SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

25 Mei 2010

45,000 KAKITANGAN AWAM TIPU SIJIL CUTI SAKIT

Berita Harian
2010/05/25





PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja. Presidennya, Omar Osman, berkata ada juga segelintir kakitangan awam mengambil cuti sakit kerana melakukan kerja sampingan.
"Kita tidak menghalang mencari pendapatan tambahan, tetapi biarlah kerja sampingan itu tidak mengganggu tugas hingga menjejaskan produktiviti," katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau mahu perbuatan itu dipantau bagi mengelak ia bertambah kronik. Omar berkata, berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kakitangan yang didapati menggunakan sijil cuti sakit palsu, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti turun pangkat atau dibuang kerja. "Kita menyarankan Panel dan Pegawai Perubatan supaya memberi sijil cuti sakit kepada mereka yang betul-betul memerlukannya," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana jabatan mengenai peratus kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu. “Kita ada menghantar surat kepada jabatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu," katanya kepada Berita Harian.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nie pasti dapat bonus suku jea lepas nie..hampeh sungguh P.A yang buat perangai..

Tanpa Nama berkata...

Betul ke data ni..main hentam keromo je..

Mangkok Plastik berkata...

Bacalah Perintah-Perintah Am bab Cuti Sakit elok2. Sapa yang berkuasa meluluskan cuti sakit kalau bukan ketua jabatan. Doktor hanya sahkan mangkok tu sakit dan tidak dapat bekerja,so kerja Ketua jabatanlah pula tengok betoi ke tak.Kalau kaki tipu trend hari2 dia cuti sakit boleh dikesan. Tak betoi dok lulus buat apa cuti mangkok tu.So jangan salahkan pekerja salahkan si Ketua Jabatan yang sama2 mangkok tu la.

Tanpa Nama berkata...

Tapi kalau nak salahkan ketua jabatan 100% pun tak boleh jugak...Kalau semua ketua jabatan nak check.. tak payah buat kerja lain ler nampaknya... PA ni pun kena jujur jugak sebab pendapatan yang kita dapat tu akan jadi darah daging kita.. Kalau dah menipu... macam mana pulak tu.. tepuk dada tanya selera.... fikir-fikirkan lah

Tanpa Nama berkata...

mangkok plastik...kadang2 bukan hanya ketua jabatan yang bodo...tapi pengarah Pengurusan Sumber Manusia pun al-bengong wal bebal jugak..macam kat Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia tu.

(sebab tu umor setengah abad pun sekor jantan pun tak hingin...)

Tanpa Nama berkata...

Ketua Jabatan yang nak buat semua sendiri tula yang paling tongong.Dia tak pernah tahu ka apa dia empowerment dan delegation of power.Awatla bangang sangat.Bukan nak suruh dia buat sendri semua.Kalau peraturan kata mcm tu dia gunakanlah management tools tu. Kalaudah kena tipu dgn anak buat habeh lah.Nak kata apa lagi.Tula yg dok kata pi mai pi mai Ketua Jabatan lah yg dulu kena tanya awat kamu tak amanah.

Tanpa Nama berkata...

Salam, suka saya mencadangkan sahabat dari MTIB membuat laporan bertulis rasmi supaya dapat dimaklumkan kepada pihak berwajib mengenai apa yang berlaku seperti diluahkan dalam ruangan ini. Kalau ada kesatuan dalam MTIB kan baik ..... kalau benar berikan maklumat diri anda untuk mudah dihubungi.

Tanpa Nama berkata...

Saya kadang-kadang dapat mc tapi kalau ada kerja nak buat tu terpaksalah datang kerja juga.

Tanpa Nama berkata...

salam sahabat Tanpa Nama 3:58:00 ..

Pada siapa lagi kami nak mengadu...pihak pengurusan tetap bertegas mahukan kami ambik exam 9 paper baru layak dipertimbangkan KUP tu..sedangkan kami dah bertugas 20 tahun dah dan melepasi semua syarat asas..

ni bulan Jun ni,kami dikehendaki (di paksa sebenarnya)datang ke HQ selama seminggu untuk ambik exam karut tu..

Bolehkah pihak cuepacs dapat membantu dalam hal ini?dan pada siapa nak kami buat aduan rasmi setelah pihak pengurusan sumber manusia sendiri yang tak mahu berkompromi dalam hal ni (takut jatuh maruah kot)

MTIB di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi..bolehkah kami buat aduan rasmi pada mereka?atau pihak JPA?

(ni pun kena berhati2..kalau MTIB tahu sure kami kena pindah pendalaman nih...)

Tanpa Nama berkata...

Katakan yg benar biar pun sekalipun pahit.Kita nak kakaitangan awam kita punyai mentaliti kelas pertama.CUEPACS jangan hanya tahu berjuang untuk gaji lebih saja tetapi mesti usaha tingkatkan produktiviti anggota2 mereka.Mendedahkan begitu ramai yg menipu MC sebenarnya mendedahkan buruklaku anggota2 CUEPACS sendiri.

m.a berkata...

Nak kata P.A menipu lagi haru..sampai 45k orang lak tu..kot yea pun semak balik data tu la.Orang ambik m.c pun rasa malu mata gak pada doktor tu..logik akal ke tak nie ?? P.A bukan macam budak tadika kemas..ada maruah ma..jangan nak ngarut sangat la..mungkin boleh jadi penyebab dapat suku bonus tahun nie..nak anggar pun biar telus..berapa ramai sangat P.A yang bermasalah ? bukan nak cari penyelesaian..
Antara contoh kenapa golongan P.A malas bertugas ..

1) suasana tempat kerja membosankan
2) perangai boss yang ngada-ngada
3) dah mintak 7 kali transfer tapi tak dapat.
4) kerja banyak menimbun..sekadar naikkan nama boss jea..asal m.c jea bising dalam meeting..tak paham masalah orang la..yang penting..nama baik boss kena jaga daa..
5) selalu diketegorikan staff lembab dalam jabatan.
6) tiada motivasi dari pentadbir atasan..hanya sindiran dan teguran yang menimbulkan kemarahan staff..


lagi..korang sambung lah...jangan pikir kenapa ramai sangat nie yang bermasalah..??tapi fikir kenapa dia jadi begitu..tentu ada sebabnya !!!

Tanpa Nama berkata...

kita tengah dok syok sembang bab gaji..omar pegi sembang bab mc palsu pulak..adoi..

elok2 najib nak bagi naik gaji tetiba dapat laporan omar kata staf kerajaan mc palsu..dah tentu mood najib jadi blur..silap2 tak jadi nak bagi naik gaji pulak..apa la nak jadi omar ni..

kahkahkah..

Deriba Pekho berkata...

Kalau Pak Omak kata 45k MC palsu masuk akai jugak.Tapi 45K kakitangan awam tipu MC tak masuk akai langsung kecuali akai Pak Omak. Data kena betoi Pak Omak jangan sembarangan.