SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

29 November 2012

WANITA LETAK TIGA PERMOHONAN

Utusan Malaysia
29/11/2012

Shahrizat Abdul Jalil bersama barisan Exco Pergerakan Wanita UMNO mengangkat tangan semasa Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO memohon tiga perkara untuk pertimbangan kerajaan termasuk memastikan suami isteri yang bekerja berjauhan, dapat ditugaskan berdekatan antara satu sama lain.Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya mahu permohonan suami isteri yang mahu ditugaskan berdekatan dapat dilayan dalam tempoh masa paling lama setahun dari tarikh permohonan."Langkah ini penting untuk kita memberi perhatian kepada pengukuhan institusi keluarga dan saya yakin prestasi dan produktiviti kerja mereka pastinya dapat ditingkatkan lagi sekiranya masalah ini dapat diselesaikan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata, Wanita UMNO juga menyokong permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kakitangan awam yang telah mencapai tahap gaji maksimum diberikan kenaikan gaji tahunan kerana secara praktisnya setakat ini pegawai awam yang telah mencecah mata gaji maksimum tidak menikmati kenaikan gaji itu.
"Kita sedar kakitangan awam itu tidak dinaikkan pangkat kerana terhadnya bilangan pangkat yang ada. Justeru, Wanita UMNO merasakan amatlah wajar mereka diberikan kenaikan gaji tahunan, seiring dengan kenaikan kos hidup dan sumbangan mereka kepada negara," katanya.

Shahrizat turut meminta pemberian dividen dan bonus Lembaga Tabung Haji dinaikkan sekurang-kurang sama seperti yang dinikmati oleh pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB).Dalam ucapan yang bertema Anjakan untuk Melonjakkan Kemenangan itu, beliau turut mendedahkan tentang tiga hasrat yang ingin dicapainya semasa memegang amanah dan tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini iaitu menghentikan diskriminasi sama ada tersirat mahupun tersurat terhadap wanita.

"Kedua, menentukan semua perundangan, polisi dan peraturan berkaitan dengan wanita, keluarga, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas, isu kebajikan dan kemasyarakatan diberi keutamaan bagi membantu dan melindungi kumpulan sasar ini daripada sebarang bentuk penindasan dan diskriminasi, malah saya mahu lihat pembangunan dan kejayaan mereka dan ketiga, mengarusperdanakan kesemua isu ini dalam perancangan kerajaan dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian," katanya.Dalam pada itu, Shahrizat bersyukur kerana kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendengar permintaan dan keluh kesah golongan wanita di negara ini termasuk meningkatkan bilangan wanita sebagai pembuat dasar sekurang-kurangnya 30 peratus sejak 2004.

"Sejak dasar ini diumumkan, penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam telah meningkat kepada 31.7 peratus pada 2011 berbanding hanya 18.8 peratus pada 2004. Tambah memberangsangkan ialah hasil perjuangan kita, kini terdapat enam wanita dalam kalangan 24 orang Ketua Setiausaha Kementerian dan merupakan sejarah pencapaian terbaik wanita," katanya.

Begitu juga pencapaian dalam bidang pendidikan katanya, telah menyebabkan ramai wanita bukan hanya bertugas di rumah tetapi juga mempunyai kerjaya yang hebat iaitu meningkat daripada 37 peratus pada 1970 kepada 44.7 peratus pada 1995 dan 47.9 peratus pada 2010.
"Mereka juga tidak lagi tertumpu pada pekerjaan yang separa mahir dan tidak mahir. Hari ini semakin ramai wanita telah menjadi profesional dan menceburi bidang yang dahulunya didominasi oleh golongan lelaki dan kini, 46.2 peratus daripada doktor adalah wanita, akauntan (49.6), doktor gigi (63.2) dan peguam (49.2),'' ujarnya.

24 ulasan:

IT Penggerak Negara berkata...

FIRST!!!

Tanpa Nama berkata...

ingat pesan nabi s.a.w:

"tidak beruntung sesuatu kaum itu yang menyerah sesuatu urusan pentadbiran kepada kaum wanita"..


renung-renungkan lah.

