SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

10 Mei 2010

MEB: NAIKKAN GAJI SEJUTA KAKITANGAN AWAM

Sinar
10/5/2010




KOTA BHARU - Menaikkan gaji sejuta kakitangan awam di negara ini menjadi antara elemen utama bagi menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan hasrat MEB untuk menjadikan pendapatan rakyat di negara ini daripada golongan berpendapatan sederhana kepada rakyat yang berpendapatan tinggi. “Langkah ini pernah dilaksanakan di Singapura beberapa tahun dahulu yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam sekali gus menjamin pelaksanaan pembangunan yang cemerlang. “Singapura telah menetapkan pendapatan gaji sektor awam yang tinggi dan selesa sehingga mereka berjaya meningkatkan prestasi ekonomi melalui meningkatkan motivasi pekerja. Maka penjawat awam di negara tidak boleh diabaikan,” katanya ketika berucap merasmikan penutup mesyuarat agung tiga tahunan kesatuan perkhidmatan teknik semenanjung Malaysia Cawangan Kelantan, di sini, semalam. Awang Adek berkata, kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji para pekerja dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Beliau berkata, 80 peratus rakyat di negara ini berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan atau dolar US$7,000 setahun. “Menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat negara ini kepada US$15,000 hingga US$20,000 setahun,” katanya. Beliau secara purata kini 80 peratus rakyat di negara ini memperoleh RM21,000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pendapatan rakyatnya kepada RM45,000 setahun.

49 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu lagi retorik...tak akan naiknya gaji tu pun...tu hanya gula gula pilihanraya jek..

sedangkan KUP pun tak semua jabatan yang laksanakan ..contohnya kat MTIB...siap staff kena ambik exam khas 9 paper sebelum layak dipertimbangkan naik KUP tu,padahal syarat asanya tu mudah ajer...mungkin ni lah akibatnya bila pegawai 54 pompuan....bengong jer
ni nak citer naik gaji pulak..prrrrrffff

Tanpa Nama berkata...

Itu aje yg boleh dibuat kesatuan perkhidmatan teknik, dulu masa datuk samy jadi menteri dah janji nak kaji dan upgrade gaji perkhidmatan teknikal tapi dok macam tu la sampai la ni

Kamen Raider berkata...

hm.....permainan Politik....pancing undi~~~letih dah sumer nih~

Tanpa Nama berkata...

kalau kita percaya sangat apa yg umno kata..habislah kita...

dari RM21,000 setahun dia nak tambah jadi RM45,000 setahun pendapatan staff kerajaan..biar betul...

minta naik gaji sekupang dua pun kena herdik dengan najib..inikan pula nak bagi naik banyak...ada yg nak kena pelangkong dengan najib tu...

ingat tak cuepacs kena hentam najib dulu...tak bermoral la...apa la...

tak yah termakan sangat gula2 tu..nanti merana sendiri...

kalau dah merana..nak pegi kerja pun malas...apa lagi nak buat kerja..

last2..kena buang krja...hehehee...

relaks la kawan2...

semua ni politik ja...

relaks la...

Tanpa Nama berkata...

tapi kalau kerajaan bagi sungguh kena bersyukur la...jangan tak bersyukur pula.

sapa tak mau gaji naik beb...

dari pendapatan RM21,000 jadi sampai RM45,000., ada pertambahan RM20,000 lebih tu...

maknanya, kita sekurang2nya akan dapat gaji sekitar RM3000 lebih sebulan...setahun...RM36,000...kalau gitu, RM3500 kot?? sebulan...

heheheee...banyakkk tu...

agak2 boleh dapat ke..??

boleh tu memang boleh kawan2...tapi ingat la....bukan gred B, C dan D tapi gred A la...pensyarah ke apa ke...bukan kerani kot...hehehe...

tak apa la...jangan patah semangat...yang penting pegi kerja macam biasa..productivity mau jaga juga...anak bini nak kena makan juga...jangan kira nak malas pergi kerja...takut2 kena buang...RM21,000 ke mana...RM45,000 ke mana...

hehehee....kadang2 lucu juga...

kalau saya salah faham minta maaf la...maklum la matematik pun asyik dapat 9 ja dalam peperiksaan...bukannya A1...hehehe..

Tanpa Nama berkata...

skim teknikal yg patut lama dulu dinaiktarafkan....asyik2 cikgu ngan polis jer yg naik gaji

Tanpa Nama berkata...

skim kejuruteraan dah lama sgt tak dinaik taraf dan ditambah baik. sudah jauh ketinggalan klu nak banding dgn skim lain. bila? bila? dan bila?

