SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 September 2009

KAKITANGAN AWAM PR DAPAT BONUS RAYA

Sinar
17/9/2009



SHAH ALAM - Kakitangan awam di tiga negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) mendapat ‘durian runtuh’ apabila Kerajaan Negeri masing-masing mengumumkan pemberian bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menariknya, habuan sebanyak RM500 kepada setiap kakitangan kumpulan sokongan di Selangor dan Kedah dibayar secara sekaligus, sementara kakitangan di Pulau Pinang menerima pembayaran dua kali secara ansuran. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM4.38 juta bagi bantuan khas kewangan bagi 2009 kepada seluruh kakitangan perkhidmatan awam untuk kumpulan sokongan di negeri ini. “Kita telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas ini kepada semua kakitangan perkhidmatan awam dalam kumpulan sokongan di Selangor. “Setiap mereka akan diberikan RM500 bagi meringankan beban sempena perayaan hari raya ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam. Abdul Khalid berkata, hampir 9,000 kakitangan akan mendapat bantuan berkenaan dan daripada jumlah berkenaan, seramai 7,588 kakitangan tetap, 952 kontrak serta 230 kakitangan sambilan akan menerima bantuan tersebut. “Bantuan berkenaan akan diberikan sepenuhnya sebelum hari raya ini. Ini berbeza apa yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan yang mana mereka dibayar dua peringkat yang mana RM250 sebelum raya dan selebihnya dibayar selepas raya,” katanya. Di ALOR SETAR, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.65 juta untuk membayar bonus berkenaan, RM2.47 juta kepada kaki tangan berjawatan tetap dan selebihnya kepada kakitangan kontrak, sementara dan sambilan. Katanya, ganjaran ini diterima 5,300 pekerja di mana 4,950 adalah kakitangan tetap dan 350 adalah kakitangan kontrak, sementara dan sambilan. “Semua pekerja kumpulan sokongan sama ada berjawatan tetap, sementara atau kontrak akan menerima bonus ini. Kita harap bayaran bonus ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri ini,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam. Sementara itu di PULAU PINANG, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan bayaran khas RM500 kepada 3,299 pegawai kumpulan sokongan negeri itu tetapi bayaran khas itu dibuat dengan dua ansuran. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, arahan pembayaran RM500 ini akan dikeluarkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan semua agensi Kerajaan Negeri. Katanya, pembayaran pertama RM250 akan dilakukan hari ini bagi membolehkan wang itu digunakan untuk menyambut Aidilfitri manakala bakinya dibayar akhir Disember. “Bayaran ini akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM1,649,500 dan gaji juga akan dibayar lebih awal untuk dua bulan ini untuk menyambut dua perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Deepavali,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2009 di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam.

19 ulasan:

Alang berkata...

Syabas Kerajaan PR!
Kalau beri kumpulan P&P sekali pasti PRU13 dan lain2 PRK akan disapu bersih oleh calon-calon PR...
Nak bagus lagi, beri bonus sebulan gaji kepada semua PA di negeri-negeri di bawah pemerintahan PR pada akhir tahun ini... tentu meletup punyelah!

Tanpa Nama berkata...

Uudi PAKATAN RAKYAT, runtuhkan BN,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Alang berkata...

Tapi...kalau PR memerintah, boleh pasti ke akan lebih baik...! Alang takut juge kalau2 nanti ibarat, "keluar mulut rimau, masuk pula ke mulut naga!" @ "Menang sorak, kampong tergadai!"

Naye...naye...! Sempena ambil berkat Ramadan ini, mari ramai-ramai kita buat solat istiharah dan hajat...minta petunjuk dan perlindungan,dari yang maha esa lagi maha mengetahui, k!

Selamat Hari Raya Idilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin dan muslimat tak kira di mana anda berada...(baik lokasi maupun idealogy!)

Wassalam!

Tanpa Nama berkata...

Hidup PR......Patutnya negeri2 PR umum bonus sebulan sebelum pusat buat keputusan bagi RM 500. Jadi BN malu le nak bagi RM 500.

Herankan...Kerajaan Pusat kata duit tak ada...Kerajaan PR yang kena sekat peruntukan banyak pulak duit..takde masaalah yang bayar pun...heran..heran Apa dah jadi KSN oiiiii.

Pak Misai berkata...

kerajaan Najib hebat..tunggu bajet 2010 nanti

Tanpa Nama berkata...

ada kuar media utama x berita ni??????????

Tanpa Nama berkata...

kerajaan najib rela dan sanggup menggunakan RM 10 billion untuk menaja F1 malaysia, tetapi tak rela menjaga kebajikan kakitangan awam.

pilihan raya ke 13, anda semua sudah pasti akan memilih siapa ke ?????????????????????????????????

Pak Misai berkata...

saya sokong kerajaan PM Najib..

tunggu bajet...

Alang berkata...

Harapan yang diberikan kepimpinan Cuepec kepada semua P.A. sebelum ini, begitu juga...tapi apa jadi!

Dapatnye tak seberapa...Sebahagian kita hanya jadi tukang sorak aje..! Buat makan hati...

Silap2 sesama sendiri(yg berlainan kategori) saling berdengki, yang berbudi tidak dihargai, peti undi jua yang dinanti, Bak kata TS SM Salim, "Apa nak jadi...?"

Aman berkata...

kenapa libat politik dalam hal ini, ini menunjukkan sikap kita yang tak matang ..sama ajer semua mata duitan ... kalau nak lebih usah sendiri bukan meminta2..semua ahli politik sama ajer...baik PR ke BN ..kita jadi kuli juga ...

Alang berkata...

Merajuk pada yang kasih, meminta pada yang ada...!

Makan jajan tepi perigi,
Kalau tak pada kerajaan siapa lagi...!

"Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa..."

Selamat Hari Raya!

Alang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Penjawat Awam Perak berkata...

Kami belum dapat duit RM250.00. apa halnya niii...

Tanpa Nama berkata...

Kami ni kat kbg pasu langsung x dpt lg,abuk pun x der (MDKP) ....
bos kami teruk...jaga perut dia je
dah kami ni kontrak dah hmpir 12 tahun....x tetap2 lg

Alang berkata...

Tak patut...tak patut..! Kekadang benda2 mcm ni tak sampai ke pengetahuan big2 bos di atas...

Harap kepimpinan Cuepacs dapat membantu mereka2 yang senasib dengan anda! InsyaAllah!

Tanpa Nama berkata...

Bank Rakyat bonus 10 bulan gaji dan Kakitangan Awam ? Kita tunggu dan lihat bajet 2010 yang akan dibentangkan .

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kakitangan awam diberikan bonus dan kenaikan gaji yang lebih relevan.

Tanpa Nama berkata...

kerja malas.duit laju je.haish melayu2.

Tanpa Nama berkata...

kerja malas..komen nak laju sana sini..duit laju je..haish.