SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

24 Jun 2013

PENJAWAT AWAM PATUT BERSYUKUR DENGAN PERGERAKAN GAJI JULAI INI - CUEPACS

Bernama
24/6/2013


 MUAR, 23 Jun (Bernama) -- Penjawat awam patut bersyukur dengan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai ini, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Timbalan Presidennya Azih Muda berkata walaupun kenaikan itu dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia memberi faedah besar kepada penjawat awam dalam jangka masa panjang.

"Walaupun kenaikan ini tidak besar, tetapi ia jelas menunjukkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) amat prihatin terhadap kebajikan penjawat awam," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-30 Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di sini Ahad.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pelaksanaan eksesais itu susulan keputusan kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan awam, landasan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji.

Menurut JPA masalah struktur gaji akan diselesaikan sebelum 31 Dis ini.

Mengenai bonus tahun ini, beliau berkata Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan habuan lebih baik daripada satu setengah bulan gaji tahun lalu.

Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memperuntukkan 30 peratus daripada sejuta buah rumah mampu milik yang akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang kepada penjawat awam.

-- BERNAMA

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rumah mampu milik yg tidak mampu dimiliki. Kekadang sukar jg nak percaya kenyataan2 yg sering didengari mengatakan pembeli yg layak xdpt tapi yg xlayak pula yg dpt. Jika benar dimana silapnya dan boleh masalah ini ditangani?

Tanpa Nama berkata...

2nd..perak pun dah ok,hak.hak..hak

Tanpa Nama berkata...

setengah jabatan masih x bayar kgt jan/apr...tolong sdr azih/dato omar sound sikit

Tanpa Nama berkata...

malas nak komen dh..pemimpin2 kita semua fikir tengkolok masing2.slogan hanya setakat slogan.bkn kenyataan.sekilas air dilaut dh tau jantan betinanya.inikan pula PA. takkan PM serta YB2 yg lain tak tau kemampuan dn taraf kehidupan PA2 ni..mngarut la.semua sandiwara.

Tanpa Nama berkata...

betulllll tuuuu....tak kan depa tak tau kotttt....

Tanpa Nama berkata...

bagi yang naik hanya rm80.00 memang lah terasa sikit...tapi yang naik dekat 300.00 kata oklah tuuuu...janji bagi....

Tanpa Nama berkata...

kata nak naik semua keturunan n17 ke 27 macam mana tak dengar berita pon...????apa dah jadi>>?????

Tanpa Nama berkata...

Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

Adik Mi angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mi?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mi, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mi tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mi. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".

"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"

Tanpa Nama berkata...

Poorraahh..!! kenaikan satu KGT adalah hak 1.42 juta PA dan duit rakyat, bukannya duit emak-bapakkau org punya.. pergi jalanlah..!!

Tanpa Nama berkata...

Apa alasan N17 nak naik n27...temuduga kelayakan kerja guna SPM ...tp dok bising cam nak dok grred 41...lain kali kalu ada master jgn gatal nak keje jawatan N17.!!! Bg utk yg selayaknya..J17 patut naik sbb guna sijil kejuruteraan!!!!!

masih setia tapi hampa berkata...

Saya :-
Berkhidmat 32 tahun.
Gred J22 P1/maksimum.
Gaji dah maksimum selama 10 tahun
( Sbb gaji mula pada T9 - Sijil Poli , sbb itu gaji cepat maksimum)
Lulus semua ujian Jabatan.
Gaji nak naik ke P2 ( xde harapan - entah kenapa , lulus semua ujian) Naik pangkat J 26 ( post X ujud ). Dalam hati berkata - "WHAT AM I CHASING FOR" ...APA YG SAYA KEJAR. Semangat (Moral) semakin luntur (menurun). markah SKT sama-ada 40% atau 95% - tiada makna bagi saya , apa kah ganjaran yg saya dpt dgn markah tinggi ( gaji & pangkat tiada dlm raliti ). Cuma kerja memenohi kehendak atau mencukupkan syarat sahaja. MORAL OF THE STORY - JPA harus membuka PELUANG kepada golongan seperti saya yang masih ada beberapa tahun lagi utk berkhidmat.....dan CEUPACS harus mengkaji isu ini. SEKIAN UTK PERHATIAN SEMUA.


Tanpa Nama berkata...

PA yg x bersyukur, ramai lagi yg boleh mengisi tempat kamu.

Tanpa Nama berkata...

PA yg dah lebih satu dekad maksimum, gaji sama dgn PA yg baru capai maksimum pada 2013, di mana keadilannya? Macam ni mohon pencen awal lagi baik

Tanpa Nama berkata...

