SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

05 Ogos 2013

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN - KERJA-KERJA BEKALAN BEG DAN PERALATAN BAGI KEGUNAAN KONVENSYEN TRITAHUNAN CUEPACS KALI KE 26 SESI 2013-2016

Media CUEPACS
5/8/2013



KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]
(Pendaftaran No 195)

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN                  
KERJA-KERJA BEKALAN BEG DAN PERALATAN BAGI KEGUNAAN KONVENSYEN TRITAHUNAN CUEPACS KALI KE 26 SESI 2013-2016

NO SEBUTHARGA : BIL 4/2013                             Tarikh : 05 Ogos 2013


KEPADA :

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………



Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.


1.            Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.           Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 27 Ogos 2013, mulai jam 10.30 pagi secara perbentangan.

3.            Semua penender hendaklah hadir dengan sendiri bersama contoh barangan yang hendak di bekalkan, membentangkan dan seterusnya meletakkan harga tawaran dalam borang tender. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No.4/2013 dan diserahkan semasa perbentangan.

4.           Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Wisma CUEPACS Jalan Gajah, off Jalan Yew Pudu atau suatu alamat yang akan ditentukan kelak oleh CUEPACS (Kuala Lumpur/Selangor).

5.            Penender yang Berjaya hendaklah menghantar barangan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak oleh CUEPACS sebelum konvensyen.

6.            Jawatankuasa setuju terima sebutharga tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga tertinggi, terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

7.            Sebutharga  hendaklah sah selama  90 HARI selepas itu.

8.            Semua perbekalan  peralatan hendaklah di cetak dengan logo CUEPACS dan di tulis KONVENSYEN TRI TAHUNAN CUEPACS KE 26 atau suatu perkataan yang diarah cetak oleh CUEPACS.

9.            Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.

BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA PUKAL (RM)
01
Beg Konvensyen
Bentuk di tentukan oleh pembekal


1500 unit

02
Ball Pen

1500 unit

03
Buku nota saiz A5
Tebal 50 muka surat

1500 unit
04
Key Chain

1500 unit
05
JUMLAH SEBUTHARGA



Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............

……………………………………………………………………………………………………………...

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

 [ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].

Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

Nama penuh pengurus                 :……………………………………….

Tandatangan dan cop pembekal             :……………………………………….

Alamat / No Tel                :………………………………………..

…………………………………………

…………………………………………
Tarikh :………………………………..

55 ulasan:

Khairul Muzzamir bin Alias berkata...

Semoga persidangan berjalan lancar dan saya sokong sepenuhnya cadangan dan usul Cuepacs.

Anduka berkata...

Kena tambah satu syarat lagi.

Pada yang berjaya dilarang sub pada tauke Cina makan komisyen 10%.

Inilah perangai Melayu.

Kroni KSU atau kroni pegawai kanan dilarang kerana mereka sudah pun sapu yang besar-besar.

Tanpa Nama berkata...

3rd..... yahoooooooooo.... hanya dpt GANGSA aje.... EMAS dan PERAK.... 1st dan 2nd dah sapu abis..... heheheeeeee. ..

Tanpa Nama berkata...

buat syarat je ni iklan ni. walhal dah award dah pun. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

The Red BURET said :

sokong lu 101% bro 1:06:00.....tu semuo WAYANG CINO AJO brooooo.....semua kroni dah tender dah.....JADAHHHHH.....punggahhhhhh....

Tanpa Nama berkata...

The Red BURET said :

