SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

20 Jun 2013

Berita Harian
20/6/2013
CUEPACS gerak ahli pantau kenaikan harga
Georgetown: CUEPACS akan menggerakkan 40,000 ahli skuad penggunanya untuk memantau kenaikan harga barang keperluan berikutan kenaikan satu tangga gaji penjawat awam pada 1 Julai depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan kenaikan satu tangga gaji yang bakal dinikmati 1.3 juta penjawat dengan menaikkan harga barang.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada segelintir peniaga tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan memandangkan penyelarasan gaji baru itu berlaku menjelang sambutan Ramadan dan Aidilfitri.


Bantu salur maklumat

“Justeru, untuk menyekat perkara ini berlaku kita akan menggerakkan 40,000 ahli skuad pengguna kita sebagai mata dan telinga kerajaan yang membantu menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti perniagaan tidak beretika.

“Skuad yang mempunyai kad khas boleh membuat laporan terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengambil tindakan terhadap peniaga tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan CUEPACS Pulau Pinang di sini, semalam.
Omar berkata, peniaga tidak sepatutnya mengambil kesempatan dengan kenaikan gaji penjawat awam kerana ia secara tidak langsung mengurangkan kuasa beli rakyat.

“Kenaikan gaji yang dinikmati 1 Julai ini sepatutnya digunakan penjawat awam untuk membuat persiapan sambutan Ramadan dan Aidilfitri dan bukannya menanggung kos kenaikan barang yang membebankan mereka,” katanya.

Mac lalu, kerajaan bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.

Keluar 20 peratus gratuiti

Dalam perkembangan lain, Omar berkata, CUEPACS mahu kerajaan menimbang membenarkan penjawat awam mengeluarkan 20 peratus gratuiti perkhidmatan pada usia 50 tahun untuk tujuan melunaskan pinjaman selain mengelak berhutang dengan bank dan along.

“Kita cadang ia dibenarkan untuk membaiki rumah, menunaikan umrah dan membiayai pengajian anak,” katanya.

Menyentuh isu lain, Omar berharap kerajaan menimbang cadangannya supaya penjawat awam bertaraf tetap dengan gaji di bawah RM7,000 dibenarkan mencarum dalam skim Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO).

Pada 1 Jun lalu, kerajaan memutuskan penjawat awam bertaraf sementara dan kontrak yang bergaji RM3,000 sebulan atau kurang, dibenarkan mencarum dalam PERKESO.

15 ulasan:

Khairul Muzzamir bin Alias berkata...

Saya menyokong kepimpinan kerajaan sekarang dan berharap kecemerlangan akan diteruskan.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya amat bersetuju jika penjawat awam dapat mengeluarkan sebahagian wang gratuiti perkhidmatan lebih awal sebelum pencen kerana banyak masalah kewangan pegawai dapat diatasi sebelum dia pencen. Pegawai awam yang berpendapatan sederhana tidaklah terpaksa membuat pinjaman overlap memanjang....

Tanpa Nama berkata...

Jangan le tunjuk bodoh, tak yah cite le. Peniaga tak tahu dah tahu sekarang.

Tanpa Nama berkata...

kalau kenaikan gaji hanya diceritakan di PEKELILING.. org luar takan (sukar) tahu... kalau masuk paper.. semua org dlm M'sia mahupun luar Negara akan tahu... tunggulah penangan harganaik nanti... mesti naik punya... paling kurang seposen, bila campur semua belanja.. jadi cam tak naik gaji kita... hehehehe... taun depan cuepac mintak lagi... dan akan pusing-pusing sampai kiamat... org yg gaji kecillah yg akan slalu jdi mngsa dan jatuh sakit (dpt sakit hati)...

pemimpin cuepac, org JPA mahupun org politik akan dapat nama setiap kali permintaan ditunaikan oleh kerajaan...

next time.. boleh tak tolong SENYAP!... buat edaran dalaman sahja... semua PA akan lebih hrgai...



Tanpa Nama berkata...

RAMAI ORANG AWAM SEKARANG JELOUS DENGAN KENAIKAN DEMI KENAIKAN YANG DITERIMA PA2. APATAH LAGI BERITA BAHAWA PENYELARASAN ELAUN RUMAH DAN COLA AKAN DIMUKTAMADKAN MENJELANG BAJET 2013. ADA YANG SAMPAI SANTAU MENYANTAU....DULU SURUH KERJA GOMEN TAK MAU...GAJI KECIK KATANYA...

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga beri 20% graduiti. Boleh berbelanja pelajaran anak-anak dan bayar hutang. Tak perlu tunggu dah tua bangka baru dapat duit. Segerakan Cuepacs kami sokong gila
.

Tanpa Nama berkata...

perjuangAN cupek kena tukar, PERJUANGKAN PENURUNAN HARGA MINYAK SUPAYA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DAPAT MENIKMATINYA.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan pengeluaran 20% gratuiti. Kebajikan penjawat awam terpelihara. Satu transformasi.Penjawat awam lega dan nyata gembira masalah kewangan sedikit sebanyak dapat di atasi.Mereka akan berkhidmat dengan lebih dedikasi dan cemerlang lagi dalam merealisasi aspirasi kerajaan.Saya sokong kepimpinan sekarang.Mohon diberi perhatian sewajarnya cadangan berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Orang gomen kata,
Setuju benar dgn cadangan utk keluarkan gratuiti 20% sbb boleh jelaskan mcm2 utang skrg ni, semuanya memeningkan kepala...nk gali lubang tutup lubang pun dh x boleh lagi dh...dah mampat...tolong la cepat sikit sebelum mati dulu.. nanti x merasa sesen pun...

Tanpa Nama berkata...

Naik gji 1 tgga xde makna bg kami pekerja gred rendah! Klu pgawai naik 800 kami naik rm80 je...raya ni sure xde bonus,alamat xbraya la kami ni!

kamal kamaruddin berkata...

sokong cadangn kupek ttg gratuiti 20% tu, ttg 1 kenaikan gaji diawalkan julai 2013 trimakasih.

Tanpa Nama berkata...

Soal haraga barang nak turun ker nak naik ker ito karaja kmtrian pardagangan gamann uiiiiii...he he he

Tanpa Nama berkata...

Setuju beno 20% drpd gratuiti dikeluarkan.Dapatlah merasa awal gratuiti. banyak perlu disettle.Agar bila bersara nanti lapang dada. Dapat juga membuat perancangan awal sebelum bersara seperti mengusahakan sesuatu bidang yang boleh menambah lagi pendapatan bila bersara nanti. Ada juga rakan-rakan sejawat yang dah bersara tak sempat merasa gratuiti kerana pergi dulu.CUEPACS take note..

Tanpa Nama berkata...

Bukan tu aje. Malahan ada yang setahun dua lagi nak bersara atau 2 / 3 hari lepas bersara telah menyahut panggilan Illahi. Tak sempat nak tengok gratuiti. Dato Presiden dan JK Cuepacs, kami penuh harapan tuan-tuan memperjuangkan cadangan berkenaan demi kebajikan penjawat awam. Kami sokong penuh kepimpinan sekarang yang telah berusaha bersungguh-sungguh demi kebajikan penjawat awam.TQ byk2

Tanpa Nama berkata...

Setujuuuu sangaaaaattttttttt.......