SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** TEMA HARI PEKERJA: CUEPACS PEJUANG KEBAJIKAN PEKERJA***

28 September 2009

BAYARAN INSENTIF BITK PEMBANTU TADBIR GRED W17 TIDAK SEPADAN

Berita Harian
28/9/2009




SAYA seorang kakitangan kerajaan, ingin berkongsi pendapat dengan semua pembaca. Luahan ini ditujukan khas kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Cuepacs.

Untuk perhatian, kami Pembantu Tadbir Gred W17 dan N17 yang membuat kerja kewangan hanya memperoleh Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) sebanyak RM40 sejak 1999 sehingga kini, sedangkan tugas kami sangat berat sebagai nadi bagi kemajuan negara.

Bagi menarik minat Pembantu Tadbir gred N9 ketika itu supaya memilih opsyen pertukaran gred dari N9 ke gred W17 yang disebut sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan), kerajaan menawarkan insentif BITK. Bayaran BITK bermula pada 1 Mei 1999 dengan kadar RM40 sebulan kepada semua pegawai kumpulan sokongan gred 17 sehingga gred 22.



Untuk meningkatkan jumlah insentif BITK ini, semua pegawai yang menjalankan tugas bidang kewangan dikehendaki menduduki peperiksaan yang tahap kesukaran penilaiannya sangat tinggi. Selepas lulus peperiksaan berkenaan barulah bayaran insentif kewangan itu dinaikkan kepada RM80 sebulan.

Sejak tahun lalu, kerajaan memperkenalkan sistem ‘star ranking’ kepada semua kementerian. Oleh demikian, mana-mana Ketua Setiausaha (KSU) kementerian/jabatan yang prestasi pengurusan kewangannya kurang memuaskan, pegawai berkenaan tidak disahkan dalam jawatan.

Sejak 1999, tiada kajian semula dilakukan ke atas kadar bayaran BITK ini. Tambahan pula sekarang ini, semua sistem perakaunan ditukar daripada sistem BAS (Branch Accounting System) kepada sistem GFMAS (Government Financial And Management Accounting System) dengan tempoh bayaran yang dulunya mengambil masa 30 hari, sekarang sudah dipendekkan kepada 14 hari.

Difahamkan pada masa akan datang Jabatan Akauntan Negara (JAN) memaklumkan segala pembayaran dipendekkan selama lima hari saja iaitu tiga hari di Pusat Tanggung Jawab (PTJ) dan dua hari di JAN dan semua PTJ sekarang terpaksa menyimpan sendiri semua baucar yang dibuat pembayaran dan tidak lagi perlu di hantar ke JAN seperti amalan dulu.

Perbezaan gaji di antara Pembantu Tadbir gred N17 dengan Pembantu Tadbir gred W17 cuma RM1.05 tetapi beban kerja dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Pembantu Tadbir gred W17 adalah lebih mencabar.

Selain beban tugas, mereka juga perlu mematuhi tempoh masa menyediakan kerja mengikut waktu ditetapkan atau tamat tempoh yang sangat ketat. Atas keperluan memenuhi tempoh ditetapkan ini, Pembantu Tadbir W17 juga sering kali terpaksa mengorbankan masa yang sepatutnya diperuntukkan bersama-sama keluarga untuk melakukan kerja kewangan selepas waktu pejabat atau hari cuti mingguan.

Peperiksaan BITK yang mengandungi 40 soalan amat sukar dilepasi kerana graf untuk lulus terlalu tinggi, ibarat tidak boleh salah walaupun satu soalan.

Bagi pegawai perempuan yang bercuti bersalin, pembayaran BITK akan diberhentikan dan kadangkala terpaksa membuat pembayaran balik manakala bagi elaun lain contohnya Elaun Pembantu Khas, ia akan tetap dibayar walaupun pegawai berkenaan bercuti bersalin.

LUAHAN HATI,

Insan Terabai.

57 ulasan:

Tok Janggut berkata...

Kesian...............

Wat pe nak jadi PT kalau tak mahu buat kerja yang telah diamanahkan,
Carilah kerja lain yang rasa mudah.

Jangan salahkan orang plak.

Kalau tak mampu jadi PT jadi aje PAP, kerja mudah ajekan.

Tanpa Nama berkata...

Habis tu kalau semua x mau jadi PT( Kew.), sape yang nk buat keja PT ( Kew. ).. Pk la sendiri..!!!

Tanpa Nama berkata...

oklah tu adalah jugak elaun. pegawai lain satu sen pun tak dapat. Lain-lain jawatan pun kerja teruk jugak, siap berpanas dan berhujan lagi. takde pulak bising. bersyukurlah

Penjawat Awam berkata...

Ya betoi tu, duduk dlm bilik acon, kerusi empuk, apa mahu lagi, kami ni tak bersunggut pun, walaupun satu sen elaun tak de.

Lu olang Pembantu Tadbir, fikir-fikirlah sendiri.

Awang berkata...

itu duit 40 linggit pun mahu gaduh ka, wat malu pembantu Tadbir aje...........

Bersyukur berkata...

Lu olang tengoklah nasib Guru KAFA, elaun depa 500 sahaja, tanpa gaji.

Bersyukurlah wahai semua Pembantu Tadbir @ Kelani.

Tanpa Nama berkata...

Pensyarah kebanyakannya tidak buat kerja langsung .... goyang kaki sahaja ....terima wang gaji tak berkat langsung

abe_khalid berkata...

aku nasihatkan kau sambung belajar.mesti dapat gaji tinggi bila tukar gred.tapi nanti kau jangan pula bising-bising masa dalam kump. P&P...mesti ndak dapat bonus la bila masuk P&P

Tanpa Nama berkata...

jawatan lain pun kerja teruk juga. tapi tak la sampai nak luah kat 'paper". masa interview cakap semua sanggup, bila dah kerja banyak komplain. rasa nak kerja senang pergi kerja sendiri

Hidup Kerajaan berkata...

Pensyarah-pensyarah atau guru-guru ramai yang menjadi pembangkang . Banyak protes dan sering tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan kerajaan...

Alang berkata...

Ayuk...kite ramai-ramai jadi cikgu dan pensyarah!
Boleh bagi kelas tambahan percuma...

bur berkata...

Teman Noreh Getah je untuk tampung BITK tu.

Tanpa Nama berkata...

pd Tok Janggut...PAP pun lg tinggi elaun motorsikal..RM 120.00..tugas hantar surat je...bkn nye susah...W17 BITK bru RM40.00 sdngkan kerja byak...silap lambat byr elaun...makan habuan lah...lg satu..jwtn W17 ni kna bersiap sedia dr segi mental...ye lah apa x nya peraturan dan amalan berbeza..ini di akui sendiri panel2 kursus..kita kami nk ikut prosedur..tp arahan pihak atasan berlainan...klo x ikut kate besar kepala...klo ikutkan..bla kna audit sendiri jawab...serba x kena..ni x termasuk peraturan2 ISO yg termatuk...isi borang tu lah..isi borang ni lah...pening2...buat LO lg..elaun lg..gaji lg..laporan2 lg...bajet lg...suku thn lg..pinjaman lg...potongan2 gaji lg..itu x termasuk tugas2 stok..inventori lah..harta modal la...mcm2 peraturan...tp jwtan kesetiausahaan N17 elaun banyak bergantung pada gred gaji ketua jabatan...pegawai gred N52 elaun khas SU RM120.00 skop kerja menaip surat...catat minit...booking flight & hotel pegawai..jwb tel..itu je..utk pemandu pulak..gred R6 dpt elaun pemandu lg..RM150.00..tugas bawak kereta aje..tak pulak ada exam mcm BITK..
tambah lagi jwtn2 lain...mcm SO (Pen.Pengawai Tanah) a/p kerajaan mewartakan memikul tugas penyaksian iaitu tugas PPT... elaun khas dr RM 50.00 pun dah di naikkan ke RM150.00..juga x ada exam... x adil pada kami W17...fikirkan lah..