Tanpa Nama berkata...

stuju dgn tanpa nama d atas!!!

Tanpa Nama berkata...

Tidak praktikal jika semua permintaan suami isteri utk bekerja berdekatan dilayan secara sewenang2nya khasnya bagi PA yg berkhidmat di kawasan pedalaman spt guru. Guru yg isteri atau suami yg tak bekerja akan menjadi mangsa sukar mendapat pindah. Sepatutnya peluang diberi samarata utk mengelak ketidakadilan kerana setiap yg baik pasti ada keburukannya.

Tanpa Nama berkata...

ni apa hal ni? UMNO pun ada urusan dengan penjawat awam ka? kupeks ni tdk ada ceta lain?! UMNO da nak tumbang la

Tanpa Nama berkata...

Wanita ketua lembu pun masuk dalam ni jugak ke? apa punya bengong la kupek ni. Ni untuk PA sahaja, tak der kena mengena dengan parti politik. Lembu punya lembu la.

Tanpa Nama berkata...

Jika doa lebai-lebai Pas berbunyi "Ya Allah, hancurkan UmnoBN, musnahkan UmnoBN, KO Umno, Umno KO"

Doa yang bergema di PWTC pula bermohon "Ya Allah, Kami mohon satukanlah hati-hati kami ya Allah... seluruh muslimin dan muslimat Ya Allah... di utara, selatan, timur dan barat Ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam Ya Allah.

"Peliharalah negara kami Ya Allah... peliharalah pimpinan-pimpinan kami YaAllah, peliharalah rakyat negara kami Ya Allah, peliharalah raja-raja kami Ya Allah."

Perbuatan Pas itu dilihat bertentangan dengan ajaran Islam, memandangkan Islam sendiri meminta umat mendoakan hanya perkara baik, sebagaimana sabda Nabi Muhamad SAW:

"Mohonlah kebaikan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan)." (Hadis riwayatal-Tirmidzi).

Menuduh pemerintah seperti kerajaan UmnoBN itu zalim sehingga sanggup bermohon doa adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak bertanggungjawab, kerana sangat mustahil bagi mereka yang zalim untuk melaksanakan tanggungjawab sekiranya apa yang dibuat serta dibangunkan di negeri Kelantan dari dulu sehingga kini itu dikatakan oleh Pas sebagai sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

Ketahuilah, tidak semua pemimpin yang ada didalam UmnoBN itu buruk, samalah juga dengan pemimpin didalam Pas, namun tindakan Pas yang sanggup bermain dengan doa itu tidak boleh diterima sama sekali, berpadalah dalam berpolitik, kerana Allah juga benci terhadap hambanya yang melampaui batas.

Seterusnya bermuhasabahlah, dan nilailah doa-doa yang dipolitikkan oleh Pas itu samada ia menepati dengan ajaran Islam ataupun sebaliknya, sebagaimana firman Allah didalam surah al-‘Araf, (55) yang bermaksud:

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”.

Tanpa Nama berkata...

Hati yang 'bersih' akan sentiasa memaafkan dan mendoakan kebaikan untuk sesama umat...Doa Org Pas jahanam utk UMNO/BN..pasti 'menggelisahkan' perasaan mereka..ia ibarat cermin...akan pantul semula kpd diri sendiri.UMNO jgn lg menambah 'kecelaruan' pikiran Pas akibat doa yg makan tuan.
Maka UMNO perlu mencari jalan terbaik / berhemah dlm menyelesaikan kemelut Pas/UMNO ini agar org melayu kembali bersaudara...jgn curah minyak ke dalam api..
Bertaubatlah..bermuhasabahlah..demi negara yg sedang 'di bidik' musuh.

Tanpa Nama berkata...

kita ingatkan hadi ... kalau perjuangan hudud pas adalah benar ... hukum dulu penzina yang ada di dalam pas itu dengan hukuman hudud yang mereka perjuangkan ... jangan cakap tak serupa bikin ... cakap mahu jalankan hukum hudud tetapi puak mereka yang berzina diangkat dijulang menjadi pemimpin tertinggi ... ini namanya menipu Allah dan manusia ...

