SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Januari 2010

CUEPACS LAPOR SYARAT PEGAWAI MEROKOK TAK NAIK PANGKAT

Berita Harian
15/1/2010




KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan ada ketua jabatan dan agensi kerajaan pada peringkat negeri mengenakan syarat pelik apabila tidak membenarkan pegawai merokok naik pangkat mengikut skim Khas Untuk Penyandang (KUP), berkuat kuasa 1 Julai lalu. Presidennya, Omar Osman, berkata beliau menerima aduan pegawai yang memenuhi syarat naik pangkat mengikut skim itu seperti ditetapkan Surat Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tetapi tidak layak menikmatinya kerana merokok. "Kita anggap ini syarat gila kuasa. Ketua jabatan dan agensi kerajaan jangan menganiaya kakitangan bawahan dengan mengenakan syarat tidak munasabah," katanya ketika dihubungi, semalam.
Sempena Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat KUP bagi pegawai kumpulan sokongan yang sudah berkhidmat melebihi 15 tahun. Omar berkata, pihaknya kesal dengan tindakan ketua jabatan dan agensi terbabit kerana JPA menerusi surat pekelilingnya sudah menetapkan syarat jelas untuk diikuti dalam menaikkan pangkat kakitangan mereka mengikut skim itu.
Katanya, selain perlu berkhidmat lebih 15 tahun dan mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam laporan prestasi bagi tempoh tiga tahun lalu, kakitangan juga perlu lulus tahap tiga Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). "Mereka juga tidak disabitkan dengan kesalahan tata tertib iaitu dengan mendapat pelepasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengisytiharkan harta, memberikan bukti mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin dan dicadangkan ketua jabatan masing-masing. "Jadi, jangan membebankan mereka yang layak dengan pelbagai syarat pelik. Ada di antara kakitangan terbabit sudah berkhidmat dalam gred sama antara 25 hingga 30 tahun tanpa merasai nikmat kenaikan pangkat," katanya. Omar berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada semua Setiausaha Kerajaan Negeri, selain turut memaklumkannya kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berhubung pelbagai syarat dikenakan terhadap kakitangan itu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elok juga kalau kerajaan tambah syarat untuk kenaikan pangkat iaitu tabiat merokok kerena merokok bahayakan kesihatan diri sendiri dan orang ramai,penyakit tentu ada pada pegawai yg merokok,kalau sakit ambil cuti sakit dan akan menjejaskan perkhidmatan.merokok juga haram..bagi k/t yg berkhidmat 25-30th di beri kelenggoran syarat kenaikan pangkat/KUP tanpa menduduki peperiksaan PTK kerana ramai k/t tak lulus kerana mereka menjalankan tugas-tugas di bahagian lain spt hasil, perolehan dll bahagian peperiksaan PTK yang khusus x ada langsong soalan2 yang banyak berkiatan dengan peraturan pejabat..harap JPA tgk2 lah orang yg dibahagian lain..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu saya sokong awak ..keje teknikal soalan ptk keluar pasal file merahlah file hjiaulah ape kejadahnya..

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan merokok tak dinaikkan pangkat. Kakitangan yang tak merokok pun ada yang perangainya sangat tak elok. Jadi keadilan harus dinilai pada akhlak, perbuatannya bukan kerana merokok dan tak merokok. Insyallah selamat