Tanpa Nama berkata...

betultu.kami ni PT kew kalau examtu memang ler susah sangat.itupun untuk dapatkan rm80 sahaja. keje berisiko.jaga/uruskan aset/harta/duit kerajaan,duit negara

Tanpa Nama berkata...

aku pun setuju jugak,patutnya dinaikkan la sikit elaun tu, aku pun dah banyak kali amik BITK tapi tak pass pun. Lagi 1 buat keja kew ni boleh kena "serangan panik" (carilah serangan panik tu apa, baru korang tau) mana taknya kerja kena hantar awal bulan, kalau lambat sikit nanti meeting NAIK NAMA kat skrin. Org lain naik elaun tak yah pi amik periksa pun

Tanpa Nama berkata...

Pada CUEPACS...tolong la dptkan pembelaan untuk Pembantu Tadbir mcm kami...mohon la kerajaan naikkan sikit lg gaji kami dan bagi insentif utk tugas2 berat mcm buat kje2 kewangan...bkn la kami terlalu berkira..tp biar la ia berpadanan dgn kje yg kami kna buat...lg satu utk kami yg bertugas di sekolah, tugasnya lbih berat berbanding yg bekerja di jabatan @ kementerian...dlu cuepacs ada cadangkan semua PT sekolah diberikan elaun bebanan tugas..ape cerita??

Tanpa Nama berkata...

salam...
kalau PT sekolah yg kurang murid lglah...dia sorang jek PT kat sek tu yg kene cover semua bende..servis n account.kalau PT kew just ngadap kew jerler sampai biler2.x usik pun servis.so fikirkanlah PT n17 yg tanggung keje kew ni.
PAP?ape keje?hantar surat..pas tu lesap cam asap.maye xsemua PAP mcm tu..

Tanpa Nama berkata...

btol2.. n 17 yg kt sek x rmai murid truk lg kje.. nk wat kerja kew lg, nk wat surat lg, kbersihan ofis nk kna jg lg.. pas2 klu PAP menghilang. kna wat keje fotostat plak lg. htr surat g bank...jd renung2kanla...

Tanpa Nama berkata...

Dah la elaun BITK cuma 40 hinggit. Pastu, bila staf tu cuti bersalin, kena bayar balik pulak 40 hinggit tu.. 2 bulan 40 hinggit. Cuti 3 bulan 120 hinggit.. Memang rakyat di dahulukan.

Tanpa Nama berkata...

kalau Pembantu Tadbir Kewangan ni tak de kau korang semua tak dpt gaji tepat pada waktu ye aku ni buat gaji, buat buku vot, buat bajet, buat wpr, buat penyata kew.nak nengadap audit semua aku nak kena buat tapi elaun ciput. Dah le semua nak cepat siap kalau tak siap kene kerja sabtu dan ahad, lepas tu tak dibayar ot lak tu cuma 9jam, dpt 1 hari cuti. ada ke patut,,,,

Tanpa Nama berkata...

Tok Janggut berkata...
Kesian...............

Wat pe nak jadi PT kalau tak mahu buat kerja yang telah diamanahkan,
Carilah kerja lain yang rasa mudah.

Jangan salahkan orang plak.

Kalau tak mampu jadi PT jadi aje PAP, kerja mudah ajekan.


Tok Janggut mne kje PAP x mudah..klu g antar surat skit da ngular...mmg snangkan kje PAP tu..

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya, kelayakan akademik kami ni tak layak untuk menjawat jawatan PAP... hanya Pem. Tadbir je yang layak.

Kalau tak ada Pem. Tadbir (Kew.) ni, jawapnya tak bergaji dan tak berbayarlah elaun semua kakitangan kerajaan.

Harap yang berkenaan fikir-fikirkanlah dengan bebanan kerja Pem. Tadbir (Kew.) yang terlalu memeningkan dengan mendapat elaun BITK yang tak seberapa.

Tanpa Nama berkata...

sy sgt setuju.. skrg ni gaji PTW lebih kurang je ngn PAP.. N11 pon dh naik N17, tp keja sama cm dlu gak.. PAP lak asyik hilang je..
Tapi xpe.. gaji yang kita dpt tu lg berkat.

