SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

04 Mei 2010

KESATUAN BANTAH MASA SINGKAT PINDA TIGA AKTA

Berita Harian
2010/05/04





KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan (Semenanjung Malaysia) membantah tindakan Kementerian Sumber Manusia yang meletakkan tempoh singkat bagi menyelesaikan pindaan tiga akta penting berkaitan pekerja sebagai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kementerian. Setiausaha Agung kesatuan itu, Datuk Zainal Rampak, berkata tindakan kementerian yang tergesa-gesa menyiapkan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Pekerjaan 1955 dikhuatiri akan memberi masalah dan membebankan nasib 12 juta pekerja di negara ini.
Beliau yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), berkata sebarang pindaan perlu diteliti dan dibincangkan terlebih dulu menerusi Majlis Perundingan Bersama Kebangsaan yang diwujudkan antara majikan, kesatuan dan kementerian bagi memastikan keharmonian perhubungan perusahaan serta menguntungkan semua pihak.
“Kita tidak boleh ambil kira untuk mempercepatkan pindaan ini atas dasar KPI, ini bukan berkaitan KPI, undang-undang ini akan berkekalan, kepentingan pekerja harus diambil kira. “Kesatuan tidak mahu pekerja gelisah selepas pindaan kerana jika diperhatikan menerusi draf pindaan yang dibuat itu, ia memberi lembaran baru yang akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada pekerja kalau diluluskan secara terburu-buru tanpa mengambil pandangan kita semua. “Oleh itu, saya ingin mengingatkan Menteri Sumber Manusia supaya tidak tergesa-gesa menyiapkan pindaan ini. “Difahamkan, mereka menetapkan bulan ini untuk dibawa ke pejabat Peguam Negara, Jun ke Kabinet dan Julai ke Parlimen,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Zainal yang enggan mengulas lanjut butiran draf berkenaan berharap Perdana Menteri campur tangan dengan meneliti pindaan berkenaan bagi menjaga kepentingan semua pihak

Tiada ulasan: