SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

02 Mei 2010

KAJIAN MENYELURUH GAJI MINIMUM

Utusan Malaysia
Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my
2/5/2010




KUALA TERENGGANU 1 Mei - Kerajaan sedang menjalankan kajian menyeluruh untuk menaikkan kadar gaji minimum pekerja di sektor elektronik, tekstil, plastik dan produk berasaskan kayu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, ia bagi membolehkan semua pekerja di negara ini memperoleh gaji minimum yang tinggi untuk menampung keperluan kehidupan mereka.
Menurut beliau, berdasarkan kajian kementeriannya, gaji minimum di sektor pembuatan kini adalah antara RM550 dan RM600 sebulan dan ia masih tidak mencukupi berdasarkan keperluan semasa.
"Kerajaan sedang kaji kemungkinan meletakkan satu kadar gaji minimum tapi ia mungkin akan mengundang implikasi besar. Kita sedang kaji secara terbuka agar ia tidak menjejaskan peluang kerja yang ada.
"Saya harap kita boleh buat satu penetapan untuk memastikan semua pekerja mendapat gaji munasabah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Hari Pekerja Sektor Awam anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Sektor Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Stadium Negeri di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Datuk Mazlan Ngah; Presiden CUEPACS, Omar Osman serta Timbalan Presiden I CUEPACS, Azih Muda.
Subramaniam berkata, peluang untuk meningkatkan kemahiran pekerja akan diteruskan menerusi institusi latihan di bawah kementeriannya selain agensi kerajaan dan swasta.
Jelas beliau, pihaknya dalam proses menggubal serta menstruktur semula kurikulum industri berkenaan agar selaras dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB).

Tiada ulasan: