SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

29 September 2009

CUEPACS SYOR GAJI AWAM DISEMAK SETIAP 5 TAHUN

Berita Harian
Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my
29/9/2009


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melakukan semakan gaji 1.2 juta kakitangan awam setiap lima tahun sekali bagi membolehkan penyelarasan dibuat berdasarkan kos sara hidup semasa.

Semakan gaji terbaru yang dilakukan kerajaan pada 1 Julai 2007 dibuat selepas tempoh 25 tahun dan gaji yang diperoleh dengan kadar kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus itu hanya mampu menampung kos sara hidup mereka sehingga tahun depan.

Pada masa ini, kakitangan awam khasnya bagi kumpulan sokongan hanya menikmati kenaikan gaji tahunan antara RM30 hingga RM70 setahun.

Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sudah menghantar memorandum kepada kerajaan berhubung perkara itu sebelum ini, malah Majlis Jawatankuasa Kerja Semakan Gaji Anggota Sektor Awam yang diwujudkan pihaknya akan mengatur perbincangan dan menghantar satu lagi memorandum terbaru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kegagalan melakukan semakan gaji yang perlu dilakukan tahun depan, bakal menjadikan kira-kira 200,000 daripada 600,000 kakitangan awam kumpulan sokongan dua berada dalam kategori rakyat termiskin dengan purata pendapatan keseluruhan kira-kira RM1,100 sebulan.

"Sudah tiba masanya gaji kakitangan awam disemak setiap lima tahun sekali dan jika formula itu dilaksanakan, ia mampu menyeimbangkan pendapatan mereka dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat.

"Sebenarnya, gaji diperoleh kakitangan awam sejak 2007 hanya mampu menampung kehidupan mereka sehingga tahun depan dan semakan gaji wajar dilakukan semula pada 2011," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Omar berkata, gaji asas bagi pekerja kumpulan sokongan dua yang memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ialah RM647 sebulan dan mereka mampu memperoleh purata RM1,100 sebulan selepas ditambah dengan elaun termasuk bagi perkhidmatan dan cola.

Beliau berkata, kehidupan di kota besar dengan kos sara hidup tinggi menyebabkan sebahagian besar kakitangan awam melakukan kerja sampingan.

"Unjuran peratusan kenaikan gaji dicadang dalam semakan itu akan dirujuk kepada perunding supaya kadarnya bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa," katanya.

72 ulasan:

Pak Malau berkata...

Kepada CUEPACS,

Unjuran peratus kenaikan gaji KA mestilah sama bagi semua kumpulan. Jangan macam dulu. Kumpulan sokongan dapat lebih kenaikan hinggakan gaji Gred 32 lebih besar daripada Gred 41. Jangan hanya pentingkan kumpulan sokongan sahaja. Cuepacs mestilah berlaku adil kepada semua KA. Kita faham bahawa kumpulan sokongan yang bergaji rendah perlu dibantu tetapi janganlah sampai membelakangkan kumpulan lain pula. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong 100 peratus...

Sokong Kerajaan 100% berkata...

Kenaikan gaji bagi semua kakitangan awam memang amat wajar. Ini kerana wujudnya jurang perbezaan gaji yang amat besar diantara kakitangan swasta dan kakitangan awam.Justeru, semakan semula gaji perlu dilakukan segera demi kebaikan semua. Diharapkan pihak yang berkenaan mengambilkira kos sara hidup yang semakin meningkat dan perkara-perkara lain yang menjurus kepada menjana ekonomi negara. (Sekiranya gaji dinaikkan , kuasa membeli pengguna akan bertambah dan pendapatan perniagaan tidak kira sektor awam mahupun sektor swasta akan meningkat.

Anti Pembaziran berkata...

Di harap Kerajaan memandang berat akat hal ini, janganlah membazir duit melabur dalam F1 yang memakan belanja hampir 500 juta.

Sendiri fikirlah Najib.

Sokong kerajaan 100% berkata...

Pelaburan dalam F1 sangat baik dalam menjana ekonomi negara dalam jangka masa pendek dan panjang.Banyak advantages daripada disadvantages

Tanpa Nama berkata...

saya setuju gaji dikaji lima tahun
sekali kerana pada masa lima tahun
yang lalu saya pernah beri batteri
kerita yang berharga 65.00 ringgit
satu biji sahaja. sekarang saya beli harga 65.00 ringgit sudah melambung tinggi harga 65.00 ringgit sudah menjadi 150.00 satu
biji bayang kan lah berapa jauh
perbezaan harga nya. itu baru batteri kerita proton belum lagi barang yang lain.