Mr Apai W17 berkata...

Memang la x adil bg kakitangan Gred lain..tp kalo dasar kerajaan skrg ni dok folow swasta so rs nya pihak kerajaan perlu pertimbangan kn luahan penjawat2 awam yg dlm Gred W ni...so far luahan ini tidak menonjol kerana faktor2 berikut :- 1/ persatuan bagi Gred W ni x seampuh persatuan Gred lain2 contohnya Gred N...
2/ ramai kakitangan sendiri x sedar sebenarnya pe tu maksud KEWANGAN
3/ jika kerajaan ingin folow etika spt swasta dlm perkhidmatan bermakna sekular imbuhan perlu juga dititik beratkn...y kekosongan bg Gred W lmbt disi sedangkan kalo PAP laju je diisi..sedangkn perlu ke PAP ramai sgt dlm satu opis 2...? sbb kadang2 PAP ni byk ngelat bila disuruh...malahan dh cm bos besar plak....
4/ kalo dlm swasta...kakitangan dlm BAHAGIAN KEWANGAN yg plg last sekali dibuang kerja np bukan bahagian ADMIN, SUMBER MANUSIA, OPERASI or TEKNIKAL? sure kt situ leh kt nampak POWER OF FINANCE kn?

ni sekadar berkongsi pandangan..jadi kalo ada slh silap mintak la maap bebanyak....pd pihak2 yg berwajib yg TERBACA statement ni hrp2 r bg pandangan yg wajar bukan membidas satu sm lain..:) say peace..:)

Tanpa Nama berkata...

org yg x duduk dlm kewangan mmg tak paham situasi bebanan W17. cuba2 fahami...gred W ni ibarat sebelah kaki telah ada di penjara, so pertimbangkan lah balik berbaloikan elaun rm40 tu...

PT paling ensem kt KL berkata...

Ok la RM40 tu.. lepas gak buat tambang bas pi keje, makan tgh hari kt KLCC.. diner kat Pavilon & tgk wayang utk 2 org kat tanjung golden village... hahahaha

Nur kasih berkata...

U ni hebat la PT paling ensem kt KL... I like yr style.. keep it up.

Tanpa Nama berkata...

hahahha....bitk mau kasi elaun rm300 lps nih...kola naik rm600... elaun rumah naik jd rm 350 total semua elaun + gaji = boleh laaa.... hahaha.. ada bran kaa??.. kasi laa...

Tanpa Nama berkata...

PTW...oRait
Betul la, dulu aku ..xtau keje ptw nie..bile duk jd ptw semuanya kena tepat dan betol...aku duk bahagian hasil..hasil kerajaan nyam ..nyam..nyam..tapi elaun ciput...Bukan nak merapu tapi ..kite keje utk kerajaan kalo xpk soal kebajikan pekerja yang mendatangkan hasil..pada kerajaan,dan menguruskan hasil..Aper cite..Rakyat didahulukan ..Pencapaian tu sape yang buat jadi tercapai..staf macam kiter orang niela..kalo x tercapai nak bantu rakyat pun xdapat..huhu..So soal kebajikan Kakitangn Kerajaan perlu ade input yang baik..punyer..
Nie untuk Staf yang Rajin ajer..Rajin pun SKT xberbaloi..niela ..Xpatut

Tanpa Nama berkata...

Tugas PT(Kew) memang kerja yang menjadi gila... bukan kerja manusia... sudah banyak kali teringin meletak jawatan, tetapi ditahan dan dipujuk oleh penolong pegawai tadbir... BITK RM40, RM40 ni bolaikah bayar kita jadi gila dan berkemungkinan kena tindakan surcaj lagi?? Kalau lah dapat dipilih sanggup lagi saya pilih kerja PAP, atau tidak terima BITK kerja macam PT(P/O). Harap la kerajaan dapat menambahkan staff PT(kew) di semua PTJ, bagi meringankan tugas-tugas PT(Kew). BITK tidak tambah pun tidak apa, asalkan kerajaan malaysia jangan tidak berkemanusiaan, sebab tugas PT(kew) seperti hamba yang masa lampau, siang kerja, malam kerja, hari mingguan kerja... langsung tiada masa bagi teman keluarga, atau masa rehat... sakit teruk pun perlu turun kerja...

