SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 November 2012

1MOCC EARAT HUBUNGAN PENJAWAT AWAM DENGAN SELURUH RAKYAT - KSN

Bernama
12/12/2012


PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) -- Inisiatif Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnsin akan mengeratkan lagi hubungan antara 1.4 juta penjawat awam dengan seluruh rakyat di negara ini, sekaligus mencipta ekosistem yang harmoni.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata golongan penjawat awam perlu memastikan perkhidmatan yang ditawarkan itu mampu beroperasi seperti mana yang dihasratkan oleh pihak-pihak berkepentingan.

"Kita perlu memastikan agar tugas membina, mengumpul dan menyalurkan maklumat dan perkhidmatan yang akan diberikan kepada rakyat bukanlah terletak kepada pegawai khidmat pelanggan yang bertugas semata-mata.

"Malah setiap penjawat awam sama ada daripada kumpulan pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional mahupun kumpulan sokongan bertanggungjawab bagi memastikan imej dan kewibawaan perkhidmatan awam negara sentiasa dipelihara dan dimartabatkan dalam hati dan sanubari rakyat Malaysia," katanya pada majlis perasmian itu.

Melalui 1MOCC, rakyat boleh menggunakan talian tunggal 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai pelbagai agensi dalam perkhidmatan awam, yang beroperasi 24 jam sehari 365 hari setahun.

-- BERNAMA

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua fist!!

Tanpa Nama berkata...

Pas ni rakyat makin mngada la... Tengok je la nnti...

Tanpa Nama berkata...

lepasni 1MOCC la yang dapat pujian walhal yang melaksanakan dan menyelesaikan aduan adalah agensi lain

ini serupa macam BPA yang menerima aduan awam, memanjangkan kepada agensi berkaitan, di akhir rancangan, BPA juga yang dapat nama dan KPI/KPT nya main naik.

MAMPUs berkata...

MAMPU ni ibarat posmen. Kredit dia nak, realiti dan bala yang dihadapi Agensi Kerajaan nak laksanakan program bodoh dan celup dia perkenalkan, dia tak peduli. Pegawai berlagak jer bagus bila buat naziran. Padahal otak kosong.

Tanpa Nama berkata...

Tolong tengok juga kebajikan semua Perkhidmatan Awam....Selaraskan.. Kalu nk beri ape2 elaun, gaji, naik pangkat ke beerila pd semua..

Tanpa Nama berkata...

Salam. Kebajikan kami sebagai pkp siapa nak jaga dgn pelaksanaan 1MOCC? pusat 1MOCC ni di cyberjaya. kami yg bukan dari kawasan terdekat, takkan sampai perlu berpindah rumah ke cyberjaya semata-mata nak jayakan 1MOCC ni? bagaimana kalau yg sudah membeli rumah di tempat sekarang, yg dah apply pertukaran untuk pulang ke kampung halaman menjaga ibu yg sakit? pihak terlibat tolong pertimbangkan sebelum meluaskan 1MOCC ke semua kementerian. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

rakyat didahulukan katanye..kami pkp ni pon rakyat jgk..tp kami dibuat mcm bola..sepak sn tendang cni..mmg la dh sain akujanji tp tgk jgk la keadaan nya cmne kan..yg dh bli rumah rugi je kene pindah..rumah nk bayar pastu kene nyewa plak kt cyberjaya..dh smakin bsr plak tanggungan yg perlu kami hadap..ni mmg nk bg MAMPUs pkp sume..np x dibuat pengambilan baru je..ramai calon yg sdg menunggu utk kj ngn gomen..np perlu kacau pkp yg de ni..mmmm...nth la..

isteri PKP berkata...

MOCC nih bukan effect PKP sajer tp keluarga skali...mana isteri yg bekerja jugak...anak2 yg bersekolah, rumah yg telah dibeli...kenapa tak ambil pengambilan baru sahaja ataupun beri pilihan nak atau tak...ini tak...nak jayakan benda nih semua kena paksa..menyusahkan betul....

Tanpa Nama berkata...

saya setuju kenyataan "ISTERI PKP" kenapa nak tarik org yg dah balik daerah masing2 apa salahnya ambil budak2yg baru contohnya baru2 nie kementerian kesihatan buat pengambilan baru utk pkp terus je buat penempatan di cyberjaya tu..
dah elok2 sokong kerajaan skrg kena ubah kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

UNTUK PERHATIAN PM
1MOCC yang menyusahkan. Harap PM kaji semula... siapa punya idea bodoh nie?? Selama ini urusan panggilan ke pejabat kerajaan ok jer... nie dah susah, sambung sana sambung sini last2 putus..... Kepada warga PKP lagi kesian... kena kerja shift pulak, baik gi keje kilang lagi bagus... kami perlukan KERAJAAN BERKEBAJIKAN.... what the stupid ideas....

Tanpa Nama berkata...

laki aku keje uniform..keje shift dah semestinye..kejap2 keje luar...skung terlibat dengan ops daulat...1mocc ni mcm nk bagi aku mati je...mana lagi dengan nk jaga anak2, dengan keje shift...Moga PM pertimbangkan balik program ni...Amik orang baru atau bagi option pada sesapa yang ndak...Itu lebih adil...

Tanpa Nama berkata...

Mohon PM halusi bende ni..Pada dasar, memang nampak elok dan bagi kepentingan pada rakyat, tapi dalam msa yang sama, kami PKP yang jadik mangsa...Saya duduk di Sungai Buloh, kerja di Putrajaya...Jauh berulang..dengan minyak n tol...lao keje shift, apa jaminan keselamatan saya spnjang perjalanan???Lao kene Suami kerja Uniform, & pastinye keje shift....Tolonglah jangan buat kami macam ni..Kami ni bukan menumpang di negara orang, tapi duduk di negara sendiri...Kalau bukan pemimpin yang dengar masalah kami ni, sapa lagi yg boleh diharapkan???MOHON PERTIMBANGAN SEWAJARNYA....

Tanpa Nama berkata...

Dengar2 suma pkp akan dipanggil ke MOCC dan saya dgr khabar angin kalo ingkar, sain surat letak jawatan... sampai camtu sekali..saya dah pasrah, dah letih memperjuang nasib pkp.. tukar kerajaan la gamaknya.. nape x panggil ja penjawat awam yang malas,kaki ponteng,kaki bodek keja x jalan,kaki ngumpat letak kat MOCC.. hah, baru tau..x semestinya PKP ja jwb tepon.

Tanpa Nama berkata...

Kecian korang busy k mocc tue..kan ramai staff?