to bro Khairul Muzzamir bin Alias...LU SALAH SEORANG PA MACA'EI BRO....KEJA LU DOK TIMBANG TELUK BOS BOS LU brooo....jgn mare bro....kawe walau tak kenal rupa paras lu tapi ayat lu membayangkan lu seorang kaki bodek broo....punggahhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Di dalam organisasi anda berapa ramaikah yg berpendapatan tinggi bermaksud gaji melebihi RM 7,000, itulah yg dikatakan berpendapatan tinggi, adakah rakyat akan dpt mencapai berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kenaikan harga barangan kini telah membebankan seluruh rakyat malaysia kecuali mereka yg berpendapatan tinggi seta berpendapatan serderhana tinggi. Kenaikan harga barang kini naik sehari demi sehari, barangan keperluan spt beras, gula, susu tin, susu bayi, bawang besar dan kecil, ikan, daging, telur, susu tepung, tepung gandum, serbuk kopi-teh, majerin, gas dapur, minyak masak, dan paling teruk kenaikan harga ayam, ini adalah keperluan rutin harian yg diperlukan oleh seisi keluarga untuk keseimbangan kesihatan, kalau sesiapa nak boikot, dia boikotlah seorang diri , tak masuk akal, tak payah isi gula minum kopi-teh, tak payah isi santan masak rendang raya nie.. itu belum lagi keperluan harian untuk berkerja spt minyak kereta-motor, tol, bayaran parking kereta, keperluan pakaian dsbnya.. Bagi perjawatan Turus, Jusa, Gred 41-54, PM, TPM, YB, Menteri, bagi mereka tiada masalah kerana mereka tergolong di dalam yg berpendapatan tinggi, bagaimana pula mereka yg gred R3-32, berpendapatan rendah serta rakyat jelata yg bertungkus-lumus menampung keluarga yg sekian hari harga barangan keperluan semakin naik, tiada turunya, jadi fikir-fikirkanlah.. inilah natijahnya jikalau urus tadbir negara, negeri tidak di urus dengan cara yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW..

Tanpa Nama berkata...

Berita terkini harga barangan basah melambung naik diantaranya daging lembu RM 22-25 sekilo, ayam RM 8-9 sekilo, daging import RM 22-23 sekilo,tulang lembu RM 18-20 sekilo, daging kambing RM 28-30 sekilo, ayam pencen RM 7-8 sekilo, ayam daging RM 7-8 sekilo, ikan tamban RM 8 sekilo, ikan selar RM 6-7 sekilo, ikan pari RM 9 sekilo, sotong RM 6-7 sekilo, ketam RM 8 sekilo, kerang RM 6 sekilo, udang RM 9 sekilo, udang belacan RM 8 sekilo, kupang RM 7 sekilo, kepah RM 7 sekilo.
Ke mana perginya penguatkuasa hal-ehwal pengguna dalam memantau harga barangan di musim perayaan ini, kerakusan para peniaga menaikan harga barangaan sesuka hati terutamanya di negeri johor, kami rasa lebih baik tutup saja pejabat hal-ehwal pengguna tersebut di beberapa tempatvseperti penutupan pejabat pendaftaran negara di sg.pelek, selangor.. kurang bijak dan ketidakcekapaan pegawai-pegawai tersebut dalam urus tadbir kepengunaan pengguna menyebabkan rakyat malaysia terbeban dengan kenaikah harga barangan.. harap perkara ini di pandang serius..

