SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

25 Jun 2013

CUEPACS MINTA BPP URUS SEMULA PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

Bernama
25/6/2013


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengambil alih kemudahan pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada bank komersil.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ini berikutan kebimbangan anggota CUEPACS bahawa polisi baharu itu akan membebankan kedudukan kewangan peminjam.

"Kami memutuskan ia mesti diurus oleh Bahagian Pinjaman Perumahan. Kita tidak mahu ia diagih kepada bank komersil kerana ramai bimbang akan terdapat bermacam-macam caj yang mungkin dikenakan oleh bank komersil nanti," katanya kepada Bernama selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Pertama Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia Berhad di sini Isnin.

Perkara itu antara usul yang diputuskan pada mesyuarat berkenaan.

Kerajaan dalam Belanjawan 2013 memutuskan untuk memindah kemudahan pinjaman perumahan kerajaan untuk diurus oleh bank komersil mulai Januari tahun ini.

Omar berkata CUEPACS juga akan terus mengesa agar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan oleh kerajaan diturun kepada satu peratus.

"Selain itu, kami juga mahu kerajaan menyemak semula untuk menaikkan elaun perumahan bulanan dari RM180 sekarang kepada RM450, manakala bantuan sara hidup (Cola) diseratakan di seluruh negara pada kadar RM300 sebulan," katanya.

CUEPACS juga mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran bayaran gratuiti bagi penjawat awam sebanyak 20 peratus pada usia 50 tahun.

"Kami mencadangkan supaya pengeluaran dibenarkan untuk membantu pembiayaan yuran anak-anak di peringkat pengajian tinggi, membaiki atau membayar hutang rumah dan membuat umrah," katanya.

Beliau berkata CCUEPACS juga akan mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam supaya menyelesaikan semakan gred dan tangga gaji bagi hampir 200 kategori pekerjaan dalam perkhidmatan awam yang kebanyakannya melibatkan kumpulan sokongan, selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Keputusan mesyuarat itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara Tan Seri Dr Ali Hamsa minggu ini.

-- BERNAMA

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

First...he he..

Tanpa Nama berkata...

Maaf jika berkata2...pokok di goncang tanpa angin...usah mimpi melangit ....ini semua kenyataan nak sedapkan hati penjawat awam...jujur la dalam menyelesaikan masalah penjawat awam...jangan sekadar jadikan ia rutin setiap tahun meminta apa yang tiada kesudahan...
Sekiranya benar ingin menjadikan semua penjawat awam menjalani kehidupan selesa...meningkatkan taraf hidup...perubahan gred jawatan...lakukan dengan profesional...bukan sekadar air laut yang pasang surut....

Tanpa Nama berkata...

pingat gangsa! haha

Tanpa Nama berkata...

negara sudah banyak persimpangan bertingkat, jambatan. jadi mari ramai-ramai duduk bawah jambatan. redup pun redup, tak panas, tak kena hujan,

nak sangat negara "maju" kan? nak sangat "wawasan 2020" kan? jadi terima jela harga hartanah tak masuk akal tu.


malaysia boleh!

Tanpa Nama berkata...

KALAU AKU KAYAAAAAAA
BILA AKU KAYAAAAAA??

Khairul Muzzamir Alias berkata...

saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. sesungguhnya Allah SWT yang maha mengetahui apa ingin diberi kepada hambaNYA.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu untk memiliki sebuah rumah patut diturunkan faedah pinjaman perumahan ke 0% actually ! Apa salahnya gaji PA memang dah rendah takkan kerajaan BN tak boleh tolong yg tu pun !

sixpenditagila berkata...

presiden , jangan lah minta yang melebihi apa yang tak mampu di berikan oleh pihak kerajaan . ketahuilah oleh mu , pihak kerajaan mempunyai agenda yang menipu rakyat dari belakang .jadi , minta la apa yang patut .

Tanpa Nama berkata...

Harga rumah RM250,000?. hanya berapa kerat saja PA yang mampu beli,ini semua sbb harga tanah yang mahal giler, sbb nak sangat jadi negara maju.

Tanpa Nama berkata...

hidup YB! ada aku kisah..

Tanpa Nama berkata...

bukan negara maju negara kapitalis
org kaya makin kaya org miskin makin terhimpit
sistem kapitalis
harga kos 100 jual seribu
harga 1000 jual 4 ribu
harga 100k jual 200k

Tanpa Nama berkata...

salah tu. bukan hapuskan FAEDAH, tapi hapuskan RIBA'

benarlah kata nabi, di akhir zaman, benda-benda haram seperti riba', arak, judi dijenamakan semula dengan pelbagai jenis nama. riba' pun ada nama-nama yang sedap-sedap bunyinya seperti al itu dan al ini.

nauzubillah.