Tanpa Nama berkata...

Mmg bagus cadangan tu.. saya solong 100% .... tapi kerajaan juga kena memantau dan memastikan bahawa tiada kenaikan harga besar2an selepas penyelarasan semula.. jika tidak kenaikan akan dihakis oleh inflasi pula dan seterusnya net benefit kenaikan gaji tak terasa..

Penat Melihat Harga Barang berkata...

Memantau.....memantau.....memantau,

Barang naik jugak.

Sudahlah, Kerajaan tak mempunyai kuasa langsung menentukan harga barang.

Buat penat memantau aje..........

Tanpa Nama berkata...

YAB DATUK SERI NAJIB demi membakar duit untuk permainan F1 sahaja...................................................sedihnya

Tanpa Nama berkata...

kami menyokong penuh kalau gaji disemak mcmtui....tapi apa yg n lebih memeningkan kepala di tempat kami ialah masalah untuk kejawatan tetap belum diisi sedangkan kakitangan kontrak yg berkhidmat ditempat kami hampir 6 org bekerja selama 12 tahun lebih...
Apa yg menyedihkan lagi kelulusan dari JPA(waran jawatn tetap N17) telah diberi sejak 2008 sehingga kini belum diisi.
sepatutnya ia perlu di isi sebaik mgkn DAN X PERLU DIIKLAN KAN.tapi apa yg berlaku sebaliknya...MINTA PERTOLONGAN CUEPEC UNTUK MEMBELA KAMI.PBT(MAJLIS DAERAH KBG PASU)

Tok Janggut berkata...

Berita yang baru diterima.

Kerajaan Filipina pun bagi bonus sebulan gaji kepada penjawat awam mereka.

Takkanlah Malaysia yang kaya raya ini tak mampu bagi sebulan bonus pun.

Pelik.....pelik......

Tanpa Nama berkata...

Pemberian Bonus bergantung kepada keputusan PK Bagan Pinang.

Tanpa Nama berkata...

GAJI JURUTEKNIK LULUSAN POLITEKNIK TU YANG SEPATUTNYA LAMA DULU DINAIKKAN

Tanpa Nama berkata...

Gaji juruteknik tidak perlu dinaikkan kerana seseorang juruteknik yang mempunyai sijil dari Politeknik menerima gaji permulaan di tangga gaji yang lebih tinggi iaitu P1 T5. Banyak perbezaan gaji yang diterima.

Tanpa Nama berkata...

Sijil politeknik patut di naiktarafkan sama dengan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang berada dalam kumpulan B dan bukannya dalam kumpulan C

Juruteknik berkata...

Sijil Politeknik tak dah laku lagi...Justeru , Politeknik perlu dinaiktaraf kepada Kolej Universiti.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Saya bagi pihak Kongres CUEPACS memaklumkan bahwa dalam hal gaji semua wakil KA terlibat iaitu Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional dan kami kumpulan sokongan berbincang, berdebat dan bersetuju dulu berapa kadar yang hendak dipohon supaya jadi tidak timbul soal kumpulan P & P tertinggal, tetapi keputusan terletak kepada Kerajaan sahaja berapa dia nak kasi. Semoga Pak Malau jangan kata kami kumpulan sokongan asyik minta hak kami sahaja. Cuba renung kalau gred 32 tu gred lantikan ke kenaikan pangkat, berapa tahun dia kerja baru dapat macam tu berbanding pegawai baru. Pak Malau atau kawan sewaktu dengannya boleh sediakan kertaskerja membantu kami dalam hal naik gaji dan lain-lain kemudahan hantarlah kepada kami.
wassalam

Mat berkata...

dulu GURU, JURURAWAT dan JURUTEKNIK sama tanggagaji tapi kenapa guru dan jururawat saja dinaik taraf sekarang?.

Tanpa Nama berkata...

filipina dan indonesia pun beri satu bulan bonus....

malaysia mana ? one malaysia?
pembohong

Penjawat Awam Kecewa berkata...

Bosan tengok pembohongan depan mata. Rakyat dimomokkan dengan kegawatan ekonomi sehingga kerajaan tidak mampu memenuhi tuntutan rakyat yang benar-benar memerlukan...tapi hakikatnya.....? Najib....Najib.. belum belajar daripada kesilapan lalu...

Tanpa Nama berkata...

najib nak F1 sahaja

10 billion untuk F1 saje.......

najib didahulukan, F1 diutamakan

Pak Malau berkata...