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR: Hari Raya kali ini disambut dalam keadaan kos hidup rakyat negara ini dijangka akan bertambah mahal dan menekan mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub."Saya diberitahu, apabila agensi penarafan yang berpangkalan di Amerika Syarika Fitch Rating meletakkan prospek Malaysia daripada stabil kepada negatif, ia akan mencetuskan banyak kesan termasuk kejatuhan nilai ringgit."Keadaan itu sangat membimbangkan kerana Malaysia adalah negara pengimport makanan," kata beliau.Salahuddin berkata, berikutan penarafan tahap negatif itu, mereka yang mengkaji ekonomi menjangkakan keadaan akan menjadi bertambah buruk kerana ringgit Malaysia telah pun berada pada tahap terendah dalam masa tiga tahun berbanding dollar Amerika."Harga barangan import sudah tentu akan bertambah mahal dan ia akan memberi kesan kepada hampir kesemua perniagaan dan industri dalam negara ini," katanya.Ringgit Malaysia juga, katanya lagi, berada pada kadar terendah dalam masa 15 tahun berbanding dollar Singapura."Sekarang bertambah murah dan mudahlah orang-orang Singapura membeli hartanah di negara ini."Semua ini perkembangan yang tidak baik bagi rakyat Malaysia," kata Salahuddin.Beliau berkata, rakyat perlu memahami bahawa apabila nilai ringgit jatuh dan penarafan pula diletakkan pada tahap negatif, lebih banyak wang terpaksa dibelanjakan oleh negara ini untuk membayar hutang luar termasuklah kos untuk pelbagai jaminan kerajaan yang melibatkan bond, sukuk dan sebagainya."Apabila lebih banyak wang dibelanjakan untuk membayar hutang, peruntukan untuk pembangunan pula akan berkurangan," katanya.Salahuddin juga mengingatkan, dengan perkembangan sebegini di mana harga barangan termasuk makanan akan bertambah mahal dan menekan, wang sekali bagi seperti BR1M tidak akan dapat membantu meringankan beban rakyat."Persoalannya, apa akan jadi dengan nasib rakyat dan negara ini di bawah kerajaan yang tidak berkemampun kerana penarafan yang diturunkan ke tahap negatif itu dengan sendirinya jelas menunjukkan kegagalan dan ketidakmampuan kerajaan Umno Barisan Nasional mengendalikan ekonomi negara," kata beliau.Fitch Rating menyemak semula prospek Malaysia daripada "stabil" kepada "negatif", dengan mengemukakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.Ia juga membangkitkan kebimbangan berhubung peningkatan hutang isi rumah dan hutang kerajaan, sebanyak 53.3 peratus pada penghujung 2012, tidak termasuk liabiliti luar jangka.

Tanpa Nama berkata...

The Red BURET said :

usah meraung usah bersedih...RUANG AND PELUANG DAH DI BERI PADA BULAN MEI 2013...LA NI RASA LAH BEHANA NYE....DAH MEME BN UMNONOK HARAM JADAH DOK FIKIR TENGGOLOK SENDIRI AND KRONI...RAKYAT MENDERITA...ITU KONSEP DEPA...JADAHHHH....PUNGGAHHHHHHHH

Tanpa Nama berkata...

The Red BURET said :

usah meraung usah bersedih...RUANG AND PELUANG DAH DI BERI PADA BULAN MEI 2013...LA NI RASA LAH BEHANA NYE....DAH MEME BN UMNONOK HARAM JADAH DOK FIKIR TENGGOLOK SENDIRI AND KRONI...RAKYAT MENDERITA...ITU KONSEP DEPA...JADAHHHH....PUNGGAHHHHHHHH

Tanpa Nama berkata...

Mereka seronok makan gaji buta. Inilah akibatnya pilih org yg tak layak pegang jawatan sebaliknya yg sepatutnya layak sengaja tak dilayakkan kerana faktor pilih kasih dan penggunaan kabel. Selagi ini berlaku,BN berjaya dtumbangkan sekalipun senarionya tetap sama. Inilah trend hidup di malaysia. Sungguh malang.

Tanpa Nama berkata...

fitch rating tu bukan popular mana pun. jadi tak hairan la kalau dia keluarkan rating sebegitu tanpa buat kajian terperinci.

nampaknya fitch rating dah mula popular di kalangan puak2 berhaluan kiri dan puak2 yang kerja dia hari2 membangkang saja serta puak2 penjilat mereka.

syabas!

Tanpa Nama berkata...

lu pun kaki jilat juga, mcm dah biasa jea, tapi lu lagi malang, jadi pencaicai org, tapi hasil tarak pun.. kalau ad hasil pun, duit rasuah, bakal ahli neraka jahanam..

Tanpa Nama berkata...

Presiden Cuepacs di anugerahkan pelakon terbaik bagi tahun 2013..grammy award..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

lu pun kaki jilat juga, mcm dah biasa jea, tapi lu lagi malang, jadi pencaicai org, tapi hasil tarak pun.. kalau ad hasil pun, duit rasuah, bakal ahli neraka jahanam..