Tanpa Nama berkata...

skim kejuruteraan dah lama sgt tak dinaik taraf dan ditambah baik. sudah jauh ketinggalan klu nak banding dgn skim lain. bila nak ditambahbaik ni. bila? bila? dan bila?

Tanpa Nama berkata...

Ini la ckp2 politik....keadaan ekonomi belum pulih semua dah angan2 nak naik gaji.....alahai pulihkan semua kemudahan elaun yang sediada dulu baru cerita soal gaji. Naik gaji barang naik buat apa....pi pi mai tang tu gak lerrr...kawal dulu harga barang wahai2 tuan menteri semua.

Tanpa Nama berkata...

Salam ! apa khabar presiden dan timbalan presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknikal (MTSU), dok lena lagi ka, bangun la perkenalkan kpd rakyat malaysia bahawa kita wujud dalam perkhidmatan awam malaysia, bagitau kat PM akan kepentingan kita dan mintak la dia tengok sikit skim gaji kita yg dah lama tu, suruh dia adjust sikit, kumpulan teknikal ni berapa kerat saja berbanding dengan guru dan polis, kerajaan takkan miskin kalau upgrade sikit gaji ki orang

Tanpa Nama berkata...

naik gaji sejuta penjawat awam??!!!!

kata takda peruntukan tapi naikkan gaji yg dibayar tiap bulan tu boleh pulak!

penjawat awam kontrak dibuang dan ditamatkan perkhidmatan dgn alasan TIADA PERUNTUKAN! walhal kerja dan tugas yg sama masih ada. penjawat awma kontrak kerja bermati-matian dan kebanyakkan mereka bekerja dgn penuh dedikasi.

so bila lagi mereka dapatkan pembelaan?

asyik2 alasan kerajaan bn iaitu -
"mereka mesti faham dengan status dan maksud kontrak seperti yg termaktub dalam surat perjanjian kontrak... bla.. bla.. bla.."

poooddhhhh!!!!!

Tanpa Nama berkata...

anon 11:11:00- aku salah seorang penjwt awam kontrk yg dh kena tendang atas sbb yg x msk akal iaitu ditamatkan dan tidak dismbg dan peruntukan x ade nk bayar gaji. skrg pnjwt awm kontrk blh dikelaskan dlm golongan mudah miskin atau miskin kerana nsb mereka msh samar2.

Tanpa Nama berkata...

MTSU...MTSU....MTSU....tunggu apa lagi

Tanpa Nama berkata...

Banci/Vote Hari...


Wajarkah setiap tahun sambutan hari guru, maka setiap tahun guru dapat imbuhan demi imbuhan dari kementerian mereka berbanding dengan sektor lain yang tiada hari ?


A. Amat Wajar

B. Wajar

c. Tidak Wajar

d. Amat Tidak Wajar

guru yahya berkata...

jawapannya

A. Amat wajar


imbuhan apa sgt yg guru dpt.. padahal hangpa check tgk slip gaji guru dgn korang, sama je tangga gaji dan elaunnya

yg dapat tu yg dok ulu btahun2, kalo korang si kerani keparat nak jugak pi la sekolah2 ulu yg xde kerani tu

Tanpa Nama berkata...

aku ni dah bebelas tahun jadi PAP... ade SPM. Dh cuba mohon jawatan lain byk kali..tapi hampeh.
Cubalah cuepacs mintak kenaikan gaji kakitangan yg menyandang pangkat rendah tapi punyai kelulusan akademik dapatdiberi kenaikan pangkat... tgk mcm cikgu2.. kalau lulusan maktab, smbung bljr dpt degree trs je gaji ikut gaji degree... perjuangkanlah utk kakitangan sokongan juge....!!! Bru la kami sume blh smbung bljr lagi...

Tanpa Nama berkata...

kita ni kalau harap cuepacs sangat pun problem juga. presiden cuepacs pun lulusan rendah saja. macam mana dia nak nampak masalah kita semua.

bertahun belajar, habis duit ringgit..dapat sijil apa pun pangkat tak naik2.

cikgu ok la...lulus terus naik pangkat...

cikgu pula sentiasa ada dalm fikran menteri...menteri pelajaran sering kesiankan guru...naik pangkat la..naik gaji la... naik elaun la...

kerani jangan harap la...

Tanpa Nama berkata...

