SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

14 Mei 2010

PENJAWAT AWAM PERLU TUNJUKKAN KEHEBATAN LUAR BIASA- NAJIB

Bernama
14/5/2010




PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Penjawat awam perlu menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam tindakan yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi merealisasikan Wawasan 2020.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana dalam tempoh tersebut akan menjadi penentu kepada kejayaan atau sebaliknya terhadap matlamat yang diimpikan itu."Jika dalam perlumbaan maraton, kita ini dah masuk last stretch, sebab 10 tahun saja lagi sebelum mencapai Wawasan 2020."Sebab itu, bila dalam maraton ini, kita dah dekat garis penamat ini, kita mesti pecut. Bukannya dah dekat dengan garis penamat, kita dah habis angin, tercungap-cungap."Tak boleh... 10 tahun akan datang ini adalah tahun di mana kita mesti menunjukkan kecergasan dan kehebatan yang luar biasa. Barulah kita berjaya," katanya dalam amanat pada majlis perhimpunan penjawat awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada hari Jumaat.Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.Najib berkata misi kerajaan kini ialah membuat perubahan besar dan penjawat awam perlu melaksanakan dua momentum yang telah digariskan iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru.Katanya langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk melahirkan kerajaan yang efektif yang dapat mengisi harapan dan jangkaan rakyat."Soal effective government mesti menjadi tanggungjawab kita bersama."Berkat kerjasama kita sebagai satu pasukan, pemulihan ekonomi negara dengan pengumuman saya telah buat semalam, suku pertama tahun ini, ekonomi kita melonjak 10.1 peratus. Satu peningkatan yang di luar jangkaan," katanya.Najib berkata sektor awam yang menunjukkan prestasi yang baik akan diberi pengiktirafan kerana berjaya membuat perubahan yang boleh dibanggakan."Seperti pejabat Imigresen yang boleh mengeluarkan pasport antarabangsa dalam tempoh 1 jam, kita iklankan, sebab ini satu perubahan yang kita mesti banggakan."Saya bangga apabila saya dengar sektor awam kita boleh menghasilkan kerja seperti ini, saya berasa bangga sangat. Saya berasa bangga bahawa kita ada di kalangan penjawat awam yang berprestasi dan mempunyai komitmen yang tinggi," katanya.Sehubungan itu, Najib berkata beliau mahu mengenal pasti agensi dalam sektor awam yang menunjukkan pencapaian luar biasa bagi diberi pengiktirafan sama ada diiklankan atau diberi ganjaran.Beliau berkata terdapat cadangan untuk memberi ganjaran yang luar biasa kepada pemenang anugerah inovasi perkhidmatan awam pada tahun ini."Luar biasa hadiahnya, semua akan dapat. Jika jabatan, daripada Ketua Pengarah sampai ke bawah, semua akan dapat, bukan ketua sahaja," katanya.Najib berkata dalam Model Ekonomi Baru, kerajaan menyasarkan pendapatan rakyat termasuk penjawat awam meningkat daripada purata USD7,000 kepada USD15,000 dalam tempoh 10 tahun.Justeru, Perdana Menteri berkata beliau tidak mahu melihat pendapatan penjawat awam berada di tahap yang rendah."Saya tidak akan lupa sumbangan penjawat awam dan akan terus membantu...untung nasib penjawat awam akan sentiasa dijaga oleh pihak kerajaan," katanya.Beliau berkata langkah dan perubahan yang dilakukan itu bagi memastikan tiada sesiapapun memperlekehkan Malaysia dan peluang beliau bertemu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama baru-baru ini menunjukkan bahawa kuasa besar itu mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin berjaya."Apabila saya dapat peluang berjumpa Barack Obama, jika dilihat Malaysia negara yang dianggap sebagai failing state, saya tidak fikir dia mengadakan bilateral dengan saya."Sebab saya mewakili Malaysia, satu-satunya negara di Asia Tenggara yang dapat peluang bilateral dengan Presiden Barack Obama."... dan apabila saya dapat mengadakan bilateral, tidak bererti saya melutut kepada dia, seperti yang orang kata. No way, saya jumpa dia kerana saya mewakili negara yang berjaya dan semakin berjaya," katanya.-- BERNAMA

19 ulasan:

m.a berkata...