Tanpa Nama berkata...

Patut ler PM doa di perhimpnn ag umno perlahan dn penuh rendah diri... Hinggakan aku dan seluruh rakyat Mlysia tk dengr sepatah haram pn...

Tanpa Nama berkata...

Musuh dalam selimut lagi bahaya....habis harta n hasil negara, dimakan gunting dlm lipatan....
hinggakan nenek aku tk boleh byang berapa jumlahnyeerrr.... ape tu, hutang yg dibuat oleh pengurus yg cekap......

Tanpa Nama berkata...

Mana pulak ada hudud pas n perlu dikenakn untuk org pas shj.... awak pn kena jugk wehhhh.... Buat malu umno je ni.....

Tanpa Nama berkata...

Apo kejo mu nih, duk pertikaikan keikhlasan org lain perjuang hukum Allah pulok... Doh la mu dok perjuang apo2, nk halang pulok. Tok paham aku...

Tanpa Nama berkata...

jangan disebabkan dosa-dosa orang politik ni yang buat main agama menyebabkan seluruh negara ditimpa bala.

dan jangan pula disebabkan dosa-dosa kita di sini menyebabkan umat islam di negara yang yang menanggung akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

ayat kopy paste je 2...cari
publi siti. klu x kerana kerja2 cam skander lembu tu, aku ingt pnjawat awam ni xde masalah tuk knaikan n bonus pnnn..adoiii..

Tanpa Nama berkata...

Mana yang dituntut oleh Allah?. Rakyat yang Islam atau negara yg Islam.Tidak perlu jadi negara Islam kalau rakyat yg mengaku Islam tak buat spt Islam suruh.Waktu sembahyang maghrib rakyat yg Islam berpusu-pusu ke pasar malam or konsert or ke stadium nak pi tengok bola.Mungkin mereka solat jemaah di tempat mcm tu kut?Pemimpin Islam pun sama jugak seronok buka aurat nak tunjuk subang dgn rantai berlian dan rambut warna warni.Negara tak Islam pun tak ngapa asalkan rakyat amal Islam yg sepenuhnya di luar dan di dalam.Tp pemimpin Islam di malaysia tak boleh harap sbb jap nampak nak amal Islam jap nampak mcm nak jd musuh Islam.Org mcm ini tak boleh diikuti dan jd pemimpin.PR ke BN ke ,PAS ke UMNO ke mana ada boleh perjuangkan Islam takat sembang kosong n menipu rakyat ada le.

Tanpa Nama berkata...

bagus bagi peluang penjawat awam mohon suami isteri berkerja berdekatan.Pendapat ini harus disokong bikan makna satu ofis tapi satu daerah yang sama ataupun bersebelahan.ni satu kat johor satu kat kl.

Tanpa Nama berkata...

teruskan perjuangan tentang keluarga ini, memang nampaknya sukar tapi ada cara dan jalan, JPA uruskan dengan lebih baik lagi setiap permohonan dari suami isteri yang kerja jauh-jauh. supaya dapat bekerja berdekatan.

Tanpa Nama berkata...

Mengikut retetan sejarah selalu perjuangan jalan benar dipandang serong dan diterjah oleh musuh islam. Dalam islam sekalipun terdapat musuh sebagai retetan perjuangan Rasulullah.

Malah Rasulullah SAW sendiri dilabel dan dicaci hamun...inikan melayu UMNO siapa mereka...jika benar sekalipun dinafikan.... Tapi bergembira dimana Rasulullah SAW dibawa kelangit dipertontonkan kebanaran dimana ahli nereka terdapat manusia berjubah, beserban, wanita bertudung lintup.. tetapi ingat selagi perjuangan kerana Allah swt ianya isyaalah kejalan diredhai Allah.

Ingatlah semua muslimin dan muslimat itu bersaudara dan janganlah kamu menyakiti mereka. Dan doa kebaikan kepada mereka....