Kepada pihak Kongres Cuepacs,

Cuba anda bertanya dengan S/U KPPK tentang masalah kecelaruan gaji guru. Jangan hanya berkata tanpa bukti. Untuk pengetahuan anda, hakikatnya sekarang adalah guru DGA29 yang 10 tahun berkhidmnat boleh menikmati kenaikan pangkat ke gred DG32 (10 tahun kerja...anda faham?) tapi guru gred DG41 yang telah berkhidmat lebih 15 tahun pun ada tapi tidak berpeluang menikmati kenaikan ke gred DG32 gajinya lebih kecil. Ini belum dikira kenaikan tahunan DG32 sebanyak RM98.31 berbanding DG41 yang hanya RM90.45. Cuba anda baca rintihan kaum ini dalam laman blog KPPK..baru anda tahu kenapa saya berkata sedemikian. Salah satu punca utama kecelaruan gaji ini adalah kerana % kenaikan gaji KA yang tidak seimbang.
Harap maklum.

Pak Malau berkata...

Telah berpuluh kertas kerja di hantar kepada KPPK (ahli gabungan Cuepacs)untuk menyelesaikan masalah ini tetapi ditolak oleh JPA. Saya berharap pihak Cuepacs boleh membantu menyelesaikan masalah ini dan bukannya mengerohkan lagi keadaan.

Tanpa Nama berkata...

Sokong Penjawat Awam Kecewa..kita ni dimomokkan dengan kegawatan ekonomi tapi sebaliknya kerajaan boleh lagi berbelanja besar dengan mengadakan perayaan/sukan/kontrak yang tidak perlu.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong sepenuhnya juruteknik lulusan politeknik dinaiktarafkan ke kumpulan B sama dengan STPM dan patut di tukar nama ke Pembantu Penolong Jurutera dan lulusan dari IKM dan setaraf di kekalkan dengan nama Juruteknik

Tanpa Nama berkata...

Kalau Juruteknik pindah ke kategori B apa jadi dengan Pembantu Teknik, takkan nak tukar ke kategori A, lagi satu jawatan Pembantu Teknik baru saja ditukar ke Penolong Jurutera (tempat saya tak guna lagi nama ni)nanti akan menimbulkan lagi kekeliruan jawatan, orang tak boleh bezakan taraf jawatan, macam dulu Pembantu Teknik dianggap lebih rendah dari Juruteknik sebab nama pembantu yang setara dengan pembantu makmal dan seangkatan dengan nama pembantu dalam kategori C sedangkan kedudukannya atas dari Juruteknik dan dalam kategori B, saya rasa lebih elok diperkenalkan Gred Juruteknik, misalnya lulusan sijil politeknik Juruteknik tahap/gred 1 manakala lulusan IKM/SPM Juruteknik tahap/gred 2, tapi perlu ingat setiap perubahan yang melibatkan anjakan gaji bukan setakat Juruteknik, Pembantu Teknik(Penolong Jurutera) dan Jurutera pun akan menuntut hak yang sama.

Mat berkata...

Sepatutnya skim Juruteknik(Politeknik) diletakkan sama dalam Skim Penolong Jurutera. Biarkan gaji permulaan skim juruteknik lebih rendah dari skim penolong jurutera. Seperti yang ada sekarang iaitu skim gaji kerani dan skim gaji juruteknik dalam kategori sama tapi permulaan gaji lebih tinggi untuk skim juruteknik.

Tanpa Nama berkata...

Penolong Pendaftar punyer skim gaji perlu ditukar seperti skim pensyarah. Penolong Pendaftar mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam bidang pentadbiran. Nama Penolong Pendaftar perlu ditukar kepada Pengurus Jabatan.

juruteknik komputer berkata...

saya juga bersetuju agar skim juruteknik dinaik taraf dalam ke kumpulan b...sebenarnya ada skim yg telah berjaya seperti skim juruteknik ukur tanah jupem yg menjadi penolong peg tanah..mereka juga lulusan sijil poli sijil ukur tanah...pekeliling keluar beberapa bulan yg lepas..kenapa skim ni sahaja yang dinaik taraf...kenapa tidak semua?? tak kira aa juruteknik awam, letrik, mekanikal,komputer dan sebagainye...berada dalam tangga 27sudah memadai setaraf ngan stpm..kenapa ada perbezaan ini..kenapa tidak tukar semua skim...cth pekeliling sudah cukup baik dan patut dibuat utk semua skim juruteknik lulusan politeknik..

juruteknik komputer berkata...