Selasa, Ogos 06, 2013 8:04:00 PTG

---------------------------------

di atas adalah contoh penjilat parti yang kita sendiri tahu parti mana yang pandai dalam menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka.

pulak tu siap fitnah lagi makan duit rasuah la apa la. ustaz aku ajar dulu pemfitnah macam kau ni memang pasti masuk neraka dulu, ditarik lidahnya panjang-panjang lalu diguntingnya sendiri berdasarkan pengalaman junjungan besar Rasulullah S.A.W.

insaflah wahai pemfitnah. aku bersedia memaafkan kau sekiranya kau meminta maaf menerusi blog ini.

sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

kau kata org lain penjilat boleh pulak, kau kena minta maaf dulu dgn dia org yg kau kata penjilat.. bila dia org maafkan kau melalui blog nie, baru aku minta maaf, ada berani..

Tanpa Nama berkata...

The Red BURET said :

OTW balik kg bohhh...rayo bohhh...berhenti rehat R&R Tapah jap...dok dengar lagu AMUK la pulok AKAR & BUMI....meme kena untuk krjaan BN UMNONOK ni...kawe paste la kat sini untuk renungan bersama...KAWE TUJU KHAS UTK DEPA DEPA YG BERKENAAN TU...JGN LUPA DIRI BOHHH...heheheheheee...adjust sikit bohhh :

Tinggi-tinggi kelapa bali
Kental berdiri
Akar di bumi
Walau bermusim di terik mentari
Tidak sekali lupakan diri

Bila menari dongak ke langit
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesali diri

Ikutkan rasa kelak binasa
Kerasnya hati membawa mati
Pentingkan dosa sumpah bertakhta
Megah ilusi menjadi mimpi
Panasnya diri bagai dibakar api

Tinggi-tinggi kelapa bali
Walaupun tinggi kental diri
Tidak pernah lupa diri
Tidak pernah megah diri
Mencengkam akar di bumi

Rimbun-rimbun pohon dedalu
Tinggi di atas sombongkan diri
Pandang langit lupa bumi
Menumpang menunggu mati

Tanpa Nama berkata...

The Red BURET said :

KAWE TUJU KHAS JUGA LAGU DATO PAH TERBANG HELANG KHAS UNTUK BN UMNONOK....JGN FIKIR DUNIA AJO DEPA BOH...FIKIR FIKIR AKHIRAT JUGA....DEPA MCM RAJA LA NI...SEMUA DEPA LANGGAR ASAL POKET KEMBUNG...INGAT INGAT BOHHH...MU TERBANG TINGGI MANA PUN MU AKHIR MU AKAN KE TANAH JUA BOHHHHH.....:

Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa
Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri

Tanpa Nama berkata...

jgn sembang ler wehhh smuaa macai2 & pnjilat2 smuaa!! dedua sama jer klu xjaga akhlak jgn hrp leh cium syurga weh!

moh blik raya weh. bgi rehat sket blog nih drpd ngkorang nyer komen2 yg xmembina nih!

slamat hari rayer!!!

Tanpa Nama berkata...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

-#%@&*@&-

Tanpa Nama berkata...

wahhhhhhhhh blog cuepacs sunyi hari ni siollll... beruk2 yg rajin komen dlm nih dh blik raya tuh. kt kmpg mana ade pc & internet ek? wakakakaka


slamat ari rayer macai2 sumeeeee!!!

Tanpa Nama berkata...

Adik jgk yg tak balik beraya.. terpaksalah adik beraya ngan baby adik yg berusia 6bulan 5hari ni dgn mkn biskut kering aje....

Dan..... adik ucapkan Slmt Hr Raya pd abg2 semua n hati2 di jln raya mahupun di lebuhraya n jgnlah jadikan lagu Ekamatra Pusara Di Lebuhraya itu menjadi kenyataan spt arwah suami adik.... huhuuuuuu...

Oleh itu hati2 yer abg2 semua n pastikan setiap kali berhenti rehat di waktu malam di R&R Lebuhraya n slps rehat n pusing keliling kereta dahulu n tengok tayar abg2 tu dulu n baru masuk ke dlm kereta.

