SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

31 Mei 2010

KAKITANGAN AWAM PERLU UBAH SIKAP NEGATIF DEMI MANFAAT RAKYAT

Bernama
2010/05/31




SEJAK kebelakangan ini pelbagai isu membabitkan kakitangan awam banyak dibicarakan. Bermula dari kakitangan sokongan hinggalah di kalangan pengurusan dan profesional. Terbaru, isu penipuan sijil sakit kakitangan awam. Pelbagai pihak memberikan pandangan mereka dan memberikan pelbagai cadangan untuk mengatasi masalah ini.
Namun, bagi saya secara jujurnya hanya sikap kakitangan awam itu yang mampu mengubah situasi ini. Selagi ada sikap berasa selesa dengan kedudukan dan jaminan dalam perjawatan dipegang selagi itulah penipuan akan terus berlaku.
Sebelum isu penipuan sijil cuti sakit ini, kakitangan awam ada mengutarakan isu jadual gaji mereka melalui Cuepacs dan meminta kerajaan mengkaji semula pendapatan mereka. Alasan masih sama seperti tuntutan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu sebagai dorongan dan memberikan semangat kepada mereka untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Namun, apa yang pasti mutu perkhidmatan kakitangan awam masih lagi berada di takuk lama. Sebelum ini, mereka ada juga menuntut pelbagai insentif, dan apabila kerajaan memenuhi tuntutan mereka adakah ia berbaloi? Adakah mutu perkhidmatan kita dalam perkhidmatan awam meningkat? Saya tidak bermaksud untuk menyatakan tuntutan yang dibuat itu salah dan menuding kepada keseluruhan kakitangan awam, tetapi biarlah dengan apa yang kerajaan berikan berbaloi dan berkesan. Rakyat di negara ini juga sedia maklum bahawa mutu perkhidmatan kakitangan awam sememangnya masih tidak memuaskan kerana kita juga pernah berurusan dengan mereka. Dalam sebuah lagu Inggeris ada menyebut What you give, you get back. Sepatutnya kita semua perlu faham bahawa setiap yang kita berikan, kita akan mendapat kembali walau dalam apa bentuk sekalipun. Namun, kita dalam perkhidmatan awam sekarang sudah terbalik, kita ingin mendapatkan dulu baru kita memberi. Walhal apa yang kita berikan itu tidak setimpal dengan apa yang kita dapat. Tanya dan lihatlah sendiri di tempat bertugas kita berapa ramai antara kita apabila masuk waktu bekerja kita sudah berada di tempat duduk dan memegang pen untuk memulakan tugasan? Akhir sekali, saya berharap kita semua boleh bermuhasabah diri. Jika kita berasa kita teruk dengan tugasan kita, berbanding gaji dibayar ingatlah ada orang lebih teruk daripada kita di luar sana. Jujurlah dalam kehidupan dan pekerjaan kerana melalui kejujuran keberkatan rezeki akan datang dan membolehkan kita merasa cukup dengan apa yang kita terima.


JAI,
Bandar Jengka,
Pahang.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

subsidi kena tarik,
harga barang naik,
minyak naik,
nak wat lesen keta pun naik harga,
gaji pun naik.. hehe :)

ada mcm yg x kena jer ayat di atas...hehe

yg mana satu tu ek..hehe.;.

Komen Raider berkata...

gaji naik tuh tpu jew..

Tanpa Nama berkata...

jai ni kerja kilang kot..tu yg jealous semacam tu...

ada ke patut sindir kami kat sektor awam ni..

time kita buat kerja 'peluh sampai keting'..dia tak nampak..tak puji..

apa punya jai ni...

pegi cepat kerja...nanti supervisor tengok lingkup...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Kami ni dah kejo lebih bagus dah. Dah dapat APC. Tak ubah sikap gano lagi. Tak apolah ubah sikit ko malas lah. Dah suruh ubah sikap. Gaji turun x po. Blh kami berjimat pasai kakitangan kerajaan pandai berjimat cermat. Posa pun tak apa. Makan cikit2, kerja byk cikit, tak balik awal rumah pasai nak buat kojo lebih masa. Tapi gaji jgn naik nanti kerajaan nak buat pembangunan tak dok duit pulo. Buat bangunan tinggi2 melangit boleh org luar tengok kato org 1malaysia kayo2 belako. Kalu kami lapo pi gigit bagngunan tu. he ho he

Tanpa Nama berkata...