Wahai empunya sebenar CEUPACS...

yang saya paham, tujuan kesatuan ini adalah untuk memperjuangkan nasib penjawat awam....

tak perlu lihat seluas2nya...saya mohon sila perhatikan dan kaji taraf jawatan PENJAGA JENTERA ELEKTRIK....

pada saya, penjawat untuk jawatan ini tidaklah seramai mana...jika hendak dibandingkan dengan kepentingan fungsi jawatan ini..dlm sesebuah organisasi, tak lebih 5 hingga 7 org sahaja...dan adakalanya lgsg takde...malah di kontrakkan kepada syarikat yg berkelayakan.

maknanya...jumlah penjawat PENJAGA JENTERA ELEKTRIK adalah sgt kurang jika dibandingkan dengan guru, kerani, polis dan lain2 lagi.

kerana ia terlalu segelintir, maka janganlah lgsg pihak yg berkenaan menutup mata terhadap nasib penjawat jawatan ini. Mohon yang berkenaan mengkaji secara menyeluruh termasuklah taraf pendidikan yang ditetapkan berserta gaji termasuklah tangga gaji yg ditawarkan.

Pada amatan saya, sehingga hari ni, lgsg tidak ada ape2 isu atau perkara yang dibangkitkan khususnya untuk jawatan ini. Buat pengetahuan pihak yang berkenaan, banyak kekeliruan yang saya dapati sepanjang perkhidmatan saya dalam jawatan ini . Sebagai contoh, kelayakan jawatan adalah berkelulusan SRP dan mempunyai sijil yg berkaitan sedangkan jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kelayakan lulusan SPM.

Apabila kekeliruan ini terjadi, maka saya merasakan banyak yang tidak adil dalam skim jawatan ini.

itu belum lagi dilihat dari sudut kemudahan seperti kursus-kursus yang berkaitan dengan tahap kompetensi jawatan ini. Pendek kata, baik jadi kerani dari jadi Penjaga Jentera Elektrik. Tapi mcm mana pulak kerani boleh kerja dengan senang hati kalau kemudahan bekalan elektrik tidak diselenggara dengan baik...

Bukan niat nak tambahkan kekusutan pihak CEUPACS...cuma saya memperjuangkan hak yg sepatutnya....kita kan 1 Malaysia...!

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera..salam 1 Malaysia...13 Mei perhimpunan Penjawat awam...16 Mei Hari Guru...seronoknya....pasti ada imbuhan untuk para guru...terima kasih daun keladi..tiap-tiap tahun naik gaji...

Tanpa Nama berkata...

JPA masih dok kaji lagi ke skim JURUTEKNIK tu? Sampai bila kena tunggu?

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong apa yang diperkatakan tentang jawatan penjaga jentera elektrik tu,selama ni mungkin CEUPACS terlepas pandang. Dari segi skim gaji pun nampak tidak adil kalau kita lihat skim gaji tukang elektrik dengan penjaga jentera adalah sama contoh dengan gaji guru Diploma dengan sijil mesti ada perbezaan..... Tolong pandang2kan skim gaji ni yek tq.

Tanpa Nama berkata...

13 mei ni hari mungkinmenteri bertemu penjawat awam. 16 mei hari guru..

hehee...guru seronok la..mesti dapat sesuatu kot dari kerajaan..

kau orng yg lain pada guru, askar atau polis harap bersabar...

kita tukang tepuk ja bila menteri berucap...pas tu ucap tahniah pada kawn2 kita yg jadi cikgu 16 mei ni...mana tahu..hari guru ni menteri bagi 'angpau' pada cikgu...

kita tepuk ja tangan...hehehe...

Tanpa Nama berkata...

kita upah jer karpal singh fight gan jpa..nak tgk bapa banyak kerajaan..nak bayar..

Tanpa Nama berkata...

kerajaan mesti jaga cikgu, polis askar sebab depa ni tunjang kekuatan BN.

stakat kerani...hhehehehe...jalan daaa...

Tanpa Nama berkata...

cadangan saya:

1. staf yg kerja 20tahun ke atas dapat pangkat tertinggi jawatan dia (contoh kerani tingkatan tertinggi).

2. staf ada kelulusan, bayar gaji ikut kelulusan dia biar pun dia hanya peon.

3. staf ada kelulusan tapi tak naik pangkat lebih 5 tahun kejaan bayar pampasan mengikut tahun selepasnya (selepas 5 tahun).

ok tak cagdangan saya...hheee...

Tanpa Nama berkata...

xkira apa jawatan anda...jgnla bangga n sakitkan hati org yang membaca, tak baik..tuhan marah.

