SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

25 September 2009

MASALAH SAMPAH DI ALOR SETAR SELESAI NOVEMBER DEPAN

Bernama
25/9/2009




ALOR SETAR, 24 Sept (Bernama) -- Masalah longgokkan sampah terutama di kawasan perumahan di sekitar bandaraya ini, dijangka selesai selepas syarikat swasta mengambil alih kerja-kerja mengangkut sisa buangan November depan.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, masalah berkenaan masih tidak dapat diselesaikan, kerana syarikat yang sepatutnya mengambil alih tugas daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), terpaksa menangguhkan kerja mereka sejak 1 Sept lalu."Sepatutnya mereka (syarikat swasta) sudah angkut sampah, tapi terpaksa tangguh, sebab sebelum ini ada desakan daripada Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) supaya disemak semula terma-terma berkaitan nasib pekerja MBAS sekiranya kerja mengangkut sampah diswastakan."Sekarang lori-lori mereka sudah sampai, masalah ini kena selesai betul-betul supaya tidak jadi masalah berlarutan dan kita harap ia selesai pada November ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon, di sini Khamis.Terdapat laporan media bahawa bandar raya Alor Setar semakin kotor kerana terdapat banyak longgokan sampah yang tidak diangkut sehingga menyebabkan bau busuk.Menurut Azizan, masalah berkenaan bukanlah perkara baru dan ia dijangka dapat diselesaikan selepas kerja mengangkut sisa buangan itu diambil alih pihak swasta.-- BERNAMA

5 ulasan:

1Borneo berkata...

Kalau setakat swasta tetapi perkhidmatan yang diberi masih sama takde faedahnyer....jangan jadi penswastaan untuk mengambil keuntungan segera dari rakyat...kerajaan yyang dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat untuk rakyat, bukannya untuk menyusahkan rakyat....

Alang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Alang berkata...

Pada kebiasaannya syarikat2 swasta yang terlibat dalam pelaksanaan dasar pengswastaan di Malaysia ini kebanyakannya hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. Pada mulanya, on-paper memang cantik...selepas itu sedikit demi sedikit tembelang mereka mula berbau busuk dan tengik!

Cut-cost sana-sini, Untuk lebih untung...pekerja tempatan ditekan...pekerja asing digajikan ...dan Akhirnya rakyat jelata yang terpaksa menanggung kos bagi menampung kesinambungan kejelikan mereka...

Bukan tak mahu percaya, tetapi itu yang selalu berlaku di depan mata!

Satu lagi yang Alang nak peringatkan semua...apa tindakan kerajaan terhadap syarikat insuran motor dan kereta bagi kereta tua yang rata-rata di miliki oleh rakyat yang tak berapa berada?!! Yang selalu accident tu bukan
kah kebanyakannya kenderaan baru belaka...yang dipandu laju, nak test kuasa kuda katanya!!

Tolong jangan biarkan,ada golongan2 tertentu boleh dengan suka-suka bermaharajalela, di tanah melayu, tanah pusaka warisan bangsa, khazanah peninggalan nenek moyang kita...!

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...insuran motorsikal kapcai pun mahal...nama je roadtax RM 1 tapi insuran mesti beli 1st party. Insuran kereta lagi mahal...sape punye angkara kalau tak ada pihak atasan yang beri kerjasama dengan syarikat insuran.

Swasta.....KTM ....kesian pekerja..mereka dah nak minta balik masuk kerajaan. TNB..kata untung berjuta...pekerja sengsara. Lembaga Air...teguk air karat bil mahal.Syabas kenakan bil melampau..ikut ketegori kediaman..orang miskin ke..orang kaya tegok air tu juga.Kenapa takrif berbeza. Malas nak cerita pasal swasta ni. Semua nak untungkan kroni aje.

Alang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.