Bayangkan, kerajaan sewa kereta peronda, ada individu dapat juta-juta, pembelian Sukhoi, ada individu dapat juta-juta, AP, ada individu dapat juta-juta, dan banyak lagi kebocoran @ ketirisan yg melimpahkan wang rakyat hingga bilion kepada beberapa kerat.
Kakitangan kerajaan hampir 2 juta orang. Jika dibendung ketirisan tersebut, dan dinaikan gaji tanpa ada tambahan perbelanjaan kerajaan..ada hampir 2 juta dapat menikmatinya.
Syukur tetap bersyukur atas rezeki yg dapat, tetapi hak tetap juga perlu dituntut.

Pseudon

Tanpa Nama berkata...

BAGUS...perlu buang sikap negatif....tapi kami sudah hilang motivasi di sebabkan pihak lembaga perindustrian kayu malaysia (MTIB) sudah pandai-pandai menambah syarat utk dpt KUP.....sedangkan kami sudah cukup semua syarat yg di luluskan JPA dan sudah dpt APC pun..HARAP PIHAK KPPK DAN JPA MENGAMBIL PERHATIAN DLM PERKARA INI JANGAN SAMPAI PENJAWAT AWAM SEPERTI KAMI YANG DI NAFIKAN HAK HILANG SEMANGAT UTK BEKERJA DGN LEBIH TEKUN.

intan suraya berkata...

saudara 4.19.00..

kawan saya yang kerja kat MTIB pun ada memberitahu saya tentang syarat karut KUP tu.Saya sungguh simpati dengan nasib yang menimpa saudara tu.
Kabarnya syarat2 tu dikenakan kerana nak cover sikap kroni2 PSM yang naik pangkat selang 3 tahun,so disusahkan kan staf bawahan ni supaya JPA nampak mereka tu buat kejer...

Tanpa Nama berkata...

MTIB itu apa? Majlis Teknikal Industri Buatan ke? X pernah dgr lah. Mungkin u ni x relevan dah. X pe lah kalau ada masalah KUP dsb selesaikan sendiri x perlu bising2 di sini.

Kami para PA khasnya PTPO N17 persekutuan pendukung dan penggerak jentera kerajaan perlu diutamakan dan isu kami perlu diselesaikan.

Bagi Majis Teknikal Industri Buatan (MTIB) wajar selesaikan di meja rundingan di pejabat anda.

Ezzu Raza berkata...

1. Saya menghormati pendapat En.Jai, tentang sikap selesa penjawat awam, tentang mutu perkhidmatan yang boleh dipertingkatkan.

2.Insitusi awam amat memerlukan orang macam En.Jai, yang boleh mengubah situasi sebegini.Tp sayang, tak ramai yang sanggup turut serta mengubah situasi ini.

3.Saya juga pernah berkhidmat di sektor swasta, memang ada perbezaan tetapi masih ada ruang untuk diperbetulkan.Harus diingat CUEPACS juga berfungsi seperti persatuan kerja swasta yang lain.Cuma apabila CUEPACS yang bersuara , seluruh malaya tertumpu pada isu yang diketengahkan.

4.Sudah sampai masanya mereka yang di luar sana menyertai institusi awam.Jangan taburkan pelbagai alasan.Kemalasan punca kehancuran dan Orang yang rajin sentiasa bersedia, orang yang malas sentiasa memberi alasan.

5.Orang yang bermusuhan penuh dalam kerugian tambahan lagi berselisih fahaman bukan beerti bemusuhan.

Tanpa Nama berkata...

kepada Tanpa Nama 10.14.00 tu

macam mana isu PTPO N17 nak diselesaikan kalau MTIB pun tak tahu apa...nampak sangat sisi kebodohannya tu..kan ke sahabat kita kat atas tu ada mention MTIB tu Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia..
tu la..lain kali belajar la google2 skit...majlis teknikal industri industri buatan pala atok ko...

jangan mareee...

PTDCerdik berkata...

mcm ni la gred 17 punya otak

sempit dan x berkembang

tu pun ada hati nak gaji sama dgn 41

pooraaahhh!!!

Tanpa Nama berkata...

pada Tanpa Nama 10.14.00 tu ...macam manalah kau boleh jadi PA ..pentingkan diri sendiri.org macam ni patutnya kerja ladang kelapa sawit aje..MTIB pun tak tahu...aku rasa kerja kau pun kau tak pandai buat...

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan beberapa maklumbalas yang di baca, saya melihat sebahagian komen daripada pegawai pro. berbau penghinaan kepada kumpulan pelaksana.

Saya bersetuju, jika kump pro. tidak berpuas hati kerana ketidak adilan.