Sbb ada manusia yg bertopengkan Syaitan yg akan membuang angin tayar keta abg2 semua terutama yg disebelah kiri n syaitan ini mmbuang separuh angin shj.. bila abg2 drive n tk perasan yg tayar tak ada angin. Tp bila abg2 memecut laju n cuba memotong ataupun keluar aje dr lebuhraya nk menuju ke tol n slalunya ada corner tajam semasa kita keluar dr lebuhraya n k menuju ke tol n masa itulah keta abg2 akan terbabas tak semena2.

Dari itu hati2 yer abg2 semua n pastikan tayar keta abg2 semua ada angin slps bhenti d R&R terutama pd waktu malam.. sbb.... adik saaaayangggg abg2 semua n takecare n drive carefully..... Slmt Hr Raya Aidil Fitri...

Drp Janda anak satu....

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHA SUNYI GILER BLOG NIH. NAMPAK SANGAT TUKANG KARUT SEMUANYA DAH BERCUTI & SELAMA NI MENGARUT DALAM NI GUNA KOMPUTER PEJABAT SAJA!

Tanpa Nama berkata...

Xpayah hypocrite la..xpayah iklan la...bg je cc ke EO Kasi adik bradik geng2 cuepacs supplying semua yg iklan diatas...selama ni pun kat pejBat aku sama sja...

Tanpa Nama berkata...

wahhhhhhhhh blog cuepacs sunyi hari ni siollll... beruk2 yg rajin komen dlm nih dh blik raya tuh. kt kmpg mana ade pc & internet ek? wakakakaka


slamat ari rayer macai2 sumeeeee utk x ke-2!!! wakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Slamat kampung aku ada internet...xla la ulu sgt..hehehehe...

Tanpa Nama berkata...

Aku dh habis duit ni..mcmna nk balik ke kl...bleh advance dulu dgn en najib ka muhidin ka...en omar pun xpa la klau dia bleh bagi...aku raya puasa + raya hindu...huhuhu....

Tanpa Nama berkata...

Iklan ini hanyalah sekadar wayang sahaja.Sebenarnya sudah ada orangnya.Ambil syarat sahaja.
Isi sama daging mereka sapu.Iklan hanyalah kuah dan tulang sahaja.
Biasanya 5% kena sumbang......

Tanpa Nama berkata...

Tender sama sekali tida terikat sama ada harga rendah atau tinggi.

Makna nya keputusan ikut suka lembaga sahajalah.Inilah namanya tender siLuncai atau tender Labu Labi.

Budak kelas Tadika kemas pun sudah tahu siapa yang akan berjaya kalau tak lain tak bukan Kroni atau proksi atau tukang ampu.

Inilah yang ambil syarat sahaja.Pada hal sudah MOU dari awal.Sebab itu penender awal-awal lagi dah bagi tahu tidak terikat denagn sebarang nilai tender.

Inilah dasar abu nawas.

Tanpa Nama berkata...

Yes bro..I like yr judgement...semua wayang kulit..taik ayam la drang bro...semua zaman skang kaki.mengampu boleh hidup mewah..tp muka tebal tembok la..

waiman takwa berkata...

Siapa rajin dia paling berjaya..

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah kah kah.
siapa rajin dia paling berjaya.
cakap dan teori sahaja.
dia kena rajin ampu.
rajin bodek.
rajin jolok dan rasuah.
itulah sebenarnya.
buat kerja yang luruslah ramai yang jadi kurus kering.

Tanpa Nama berkata...

ZAMAN skang rajin sje x cukop...kena kuat julat pungkok..kuat duit kopi....dia akak.kaya..tp.kaya dengan style bodo n bangang..x matured..xmacm nabi muhammad S.A.W...

Tanpa Nama berkata...