P.A selalu menunjukkan prestasi yang terbaik,malah setiap kementerian telah berusaha dengan gigih dalam menjayakan misi negara.Apa yang menjadi kemusykilan bagi golongan P.A adalah kemana "harta negara" mengalir ? siapakah yang menyimpan segala harta negara tersebut? wawasan 2020 yang kita akan tempoh nanti menjadi satu tanda tanya..Adakah melayu akan merempat dibumi ini sendiri ?? Berapa ramai koperat bumiputera yang hidup subur masa kini dan menjamin kejayaan untuk anak warisan masa depan ? Melayu mudah lupa !!!!! Jangan mudah leka dengan hanya sekadar melaungkan slogan tanpa usaha yang berkarisma mantap.

Hebohkan seluruh dunia yang kita hanya sekadar menjerit ditepian pantai dengan harapan memanggil sipenyu pulang.

Bebalik kepada saranan PM ini.Saya selaku penjawat awam yang selalu berdiri teguh dibelakang kerajaan dan memegang amanah yang diberikan tanpa mendikrimikasikan mana-mana pihak agak terharu dengan apa yang yang diluahkan ini.Apakah selama ini kami selaku P.A masih belum hebat ?? kerana tempikan kecil yang hanya meronta meminta belas agar selalu diberi perhatian menjadikan kami semua "selalu kena diusap manja" Dimanakah kedudukan kami sebenarnya ??? Hanya masa pilihanraya sajakah kerajaan perlu menunjukkan keprihatinan kepada kami semua ??Buktikan yang kerajaan sentiasa menjaga kebajikan kami!! BONUS ?? IMBUHAN KHAS ?? NAIK GAJI ?? usah ditanya lagi..kami dah bosan dengan gimik2..yang kami tahu..

Jika mahu kami hebat..berikan suatu yang terbaik untuk semua P.A..wassalam..

layan badminton dulu..

Tanpa Nama berkata...

yang tidaK MEMENANGI ANUGERAH INOVASI TAK SEMESTINYA TAK BERINOVASI DAN TIDAK LAYAK DIBERI GANJARAN,,,KADANG-KADANG TERLALU BANYAK DISKRIMINASI,,YG RAJIN MENGULAR MARKAH PRESTASI SAMA SAHAJA DENGAN YANG SENTISA MENJAGA MASA...TIDAK HADIR ,,TAK DIAMBIL TINDAKAN,,HANYA KERANA KEPENTINGAN PERIBADI,,SEBAB BISNES LINE (SSITE INCOME) SAMA---TAK ADIL ...KALAU GANJARABN BERDASARKAN PEKERJA YG MEMENAGI ANUGERAH,,,,,,,YG TAK PANDAI KIPAS CAMNER......

pak berahim berkata...

kebanyakan anugerah dimenangi oleh org pekerja yg kuat kipas,sekepala ngan bos,biar x dtg kerja,selalu dtg lewat,dalam sebulan hilang 3 4 hari tanpa sebab, najib nak PA tunjuk kualiti, kualiti kepimpinan kerajaan yg ada sekarang mcmana pula? tiap2 tahun tiris masuk ke poket siapa sebenarnya?ada tangkapan?biasa ikan bilis yg kene

Tanpa Nama berkata...

sekali lagi kita digula2kan oleh kejaan..

harapan terus ditinggalkan. janji nak naikkan gaji terus diuar-uarkan.

apa lagi bila yang 'berilmu' juga akan diberi perhatian..

dari RM21,000 - RM48,000 pendapatan setahun (dulu sebut pendapatan kakitangan awam...hari ini sebut pendapatan perkapita - saya tak faham dah la...) maka kita akan terus seronok...dan bertepuk...menunggu janji yg akan datang dalam masa 10 tahun!!!

kalau 10 tahun...tak merasa 'senang' la kakitangan yg dah tua...kehkehkeh...kakitangan yg dah nak pencen sekadar mampu bertepuk je...tukang tepuk...kehkeh..

tak apa la...janji kita boleh jumpa PM dan sembang2..dah bertepuk2..minum dan balik rumah macam biasa...

yang jelas...kita akan pegi keja macam biasa dan kejaan akan bagi naik gaji juga...bila?

naik gaji juga biar pun setahun sekali...kehkehkeh...gaji kau orang tu la...ada yg RM40..ada yg RM50..setahun dan sebagainya..

ok la selamat menjalankan tugas seperti biasa...

Tanpa Nama berkata...

tak abih abih nak citer dia jumpak Obama si Najib ni..awat????megah sangat ke dapat jumpa negro tu?
jangan la dok gula kan kami PA ni...mana kenaikan gaji kami?hanya guru,polis je yg untung..yang lain makan kuah...
setakat janji 10 tahun lagi nak naik gaji tu hanya sembang orang yang dah rasa nak hilang tampik pemerintahan...dah mula ketaq lutut...pas tu janji la bukan bukan...
macam la kami tak tahu taktik pilihanraya tu...pigidahhhhh

Tanpa Nama berkata...

awang adek kata nak tiru singapore bab naik gaji ni...

awang adek kena tahu la gaji kerani kat singapore RM4000.00 malaysia. kehkehkeh...syok la kalu gaji aku pun naik sampai RM4000.