Tanpa Nama berkata...

8 jun baru ni periksaan BITK tahun 2011 punya. setiap tahun ambil, payah nk lulus. soalan pulak susah sangat. so macam mana..... nak tampung lagi rm40.00 itu pun susah..... knp lah kena periksa dulu... bagi je lah......... betul2 tak adil.... knp lah kena periksa dulu boleh tambung lagi rm40.00 tu.... bg elaun2 lain tu cam PA Dato' senang2 je dpt tak perlu periksa..........

Tanpa Nama berkata...

Dapat elaun rm40 je sbln..salah buat kewangan ada risiko Surcaj n tatatertib...ada member kat opis W17 salah buat Kew.8 sekali kena denda x dapat bonus. Klu mcm tu Tok Janggut pun potong janggut..

Realpro berkata...

Sy mantan Ketua Geng Dua Rimau Berdiri sangat setuju dan sokong elaun BITK dinaikkan kerana pegawai dan pentadbir kewangan melaksanakan tanggungjawab yang cukup berkesan untuk negara.

Ape2 je.. berkata...

Hampir 10 thn saya buat keje kewangan (satu2nya W17 di jabtan) .. dlm tempoh tu, tiap2 ari blk lewat n keje ari minggu. Time mengandung lak tiap2 ari smpai kul 11 mlm. Kdg2 suami tlg teman kt pejabt smpai tertido-tido kt sofa. Lah2 darah tinggi naik n effect kt baby smpai lahir x ckup bulan.. doktor ckp coz tekanan keje yang jd sume tu. Bile dh ade anak, lain lak citernya. Bile anak dh msuk sekolah, tpakse amik anak kul 5 ptg n bwk mai ofis wt keje smpai mlm (suami keje jauh). Pernah satu kali tu, tpaksa habiskan cuti bersalin awal sbb byk keje2 kwangan tetunggak sbb org yg wt ETK tu banyak mende x tau. Jd kpd sape2 yg bkn W17, jgn bcakap kalu x tau.. Tanpa pengorbanan kami, lumpuh kewangan negara tau.. so, korang (tmasuk CUEPACS & JANM) pkirlah sendiri..

Tanpa Nama berkata...

PT Kew nie byk kena korban..korban masa,tenaga n kena sabar banyak..ye r..ktorg tpaksa tanggung kesalahan org lain..sebab ape2 kerja ktorg last yg kena wat..sblm2 smpi kat kew,kalu lambat payment mesti dorg salahkan kew..tp dorg xpikir sblm smpi kew rmi lg org yg tlibat...patut kena tambah elaun coz jaga hasil kerajaan..tgjwb besar...

Tanpa Nama berkata...

betul tu kenapa payah sangat nak tambah elaun BITK.keje berlambak,sedangkan elaun lain mudah sahaja.berkali- kali ambik exaM STILL FAILED.PAYAH NYE NAK NAIK ELAUN NI,kenapa ekkk??

Tanpa Nama berkata...

Memang seksa jd PT (kew) nih.. dah byk kali amik BITK.. manada lulus.. JAN patut umum la markah yg kita dapat.. senang nak tingkatkan.. ini tau gagal jer.. lagipun tak penah dengar PT (P/O) kene surcaj kalo wat silap.. org kewangan gak byk kene.. mmg beban letak kat bahu org kewangan. sekarang nih jer dah macam2 laporan nak kene buat.. memang kenkadang tak tertanggung. Oleh itu patut dah cuepacs memperjuangkan nasib2 insan seperti kami nih.

pt kew berkata...

saya sokong hujah Tanpa Nama, sebagai wanita yg menguruskan tugas kewangan terpaksa mengorbankan cuti dan keluarga datang bertugas semata mata melaksakan tugas kewangan yang berat dan patuh pada Arahan Perbendaharaan yang telah ditetapkan .Tidak setimpal dgn rm40.

pt kew berkata...

menjalankan tugas kewangan memang tension,mengejar target date! mematuhi Arahan dan Peraturan Perbendaharaan, tapi pada siapa harus di luahkan?? adakah yang sudi mendengar?malainkan keluarga yang menjadi mangsa.Tolong lah Dato dengarlah keluahan kami sebagai pembantu tadbir Kewangan w17 ini.