kita belajar 2 tahun dipoli untuk mendapat sijil...tapi gaji akhir sama dengan lulusan spm...walaupun permulaan gaji yg baik...kita mau berada dlm kumpulan b..sama taraf seperti lulusan maktab dulu atau jururawat...kita juga pekerja yg berkemahiran...yg dilatih di institusi kerajaan menjadi pekerja separa profesional..tapi apa yg dpt..gaji yg sama taraf dengan spm..kita bukan belajar dikolej swasta..boleh belajar kalu ada wang..patut ada keadilan laa.. sebenarnya isu pen peg jurutera nak taruk manaer..
takder masalah..bagi sahaja yag ada diploma gaji lebih seperti p1t3ker...kami sijil baji p1t1...tapi berada dalam kumpulan B..J27 ker
FT27 KER..sama seperti yg dibuat dlm skim pen peg tanah..kan selesai masalah..kami tahu dia belajar lebih setahun dari kami...dia belajar 3 tahun kami 2 tahun....kan adil...jgn laa samakan kami dengar lulusan spm yg hanya ada sijil spm!!

Juruteknik Komputer berkata...

saya meminta pihak CUEPACS dan kesatuan teknik semenanjung malaysia MTSU melipatgandakan usaha untuk membantu kami seluruh juruteknik di malaysia ini...saudara presiden kita juga sorang juruteknik awam di universiti putra malaysia...sepatutnya dia juga ada spirit membantu kami yg berada dlm jawatan ini sama seperti beliau..bantu laa kami...supaya berada dalam kumpulan B...kami sudah lama menunggu perubahan ni...guru2 maktab dan jururawat telah lama marasai nikmat ini...bagilah laa peluang kepada kami juga...kami juga pekerja yg bekemahiran..

Tanpa Nama berkata...

Baru baru ni kerajaan dah upgrade jawatan pembantu tadbir rendah dan ompd ke tangga gaji n17 dan ia dah jadi sama taraf dengan juruteknik J17 lulusan politeknik yang terpaksa mengharung lebihkurang 2 tahun pengajian sepenuh masa di politeknik. Apabila n17 naik pangkat ke n22 maka j17 dah berada di bawah n22. SEPATUTNYA juruteknik politeknik di letakkan tinggi dari n22.

Tanpa Nama berkata...

Kawan-kawan juruteknik diluar sana, mengikut kefahaman saya hal kategori dalam perjawatan yang ditentukan oleh JPA kalau tak silap gred 1 - 26 memiliki sijil(tak kira berapa tahun atau susah belajar kecuali STP)gred 27 - 40 memiliki diploma/stp dan gred 41 keatas ada ijazah kecuali dalam kategori bakat dan seni.Sekarang kalau kita nak duduk dalam kategori B buat diploma dan mohon jawatan dalam kategori tersebut begitu juga kalau nak jawatan dalam kategori A buat ijazah dan mohon jawatan dalam kategori A.

JURUTEKNIK KECEWA.. berkata...

Itulah sebabnya kami Juruteknik LULUSAN IPTA, POLITEKNIK la tu...(gah pada nama saja) minta kerajaan keluarkan dari kategori 17tu. Namanya saja masuk IPTA tapi gaji di takuk SPM. Lebih baik ambil STPM kat sekolah dah tentu gaji dalam kumpulan B..itupun kalau dapat pekerjaan. Yang diperkatakan sekarang adalah STPM dan bukan nya DIPLOMA. Kami tak minta disamakan dengan Diploma tapi permintaan untuk setaraf dengan STPM.

JURUTEKNIK KOMPUTER berkata...

baca pekeliling ini!

http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/16/pp162009.pdf

kenapa pihak JPA double standard masa kuar pekeliling ini.. kenapa tak iktiraf semua sama seperti skim ini cam dia buat utk skim penolong pegawai tanah ini..mereka juga lulusan politeknik..kenapa boleh pulak berada dalam kategori B 27...selaraskan sekali utk semua skim lulusan politeknik!! DIPLOMA 3TAHUN SIJIL 2 TAHUN...PERBEZAAN GAJI YG SGT KETARA!! CIKGU BOLEH PULAK EXCUSED..JURURAWAT..JURUXRAY..DRESSER DAN SEBAGAINYA

JURUTEKNIK KOMPUTER berkata...