Tanpa Nama berkata...

Perhimpunan dah berlalu...padan muka...tak da apa pun..habuk pun tarak...Presiden cuepacs buat apa hahhhh....?

Tanpa Nama berkata...

saya dah kata..tak ada apa punya...setakat seronok bersalam dengan PM..kemudian cium tangan dia..kemudian..tepuk bila dia bercakap..kemudian minum free...kemudian balik rumah...kemudian pergi kerja macam biasa...kemudian tunggu lagi musim janji seterusnya...kemudian isi borang pencen...kehekehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Salam 1 Malaysia...

Fahamilah masalah pembantu tadbir yg berkelulusan diploma. dah berpuluh kali mintak jawatan yg sesuai tp tak dapat. Mana nak bayar pinjaman belajar dulu lg, bayar kereta, rumah dan untuk keperluan hidup lain. Yg peliknya cikgu2 dpt plak gaji kelulusan diploma. Pembantu tadbir kelulusan diploma dpt gaji SPM. Adil ka semua ni. Cikgu kerja sampai 2.30 ptg tp kami sampai 5 petang. Gaji SPM...kami bukan nak hidup mewah tp ketahuilah gaji kami hanya cukup2 makan...klu ada degree pun tp masih gaji SPM buat apa..ramai yg mengeluh terutama yg berkhidmat di IPTA.. Harap president Ceupack ambil tahu masalah ni.

Tanpa Nama berkata...

Guru tugasnya berbeza... ramai yang iri hati... kalau dapat di beri peluang jadilah cikgu walaupun sehari ... kalian akan kata ... hebatnya siapa menjadi guru.. jgn dikira cuti dan gaji kami... nilainya x mampu nak dibandingkan dengan wang dan hadiah!

Tanpa Nama berkata...

Rasanya kalo gaji SPM (gred 17) pun gaji dah banyak la tuan2. Pokok pangkalnya perbelanjaan bulanan mesti berhemah. Ukur baju di badan sendiri. senang citer kalo gred 17 tu pakai la keta kecik, beli rumah murah, jgn buat personal loan, bisnes sana sini, last2 bisnes lingkup personal loan kena bayar. tak percaya masing2 tgok payslip sendiri ruangan kiri gaji kasar. berlanja jgn mcm org gred 41<. bukan nak kata, rata2 aku jmpa kerja gred 17 tapi spending bulanan mcm orang kaya (bukan semua). akhirnya salahkan kerajaan sbb duit x cukup. diulangi: semak payslip masing2 ruangan kiri, insafi.......gua gred 17 (ada degree)P1T10.Alhamdulillah, pakai keta wira 2nd hand beli cash (lama menabung woo), umah flat, takde personal loan, anak 3 (2 dah skolah). bini pun sama gred 17. hidup sederhana je beb. kita ni gaji kecik. jgn salahkan org kalo hidup kita susah. renung2kan.........

Tanpa Nama berkata...

Saya pun pakai keta kancil ja, gred 17 dan kelulusan diploma gaji pokok 900++.Bukan nak slhkan kerajaan tp cuma nak keadilan yg sama rata. Saya buat pjj guna duit sendiri dan berbelanja alakadar saja. Bukan nak mewah mcm org lain. Nak beli rumah pun gaji tak lepas hanya layak RM90 ribu lbh saja. Rumah skrg mahal bkn mcm dulu. Saya bukan jenis pakai barang kemas berjela2, baju mahal2 dan beli make up mahal2.Saya juga ada cita2 nak miliki rumah sendiri. Nak beli perabut pun kumpul duit 2 3 bulan...tu pun hasil jimat cermat sendiri

seroja berkata...

tapi bagaimana yang kami memiliki mivy SE ni, nak bayar bulan2 pun cukup2, skang dh 2 bulan x renew insurans sebab x cukup wang

sedih, kami sokongan selalu dianaktirikan.nak harap bonus kerajaan toksah harap la

Tanpa Nama berkata...

Apa maksudnya keadilan yang sama rata? keadilan bukan sama rata. tapi meletak sesuatu pada tempatnya. kalo kita gred 17 maknanya kita mintak kerja pakai SPM (walaupun ada degre etc.). kalo nak gred 27/29/41 ada kosong esok kita mohon la kalo ada rezki. mana adil sbb kita ada degre (walaupun gred 17)kita marah gaji kita sama ngan budak2 yg ada SPM je. sbb gred tu (17) mmg utk kelulusan SPM.......
p.s: rujuk JPA kadar upah mengikut kerja.

senapi berkata...

ala, dekat2 pilihanraya nanti umum la naik gaji tu

pastu PKA yang bodoh nak mampos ni pun pakat syok dan pangkah BN

skrip yang sama tiap2 tahun smada pilihanraya kecil atau umum, dan macam biasa PKA ni terus bebal untuk menjadi sedar

Tanpa Nama berkata...

