SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Disember 2008

KERAJAAN PINDA PTK, CUEPACS TETAPKAN 10 JANUARI UNTUK KEPUTUSAN

Bernama
By: Ramjit
20/12/2008


KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meminda pelaksanaan dan konteks program Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), yang menjejas kenaikan pangkat dan gaji kira-kira 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.Pindaan itu, dianggap memberi manfaat kepada kakitangan awam, dikeluarkan kepada Cuepacs minggu lepas -- badan induk kesatuan kakitangan awam -- dan akan berkuatkuasa mulai 1 Jan 2009.Presiden Cuepacs Omar Osman, bagaimanapun berpendapat badan itu memerlukan masa untuk mengkaji versi PTK yang dipinda itu dan akan menghimpunkan 120 kesatuan gabungan pada kongres khas pada 10 Jan, di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan fasal-fasal yang tidak memberi manfaat."Dengan pindaan ini, semua pekeliling PTK yang lepas dikeluarkan oleh JPA dianggap batal dan tidak sah. Hingga kini, JPA telah melakukan tiga pindaan terhadap PTK, satu pada 2005 dan dua pada 2006," katanya kepada pemberita selepas taklimat khas kepada badan-badan gabungan Cuepacs di sini, Sabtu.Beliau berkata, di lihat pada luarannya, versi pindaan pekeliling pelaksanaan PTK setebal 27 muka itu telah mengambil kira aduan Cuepacs mengenai sistem penilaian kakitangan kerajaan.Awal bulan ini, Cuepacs memberi kata dua kepada kerajaan agar meminda atau menghapuskan sistem penilaian itu sama sekali atau menghadapi pemulauan PTK.Omar bagaimanapun berkata ketika kerajaan berusaha mewujudkan suasana kerja yang selesa untuk kakitangan awam, kakitangan pula hendaklah menjalankan tugas dengan cara terbaik."Mulai tahun depan, Cuepacs akan melaksanakan kempen penjenamaan semula bagi mengubah imej perkhidmatan awam," katanya.Mengenai isu lain, Omar berkata sementara Cuepacs menyambut baik langkah kerajaan menangguhkan pengswastaan Insitut Jantung Negara (IJN), adalah lebih baik rancangan itu dibatalkan langsung."Pertama sekali, kami tidak bersetuju sebarang langkah mengswastakan IJN. Ia tidak bukan perlu ditangguhkan tetapi dibatalkan terus."Kami juga meminta kerajaan menjalankan kajian dulu sebelum mengumumkan sebarang rancangan untuk mengswastakan mana-mana badan milik kerajaan," ujar Omar.-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan 19 Tahun 2008,
calon yg mendapat aras 3 cuma layak mengulang sekali sahaja.Kami kakitangan sokongan,bermakna kami akan berada di gaji P1 sampai mati.Dengan pelaksanaan naik gaji yg baru di umum iaitu 15 tahun naik pangkat,pun kami akan berada di gred KUP gaji P1..apa rasional penambaikan ini?