SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 November 2012

CUEPACS BIDAS DEREK JOHN

Utusan Ma;aysia
oleh MD. AZRIN ROSLY
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membidas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek John Fernandez yang mengeluarkan kenyataan kurang sopan berkaitan calon-calon bagi mengisi jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya.Timbalan Presiden I CUEPACS, Azih Muda berkata, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan kerana ia seperti memperkecilkan pegawai kerajaan yang dicalonkan untuk memegang sesuatu jawatan.

"Mana-mana pegawai yang disenaraikan dan dicalonkan oleh kerajaan sudah tentu mempunyai kredibiliti dan kemahiran tertentu menyebabkan dia dipilih."Jika dia tidak layak dan tidak mampu membuat kerja, sudah tentu tidak dilantik oleh kerajaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Derek seperti dipetik daripada laporan akhbar The Malay Mail hari ini mengenai senarai pengganti Datuk Bandar MBPJ oleh Kerajaan Pusat iaitu: "Let's see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject."

Dalam laporan tersebut, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa menjelaskan bahawa pertukaran Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman adalah kenaikan pangkat yang akan mengetuai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).Menurut Ali, beberapa calon pengganti juga telah dikenal pasti untuk menggantikan Mohamad Roslan yang akan dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) pada 1 Disember ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apabila ahli politik di atas merujuk kepada monyet, dia hanya merujuk kepada jawatan yang bakal diisi tu. jangan putar belit.

saya seorang penjawat awam, saya tak rasa terhina pun dengan kenyataan itu sebab dia merujuk kepada orang yang ingin mengisi posisi yang dinyatakan.

anda semua tahu skim mana yang mengisi jawatan tersebut, bukan?

jadi jangan mudah melantun. aku sebenarnya suka SKIM TERSEBUT digelar sebanyak monyet.

bukannya semua skim boleh duduk posisi tersebut. jadi buat apa nak melenting????

p/s: memang monyet pun SKIM ITU.