Along berkata...

payah sangat W17 nak dapat elaun, kena ambik periksa ..perah otak.kerja teruk jaga duit kerajaan..mana ade masa nak membaca buku ... orang lain senang ajer dapat naik elaun..

Tanpa Nama berkata...

Memang betul, saya sokong kerja kewangan sentasa sibuk, kejar target date, mesti cepat dan tepat,nasib tak ade janggut kalau tidak penuh kutu la jawapnya hahaha..

Tanpa Nama berkata...

amboi sesuka hati jer kutuk pensyarah dan cikgu..
kalo korang layak korang apply la..cuba jadi tgok mcamana..
kalo x layak jadilah pembantu tadbir jer..bila on pc boleh online fb sekali kan...huahuqhua..syukurla tu ada elaun wei

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Kenape golongan kew. seperti dipinggirkan je oleh cuepacs,kerajaan,penjawat awam lain?Sebab kew. potong O.T?Kadang2 kew. ni jdk berbelah bagi tuk meneruskan pembayaran...(dokumen palsu,xlengkap,tekanan org atasan)....Ingat la,yg golongan kew. ni kadang2 dh layak digelar skim "S" sebab kene terang pasal ape potong pembayaran,dll....Kadang2 keje sebagai PAP juga,bile nk hantar dokumen2 penting ke AG.....Diharap sangat2....semue pihak (cuepacs,kerajaan,org atasan) pertimbangkan masalah golongan kew. ni....

Tanpa Nama berkata...

bayaran bitk mmg x layak untuk bebanan kerja yang ada sekarang...kerja selalu kena bwk blk sbb nk kejar dateline yang tlh ditetapkan...gaji sbpa pn x adil sbb xder perbezaan antara gaji W dgn N padahal bebanan kerja W teramat berat...gaji, elaun tuntutan, perbelanjaan, aset, bajet lg....sepatutnya klu bitk x naik, gaji ptt dinaikkan utk W...Persatuan W tlg lah ambil tindakan....

Tanpa Nama berkata...

sy setuju elaun BITK perlu dinaikkan.Bkn nak berkira dgn amanah kerja yg tlh ditetapkan ttp perlu setimpal dgn apa yg dilakukan.Selalu sj buat keje last minit cthnya pasal BKK, Bonus dan terbaru SBPA,terpaksa dtg weekend semata2 nak siapkan maklumat yg diminta nanti ada yg x dpt pelarasan gaji..ada aku kisah(x nak la jd mcmtu)alih sekejap jadi sekejap x jadi nak buat pembayaran.Itu blm kes yg dpt panggilan tipon siap marah2, dtg menyerang kalu ada buat silap(mcm la x pernah buat silap) tp bkn sy pengalaman kwn sekerja.itu la dugaan/cabaran org di unitgaji.Siap naik blood pressure lg
Luahan Perasaan :-(

abang uteh berkata...

assalamualaikum...

sy salah sorg PTW yg bekerja di MINDEF. jobspec: bajet,vot,panjar,eterimaan,espkb,eperolehan utk jabatan sy...secara total keje mmg masuk kul 8pg & blk paling kurang kul 9mlm..x penah diberi OT mahupun cuti oleh majikan.(eterimaan,espkb,eperolehan) merupakan 1 tugas yang berat.ibarat sebelah badan kita da diikat dlm jail...tidak boleh silap wlupun ckt....boleh dikenakan tindakan surcaj, tatatertib dsb...

bukan nak merungut mengenai BITK tetapi bebanan yang lebih terpaksa ditanggung oleh golongan W ni wlupun anda sume nampak W ni dok keje dlm aircond.mental mmg kene totally kuat klu nk jd W ni...

klu boleh tukar jd PAP cmtu je sy pun nak...msk kul 8pg, kuar anto surat 5-6 keping pastu kul 4ptg baru msk...pastu dpt rm120...bestkan jd PAP...bile ditegur dijawab dgn:("ko ni spe nak sound aku?aku ni keje lg lame dr ko,baru msk nak berlagak plk")

just nak luahkan isi hati....

