SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Januari 2010

HUJAH TV9: CUEPACS MINTA NAIK GAJI UNTUK ELAK RASUAH

Harakah Daily
Azamin Amin



Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata dengan kenaikan gaji oleh kerajaan di antara 10 hingga 40 peratus itu juga secara tidak langsung dapat memotivasi kakitangan awam demi meningkatkan produktiviti serta memperbaiki mutu serta penyampaian maklumat kerajaan kepada awam dengan lebih berkesan.
"Saya percaya nak hapuskan secara terus memang susah tetapi sedikit demi sedikit, sama ada rasuah dan produktiviti akan dapat diperbaiki jika tuntutan kenaikan gaji ini dipenuhi," katanya dalam Rancangan Hujah di TV9 semalam.
Selain beliau, ahli panel lain adalah Presiden Fomca M. Marimuthu Madison bagi membincangkan topik yang bertajuk :'Kenaikan gaji kakitangan awam, kesan dan kewajarannya'dan rancangan tersebut dipengerusikan oleh Profesor Agus Yusoff.
"15 tahun dahulu kita tidak pernah mendengar keluhan dan bantahan, tetapi sekarang dari masa ke sama, gaji tidak semak, sara hidup makin tinggi dan masyarakat mempertikaikan.Produktiviti menurun, rasuah berlaku dan rangking rasuah kita naik," katanya lagi.
Katanya statistik Cuepacs mendapati, kakitangan kerajaan atau individu yang bergaji RM5,000 ke atas,53 peratus daripadanya terlibat dengan rasuah manakala 30 peratus terlibat dengan gejala itu terdiri daripada yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.
Bagi yang bergaji RM1,500 ke bawah pula sebanyak 18 peratus terbabit dalam rasuah dan kenaikan gaji diharap dapat menghapuskan gejala ini secara berperingkat termasuk dapat meningkatkan kualiti serta matlamat minda kelas pertama akan tercapai, katanya lagi.
Marimuthu turut menegur sikap kerajaan selama ini yang sering membiarkan satu-satu perkara atau isu terlalu lama tanpa sebarang semakan dan kajian dibuat dan ini turut berlaku terhadap gaji kakitangan awam, begitu juga dengan barangan keperluan dan makanan.
Tanpa sebarang kajian yang betul maka kenaikan harga barang akan dilihat naik secara mendadak dan secara tidak langsung dianggap akibat daripada kenaikan gaji kerajaan.
"Seperti harga gula, sudah 15 tahun tak semak. Dan kita perlu tahu kos kehidupan semakin meningkat, kita bukan negara pengeluar makanan dan kita bergantung penuh daripada sumber negra luar," katanya
"Jika disemak sudah tentu harga barangan ini akan dinaik secara sedikit demi sedikit tidak akan berlaku seperti sekarang mendadak naik," katanya.
Beliau turut menambah masalah gaji yang tidak mencukupi ini akan menimbulkan masalah sosial yang lain seperti tekanan perasaan yang kemudiannya menjurus ke arah perbuatan bunuh, bunuh diri, curi dan rompak yang berpunca daripada tidak cukup pendapatan. - mr

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengar naik gaji memang seronok tapi yang jadi tak seronok agihan yang tidak adil dan saksama. Tak tau la JPA dan CEUPACS sedar atau tidak. Kami kumpulan pengurusan dan profesional selalu dianggap bergaji besar dan akibatnya bila kenaikan gaji kumpulan sokongan mendapat peratus kenaikan yang tinggi iaitu 35% sedangkan kami hanya 10%. Kami faham masalah kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah tapi terfikir mereka untuk kami berada di dlm kumpulan ini banyak pengorbanan yang kami buat. Nak mendapatkan degree perlukan RM, usaha dan masa. Bila dah bertugas tanggungjawab kami lebih besar. Kami juga menyumbang cukai pendapatan. Kami simpati kakitangan sokongan tapi kami siapa yang nak simpati. Fikir-fikirkanlah... pemimpim Ceupacs jangan hanya nak cari populariti di kalangan kumpulan sokongan.

Tanpa Nama berkata...

Dengar naik gaji memang seronok tapi yang jadi tak seronok agihan yang tidak adil dan saksama. Tak tau la JPA dan CEUPACS sedar atau tidak. Kami kumpulan pengurusan dan profesional selalu dianggap bergaji besar dan akibatnya bila kenaikan gaji kumpulan sokongan mendapat peratus kenaikan yang tinggi iaitu 35% sedangkan kami hanya 15%. Kami faham masalah kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah tapi terfikir mereka untuk kami berada di dlm kumpulan ini banyak pengorbanan yang kami buat. Nak mendapatkan degree perlukan RM, usaha dan masa. Bila dah bertugas tanggungjawab kami lebih besar. Kami juga menyumbang cukai pendapatan. Kami simpati kakitangan sokongan tapi kami siapa yang nak simpati. Fikir-fikirkanlah... pemimpim Ceupacs jangan hanya nak cari populariti di kalangan kumpulan sokongan.

PA Veteran berkata...

Pendapat saudara ada juga kebenarannya, untuk memberi keadilan peratus kenaikan itu mestilah sama.

Walaupun saya ni Kumpulan Sokongan, apa yang dikatakan oleh saudara saya sokong.

Yang penting " KERJASAMA ".

Tanpa Nama berkata...

Bonus pun tak dapat, tok sah lah nak sembang kosong bab naik gaji.

Tanpa Nama berkata...

Risau kalau ITP dan cola dimansuh... pengsan aku... laki bini keje gomen kalau tolak ITP ngan kola hilang RM800.00 gak sebulan macam ansuran rumah sebulan. Jgnlah kerajaan buat keputusan yang drastik.

AirMani berkata...

sepatutnya agihan kenaikan dan elaun kena la sekata.. memang betul P&P lebih tanggungjawab, jadi apa2 diorang yang kena dulu.. kita ni cuma buat keje je, tanggungjawab x seberat mana.. cuma kami hendakkan sekarang COLA naik rm500 dan kenaikan gaji 10% tahun ini.. golongan atasan pula perlu juga mendengar pandangan kami, bukan sebab kami ni N1 dan R1, maka kami x layak memberi nasihat

Konstabel Muniandy berkata...

saya gembira dengan cuepacs. tuan osman, sila perjuangkan polis pula. sudah lama kami polis tak cukup makan. ada pula teknision, guru, bomba, pengarah, pensyarah semua sudah pakai kereta mpv dan gaji besar. kami pun inginkan gaji kami dinaikkan ke 41 sekarang tak kira pandai cakap bahasa atau english semua sama. kalau boleh tamil pun mesti pandai baru semua senang hati. gaji polis naik, kita suka kamu suka semua suka

ikhlas sungguh
-konstabel hampir pencen (senawang)

Tanpa Nama berkata...

Wahai orang-orang gomen termasuk saya. Janganlah berangan mak naik gaji atau dapat bonus. Yang sedia ada tak ditarik balik pun dah kira syukur. Kalau ditarik balik jugak... apa hak kita... nak berpiket... tunjuk perasaan...? Sama-samalah kita berdoa agar tidak mengambil balik apa yang diberikan kepada kita.

Guru biasa jerrr.

Tanpa Nama berkata...

Relevan kerr... Ceupacs mintak naik gaji nak elak rasuah. Bagi aku kalau nak cite fasal rasuah bukan sahaja yang kumpulan sokongan yang bergaji rendah. Ia adalah dari semua peringkat. Yang rendah makan kecik, yang sederhana makan sederhana, yang tinggi makan besarrrr la... Yang kum sokongan makan seratus dua sahaja... yang pertengahan angka ribu.... yg tinggi ratus ribu atau juta. Rasuah kalau dah jadi habit tak kira kedudukan ada aje caranya.

wong jowo

Tanpa Nama berkata...

bukan ape terkilan masa naik gaji kumpulan sokongan..kumpulan C dan kumpulan B peratusnya ,sepatututnya ada perbezaan B dan C,minta kerajaan kaji balik,mungkin CEUPACS bolih memperjaungkan.sebab nya kumpulan gred 27 keatas gaji lebih tinggi dari gred 17 hingga 26.

Tanpa Nama berkata...

bersykur la pe yg de..jgn harap gaji naik...sbb bonus pom x dpt...pasal penarikan blik colaa dgn elaun perumahn tu jgn la betul..kesian kat rakyat....pasal rasuah tu atas sikap msing2 dan cara hidup kita..

Tanpa Nama berkata...

tapi masa kenaikan gaji dahulu, golongan atasan mendapat kenaikan buat kali kedua namun ianya tidak diwarwarkan..maksud saya,bukan golongan P&P tapi golongan jusa..mulanya 7.5% tetapi naik kali kedua 7.5% lagi...dimana keadilan??

rakyat berkata...

sebenarnya,khabar angin elaun cola n perumahan ditarik balik itu dibuat utk penjawat awam lain lupa pasal wang imbuhan n bonus yg x dapat. baru reda skit.

Tanpa Nama berkata...

korang nak tau tak..kat opis aku tuntutan perjalanan dah kena potong 62%.Jadi tiap2 bulan kami hanya dapat 38% sahaja daripada tnt yang dibuat.Aku rasa lepas ni confirm mesti ada elaun yang akan di potong lagi.So macam mana lah kerajaan nak bagi naik gaji ni yerr...poning...kerja nak kena buat..

joseph stalin berkata...

ni hanya usul cuepacs untuk memperjuangkan apa yg kebanyakkan PA mintak. memang benar jawatan atasan kurang kenaikan berbanding jawatan sokongan. namun begitu, sudah terlalu lama jawatan sokongan mengeluh tentang kurang gaji. saya rasa kerajaan wajar mempertimbangkan kenaikan gaji PA sokongan sekali lagi sejak 2007

Tanpa Nama berkata...

"statistik Cuepacs mendapati, kakitangan kerajaan atau individu yang bergaji RM5,000 ke atas,53 peratus daripadanya terlibat dengan rasuah manakala 30 peratus terlibat dengan gejala itu terdiri daripada yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.
Bagi yang bergaji RM1,500 ke bawah pula sebanyak 18 peratus terbabit dalam rasuah"


Statistik menunjukkan lagi tinggi gaji lagi tinggi % rasuah. Susah nak meyakinkan, kenaikkan gaji akan mengurangkan rasuah.

jimmy eat world berkata...

tengok jugak tahun pengalaman kerja. suasana kerja dan kekerapan urusan luar pejabat.

pegawai sokongan juga boleh menerima rasuah. perlu di letakkan statistik mengikut negeri

Tanpa Nama berkata...

saya sokong segala usaha yang dilakukan oleh cuepac terhadap kakitangan awam terutamanya bagi kakitangan sokongan yang kebanyakannya bergaji rendah walaupun telah dinaikkan sebanyak 35% tetapi harga barang tidak menilai pada harga kenaikan tersebut kami juga terasa harga barang dinaikan selenangnya oleh pemborong terutamanya di luar bandar..... bantulah kami yang turut terasa tempias

Tanpa Nama berkata...

walau apa pun berlaku saya tetap menyokong penuh usaha cuepac yang berjuang untuk meningkatkan taraf hidup kakitangan awam Syabas CUEPACS....... gua caya cma lu.. Omar Osman...

Tanpa Nama berkata...

saya sokong dgn cadangan cuepacs untuk kenaikkan gaji tersebut dan saya juga berharap pihak cuepacs dapat mencadangkan agar "gaji hari" bagi kakitangan kerajaan tempatan dimansuhkan.

Tanpa Nama berkata...

sy jga stuju kalo gaji hari ni xda lagi,trus la dapat gaji bulan.. ksian dgn bbrapa org kwn sy yg dah keja hampir 10thn dengn kerajaan tmpatn tetapi msih lagi bergaji hari, xda knaikan.. cuti pula 7 hari je d'beri.. mna cukup gji skrg ni nk tnggng kluarga,byr sewa rmh,bil air & lampu,brg2 dapur,yuran sekolah & blanja anak.. so,fkir2 kn la & sy hrp ulasn sy tadi tu dpt d'terima walaupun sy ni cma pkerja gred R1(PRA) je.. Terima Kasih & Assalamualaikum... (PEACE NO WAR)