SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

26 Mei 2010

HAPUSKAN SUBSIDI SECARA SISTEMATIK

Bernama
26/5/2010




PETALING JAYA, 26 Mei (Bernama) -- Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menghapuskan pelbagai bentuk subsidi secara sistematik memandangkan ia "pembaziran" besar dan tidak memanfaat kumpulan sasaran.Setiausaha agungnya, Muhammad Shaani Abdullah, berkata wang yang dijimatkan dari subsidi ini boleh disalurkan kepada projek lebih bermanfaat bagi faedah rakyat.Beliau menyentuh isu gula sebagai contoh."Subsidinya ialah RM3 sebulan berasaskan penggunaan purata tiga kg sebulan bagi setiap keluarga. Dengan enam juta keluarga dalam negara, ini menjadikan jumlah RM18 juta sebulan atau RM216 juta setahun, tetapi subsidi itu kini naik melambung ke RM1 bilion setahun."Selebihnya adalah pembaziran dalam erti ia disalurkan kepada pekilang besar dan warga asing."Pembaziran serupa dikesan pada produk makanan lain dan subsidi minyak," kata beliau.Selain menghapuskan subsidi, katanya, kerajaan hendaklah juga menentukan dana pembangunan digunakan dengan betul dan berkesan.Cuepacs, bagaimanapun, meminta kerajaan agar berhati-hati bila menghapus subsidi oleh kerana ini menjejas kakitangan awam berpendapatan rendah.Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin berkata kerajaan perlu menentukan golongan miskin tidak terbeban akibat harga yang tinggi, terutama bahan-bahan keperluan utama.-- BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha bagus juga hapuh subsidi. Pasal kami pitih banyak lagi, kami boleh beli apa kami mau tanpa subsidi pung.Tak apo kalu subsidi baja,padi,minyak,gulo dan lain2 hapuh pung pasai kami 1malaysia kayo2 belako. Pitih perwaja hilang, jambatan bengkok, bakun, n lain tu belum jumpa lagi. nanti jumpa boleh agih2 kat kami.

Tanpa Nama berkata...

Saye rase lah kan..
adalah lebih baik kerajaan hapuskan subsidi sekaligus... sebabnya..buat penat otak ja saye pikir tiap-tiap bulan.."apa benda lagi nak naik lepas nie"