Tanpa Nama berkata...

tukar kerajaan je la.. da kerajaan cam je melahirkan org tak puas ati.. dan ramai yg ckp cm haram atas ni.. bersyukur la sgt konon.., puiii!!

Tanpa Nama berkata...

askom........

tugas sebagai PT Kew sekarang mmg banyak malah perlu menyiapkan tugas dalam masa yang singkat.

1.bayangkan lah............. kalo da 50 peyment yang perlu disiapkan dlm tempoh 3 hari...................
x ke tuan / puan pikir..............


2. bila da kenaikan gaji macam yang baru-baru ini...............
cuba tuan / puan fikirkan lah.....
bila tang naik gaji ............ semua orang nak cepat.............
tapi tuan / puan x pikir .........
yang proses kenaikan gaji ini.........
tau nak cepat je..............
bila lambat bising...............
bila xdapat bising.................
bila dapat dapat.........diam
bila terlebih bayar .....diam
bila mintak pulangkan balik bising................................................................
kadang bertangguh - tangguh bayar ..........


2 camna?
bila kerja tau nak cepat je kdg2 mesti ada kesilapan.........

3. tuan / puan kena pikir yang kerja melibatkan wang / duit sebenarnya bukan mudah yang tuan/ puan fikirkan.....................

4. lagi pun bidang kewangan ini bidang yang kritikal yang boleh melibatkan dengan akta ..........

5. bagi mereka - mereka yang bukan dalam bidang kew tak perlulah memperkitaikan kerja-kerja kew ini.

6. anda- anda diluar sana tidak akan faham sekiranya anda bukan dilam bidang kew ini.


7. cuba anda tanya pada kawan- kawan terdekat bersama-sama anda............
xkira la PT Kew @ Orang Kerja Bank......

Bebannya tetap sama..................


8. Elaun RM 40.00 je.
nak dapat Rm80. pun susah.......... kena ambil ujian................. kadang - kadang 5 kali ambil ujian belum tentu lagi lulus sebab???????????????????????????????????
nak dapat Rm 80.00 Pun ada Koata
.

renung- renungkan lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

sekian terima kasih pada .......

1. mereka yang memahami serta
tidak..................

kebal berkata...

pt kew ni separuh dari badan nye dah berada dalam lokap....mcm2 law kene follow....kadang2 cm tk berbaloi ble pk kan elaun bitk tu....tp demi mncrik rzki halal...kje lilahita'ala je...mintak yang atas2 tu...bg le kelebihan cikit pada ptq ptq nih....

Tanpa Nama berkata...

Kuat semangat...

Memang pun nie..pekse BITK Rabu ni.tak pasal2 kena baca buku lagi.nak wat payment lg.tak pekse kang tak naik2 la elaun BITK aku ni...Kat pejabat nie semua nk cepat.kalu kurang bayar kena maki kalu lebih bayar dh mcm mintak sedekah lak kat diorg.kalu ujung tahun tak saper tanya aku ni dh mkn ke?tak rehat2 ke?merana sendiri tanggung..ape nak buat...Wahai waris2 dlm CUEPACS tolong wat usul naikkan elaun BITK nie...