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....

Sangat tertarik dengan tekad PM untuk menaikkan gaji kakitangan awam yang menurutnya amat menyedihkan dan sangat rendah. Tapi bila ??????

Tanpa Nama berkata...

aku tak berani nak komen dah sebab tan sri ismail adam dah keluarkan surat hari ni minta kakitangan awam jangan buat apa2 ulasan bab2 kerja ni.

mana tahu kot2 sembang2 kita ni boleh ganggu mana2 pihak pulak.

tak pa la nak wat cam no..

Tanpa Nama berkata...

bohong suma tu

Abu berkata...

Saya tafsirkan kata2 PM tu bukan janji tapi tekad beliau. itupun kalau semua perancangan kerajaan GTP,NKRA etc berjalan lancar....baru kerajaan dpt income utk naikkan gaji PA...sokongla benda yg baik......ni asyik nak komplen je...

harun al-rashid berkata...

sebenarnya 'sokonglah BN dan UMNO'

tak gituuu?

kakitangan awam haruslah membisu walau ditipu dan dianiaya oleh bos/majikan sendiri dan jadilah burung kakak tua yang tetap mengngguk wlau dihidang najis sebagai makanan harian

budaya angguk ialah budaya UMNO, maka adalah Adam tu org UMNO? pastiii sekalii!!!

Tanpa Nama berkata...

Zaman Cuepacs ampu dan bodek PM dah berlalu (berakhir 14 mei 2010) .. kita tunggu pimpinan baru Cuepacs 2010 -2013. Harap suaranya lantang spt PKR rrrrrrrr.

Tanpa Nama berkata...

yeop berkata... sokong sangat apa yang diperkatakan tampa nama..

Tanpa Nama berkata...

Ada segelitir kakitangan awam gred N41 yg tak tahu apa. datang keja layan internet sampai balik.klu audit datang gelabah sgt. Kerani kewangan yg jawap semua. Klu Pengarah mintak buat keja mengeluh mcm2..Klu kena mensyuarat mintak org lain ganti ataupun cuti. Yg geramnya dok kutuk kerajaan dan tak pernah bersyukur langsung. Keja tak buat asyik layan internet saja. Ini berlaku sendiri di tempat kerja saya. Naik geram saya tgk

Susilo Bambang Yudhoyono berkata...

Jabatan mana itu sila beritahu saya segera, gred 41 begitu harus diajarin. Mungkin Transmigrasi ke Flores koyoknya

Tanpa Nama berkata...

orang dok syok cerita nak naik gaji..dia ni pegi cerita bab internet pulak...kantoi mantoi betul...

Tanpa Nama berkata...

kt mana2 jbt pun mcm tu. yg pandai bodek bos dpt markah tinggi tp kerja out. Apa pun tak tau. nak gaji naik tp tak buat keja. org mcm ni tak payah bagi gaji pun takpa. klu gaji naik ka, dia yg melompat dulu. senyum sampai telinga.mcm nak lempang ja.geram ni...

Tanpa Nama berkata...

luar biasa mcmmana tu..
Kalau ikut jawatan, sy hnya N17 dgn senarai tugas lebih kepada kerja2 kerani...
tapi sy dipertanggungjawabkan untuk membuat kerja diluar bidang tugas sy spt..buat web jabatan, buat penambahbaikan kerja2 jabatan dsb..
buat kerja tanpa mengira masa,..
masa sepatutnya bersama keluarga sy korbankan bagi memastikan perjalanan program jabatan berjalan lancar...
mengeluarkan bermacam-macam idea bagi kebaikan jabatan termasuk melaksanakannya...
tapi bila masuk bab gaji, kebajikan, kenaikan atau sbgnya...
COP org tidak bermoral...

pergi mampus berkata...

apa yang luar biasanya...yang pangkat besar nih...dari 27 ke 41 nih asyik sibuk facebook aja...mana nak main kerja dalam pejabat...nih...PM kencing kuat sampai nak kasi kakitangan kontrak diserap ke tetap...tapi jadi sebaliknya...ambik yang baru...fresh gitu dan sepak buang yang kontrak yang dah 5 ke 10 tahun kerja dalam lubang kubur...pergi mampus najib...butuh bapak ko..janji kepala ko....pembohong besar...pergi jahanam ko najib