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas – RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin – RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi – RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah – RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

Aku pun terkena...Hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

IGT PA SEMUA BODOH KA,, AYAT MCM NAK PERAS UGUT PA, YG GRED JUSA KEATAS DH MELANTAK KENAIKAN GAJI BERPULUH RIBU DGN SEGALA KEMUDAHAN YG DIBERIKAN,SETAKAT KENAIKAN YG TIDAK SBERAPA INI IGT PA BAWAHAN DH RASA SENANG KA, KALAU GRED ATASAN PEGI KEJA DH TAK FIKIR MINYAK NK DIISI PEMANDU N KENDERAAN JBTN DH SEDIA, YG PA BAWAHAN NK KENA ISI MINYK SENDIRI GAJI PULA CIPUT,MCM SISTEM KAPITALIS JG PEMBUAT DASAR KEPALA PA NI, GAJI PUN NK IKUT DSR KAPITALIS JG HNYA UTK MEMPERKAYA YG DH KAYA,MEREKA TAK SEDAR KERJA MEREKA HNYA UTK PERABIS DUIT RAKYAT, KALAU IKUT DASAR KAPITALIS LAIN LA FIKIR MCM MANA NK MASUK DUIT, ITU PUN TAK SEDAR DIRI LAGI BAGI KEPALA2 PA N KERAJAAN NAJIB NI, KALAU ZAMAN PAKLAH AKU SOKONG KENAIKAN ADIL MENGIKUT PERATUS GAJI

Tanpa Nama berkata...

mmg bersyukur.. tetapi penilaian cuepac terhadap semua jawatan adalah tidak adil sama sekali. cuepac hanya mementingkan gred J17 sahaja. walhal gred lain yang juga syarat kemasukan sijil telah dinafikan hak.telah diabaikan sama sekali.

syabas cuepac kerana pilih kasih. dan kerana cupec juga ramai kakitangan awam beralih politik.

saya harap cuepac tidak ulangi lagi dalam penambahbaikan yg akan diumumkan akhir tahun nanti seperti yang berlaku dalam SBPA. gelombang kemarahan penjawat awam kali ke-2.

Tanpa Nama berkata...

Penipuan demi penipuan, pembuat dasar PTD dan PEGAWAI TADBIR NEGERI ADALAH MANUSIA MUNAFIK JUGA AHLI NERAKA JAHANAM.. gred bawahah minta kenaikan gred dan gaji tidak dapat dan di tolak, kalau gred atasan spt turus,jusa, gred 41-52 mudah saja kenaikannya, tak sampai 5-6 tahun naik gred, gred bawahan diabaikan.. setakat 1 KGT kami tak hairanlah, keluarga kami ada ladang sawit.. lagipun kami ada kelulusan ijazah n master, satu lagi kalau PA yg ada ijazah n master mohon perjawatan baru, di tolak mentah-mentah.. hati busuk PTD dan PTN wujudkan jawatan pegawai tadbir secara kontrak, dgn cara ini PA yg sedang berkhidmat sekiranya dapat jawatan tersebut akan terputus perkhidmatannya, inilah cara jahat dia org cara yahudi, kapitalis, dia org ingat kump sokongan bodoh, ramai kump sokongan memiliki ijazah n master, cuma tak rezeki lagi, setengah negeri jawatan PTD dan PTN menjadi jawatan warisan utk anak-beranak, cucu-cicit, saudara-mara, ipar-duai, lihat sajalah di negeri johor..akibatnya anak-cucu-cicit yg dilantik tak tau buat kerja akhirnya ekonomi dan tadbir urus kerajaan negeri johor lingkup, kami berdoa di bulan ramadan yg mulia ini, agar mereka yg double standard dan pilih kasih akan ditimpa bala- bencana dan malapetaka yg amat dahsyat kepada mereka.. tunggulah masanya akan tiba juga.. Insya'Allah..Amin..!!!!

Tanpa Nama berkata...

Xlawak la. Pi main jauh2

Tanpa Nama berkata...

Memang betul yg saudara katakan itu. Gaji sy hmpr 2500 ttp sy tak layak nak beli rmh yg hrg nya 100,000 kebwh... apa sbb pkara bgini blaku,

Tanpa Nama berkata...

Knaik gj utk yg bpkt tgg je...., cuba yg bwh tak buat kjr, xtk apa yg atas dpt.

Tanpa Nama berkata...

Pekerja Contract for service:
perkerja yang Contract for service ada kenaikan gaji juge ke??