapat balik negeri....harap CUEPACS dapat perjuangkan nasib pekerja-pekerja bawahan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau jadi ayam bapak macam binatang tak perlu hantar anak ke sekolah tak pe la, usia 2 - 3 bulan boleh cari makan sendiri ini manusia semua kena jaga - pendidikan, kerja rumah jangan sampai isteri atau suami lempar anak ke luar rumah tak tahan jaga anak .. fikir-fikirlah jika mahu jadi pemimpin yang cerdik

Tanpa Nama berkata...

Sedih pulak saya membaca luahan yg bertarikh jun 8 2011....saya sebagai isteri,suami yg bekerja pdrm pun turut merasa sedih&tertekan..tak sanggup melihat ank sulong saya yg berusia 6 tahun merindui keluarga di kampung..harap pihak cuepacs dpt membela nasib penjawat awam...

Tanpa Nama berkata...

ggjjggh

Tanpa Nama berkata...

sedih tak dapat tukar kena tunggu 3 tahun syarat

Tanpa Nama berkata...

Saya telah ditukar ke sebuah negeri di utara sebab naik pangkat sikit. Jadi bila keadaan sedemikian terpaksalah saya berjauhan dengan suami dan anak-anak. Suami pulak tidak dapat mengikut saya kerana baru sahaja ditukarkan ke daerah berdekatan kediaman kami setelah berada di Kuala Lumpur hampir 3 tahun kerana ditukarkan kesana. Jadi sukarlah baginya untuk memohon bertukar lagi.Kini anak-anak saya seramai 4 orang dibawah jagaan suami manakala seorang berada bersama saya. Apabila saya mohon tukar walaupun tempat yang dipohon ada kekosongan pihak jabatan tidak meluluskan dengan alasan saya masih baru dalam perkhidmatan. Pada hal saya naik pangkat saja. Sebenarnya saya berkidmatan hamapir 16 tahunBila dah berkidmat lama org bagi la naik pangkat sikit. Tup-tup kena tukar jauh pulak. Tinggal pulak kat kuarters ken tolah bayaran cola dan imbuhan perumahan, anak yang kecil tinggal bersama pulak kena upah mengasuh berapa yang tinggal. Nak ulang-aik alahai tol saja Rm 20.00 pergi balik, belum lagi minyak kereta, servis kereta. berapa yang tinggal jatuh jadi miskin pulak. Sementara anak-anak yang tinggal bersama suami pulak terpaksa urus diri sendiri. Balik sekolah sendiri masuk rumah sendiri pas tu keluar pergi kelas KAFA sendiri naik basikal. Bayangkan kanak-kanak usia 8 tahun, 10 tahun dan 12 tahun. macam mana keselamatan mereka. Suami juga temapat kerja jauh. Pelajaran anak-anak juga semakin merosot sebabkan kurang perhatian. walaupun telah isi borang tukar 3 kali tapi masih jawapan yang sama. Jadi tolong kesian anak-anak kecil yang masih memerlukan perhatian dan didikan sempurna.

Tanpa Nama berkata...

penempatan yang dibuat memang selalu x adil...yg bermasalah x dibantu tp yg x bermasalah diberi pulak penempatan yg die nak....ada kabel dalam la tu...tlgla berlaku adil wahai pegawai yg uruskan penempatan!

Tanpa Nama berkata...

aduhhh ramainya penjawat awam yg merungut kat sini...apa nak jadi la,masa dulu minta keja sanggup apa saja, semua org punya masaalah,pegawai penempatan pun ada masaalah,tapi kalau nak melayan semua tuntutan alamat tak dapat nak buat keja lain la..cuba fikir apa jadi kalau ramai yg membuat tuntutan yg sama,semua org punya anak,punya suami kan, jangan la hanya kerana nak menyenangkan kita nanti masaalah tu menimpa org lain pula... misalanya kita minta bertukar dgn alasan2 yg memang benar, org yg diarah bertukar dari tempat lain mengantikan tempat kita pula bagi alasan yg macam lain pla,bgaimana tu? semua org punya masaalah sendiri,meenyelesaikan masalah sendiri itu lebih baik dari metakkan dan menjadikan masaalah kepada org lain.. elakkan masalah yg menjadi masaalah kepada org lain dan menjadikanya bermasaalah..

fara berkata...

Sy amat bersetuju yg bahawasanya nasib penjawat awam yang memohon pertukaran utk berdekatan dgn suami/ isteri amatlah tidak diambil perhatian.kdg kala mengmbil masa bertahun2 sehinggakan putus asa berlaku dan paling teruk lg berlakunya mslh sosial dan meningkatnya kes perceraian.bagaimana negara mampu menghasilkn kualiti pekerja sektor awam yg bgs sekiranya kebajikan pekerja tidak diambil perhatian?berjauhan dgn suami/isteri adalah satu perkara yg membebankn kedua2 pihak.baik dr segi kewangan dan kekangan masa.hr minggu pun kdg kala menjadi hr kerja bg seorang anggota pdrm/ tentera/ kakitgn hosp khususnya.utk berulang alik dr utara ke selatan, timur ke brt mlhn dr semanjung ke sbh srwk adalah sesuatu yg membebankn.baik dr segi kwgn dan masa cuti yg singkat.bagaimana negara mampu menghasilkn sebuah negara harmoni sekiranya emosi anak2 dan psgn yg tidak stabil oleh krn kurgnya perhatian dan ksh syg insan tersayang.disini sy harap dptlh kerajaan memikirkn bagaimanakah caranya utk memenuhi setiap permohonan pertukaran bg setiap penjawat awam yg memohon.haruslah diingt bhw mereka yg mengemukakan permohonan adalah bkn atas dsr suka2, mlhn ada tanggungjwb yg lg penting utk ditunaikan dgn Allah (ank2,isteri,suami, ibubapa) disamping terus menabur khidmat utk negara. Pd hemat sy bknlh menjadi mslh bsr kpd negara sekiranya pnjwt awam ini msh lagi terus berkhidmt dgn amanah walau dimana mereka berada. Sekian.

fara berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Masalah yang sama...perkahwinan jarak jauh...kesianlah kami ni..mohon pertukaran pun susah..sudahnya suami dan anak2 renggang..rumahtangga musnah

Tanpa Nama berkata...

Saya dah tak tahu apa nak jadi dengan rumahtangga saya...suami kat sana,saya dan anak2 di sini...serah pada Allah sahajalah...