SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

06 November 2012

KAJIAN KENAIKAN AGJI PENJAWAT AWAM HAD MAKSIMUM BERGANTUNG PERAKUAN SURUHANJAYA KHAS - KSN

Bernama
6/11/2012


LANGKAWI, 6 Nov (Bernama) -- Kajian terhadap kenaikan gaji penjawat awam yang sudah mencapai had gaji maksimum akan hanya dijalankan sekiranya Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam selesai Disember ini, tetapi tidak membuat sebarang cadangan mengenainya.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata Suruhanjaya Khas itu telah pun mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan hasilnya akan dibentang Disember ini.
"Kita lihat apa idea baru Suruhanjaya itu. Jika tiada pembaharuan, kita akan mulakan kajian (kenaikan gaji) mulai Disember ini juga," katanya kepada Bernama semasa ditanya mengenai perkembangan terhadap kajian gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga maksimum.

Beliau baru-baru ini mengumumkan kajian itu tertumpu kepada penjawat awam yang sudah mencapai had gaji maksimum, daripada dua hingga lima peratus dan akan diberi kepada mereka yang memperoleh markah penilaian dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 80 peratus.


Ali ditemui selepas merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Perkhidmatan Awam peringkat kebangsaan kali ke-29 di sini semalam.


-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah..!!kah..!!pecah tembok nampaknya, kesian..itu kebanyakkan PA sokongan, PA gred 41-52, gaji puluhan ribu ringgit, tak payah nak ambik port.. bagi kenaikan tahunan 5%, kalau kenaikan tahunan RM65, RM65 x 5%= RM3.25, bermakna kenaikan tahunan RM68.25, hanya naik RM3.25, kah..!!kah..!! biar betul JPA,SPA..dah melalut kea..buatlah kajian yg lebih baik lagi bagi kenaikan gaji,gred,
timebased,pangkat dan elaun 1.4 juta PA, ada PA dah 15-20 tahun berkhidmat tak dpt naik pangkat dan gred, ada yg berpencen terus tak sempat naik pangkat dan gred, yg peliknya gred 41-52, 5-6 tahun dah naik gred dari 41 ke 44, 44 ke 48, ape cite nie semua, macam dasar kuku besi jea.. mcmana pula PA ada ijazah dan master, tak naik-naik pangkat dan gred, ada dah graduate 8-9 tahun, tak naik-naik, ape cite nie, dasar kroni kea beb..!! kami rasa tahun ini tahun terakhir buat kau org pihak atasan, cepat-cepatlah kumpul kekayaan dan harta-benda.. lepas PRU-13 nie.. bye..!!byelah...!! kau org.. 1.4 juta PA mungkin akan bertukar haluan pulak.. selamat tinggal..!!

antimamak berkata...

mamak ali hamsa belit macam dia punya belalai la....

Mohd Raslam berkata...

kah..!!kah..!!pecah tembok nampaknya, kesian..itu kebanyakkan PA sokongan, PA gred 41-52, gaji puluhan ribu ringgit, tak payah nak ambik port.. bagi kenaikan tahunan 5%, kalau kenaikan tahunan RM65, RM65 x 5%= RM3.25, bermakna kenaikan tahunan RM68.25, hanya naik RM3.25, kah..!!kah..!! biar betul JPA,SPA..dah melalut kea..buatlah kajian yg lebih baik lagi bagi kenaikan gaji,gred,
timebased,pangkat dan elaun 1.4 juta PA, ada PA dah 15-20 tahun berkhidmat tak dpt naik pangkat dan gred, ada yg berpencen terus tak sempat naik pangkat dan gred, yg peliknya gred 41-52, 5-6 tahun dah naik gred dari 41 ke 44, 44 ke 48, ape cite nie semua, macam dasar kuku besi jea.. mcmana pula PA ada ijazah dan master, tak naik-naik pangkat dan gred, ada dah graduate 8-9 tahun, tak naik-naik, ape ceritenya ni.

Tanpa Nama berkata...

AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI AGJI

Tanpa Nama berkata...

Apa nak kaji. Kalau dah maksimum bagi aje ikut KGT masimg masing sehingga pelarasan gaji baru selesai.

Tanpa Nama berkata...

Buatlah dasar sama rata..bak kata pepatah berat sama di pikul, ringan sama di jinjing,Usahlah di beza-bezakan kerana Perkhidmatan awam dari bawahanlah yang akan membantu atasan kerana setiap pekerjaan tidak dapat dilakukan sendirian.Kenapa kumpulan sokongan tidak di laksanakan "time base" antara 6-8tahun dan kump. sokongan hanya di laksanakan KUP itupun kena tunggu 15tahun.