Apa yang perlu dibuat adalah sepatutnya kump. pro yg tidak berpuashati perlu berusaha meminta/mendesak kerajaan menaikkan gaji kum. pro. selaras dengan kenaikan gaji kum. pelaksana.

Tidak sepatutnya dan tidak wajar ketidakpuasan ditunjukkan dengan memburuk-burukkan atau mencari kelemahan kumpulan pelaksana.

Jikalau kum. pro. tersebut berasa penuh yakin yang mereka tiada langsung kekurangan 'Tak dapek den nak menolong'...

Tanpa Nama berkata...

tak ada masa nak hina...

kami cuma pertahankan kelogikan dalam menaikkan gaji kakitangan awam.

perkiraaan atau formula atau cara bagaimana gaji itu dinaikkan biarlah nampak adil dan berlaku adil..itu saja..bukan nak hina mana2 pihak..

kami sokong jika kerajaan nak naikkan gaji kumpulan sokongan ke taraf yg lebih tinggi..tapi pihak kerajaan perlu juga melihat kesaksamaan untuk kumpulan2 lain juga termasuk kumpulan 'pegawai'.

bukan biarkan ketentuan diputuskan oleh pihak cuepacs semata2. maksudnya, bukan hanya berkisar kepada isu2 yg dibawa oleh pihak cuepacs semata2.

mana2 staf kumpulan sokongan yg layak untuk dipertimbangkan bagi memberi gaji yg lebih tinggi...kita sokong...kalau staf tersebut berkelulusan ijazah misalnya, pihak kerajaan perlu mengiktirafnya..iktiraflah mereka ini..kita tidak menghadapi masalah...

bagi kumpulan profesional..kita juga amat menantikan satu jadual gaji yg sewajarnya...bukan untuk bersaing dengan kumpulan sokongan...tetapi sebagai satu penghargaan oleh pihak kerajaan...

biar semua rasa seronok, biar semua rasa terbela, biar semua rasa adil...

sama2lah kita tunggu keputusan kerajaan nanti...

sabarlah...


kahkahkahkahkah...


mudah2an kita semua akan berasa legaaaa...

heheheheheeee....

ahkak berkata...

Ahkak harap2 la gaji ahkak sbg kerani ni naik. Tp ahkak baca dkt kupeks ni ada katanya nk naik gred 17 ke 41 jadi apa tu... pelaksana? penjawat laksana? apa tah?

ahkak pon x tau. apa2 pon elok je kalau naik gred ke 41. Merasa la ahkak jadi pegawai. tinggal 3 thn je nk pencen.

ahkak nk komen juga hal mtib. ahkak pon x penah dgr la. apa tu? kwn ahkak kata itu malaysian tekstail industri berhad di nilai n9. entahlah. bukan korang swasta ke?

ahkak nk tunggu naik gred je ni. Jeng jeng jeng... kupeks tolongla ahkak ni ye

Tanpa Nama berkata...

saya tengok orang sokongan tak lawan pun..ini yg boring ni..bincang la..bagi la buah fikiran..

jangan cepat merajuk..

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

pada Ahkak tua lagi 3 tahun nak pencen..Jumaat, Jun 04, 2010 7:22:00 AM

ni lagi sorang bodoh dari muda sampai tua kerepot obesiti nak pencen..lain kali baca la dari awal..
MTIB tu kan ke dah ada yang mention..Gov.sector jugak la wahai kerani mengong yang ada SPM tapi ada hati nak jadi pegawai sebelum pencen kononnya..

amri N17 berkata...

jadi pegawai adalah hak kerani yang tiada siapa mampu pertikaikan kerana hujahnya kukuh..

sepatutnta kami naik melalui time-based
- 5 tahun di N17
- 10 tahun di N22
- 5 tahun di N41
- seterusnya gred N44 sehingga pencen

adil dan seksama, sama2 merasa jadi pegawai tanpa perlu membodohkan diri mengambil ijazah atau diploma

Tanpa Nama berkata...

orang bodoh saja yg asyik berangan nak jadi pegawai tanpa sebarang sijil kelas atasan...diploma, degree, master dan phd...

kehkehkeh...