YER BETUL KITA MINTAK J27 DAN FT27
BUKAN J29 DAN F29...MINTAK DISAMAKAN SETARAF DENGAN STPM...BUKANNAYER SAMA TARAF LULUSAN SPM TUE...KADANG2 MASUK KERAJAAN CUKUP2 MAKAN SAHAJA SPMNYER JADI KERANI DAN SEBAGAINYER..KAMI PEKERJA TEKNIKAL...YG MEMERLUKAN SKILL DAN KEMAHIRAN..DAN YG JADI PENOLONG PEGAWAI B PUN KADANG2 LULUSAN MEREKA DIPLOMA IPTS FRANCAIS IPTA...MASA SPM RESULT MEREKA TERUK..TAPI MEREKA ADA WANG DAN AMBIK SIJIL PERALIHAN UNTUK BUAT DIPLOMA...KITA NI BUAT PILIHAN SECOND CHOICE BELAJAR SELEPAS TIDAK DPT IPTA UNIVERSITI...KADANG2 MAKTAB TUE KIRA THIRD CHOICE...STPM TEMAPT KEEMPAT LEPAS TAK DAPAT APA2 TAWARAN

Tanpa Nama berkata...

Kalau gred j17 mintak tukat ke gred j27, gred j29 mesti mintak tukar ke gred j39, baru adil naik 10 10.

Juruteknik mengharap berkata...

Macamana sijil kejuruteraan ukur tanah (politeknik) sahaja yang di naik taraf ke tangga gaji 27 ..wal hal sijil kejuruteraan awam, elektrikal dan mekanikal yang lain pun sama gak belajarnya masih J17....hairan bin ajaib sungguh
ini tidak adil...

JURUTEKNIK KOMPUTER berkata...

Saya berharap pihak berkenaan memandang serius rintihan kami ini...kami berharap pihak JPA, CUEPACS DAN MTSU membaca komen kami ini!! Dan seterusnya memberi hak kami yg patut kami dpt!!Hidup Juruteknik Seluruh Malaysia!!! Marilah kita seluruh Juruteknik Malaysia memperjuangkan isu ini bersama-sama. Marilah kawan-kawan ku semua!!!

Tanpa Nama berkata...

gaji kakitangan awam dimestikan
naik lima tahun sekali kerana harga
barang pun sentiasa naik pada masa
itu kalau tidak harga barang dan
gaji kakitangan awam tidak kesimbangan kalau tidak dinaikkan
gaji kerajaan juga yang susah kerana kakitangan sentiasa merayu
kepada kepada kerajaan dan kerajan
juga yang pening kepala. kalau dinaikkan sepuluh tahun sekali sudah menjadi parah ibarat penaykit susah diubati
tidak kiralah kalau lima tahun sekali walaupun dinaikkan gaji kakitangan awam 7 peratuskah yang penting sudah naik.
itu sahaja yang saya luahkan saya fikir fikir dulu.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya jawatan Penolong Pegawai Tanah mesti memiliki Diploma Kejuruteraan Awam atau Diploma yang setara barulah adil terhadap pemegang sijil politeknik dalam bidang lain harap JPA jangan terlepas pandang tentang perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/16/pp162009.pdf

Tanpa Nama berkata...

apa beza diploma ngan sijil politeknik??

DIPLOMA>> 3 TAHUN PENGAJIAN
SIJIL POLI>> 2 TAHUN PENGAJIAN
SPM>>TERUS KEJER KERAJAAN, TAKYAH BELAJAR LAGI

TAKDER PERBEZAAN KETARA SGT DIPLOMA DENGAN SIJIL POLI.JADIKAN HAPUSKAN SYARAT SPM UNTUK SYARAT LANTIKAN KE JAWATAN JURUTEKNIK..ITU PENYELESAIAN DIA..
KERJA ITU MEMERLUKAN KEMAHIRAN YG DIAJAR SECARA RASMI.

Tanpa Nama berkata...

STPM PUN BELAJAR KURANG 2 TAHUN DI SEKOLAH MENENGAH (KEMENTERIAN PELAJARAN)...SIJIL POLITEKNIK SEPENUH MASA SELAMA 2 TAHUN DI POLITEKNIK (KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI). TAPI APA YG DAPAT STPM>>N27 SIJIL POLI>>J17..SEDIH KAN!!

Tukar nama berkata...

CADANGAN tukarkan nama Juruteknik(Politeknik) ke PEMBANTU PENOLONG JURUTERA(PPJ) atau pun PENOLONG JURUTERA RENDAH(PJR) dan peluang dinaikkan pangkat dari PPJ atau PJR ke PENOLONG JURUTERA(PJ)akan jadi mudah. Gred skim utk PPJ j25

Apa Sebenarnya ... berkata...