Seroja kalo dah bayar bulan pun cukup2 je....kenapa beli Myvi. SE plak tu....tak tgok ke gaji anda berapa. pastu tuduh kerajaan anaktirikan kump sokongan plak...adoi...

Tanpa Nama berkata...

Yang penting imbuhan kola tu selaraskanlah. duduk kt bandar atau kampung pun belanja sama ja..betulkan?

Tanpa Nama berkata...

jurutera dah lama x naik gaji..lepas ni, kalau semua jurutera yg dapat IR lari, macam mana la agaknya....

Tanpa Nama berkata...

Staf yg tingkatan kanan dah 15 tahun layak tak di KUP untuk tingkatan tertinggi? contoh gred 22 ke gred 26

Tanpa Nama berkata...

aku geli betul sama kerajaan sekarang.ada pilihanraya ada cadangan untuk orang awam........lepas habis pilihanraya akan keluar kenyataan "AKAN DIKAJI SEMULA"......satu jak aku yakin....aku ndak akan undi Kepimpinan kerajaan di bawah BARISAN NASIONAL

Tanpa Nama berkata...

sebut pasal KUP,kami penguatkuasa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia gred E17 yang dah 18 tahun kejer pun tak diserap naik KUP tu..alasannya nya kena ambik exam 9 paper dan lulus baru boleh dipertimbangkan layak...adilkah macam tu?sedangkan sebelum ni yang tak de ambik exam khas tu pun dapat naik gred 22 hakiki pulak tu...ni hanya KUP je..
semua ni disebabkan sorang pengarah pompuan tu yang hanya tahu menindas kami orang bawahan...pasal tu kot dia tak kawin2 walau umor dah separuh abad...hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Hanya ada lebih kurang 45000 juruteknik dari 1 juta lebih kakitangan awam....takkan tak leh upgrade skim juruteknik tu...penat menunggu nih...

Tanpa Nama berkata...

Cobalah korang ngorat Boss Pompuan korang tu di MTIB....gerenti bab exam-exam ni tak yah nak amik....trus naik KUP senang-senang je....dia ni nak menghukum kaum adam sebab dia marah tu...tak de siapa nak ngorat-ngorat dia....Hai...muke nya tak masuk kamus ke?????

neodragon75 berkata...

Betulll...pendapatan jurutera residen dan jurutera2 yang sewaktu dengannya yang memantau projek-projek kerajaan ketinggalan...nasib tak terbela...jurutera pun takda gaji tinggi apa lagi yang lain..ini buat ramai yang lari ke negara lain...kelulusan...kelayakan yang perlu ada bukan main ketat lagi...tak setimpal...

Tanpa Nama berkata...

salam satu malaysia,

saya nak taw la kenepa kelayakkan diploma x dipandang..
mmg kebanyakkan nya mohon gred 17 walaupun ader diploma..
sepatutnya kerajaan perlu ambil kira juga sebab kiteorang kene menangung perbelanjaan ptptn..
walaupn x dapat T9 or T10 sekurang-kurang nya ader elaun Tambahan Bagi kelulusan diploma or Digree bagi membayar balik pinjaman..
klo polis ade kenapa bley dapat tangga gaji yang berlainan dan dapat sah dalam perkhidmatan dlm masa 2 thn bagi diploma dan setahun bagi ijazah..??
sekurang-sekurangnya, ader kebaikkan dan gunanya diploma dan ijazah kami..
x sia-sia la kami belajar dan bayar duit ptptn..
harap dapat dipertimbangkan..
klo bley selaraskan gaji mengikut kelulusan..

terima kasih,,

Cikgu Esa berkata...

kpd yg menyatakan hasrat naikkan gaji ini retorik, permainan politik dsb, cubalah korang pergi ke negara spt indonesia, kemboja dll...pasti tahu nikmat dan bersyukurnya tinggal di malaysia. kalau kt indon, nak makanpun antara ada dan tak ada...masalah org skrg x tahu berterima kasih dan berpada pada apa yg ada. terima kasih kerajaan jk sudi naikkan gaji...skrg ciput benar rasanya..

Tanpa Nama berkata...