Abu berkata...

amri N17:
Senangnya ko cakap takyah membodohkan diri buat dip, degre. Ko mintak masuk U tgok. layak ke tidak?? Tu la dulu bapak ko suruh belajar elok2 ko tak buat betul2. Dpt N17 pun dah besar tuah. tgok la cita2 ko pun sampai N44 je pastu pencen....(Walaupun tinggal angan2). satu lagi aku nak bitau, kalo ko nyer SPM dulu dpt 10A pun masih tak setaraf dgn sekeping degree/diploma tau.....

baca post ko pun dh ble baca tahap kebengapan ko tu. Kalo nak lompat time based pun biar la logik dari sokongan 2-sokongan 1-p&p...ni dari 17(sokongan 2) ke 22(sokongan 2 jgk..)pastu terus ke 41 (p&p). Kalo ko hantar proposal (masa SPM tak belajar ni sbb tu ko tak tau) kat menteri comfom reject...hahaha...

p/s:(utk amri N17 shj.)
sapa yg bodoh??
A: Ada Spm
B: Ada dip/degree

jawapan: amri N17 keh3...

Tanpa Nama berkata...

.

fadzil bakar berkata...

Kepada kawan-kawanku..

Kenapa jadi begini?Kutuk sana , kutuk sini. Berbincang boleh berbincang, tetapi bahasa , tingkah laku kena jaga. Kita boleh meluahkan kata-kata cuma cara teguran kena ada..

Kita berbalik kepada tajuk asal "KAKITANGAN AWAM PERLU UBAH SIKAP NEGATIF DEMI MANFAAT RAKYAT"

Kita bekerja ni umpama lengkap melangkap diantara satu sama lain. Tak kira lah di P&P ke sokongan ke.. Sama-sama bekerja..Untuk mencari keredhaan , langsung melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang insan. kalau kita bergaduh atau tidak bersatu sama lain , tak ada orang lain rugi , kita juga rugi..

kalau hak seseorang tu dapat tidak perlu dinafikan, jangan pertikaikan. Itu adalah nikmat dimana mereka susah payah belajar , dan perah keringat ke peringkat tertinggi..

Jika ada yg nak juga kelebihan dan hak tersebut, sama-sama berjuang menuntut hak tersebut. Sama-sama merasainya.

Tak kiralah dia P&P ke atau sokongan , sama-sama kita mengubah tanggapan negatif terhadap sektor AWAM. Sama-sama meningkatkan kemahiran secara sedar atau tidak, sama-sama memajukan diri dan sentiasa hisab akan gaji yang diterima untuk dijadikan darah daging diri sendiri atau keluarga.

Pengalaman saya dari permulaan Gred J17 belajar ambil diploma kemudian ditawarkan kepada J29, Alhamdulilah rezeki pula ditawarkan kepada J41. setelah berkhidmat lebih dari 20 tahun sekarang ini ditawarkan gred J48 (tetap).

Ada peranan masing-masing, ada peluang perbaiki diri , perbaiki . Ada ruang ambil ruang tersebut dan muhasabah insyallah berjayalah anda.

Kerajaan banyak memberi kemudahan, ambil peluang itu , REBUT. Pohon jgn lepas peluang. Insyallah ada. Ada usaha ada kejayaan. Doa , tawakal jgn d lupakan

Tanpa Nama berkata...

HAHAHA... ini ada satu cerita di pejabat aku,

tentang staf PROFESIONAL yang duduk di ibu pejabat dengan staf sokongan di pejabat pedalaman,

staf PRO nie ditugaskan untuk membuat projek bagi meningkatkan taraf kualiti satu perkhidmatan di ibu pejabat dan pejabat2 di bawahnya. Dia nih siap kena hantar oleh jabatan ke australia serta ke new zealand lagi bagi meninjau serta mengambil contoh pejabat di sana yang telah melaksanakan projek nih.

GUESS what..??!!
staf SOKONGAN (kuli) ini lebih dahulu melaksanakan projek tersebut termasuk mengeluarkan idea bagaimana melaksanakan projek tu dan lebih menakjubkan, projek tersebut berjaya. (semuanya atas inisiatif kuli nih, jimat wang rakyat, jimat belanja JABATAN, tak perlu habiskan duit ribu2 keluar negara) dan lebih cemerlangnya lagi, kuli nih tak tau pun yg jabatan nih sedang cuba melaksanakan projek nih.
Dan.., tambah gemilangnya lagi, projek nih diterima pakai di seluruh negeri mengikut acuan kuli sorang nih. Bila ditanya staf PROFESIONAL nih, kenapa staf SOKONGAN nih lebih dahulu melaksanakan projek tu, ..jawapan PROFESIONAL yg diberikan "tiada kakitangan bawahannya yg boleh buat" ..hehe..

poor PROFESIONAL, yg mengganggap diri mereka banyak ilmu hanya kerana mereka menuntut di universiti. Pendidikan kelas pertama tapi minda kelas ketiga..

sori..its reality