Tak sedap ke nama juruteknik tu ! saya jadi keliru bila baca komen-komen juruteknik diruangan ini, antara nak naik gaji dengan nak tukar nama,perkara ini timbul bila pembantu teknik ditukar nama ke penolong jurutera (walaupun tak ada kenaikan gaji) nampaknya ada pihak yang kurang senang dengan pertukaran ini mungkin bagi mereka nama penolong jurutera nampak hebat barangkali(para jurutera mesti tersenyum)sehinggakan nak minta nama PEMBANTU penolong jurutera, saya nasihatkan hentikanlah perdebatan tentang nama jawatan ini,memang patut nama pembantu teknik ditukar sepatutnya dari dulu lagi kerana kalau diperhatikan susunatur jawatannya tak sama dengan bidang lain sebagai contoh (N)Pembantu Tadbir -> Penolong Pegawai Tadbir -> Pegawai Tadbir, sedangkan (J) Juruteknik -> Pembantu Teknik -> Jurutera, jadi wajarlah JPA tukar nama Pembantu Teknik ke Penolong Jurutera, wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Yang di persoalkan adalah status juruteknik lulusan politeknik patut di naiktarafkan bukannya nama pertukaran pembantu teknik ke penolong jurutera.

Tanpa Nama berkata...

GAJI MATI 17 BERAPA??
GAJI MATI 27 BERAPA??
GAJI MATI 29 BERAPA??

PELUANG KENAIKAN MACAM MANER!!
ITU SEMUA BERSANGKUTAN!!
TAKKAN ITU TU TAK PAHAM1!
KER BUAT2 TAK PAHAM!!
ITU YG KAMI PERJUANGKAN!!
KALU GAJI JURUKTEKNIK SAMA GAN KERANI SPM...TAK GUNA LAA KAMI BELAJAR DI POLITEKNIK...ADA PAHAM!!
TAK TUKAR NAMA PUN TAKPER..JANJI DPT KER 27...LAIN DIA PUNYA GAJI MATI..LAIN DIA PUNYA PERGERAKKAN GAJI TAHUNAN....ADA PAHAM!!!

Tanpa Nama berkata...

Gaji mati gred 27 P1 = RM3027

Gaji mati gred 29 P1 = RM3046

Kalau juruteknik dapat gred 27,nampaknya ramailah Pen. Jurutera(Pemb. Teknik) nak mintak turun pangkat jadi Juruteknik buat apa jadi Pen. Jurutera beza gaji RM20 saja dengan Juruteknik.

Tanpa Nama berkata...

Habis tu yg STPM dlm kategori kumpulan B apasal tak komplen? Kenapa Juruteknik tak boleh di upgrade sama dalam kategori STPM?
Starting utk Juruteknik biarla P1T1 dan Pnolong JURUTERA di P1T9 ....kan adil tu

Tanpa Nama berkata...

kenapa laaa pihak pembantu teknik atau nama baru pembantu jurutera ni takut sgt ni kami sama taraf ngan korang??? kita org ni tak mintak pun sama cam korang..kami paham..tapi naikkkan taraf kami lebih baik dari kerani (spm)...bagilah kami setaraf dengan stpm sudah memadai...takder pengiktirafan ker kami di belajar di politeknik?? penat lelah kami belajar selama 2 tahun??? pikirlah orang lain sama!! jgn ego kamu sorang jer!!

JURUTEKNIK berkata...

STPM belajar 1 1/2 tahun kat sekolah.....duduk dlm kumpulan B

JURUTEKNIK belajar 2 TAHUN hanya duduk dlm kumpulan C mcm kerani..dah le kena studi Matematik dgn subjek Engineering bagai nak rak..

ADIL KE TAK NI?

Tanpa Nama berkata...

Salam,
sementara menunggu tuntutan ini berjaya aku pun mati dgn mata terbeliak...

Tanpa Nama berkata...

hahahhaha....Tuan Presiden Cuepacs tlg tgkkan perkara ni...sama Tuan Presiden MTSU tlg tengok sama!!! SIAN ADA CAKAP MATI TERBELIAK TUNGGU BENDA NIE NAK LULUS..HEHEHEHHE

dah lama dah...cam kata Tun Mahathir

Tanpa Nama berkata...

Jangan tengok aja...Harap pihak JPA, CUEPACS dan MTSU buat sesuatu untuk skim Teknikal ni khususnya JURUTEKNIK lulusan POLITEKNIK (IPTA).