Tanpa Nama berkata...

Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

Adik Mi angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mi?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mi, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mi tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mi. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".

"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"

Tanpa Nama berkata...

Baru 'punch in' dan masuk pejabat terus layari internet dan membuat provokasi maka, apakah PA begini yg harus disogokkan dgn pembayaran gaji dan elaun yg melampau? Sudah pasti golongan yg suka menyampah ni adalah mereka yg prestasi kerja amat teruk, suka curi tulang tapi pantang melihat kelemahan org lain. Sepatutnya kerajaan hanya menaikkan gaji pekerja jika berlaku peningkatan prestasi kerja bukan sekadar atas desakan yg disandarkan kerana kenaikan kos hidup. Jika gaji naik tapi prestasi kerja masih di tahap lama, tentu satu kerugian buat kerajaan dan rakyat.

ABC berkata...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syarattambahanpinjamanbank/Article/

hahaha. lepas ni mari ramai-ramai pakat tidur dalam sewerage, bawah fly-over, takpun ceroboh saja tanah kerajaan dan dirikan pondok dalam tu atau bubuh saja kontena.

pinjaman yang berasaskan riba' dan berkonsepkan kapitalis pun dah bertambah susah sebab dipendekkan jadi 10 tahun, maknanya bayaran bulanan melebihi pendapatan dan perlunya bayar muka yang tinggi.

syabas malaysia! ke arah negara maju BERPENDAPATAN TINGGI katanya! kah kah kah

PA dari Penang berkata...

Bro...kita kerja elok dah. Yang masalahnya peruntukan yang diberi dah lah lambat asyik kena potong ja. Bila perkenal dasar atau program baru peruntukan dapat banyak. Lepas setahun potong sikit demi sikit. Kualiti kerja kalau peruntukan banyak jadi elok kalau kurang jadi la kurang kualiti. Naik gaji tu bagus tapi jangan lah kurangkan peruntukan pada jabatan kerajaan. Kadang2 sampai buat program tak sempat capai objektif sebab peruntukan kurang.

PA dari Penang berkata...

Sokong pinjaman perumahan 0%. Kami berkhidmat siang malam pun nak caj riba ka? Sampai hati kerajaan. Masa pilihanraya merayu nak kan undi. Dah jadi kerajaan tak kan dah lupa rakyat kot? Staf kerja bank pun dapat keistimewaan dari majikan. Staf kerajaan merayu minta pun tak dapat.

Tanpa Nama berkata...

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas – RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin – RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi – RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah – RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

Aku pun terkena...Hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...
hahaha..akuzack

Tanpa Nama berkata...

Uwarghhhh....mengantuk baca statement ni... dari dulu tak naik naik pun ITP tu..... bagi BR1M ada la....

Tanpa Nama berkata...

Pesanan Masyarakat
"HOBI MAIN BURUNG"

Hobi ketua kampung adalah memelihara burung. Pada suatu hari kesemua burungnya hilang. Oleh kerana ketua kampung tersangat marah, dia mengumpulkan penduduk kampung. Hampir 200 penduduk datang ke balai raya....
Ketua kampung : Siapa ada Burung?
Semua lelaki yang hadir terus berdiri

Ketua kampung sedar yang cara dia bertanya salah ..

Ketua kampung: Bukan burung itu maksud saya ..
Siapa pernah nampak burung?
Semua wanita berdiri.

Ketua kampung bertambah marah...

Ketua Kampung : Maksud saya, siapa pernah nampak burung yang bukan miliknya ?
Setengah wanita berdiri...

Ketua kampung semakin gugup...

Ketua kampung: maaf skali lagi... Maksud saya adalah , siapa pernah tengok burung
saya?
5 orang wanita berdiri..

Ketua kampung segera lari lintang pukang kerana dikejar
oleh isterinya..
*Nama Ketua Kampung dirahsiakan*

Tanpa Nama berkata...

aku bersyukur dengan apa yang Allah beri namaun AKU TETAP SOKONG APA YANG CUEPACS TUNTUT ....tak kisahlah apa orang lain nak kata...kalau nak doakanlah perjuangan ini menjadi kenyataan tak payah nak kutuk2 sangat..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn apa yang ceupacs buat tu perjuangkanlah hak kakitangan rendah seperti pembantu am pejabat kerja serba boleh tapi gred sampai n4 sahaja. rasanya macam tak berbaloi dgn gaji yang kami dapat, harap dapat naikkn gred pembantu tadbir