Tanpa Nama berkata...

Bila berbicara PR semuanya mereka nak robohkan dan hancurkan. Di Penang Rumah2 Melayu diroboh dihancurkan, Punca rezeki seperti gerai melayu diroboh oleh melayu PR bawah arahan DAP baik, penang,kedah mahupun selangor.

Anehnya PAS tak sanggup robohkan rumah urut, pelancuran,perjudiaan,kedai arak berleluasa, hiburan berleluasa. malangnya cakap perjuangan islam mereka jaguh berapi-rapi, melalak melolong tak kira tempat..atas jalan, padang mahupun rumah ibadah Tuhan...xcukup kefirin dajak melolong dalam rumah Allah.

Hero paling berani mengkafirkan sesama islam, maki hamun golongan islam, menduakan bala atas sesama islam.

Lihat fizikal teramat alim dengan serban, janggut, jubah, tasbih tetapi fizikal mereka teramat zalim,perangai melolong, melalak mengalah kekafirin. Sesama islam dimaki hamun, diterajang tetapi sesama kekafirin harbi dipeluk cium. Mana jaguh dan hero PAS, ustaz dan jaguh berteriak untuk berjuang menegakkan islam??

Kata musuh islam OKU..langkah mayatnya jika nak lakasanakan hukum islam???? mana hilang jaguh2 ini kecut macam semalu...alangkan hebatnya yang dikatakan xislamik iaitu Islam UMNO sahut seruan dan menentang....

Kita kini boleh lihat siapa dan parti mana bertopeng dan peralat perkata agama islam...

Tanpa Nama berkata...

Jika doa lebai-lebai Pas berbunyi "Ya Allah, hancurkan UmnoBN, musnahkan UmnoBN, KO Umno, Umno KO"

Doa yang bergema di PWTC pula bermohon "Ya Allah, Kami mohon satukanlah hati-hati kami ya Allah... seluruh muslimin dan muslimat Ya Allah... di utara, selatan, timur dan barat Ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam Ya Allah.

"Peliharalah negara kami Ya Allah... peliharalah pimpinan-pimpinan kami YaAllah, peliharalah rakyat negara kami Ya Allah, peliharalah raja-raja kami Ya Allah."

Perbuatan Pas itu dilihat bertentangan dengan ajaran Islam, memandangkan Islam sendiri meminta umat mendoakan hanya perkara baik, sebagaimana sabda Nabi Muhamad SAW:

"Mohonlah kebaikan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan)." (Hadis riwayatal-Tirmidzi).

Menuduh pemerintah seperti kerajaan UmnoBN itu zalim sehingga sanggup bermohon doa adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak bertanggungjawab, kerana sangat mustahil bagi mereka yang zalim untuk melaksanakan tanggungjawab sekiranya apa yang dibuat serta dibangunkan di negeri Kelantan dari dulu sehingga kini itu dikatakan oleh Pas sebagai sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

Ketahuilah, tidak semua pemimpin yang ada didalam UmnoBN itu buruk, samalah juga dengan pemimpin didalam Pas, namun tindakan Pas yang sanggup bermain dengan doa itu tidak boleh diterima sama sekali, berpadalah dalam berpolitik, kerana Allah juga benci terhadap hambanya yang melampaui batas.

Seterusnya bermuhasabahlah, dan nilailah doa-doa yang dipolitikkan oleh Pas itu samada ia menepati dengan ajaran Islam ataupun sebaliknya, sebagaimana firman Allah didalam surah al-‘Araf, (55) yang bermaksud:

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”.

-----------------------------------

..siapakah sebnrnya yg melampaui batas, siapakah yg mendustakan agama allah??? sila hayati makna surah al-baqarah.. dan rujuklah pd kitab ahlissunnahwaljamaah pasti akan bertemu jawapannya.. pasti ada sebab mengapa doa itu terpaksa di panjatkan kpd allah.. wallahuaalam.

