SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

01 Mei 2010

KERAJAAN KAJI PERLAKSANAA GAJI MINIMUM

Bernama
01/05/2010 1:47pm




KUALA TERENGGANU 1 Mei - Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji penetapan kadar gaji minimum pekerja terutama sektor industri yang dilihat masih terlalu rendah.
Menterinya, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, kajian terperinci dari pelbagai aspek diperlukan kerana cadangan itu akan menimbulkan implikasi yang besar apabila dilaksanakan kelak.
"Kajian dibuat dalam semua aspek untuk menentukan gaji yang munasabah kepada pekerja-pekerja. Setakat ini kerajaan tidak menetapkan had masa untuk kajian itu dan bila masa pelaksanaannya,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja Sektor Awam 2010 anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Stadium Negeri Terengganu di sini hari ini.
Beliau berkata, kajian yang dibuat oleh kementerian hujung tahun lalu mendapati, gaji pekerja sektor elektronik, tekstil, plastik dan pembuatan perabut hanya sekitar RM550 hingga RM600 sebulan.
Keadaan itu, ujarnya, meletakkan pekerja sektor berkenaan dalam keadaan sukar. - Bernama

Tiada ulasan: