SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Mei 2010

TEKAD NAIKKAN GAJI PEKERJA

Utusan Malaysia
Oleh ZULKIFLI JALIL dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my
16/5/2010





PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sampai hati melihat gaji penjawat awam rendah dan yakin kerajaan diketuainya mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara dari AS$7,000 (RM22,400) kepada AS$15,000 (RM48,000) dalam tempoh 10 tahun ini.
Tegas Perdana Menteri, meskipun amat mencabar, usaha merealitinya boleh dicapai.
Kata beliau, tekad untuk meningkatkan pendapatan negara itu akan turut melibatkan para penjawat awam yang memperoleh gaji minimum sekitar RM1,024.
''Saya tidak suka melihat penjawat awam bergaji rendah.
''Apabila saya dengar baru-baru ini pekerja pos dapat gaji di bawah garis kemiskinan, saya minta ia dikaji semula, naikkan dan insya-Allah, gaji mereka akan naik Julai ini dengan 15,000 orang dapat gaji baru," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman.
Omar baru-baru ini berkata, CUEPACS mahu kerajaan melakukan semakan semula gaji kakitangan awam, bukannya membuat penyelarasan gaji.
Menurutnya, CUEPACS tidak menuntut penyelarasan gaji sebaliknya mahu semakan gaji kakitangan awam membabitkan kenaikan antara 20 dan 40 peratus kepada 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.
CUEPACS, kata beliau, akan menolak sebarang cadangan untuk membuat penyelarasan gaji kakitangan awam sebanyak 10 peratus kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah 400,000 kakitangan yang menerima gaji terlalu rendah iaitu antara RM480 dan RM690 sebulan.
Perdana Menteri berkata, konsep negara perlu berteraskan kepada modal insan jika mahu menjurus kepada ekonomi inovatif dan berpengetahuan.
''Kalau nak membangun, rakyat yang berpengetahuan tinggi mesti diberi gaji yang setimpal, ini termasuk penjawat-penjawat awam.
''Dengan ini akan berlaku anjakan di mana kita iktiraf dari segi kemampuan ilmu, kemahiran dan kebolehan supaya apa yang kita beri dari segi gaji dan kemudahan sama ada dalam sektor awam atau swasta biarlah setanding dengan negara-negara maju yang lain," katanya.
Kata beliau: ''Dalam aspek ini, kita akan lakukan dengan tingkatkan produktiviti. Produktiviti ini penting sejajar dengan semangat yang diberikan penjawat awam."

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Naiktarafkan skim teknikal terutamanya JURUTEKNIK dulu yg dh lama tertangguh barulah naik gaji yg lain

Tanpa Nama berkata...

Naiktarafkan skim JURUTEKNIK yg dh lama tertangguh tu dulu barulah naik gaji pekerja yg lain

Tanpa Nama berkata...

jangan kecoh pasal juruteknik saja...jawatan lain pun bernasib teruk jugak..cuma para juruteknik tak tau saja..

yg penting kerajaan kena bersikap matang dalam membuat keputusan naik gaji ini..bukan nak fokus pada juruteknik semata2.

roslina berkata...

x payah susah2 belajar tinggi2..klu kakitgn sokongan dpt kenaikan gaji mesti berganda2...lulusan pmr dn spm je...cukup2 mkn pn dpt gaji besar..buat apa belajar tinggi2 dn berijazah..gaji dpt pn klu besar org dengki..klu dpt kenaikan pn sikit je...lain le kakitgn bwh..konon miskin...nk gaji byk mcm org ada kelulusan tinggi...masa belajar dulu malas...x payah le susah2...minta le keje jd kakitgn sokongan nanti gaji kerajaan bg byk gak...

Tanpa Nama berkata...

fokus pada JURUTEKNIK dulu yg dah tertangguh begitu lama......

Erin Shazlin berkata...

hanya kami kerani je layak bergaji maham sebab kami lebih intelek dari guru

guru bukan ajar pun kat sek cuma menipu

Tanpa Nama berkata...

ada cadangan:

1. staf dah kerja 20 tahun ke atas..bagi anjakan gaji istimewa, contoh, kenaikan khas RM500.00 atau naikkan gaji ke mata gaji terakhir atau mana satu lebih tinggi. maklumlah...mereka start kerja dulu gaji rendah ja...

2. staf 20 tahun ke atas..bagi jawatan tertinggi dalam jawatan, asalkan dah kanan, contoh, kerani kanan ke kerani tertinggi.

3. staf 20 tahun ke atas...wajib diberi pengiktirafan sekurang2nya sekali (cemerlang dan sebagainya).

Tanpa Nama berkata...

Amat perlu gaji dinaikkan...
sbg pekerja berjawatan N17, hampir setiap minggu...di ULANGI...hampir setiap minggu saya menggunakan kenderaan sendiri untuk menjalankan tugas2 rasmi kerajaan..kerana kenderaan sedia ada banyak outstation.. saya hanya boleh menuntut elaun basikal.. di ULANGI...ELAUN BASIKAL (tahun 72)...
wahai org2 di atas sana..tolong pandang orang2 di bawah nie

Tanpa Nama berkata...

roslina..bangang!
kami yg berkelulusan rendah nie..bukan nya malas belajar tapi ibubapa yg tidak mampu, ada pula tu anak yatim terbiar.. fikir-fikirkanlah..
saya penah ada bos mcm nie..berkelulusan BA.HONS la..kononnya.. tapi bengap..
dia merasakan apabila dia masuk perkhid.awam, maka dia adalah bos yg perlu disembah... mcm lah bapa dia ada syer dlm nie jabatan, sedarlah sikit.. tau malu, belajar tinggi pun...masih keje dgn gomen...kakakaka... padahal gaji ketua dgn bawahan, kerajaan yg byr guna duit rakyat.. bukannya ketua yg byr...
Maaaalu la sikit...

Tanpa Nama berkata...

aikhh.. TEKAD NAIKKAN GAJI PEKERJA..??!!
sejak bila dia berubah fikiran nih..
bukankah dulu dia nih yang cakap kita nih TIDAK BERMORAL..