HARAP-HARAP KERAJAAN, JPA DAN CEUPACS TOLONG TENGOK-TENGOKKAN SKIM GAJI PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (CHARGEMAN)GRED R17 - SBPA J 4-1... SEBABNYA RAMAI YANG TAK MAU JOIN SEKTOR KERAJAAN SEBAB GAJI DAN IMBUHAN CIPUT JERR.. BAIK JOIN SEKTOR SWASTA.. BUSUK-BUSUK GAJI RM 3,000 KE ATAS... SALAH SATU SEBAB NAPE KEKURANGAN CHARGEMAN DI SEKTOR KERAJAAN SILAP ARI BULAN JAWATAN NI DIJUMUDKAN SATU ARI NANTI. SEHARUSNYA JAWATAN INI DIBERI PENGIKTIRAFAN DARI SEGI KELAYAKAN ....BELAJAQ DAN EXAM SUSAH SUSAH LAST LAST GAJI SAMA NGAN TUKANG ELEKTRIK.... KIH..KIH..JAWATAN INI DAN SIJIL KOMPETEN DIWUJUDKAN OLEH AKTA BEKALAN ELEKTRIK YANG DIPANTAU OLEH SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA SELURUH BANGUNAN DI MALAYSIA MEMERLUKAN ORANG KOMPETEN TETAPI KEWUJUDAN MEREKA SEOLAH OLAH TIDAK DIENDAHKAN TERUTAMA DI BANGUNAN BANGUNAN KERAJAAN DITAMBAH PULA DENGAN SIKAP SESSETENGAH KETUA JABATAN YANG LANGSUNG TIDAK MEMAHAMI BIDANG TUGAS DAN MEMPERBODOHKAN NAMA JAWATAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK SEOLAH OLAH MENJAGA JENTERA KUBOTA DAN LAIN-LAIN...KADANG KAMI FRUST DGN NASIB KAMI..YANG TIADA KESUDAHAN DIAJUKAN SOALAN DAN PERTANYAAN YANG SAMA..NAMA JAWATAN YANG PELIK...BILANGAN KAMI DALAM SEKTOR KERAJAAN TIDAK RAMAI TIDAK SAMPAI 1500 ORANG PUN..TETAPI KAMI DILATIH MENJALANKAN KERJA KERJA HANDS-ON DAN MAMPU MENJALANKAN KERJA-KERJA PENGURUSAN TEKNIKAL BUKAN HANYA SEKADAR PANDAI TEORI TAPI BOLEH JUGA MENJALANKAN KERJA KERJA DILAPANGAN / TAPAK..DAN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENJAWAT AWAM 1.4 JUTA ORANG.... TAKKAN PIHAK KERAJAAN, JPA, CEUPACS TIDAK DAPAT LAKUKAN SESUATU KALAU BUKAN UTK KAMI PUNN TETAPI UNTUK GENERASI AKAN DATANG... PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17,R22,R24..... SBPA J 4-1,4-3,4-5

Tanpa Nama berkata...

MEMANG KAMI KUMPULAN SOKONGAN BUKAN KAMI HENDAKKAN GAJI YANG SAMA NGAN PEGAWAI JUSA, PREMIER TETAPI HARAP PIHAK KERAJAAN LEBIH TELUS DALAM SOAL GAJI, JANGAN WUJUDKAN JURANG GAJI YANG KETARA ANTARA KAKITANGAN SOKONGAN DAN PEGAWAI.. UMPAMA LANGIT DAN BUMI... KAMI DIGELAR KUMPULAN PELAQKSANA..RAMAI YANG TAK PUAS HATI...TAKUT TAKUT RASA TAK PUAS HATI NI DITERJERMAHKAN DALAM PRU 13 ... HARAP HARAP BERI PERHATIAN..

Tanpa Nama berkata...

Saya sorang kakitangan sokongan.Kenapa kita selalu menyalahkan org lain bila kehendak kita tak dilayan?Saya dah berkhidmat 27 tahun tapi masih c17 pembantu makmal.Mula dengan Attendan Makmal gaji RM250.Lani dapat hampir 2000 gaji.Alhamdulillah.Kerajaan bagi kenaikan kita bersyukur le jangan kata gula2 PRU le.Bagi atau tidak yang pembangkang tetap sokong pembangkang.Jangan le kata kononnya kakitangan kerajaan yang jadi pembangkang akan sokong kerajaan.Kalo dah BN tu BN juga le.Kalo dah pembangkang tu pembangkang jaga le.