Tanpa Nama berkata...

siapakah sebnrnya yg melampaui batas, siapakah yg mendustakan agama allah??? sila hayati makna surah al-baqarah.. dan rujuklah pd kitab ahlissunnahwaljamaah pasti akan bertemu jawapannya.. pasti ada sebab mengapa doa itu terpaksa di panjatkan kpd allah.. wallahuaalam.

Sabtu, Disember 08, 2012 10:11:00 PTG
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<

Salam Semua

Pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram seperti dinyatakan firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah at-Taubah, ayat 28)
Di zaman moden ini, banyak perkara benar jadi tak benar dan yang tak benar jadi benar. Telah menjadi slogan PAS iaitu ‘menghalalkan cara’ didalam apapun perbuatan yang dilakukan oleh mereka dan juga sekutu mereka.
Jadi, apa yang mereka buat semuanya betul tetapi kalau orang lain buat semuanya tak betul dan tak boleh. Itulah yang banyak berlaku hari ini dikhuatiri akan menyelewengkan aqidah sesetengah pengikut taksub PAS yang cetek pengetahuan agamanya.
Di dalam isu kafir berceramah serta bertazkirah di mimbar serta saf pertama masjid, ia jelas telah dilarang di dalam mahzab syafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di Malaysia.
Ajaran Islam menetapkan bahawa perempuan yang datang haid tetapi masih belum mandi hadas besar pun dilarang masuk ke Masjid apatah lagi berucap di Mimbar, apakah PAS mahu mengubah peraturan Islam dengan “menghalalkan” perempuan kafir berpolitik di saf pertama rumah Allah swt??
Kini PAS dilihat berusaha sedaya upaya untuk menghalalkan perbuatan mereka dan sekutu mereka tanpa pedulikan sensitiviti agama dan juga apa yang dilarang didalam Islam yang sebenar. Ini secara tak langsung mendedahkan kebodohan serta kemunafikan seluruh jemaah PAS didalam menghayati ajaran Islam sepertimana yang diajarkan oleh baginda rasul saw.
Bagi seluruh jemaah PAS, asalkan memberi sokongan dan bersetuju dengan parti mereka, jangankan kafir harbi seperti DAP, Syaitan pun mereka sanggup dijadikan sahabat.
Jadi, apalah sangat perbuatan jemaah PAS menyanjung serta memuja kafir seperti Lim Guan Eng, Teo Ni Ching, Nga Kor Meng dan ramai lagi demi memenuhi nafsu serakah politik mereka.
Hari ini kafir-kafir ini dibenarkan berceramah di saf pertama mimbar dalam rumah Allah oleh pengikut PAS. Tak mustahil di masa akan datang, jika kafir ini mati, mungkin akan ada pengikut PAS yang sanggup membaca talkin diatas jirat mereka pulak. Siapa tahu kan…, kini semua tak mustahil didalam “agama” PAS.

From Flower

Tanpa Nama berkata...

Ungkapan UMNO Tolak Islam, BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS. Kata-kata ini didendangkan bagai koir, diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian. Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi.
Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi, maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini.
Bertitik tolak dari itu, para pemerhati tertanya-tanya, di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS? Benarkah UMNO begitu buruk, begitu jahat dan begitu kejam? Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara?
Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, “Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya.”
Logiknya, sekiranya benar UMNO itu zalim dan langsung tidak pernah berbuat baik, maka tidak mungkin pemimpin PAS lepas bebas selepas mendoakan dan menuduh pemimpin dan parti UMNO dengan seburuk-buruk fitnah.
Justeru, bagi mengelak sebarang kekeliruan, PAS wajib memperjelaskan definisi ‘zalim’ yang dituduh ke atas UMNO itu. Ini kerana dalam dalam Al-Qur’an zalim membawa kepada beberapa makna dan dijelaskan dalam beberapa surah seperti berikut:
Al Baqarah 165 dan Huud 101: orang-orang yang menyembah selain Allah.
Al Maa-idah 47: kerana menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.
Al Kahfi 35: sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.
Al-Anbiyaa’ 13: Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemuh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka.

From Flower

ketikketok berkata...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000