"siapa rajin dia paling berjaya" hanya terpakai kalau anda mempunyai perniagaan sendiri yang tak ada kena mengena dengan kerajaan, atau memerlukan karenah birokrasi dalam kerajaan.

bagi yang makan gaji, slogan di atas hanya terpakai pada yang bekerja dalam syarikat kecil-kecilan yang berstatus sendirian berhad ke bawah yang tak terlibat dengan projek kerajaan, yang tidak ditadbir oleh orang politik.

bagi yang bekerja dalam sektor awam, sektor korporat bersaiz besar yang dipayungi orang-orang politik, GLC, syarikat kontraktor politik, slogan di atas tak boleh pakai.

jadi pokok pangkalnya adalah pada diri individu terbabit. "kejayaan" jenis apakah yang anda mahukan? adakah anda ingin berjaya menjawat jawatan tinggi dengan cara tidak bermoral seperti memberi rasuah, menggunakan "kabel" yang tentunya akan memotong hak orang lain, ataupun menggunakan taktik kotor lain? adakah anda pasti bahawa "kejayaan" tersebut akan berlanjutan sehingga anda "berjaya di akhirat" kelak?

tepuk dada tanya iman.

selamat hari raya aidilfitri.

Tanpa Nama berkata...

Cerita Ali baba bujang lapok pun bagi bonus 1/2 bulan gaji, ini kerajaan bagi RM 500 jea, kartun betul, ha..!! ha..!! nasib baik aku duduk di sektor korporat, bonus 9 bulan gaji, karenah birokrasi terutamanya perlantikan ke jawatan gred A, khususnya bagi kerajaan negeri, kebanyakannya yg berjaya menjawat jawatan tersebut adalah dikalangan anak-anak dato', pegawai-pegawai tadbir, spt johor, kedah, kelantan, jawatan tersebut diibaratkan sebagai jawatan turun-termurun, diwarisi oleh anak-anak mereka, ini adalah kenyataan yg tidak boleh disangkal lagi..manakala penjawat awam yg mempunyai pengalaman dan kelulusan dinafikan serta disisihkan dari menjawat jawatan gred A, sedangkan ada dikalangan mereka mempunyai pengalaman yang tidak ternilai harganya, dengan karenah inilah merugikan kerajaan negeri dalam membangunkan dan memajukan negeri masing-masing sehingga kerajaan tersebut mengalami defisit dalam pebelajaan negeri..

Tanpa Nama berkata...

Nak usahawan yg berjaya terutama kerja -kerja dgn gomen.
Rajin saja tak cukup.Kena rajin rasuah atau duit kopi.
Mana boleh lawan dengan usahawan kroni menteri .ksu dsb.Sampai kiamat tak rasa.

Menteri,KSU pun buat bisnes juag secara proksi.
Setakat guna air liur.Maaf cakaplah.

Tender pun ambnil syarat sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah kepada mangsa letupan bom di Tumpat. Kita kehilangan seorang lagi penjawat awam yang berdedikasi. Pihak kerajaan diminta supaya prihatin dengan menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Tanpa Nama berkata...

TANPA NAMA Khamis, Ogos 08, 2013 10:40:00 PTG berkata - Iklan ini hanyalah sekadar wayang sahaja.Sebenarnya sudah ada orangnya.Ambil syarat sahaja.
Isi sama daging mereka sapu.Iklan hanyalah kuah dan tulang sahaja.
Biasanya 5% kena sumbang......

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bang, kuah dgn tulang pun kita boleh makan sama2, bang. Iklan ni kira mcm mangkuk kuah aje la. Kita tukang cuci mangkuk tu.

Tanpa Nama berkata...

Saya merasakan akan selama BN mentadbir negara Malaysia kerana saya adalah salah seorang pengundi BN.

Tanpa Nama berkata...

Pilih BEG yang harga RM 10 sudah laaa!

Tanpa Nama berkata...

Mane dia janji utk turun faedah pinjaman perumahan 1 % , kenaikan elaun elaun dan kenaikan gaji PA ! Ape ni Ceupacs cakap tak serupa bikin , ari tu kata bonus 2 bulan , tapi dpt RM 500. Inikah cara kerajan mengucapkan terima kasih kpd kami PA kerana mengundi anda

Tanpa Nama berkata...

Salammmm....pekeliling KUP 13 tahun dah kuar belum????

Tanpa Nama berkata...

rumah pprt, kuaters kerajan penuh, rumah kotak2 ke langit....semua sewa mahal...kini ku n17 hanya mampu menyewa bilik... kalau over time tinggal lah isteri kat bilik sewa...kesian isteri ku....

Tanpa Nama berkata...