Tanpa Nama berkata...

diharap CUEPACS tolong usulkan utk naikkan elaun BITK, kita org ptkew bukannya dengki dengan pap tp kami rasa tidak adil..dah la kerja kami diibarat sebelah kaki dipenjara,terpaksa plak berhadapan dengan org2 yg tak paham dengan prosedur kewangan.utk menambah elaun terpaksa pulak periksa, sedangkan pap senang2 dinaikkan elaun dari rm90 ke rm120, kemudian mereka juga diberi baju dan kasut.untung2 sapa jd pap elaun boleh baju pun boleh tmbah plak PM kita umum kenaikkan gaji baru ni.mmg ptkew ni terasa dipinggirkan tiada siapa yg nak bela nasib ptkew, hanya ptn dan pap utk nasib mereka sentiasa dibela.

Tanpa Nama berkata...

walaupun elaun BITK saya telah RM80 bagi saya mmg tetap tidak berbaloi dgn tugas. bayangkan ptkew kat ofis hanya saya seorang..tapi ya Allah bebannya mengalahkan pegawai..semua benda saya hendal, dari carta oeganisasi, fail meja kakitangan, pengurusan aset jabatan (KEW.PA-2,3,4 &5)..malah bukan tu sj..apa jua melibatkan IT saya jugak yng uruskan..ada je internent x leh pakai saya la yg minta diperiksa pc tu, bukan nak mengungkit..kita mmg seharusnya kena belajar semua ..nama lagi "GUNASAMA".. mmg digunakan sepenuhnya la..

lagi satu ada saja kes SPRM..kita yg hanya buat sistem espkb n eperolehan yg menjadi mangsa turun naik mahkamah..org lain yg buat salah..ptkew yg tugas hnya penyedia.sama2 terlibat..
maka turun naik mahkamah la selagi kes x selesai..tetangguh kerja, tertekan pun ada...

tp bagi saya kerja saya adalah satu ibadah..yg penting saya buat kerja betul dan ikhlas,,

seharusnya la elaun BITK ni dinaikkan sekurang2nya RM 120-150..selaras dengan beban kerja seharian...

Janet berkata...

Kesimpulannya, wajar dipertimbangkan. W17 ditempat saya ramai, sbb organisasi besar, jd bebanan biasa krn masing2 buat part kew masing2 jer cthnya di jbtn kew...cuma N17 yang membuat kerja termasuk Kew di jabatan lain agak berat kerana 1 orang sahaja handle semua hal kew. Campor tolak kira balik sama jer bebanan masing2..cuma suasana berbeza..betol benar apa yang dikatakan 'Tanpa Nama Berkata' pd 14/10/09, 11.04pg, sbb saya bertugas di situasi sama spt itu, jd saya tahu. Jd wajar dipertimbangkan disamping kualiti kerja yang baik, amanah n betul sebagai sampingan ibadah kita di dunia yg fana ini, Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

hmm bab markah tu betul declare kandas or lulus ja nk gak tau brp.. lg best pernh amik senyap je tak tau apa reslut pastu depa kata sapa tak dpt apa2 tu kira gagal la,boleh lak gitu so kalau kertas jwnpn kita terhilang ke apa ke mana kita tau huhu...tahun ni lak baru ja amik,harap diberitahu la.... ;)

Tanpa Nama berkata...

Bayaran tue ade pekelilingnye..dah tgk ke?myb xla kot....
ingat maen tabur cam bg ayam makan ke?
Yg dpt RM40.00 tue nape?dh amek exam BITK ke?
kalo lom mmg patut la....

Tanpa Nama berkata...

dh d keje merungut, xd keje mengerut....pe bende ntah...kalo rase beban sgt..dok umh jage family...berjuta lagi org dok bertumbuk nk dapatkn jawatan korang tu...Ingt pegawai dok opis keje goyang kaki ke...
nampk je cmtu...ade mslh bukn kite org bwh nie nk amek port pun...

Tanpa Nama berkata...

apa la masalah ko nak bangkang2, yang penulis just nak mohon dipertimbangkan permohonan dia, yang takda kene mengene tu takyah la sibuk2 nak komen.. gaduh pun tak guna, bukan ko yang tentukan.. so terpulang pada cuepacs nak usulkan ke tak.. yg lain2 tu pensyarah ke cikgu ke pap ke klu ada pe2 nak mohon just cadangkan, dipertimbang or tak tu belakang kira...