Tanpa Nama berkata...

alah apelah nk dijuang kan bebudak politeknik tu...pandai cakap je keje x tau buat
baik bebudak spm plak kluar ikm 2 tahun pengalaman keje banyak pandai lagi buat keje
sekolah lame2 kat poli pun x gune keje x tau buat
baik spm plak

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan satu perubahan kepada sistem pemberian gaji pada setiap gred jawatan ditukar dari 3 peringkat (P1, P2 & P3) kepada 1 peringkat (P)sahaja pada jawatan `timescale'(P). contohnya: Kelulusan PMR & Ke bawah spt N1 hingga N9:PT1-PT15,lepas 15 tahun naik gred N10 hingga N16:PT1-PT10; dan begitu lah seterusnya bagi kelulusan SPM, Diploma, Ijazah pertama dll; contohnya SPM C17:PT1-PT15, C22:PT1-PT10, C26:PT1-PT5; Diploma J29:PT1-PT15, J34:PT1-PT10 dan J39:PT1-PT5.... dan seterusnya lulusan ijazah... Peringkat P2 dan P3 tu tidak diperlukan, yg perlu gred yg lebih senior(ikut pengalaman dan meritokrasi)... Wassalaam...

Tanpa Nama berkata...

saya pn ada sijil politeknik.. gred J17 kerja dalam bidang yang berkaitan.tp gaji ikut setaraf spm...mcm mana ni..sedang kan kawan saya ada sijil dr politeknik dan berkerja gred NT17 tp gaji permulaan ikut taraf sijil...

Tanpa Nama berkata...

saya pn ada sijil politeknik.. gred J17 kerja dalam bidang yang berkaitan.tp gaji ikut setaraf spm...mcm mana ni..sedang kan kawan saya ada sijil dr politeknik dan berkerja gred NT17 tp gaji permulaan ikut taraf sijil...dh la masa lapor diri sama2..pastu pulak sekarang ni gred NT17 dh di upgred....lagi ketinggalan la kami yg J17 ni

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.....
Memang betul kata kengkawan semua gred J17 dan FT17 tu takat nie jer daripda awal sampai skrg kita dulu nak masuk politeknik kena pakai result spm yang agak baik juga kira sama level dengan matrik, kita ada latihan industri selama 6 bulan pastu ada pinjaman KPM tapi bagi STPM dok kat kampung jer tak dak latihan industri bila dapat kerja dgn kerajaan dapat gred 27 mana adil sekurang2nya bagi la sama dengan depa kira berbaloi la juga kita belajar selama 2 tahun kat Politeknik.
Satu perkara lagi yang memang tarcatit dalam pekililing JPA sama ada pekeliling ini dibatalkan atau tidak aku tak pasti tapi yang pasti ia ada pekeliling dalam SSM bukan SSB tak percaya cari dalam laman web JPA:-

lulusan sijil Politeknik setaraf STPM dan sepatutnya diletakkan dalam gred 27(yg mana gaji lebih tinggi dari 17).
korang boleh semak di:

http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf
di muka surat 3,

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.....
Memang betul kata kengkawan semua gred J17 dan FT17 tu takat nie jer daripda awal sampai skrg kita dulu nak masuk politeknik kena pakai result spm yang agak baik juga kira sama level dengan matrik, kita ada latihan industri selama 6 bulan pastu ada pinjaman KPM tapi bagi STPM dok kat kampung jer tak dak latihan industri bila dapat kerja dgn kerajaan dapat gred 27 mana adil sekurang2nya bagi la sama dengan depa kira berbaloi la juga kita belajar selama 2 tahun kat Politeknik.
Satu perkara lagi yang memang tarcatit dalam pekililing JPA sama ada pekeliling ini dibatalkan atau tidak aku tak pasti tapi yang pasti ia ada pekeliling dalam SSM bukan SSB tak percaya cari dalam laman web JPA:-

lulusan sijil Politeknik setaraf STPM dan sepatutnya diletakkan dalam gred 27(yg mana gaji lebih tinggi dari 17).
korang boleh semak di:

http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf
di muka surat 3,

Tanpa Nama berkata...

Juruteknik adalah pekerja berkelulusan sijil. Masakan Juruteknik mempunyai kedudukan yang sama dengan penolong Jurutera.
Tidak kira la sama ada sijil itu memerlukan anda untuk belajar 2,3,5 tahun sekalipun,hakikatnya Sijil takan menjadi Diploma dan Diploma tidak akan menjadi Ijazah. Kalau difikirkan SPM pun sijil juga.
Tapi kerana Sijil Politeknik lebih berkemahiran daripada SPM maka saya syorkan pengwujudan Gred 19 untuk juruteknik seperti mana terdapat beza antara Gred 29 & Gred 27 di dalam peringkat Diploma.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.. Jgn sama sijil politeknik dengan stpm.. Memang berbaloi dengan stpm berada di tahap b.. Kerana kepayahan yg pelajar stpm lalui.. Stpm nie sama taraf dengan diploma.. Bkan sama taraf sijil politeknik.. Kerana cara belajar pn sgt berlainan.. Jadi lu pikir ar sendiri.. Pasal sijil politeknik sama dgn spm tu.. Memang tak patut laa.. Mane boleh spm di samakan dgn org yg ade sìjil.. Jadi harap kerajaan prihatin la