Cuepac mitak tolong tanya dengan JHEV ...bagaimana dengan Anggota Tentera yang berpencen...

Wang kami di masukkan ke tabung manah pesara , kenapa kami tidak menerima sebarang dividen pada hujung tahun. sedangkan pencen kami tidak sama dengan kakitangan awam..

Kakitangan awam yang berpencen bulat-bulat terima pencen tanpa ada sebarang wang mereka yang diambil...

sedangkan pesara tentera semasa hendak berpencen hanya di bayar wang tabungan dan gratuiti..sedangkan wang tabungan kerajaan di masukkan ke tabung amanah pesara...

mohon menteri debat di parlimen....dan kami mohon di beri dividen tahunan....

melayu juga berkata...

OTAK MELAYU DOK KIRA PENCEN SAJA.GOYANG KAKI PUN TAK SYUKUR LAGI.
MELAYU ADA TANAH PUN BELUKAR TEMPAT BABI HUTAN BERANAK
MELAYU MEMANG MALAS LAGI.HIDUP DOK KIRA PENCEN,KOMISYEN,PERSEN.
UBAHLAH..

Tanpa Nama berkata...

lantik presiden baru dan syaratkan hanya yg bekerja sahaja. yang bersara lucut atomatik jwtn. kita xnak org luar pegang jwtn. dan bg pegawai gred 40 ke bawah je.

The Red BURET berkata...

hahahahhaaaaa...power ayat bro Rabu, Ogos 14, 2013 6:59:00 PG....heheheheeehhe....sokong pendapat bro Rabu, Ogos 14, 2013 9:35:00 PG....WA NAK TAMBAH SIKIT AJE BRO....LANTIK YG TERLUS, TAK HIPO AND TIDAK ASYIK NAK TIMBANG TELUK MACA'EI MACA'EI BN UMNONOK AJE....DOK ANGGUK ANGGUK AJE...TAK PERNAH JE NAK NGELENG NGELENG BOHHHH....KALAU BETUL TU TAKPO NAK ANGGUK ANGGUK PUN...NI DAK TAK BETUI PUN NAK ANGGUK ANGGUK GAK...AGAK AGAK KALAU NAK TIMBANG TELUK BOSS BOSS TU....pungggahhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Mane pinjaman perumahan faedah 1% ni ye ! Adoi hr rumah melambung tinggi, kerajaan pulak tak mahu tolong rakyat khasnya PA . Patut ke ni Dato PM .

Tanpa Nama berkata...

Demo ni cina ko india?

Hamba Hutang berkata...

Mohon Bonus 2 bulan gaji,nak bayar hutang Maybank.

Tanpa Nama berkata...

rakyat yang tinggal rumah kotak2 bertingkat memang kesian....tekanan jiwa...kalau PA2 yg tinggal rumah begitu boleh bunuh diri.....

rumah teres dah harga 200 ribu keatas...PA2 kalau yg gred 17 tak mampu nak beli...pegawai pun tinggal apartmen je...kesian oooi...

Tanpa Nama berkata...

itulah dia idea kapitalis. rumah berkotak2 bertingkat2 untuk golongan kasta rendah dan rumah atas tanah banglo/semi-d untuk kasta tinggi. manakala mereka yang kasta tak berapa tinggi tapi berhajat ingin duduk atas tanah boleh beli rumah teres dengan harga seperti rumah banglo 20 tahun lepas.

syabas kepada kerajaan malaysia yang telah melahirkan golongan kapitalis ini!

Tanpa Nama berkata...

KEPADA AHLI CUEPACS SILA PILIH PEMIMPIN YANG BOLEH MEMIMPIN KUANNYA YANG DIPIMPIN.. TUKAR,TUKAR

Tanpa Nama berkata...

ensicenKepada melayu Ogos 14...sapa kata melayu malas????aku tgk byk melayu yang rajin2...cume mereka xde peluang je...sebagai contoh golongan melayu PA..balik je keje trus meniaga...ramai kawan2 aku mcm tu..kesian aku tgk diorang..melayu yang malas tu kat tmpat ko je..tmpt aku melayu suma rajin2