SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

14 Januari 2010

CUEPACS LAPOR SYARAT PEGAWAI MEROKOK TAK NAIK PANGKAT

Berita Harian
14/1/2010





KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan ada ketua jabatan dan agensi kerajaan pada peringkat negeri mengenakan syarat pelik apabila tidak membenarkan pegawai merokok naik pangkat mengikut skim Khas Untuk Penyandang (KUP), berkuat kuasa 1 Julai lalu. Presidennya, Omar Osman, berkata beliau menerima aduan pegawai yang memenuhi syarat naik pangkat mengikut skim itu seperti ditetapkan Surat Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tetapi tidak layak menikmatinya kerana merokok.
“Kita anggap ini syarat gila kuasa. Ketua jabatan dan agensi kerajaan jangan menganiaya kakitangan bawahan dengan mengenakan syarat tidak munasabah,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sempena Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat KUP bagi pegawai kumpulan sokongan yang sudah berkhidmat melebihi 15 tahun.
Omar berkata, pihaknya kesal dengan tindakan ketua jabatan dan agensi terbabit kerana JPA menerusi surat pekelilingnya sudah menetapkan syarat jelas untuk diikuti dalam menaikkan pangkat kakitangan mereka mengikut skim itu. Katanya, selain perlu berkhidmat lebih 15 tahun dan mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam laporan prestasi bagi tempoh tiga tahun lalu, kakitangan juga perlu lulus tahap tiga Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). “Mereka juga tidak disabitkan dengan kesalahan tata tertib iaitu dengan mendapat pelepasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengisytiharkan harta, memberikan bukti mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin dan dicadangkan ketua jabatan masing-masing. “Jadi, jangan membebankan mereka yang layak dengan pelbagai syarat pelik. Ada di antara kakitangan terbabit sudah berkhidmat dalam gred sama antara 25 hingga 30 tahun tanpa merasai nikmat kenaikan pangkat,” katanya.
Omar berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada semua Setiausaha Kerajaan Negeri, selain turut memaklumkannya kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berhubung pelbagai syarat dikenakan terhadap kakitangan itu.

6 ulasan:

ShahRizola berkata...

walaubagaimanapun. saya menyokong tindakan keras KP jabatan peringkat negeri tersebut. ternyata merokok di kawasan premis banggunan kerajaan adalah dilarang.

merokok membahayakan kesihatan

cikgu nizar berkata...

elok la x naik pangkat kerana apabila merokok, itu menunjukkan kakitangan itu memiliki wang yang berlebihan untuk dibazirkan dan x memerlukan kenaikan gaji.

selain itu bagaimana nak menjawat lebih tinggi jika kesihatan diri dan keluarga pun enggan dijaga?

Tanpa Nama berkata...

a.ah syarat salah guna kuasa.

kalau pegawai bawahan letak macam2 syarat naik pangkat..

macam2 la...hehehehehehe...

esok mati masuk kubo dapatla bahagian hasil daripada penyalahgunaan kuasa ni..

joseph stalin berkata...

salah guna kuasa dari segi pengamalan syarat yg tidak dipersetujui oleh perundangan JPA. namun begitu saya menyokong hasrat kerajaan menjadikan premis kerajaan sifar rokok.

bagi saya alasan rokok sebagai punca tidak dinaikkan pangkat adalah perlu. sebolehnya dijadikan salah satu perundangan penting didalam proses kenaikkan pangkat.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak buat syarat biar lah melibatkan semua pihak.jgn tuju pada golongan sokongan je..semua peringkat jawatan pun perokok juga...

churiya-san berkata...

oleh yg demikian. anda ada saluran aduan terus kepada PM. surat tak akan diendahkan. nak senang masuk paper je. sekarang semua complaint tak puas hati terhadap servis kerajaan semua bleh cakap kat dalam paper. apa kata kita gunakan kemudahan itu. jgn risau dan takut dedahkan nama pegawai. pasal itu hak kita sebagai anak malaysia