SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

24 November 2012

KSN: TIADA KOMPROMI BAGI PENJAWAT AWAM BOCOR RAHSIA KERAJAAN

Bernama
22/11/2012

PUTRAJAYA, 22 Nov (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata kegiatan seperti memalsukan dokumen, membocorkan maklumat serta menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak lain akan mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Perbuatan membocorkan rahsia kerajaan tidak boleh dikompromi sama sekali. Justeru itu, saya ingin mengingatkan semua Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan supaya lebih tegas dalam memberi teguran atau amaran dan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang pelanggaran keselamatan termasuklah ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga menyebabkan berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan di agensi masing-masing," katanya.

Tindakan boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 atau Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), katanya pada Konvensyen Keselamatan Perlindungan peringkat kebangsaan bertemakan "Mentransformasikan Keselamatan Perlindungan Seiring Transfromasi Perkhidmatan Awam" di Kementerian Kewangan di sini, Khamis.

Pada majlis itu, Ali menyampaikan sijil pengiktirafan Pengurusan Keselamatan Perlindungan 2012 kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan iaitu Jabatan Peguam Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Parlimen Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Lembaga Kemajuan Negeri Pulau Pinang, dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

-- BERNAMA

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang pangkat bawahan ke pangkat atasan ? Tiada kompromi konon ?

Tanpa Nama berkata...

Biasanya yg masuk meeting aje tau...psl nak dpt pangkat tinggi walaupun tak kompeten dari segi prosedur kerja disebabkan malas atau betul2 tak tahu pasal tiada nak periksa lagi seperti PTK dahulu kala.............mansuhkan.....

Tanpa Nama berkata...

Yang masuk mesyuarat yg penting adalah PTD,JCS,JUSA,TURUS,KSN,
KSU,TKSU,KPPA,MENTERI,YB,EXCO,
TIMBALAN PERDANA MENTERI, PERDANA MENTERI. kalau rahsia bocor tanyalah dia org, nak kambing hitamkan 1.4 juta PA pulak..Poorraahh..!!

Tanpa Nama berkata...

YANG BANYAK BOCORKAN RAHSIA KERAJAAN ADALAH PA DLM SEKTOR KESELAMATAN.....MALAM NIE NAK SERBU BUKIT BINTANG....TENGOK TAKDA APA....BIASA RAMAI PELACUR/MASSAGE.....INI SEBAB MAKLUMAT TELAH DIBOCORKAN....RAMAI POLIS ANGGOTA DBKL ADALAH RAKAN KARIB PENJENAYAH2 DI MALAYSIA....ADA YANG APEK PERGI AMBIL BEKALAN DADAH..POLIS TLG ESKORT....INI BENAR2 BERLAKU....HANYA DI MALAYSIA...

Tanpa Nama berkata...

Yang masuk mesyuarat yg penting adalah PTD,JCS,JUSA,TURUS,KSN,
KSU,TKSU,KPPA,MENTERI,YB,EXCO,
TIMBALAN PERDANA MENTERI, PERDANA MENTERI. kalau rahsia bocor tanyalah dia org, nak kambing hitamkan 1.4 juta PA pulak..Poorraahh..!!

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dengan guru yang mengedarkan soalan peperiksaan KH tahun-tahun lepas?

Tanpa Nama berkata...

masalah berpunca dari PTD. ini kerana skim ini dicipta untuk menjadi golongan yakjud & makjud yang suka meredah masuk jabatan orang dan akhirnya merampas takhta tertinggi.

kenapa rahsia kerajaan banyak bocor? siapa yang mengepalai kementerian kewangan, EPU, ICU, dan beberapa agensi teknikal dan pengurusan kewangan?

benda paling mudah. siapa yang mengepalai pejabat keselamatan kerajaan? apabila sesuatu tindakan ingin dibuat berdasarkan akta rahsia rasmi dan beberapa akta lain, tahukah anda bahawa PTD mangkuk yang jadi CGSO itu akan kacau daun?

tu belum tengok lagi jabatan lain yang ada skimnya seperti pendaftaran, imigresen, kastam, perdagangan dalam negeri, jabatan pengangkutan jalan dan beberapa agensi teknikal/penguatkuasaan lain yang telah diredah oleh PTD (english: fucked by PTD)

selagi PTD ini dibiarkan bermaharajalela, percayalah, perkhidmatan awam saban hari akan makin tunggang langgang.

kembalikan sesuatu itu kepada haknya.

Tanpa Nama berkata...

Yang masuk mesyuarat yg penting adalah PTD,JCS,JUSA,TURUS,KSN,
KSU,TKSU,KPPA,MENTERI,YB,EXCO,
TIMBALAN PERDANA MENTERI, PERDANA MENTERI. kalau rahsia bocor tanyalah dia org, nak kambing hitamkan 1.4 juta PA pulak..Poorraahh..!!

Tanpa Nama berkata...

Mereka yg paling tau d byk rahsia kjaan. Apa cite ni beb? Yg byk bocorkan rahsia tentu dr pihak depa. Sesetengah mtg belum habis pihak lain dh tau. Cth msyt ttg eward kje kontrak sudah. Blm kusr mtg depa dh tau dh. Mcm mna? Cuba lah pkara ni dh ckup.¤¤¤°°°¤¤¤/**

Tanpa Nama berkata...

perkara2 yg bersifat rahsia & rahsia besar nih biasa org2 atasan jer yg tau. jd ksn tok sah ler nk tunding jari kt staff pelaksana. tgk bbetul kt nko nyer p&p yg gred2 beso tuh trutama yg ptd ptd tuh.

Tanpa Nama berkata...

ya lah saya bukan gomen tapi dalam semua jabatan/kemeterian semua yang top top di pegang oleh ptd,pelik juga kenapa jadi bagini...sebagai orang bukan gomen yang saya nampak ptd ni suka bodek dan main golf aje kerja semua orang bawahan yang bagi cadagan cadagan...sepatuknya semua jabatan orang yang ada ilmu bidang tu saja yang layak seperti jabatan kerja raya jurutera layak dari ketua pengarah hingga ke KSU bukan ptd yang pegang KSU..cuepacs mesti menbuat sesuatu untuk kebaikan semua jabatan jangan jadi yes men pulak oleh ptd

Di sektor pendidikan pun sama ja. org atasan yg bocor rahsia. adakah patut pengetua maklum kat guru2 lain yg dia nak buang sorg guru sampai pelajar pun boleh tau. yg best nya guru tersebut xtau lgsg hal ini sehingga dimaklumknan oleh peljar. apa nak jd dgn pemimpin yg mengetuai sebuah sekolah yg sgt cemerlang iaitu mrsm di p_nd_ng.