Tanpa Nama berkata...

bukan sume sjil politeknik dpt gaji T6 or T9..sjil kjuruteraan lektrik & elktronik xleh pakai dlm skim FT17..phadal kami pn ade belajar komputer gak..abs elktronik tu ape kuih k?klau mcm 2 baek abs konvo trus koyak je sjil 2..pakai sijil spm blk..puas ati..klau owg tu tnye npe koyak..kami sje je belajar nie..sje buang duit..bapak kami kaya..kje nti gune spm gak..

Tanpa Nama berkata...

Juruteknik lepasan Politeknik
Gaji dah mati....dahhh, baru dapat KUP J22 pun tahun depan mati balik, berkhidmat 21tahun, baki tempoh berkhidmat 14 -15 tahun...lagi...apa nak buat ni....

Tanpa Nama berkata...

saya pernah menghadiri satu temuduga di sebuah ipta tempatan untuk jawatan juruteknik j17.Lima org calon termasuk saya. 4 org memiliki sijil dari politeknik dan seorang sijil dari IKM. sebulan lepas tu result keluar, yg berjaya calon lulusan sijil dari IKM.Bukankah kerajaan memperuntukkan jawatan juruteknik J17 hanya utk lulusan sijil politeknik?

Tanpa Nama berkata...

gred 17 kerani dan kumpulan sokongan gred 17...kerani dok pejabat dr pukul 7.30 hingga 4.30 sambil bole mkn kuaci di meja...kumpulan sokongan pula bertugas di sempadan dan penguatkuasaan dengan risiko rasuah,pindah tempat bertugas dan hilang kerja..fikir2kan lah..lebih baik jadi kerani pejabat dari kumpulan sokongan penguatkuasaan...gaji sama risiko tiada..beban kerja yang sedikit...harap kerajaan dapat menaikkan gred kumpulan sokongan penguatkuasaan ke gred 19...naik gred maksudnya gajinya naik juga...

izad amir berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Ramai org marah ckp KA pemalas, suka keluar minum,ponteng,lembab, setelah dibuat pemerhatian perkara ini terjadi disebabkan sistem yg diamalkan kerajaan iaitu, sistem persekitaran kerja yg tidak kompetitif, sebagai contoh A bekerja keras utk menaikkan nama jabatan buat kerja lebih, keluarkan idea, tidak mengampu, buat kerja diluar kpi tahunan dan dipersoalkan kerana buat kerja lebih wlaupun utk jabatan, B masuk kerja pukul 8 minum pagi 930-1030, main facebook, mkn tgh hari 1.00-2.00, smbung facebook smbil buat kerja dan balik pukul 5, A dan B gred sama dan gajinya sama setiap bulan, tiada insentif kenaikan gaji ataupun kenaikan pangkat seperti di swasta yg mana rajin bekerja naik gaji dpt bonus dan naik pangkat tetapi KA yg mengampu dan malas senang naik pangkat dan gaji, jd jgn salahkan KA, salahkan sistem itu.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan kami seluruh FT17 yg memiliki sijil politeknik memohon pihak tuan kemukakan hak FT kenapa semua FT17 YANG MEMILIKI SIJIL POLITEKNIK DALAM BIDANG YANG BERKAITAN TIDAK DINAIKKAN KE F3-1..kami perlukan pihak tuan tidak membezakan kami dengan J..pembelajaran kami dan skop kami sama..masih di bahagian penyelenggaraan...bagaimana perasaan JURUTEKNIK komputer diketepikan sedangkan JURUTEKNIK J mendapat imbuhan dengan perbezaan gaji mati hampir sekali ganda..jgnla..lupakan hak kami...maafkan kami..semua FT dalam kesedihan....

Tanpa Nama berkata...

kenaikan gaji x selaras. gaji junior same dengan gaji senior. ini x adil,tiada perbezaan staf yg berkhidmat lama dengan yang baru.. sangat terkilan.

Tanpa Nama berkata...

kenaikan gaji x selaras. gaji junior same dengan gaji senior. ini x adil,tiada perbezaan staf yg berkhidmat lama dengan yang baru.. sangat terkilan.