SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 September 2016

CUEPACS BANTAH CADANGAN WAKTU BEKERJA ENAM JAM

Bernama
18/9/2016


GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak menyokong cadangan pengurangan waktu bekerja kepada enam jam sehari.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, mereka yang bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan waktu kerja daripada lapan jam sekarang kepada enam jam hanyalah mereka yang malas.

"Tiada siapa yang bekerja lapan jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu, CUEPACS membantah idea tersebut," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota KEMAS di sini hari ini.....

17 ulasan:

Unknown berkata...

sokong pendirian cuepacs,sokongan penuh juga terhadap segala usaha kerajaan.Lebih elok naikkan gaji serta elaun penjawat awam ( tidak kepada badan berkanun untuk penjimatan ).

keadaan masa kini segala bagai kos telah naik

TKI berkata...

Siapalah yg kemukakan odea xmaduk akal tu...waktu kerja ni dahpun bertepatan...
Yg pnting pjuangkn bonus...dah 5 tahun PA xmrase bonus...
Dan klu nk byr biarla hujung tahun..bkn awl tahun...tq

Mahmood Adam berkata...

kalau kerajaan sudah kekeringan dana, eloklah dikurangkan masa bekerja tu. gaji tak perlu dinaikkan lagi, sebaliknya jam kerja dikurangkan, dalam masa yang sama boleh mengurangkan kos operasi seperti bil elektrik, air dan sebagainya. masa berkualiti penjawat awam dapat diberikan kepada keluarga. sebagai contoh, kerja 6 jam tanpa rehat dari jam 8am hingga 2pm. pukul 2 mereka boleh pulang ke rumah atau singgah di sekolah ambil anak, sampai rumah, solat zohor dan seterusnya bersama dengan anak.

ini kerana sekarang ni yang kononnya kerja 9 jam ni, ramai juga yang curi masa keluar lebih dari waktu yang ditetapkan untuk ke sekolah, ke bank dan sebagainya. bayangkan sekiranya penjawat awam pulang jam 2pm, mereka ada masa 2jam untuk membuat urusan pembayaran bil, ke bank dan sebagainya (anggaplah bank tersebut tutup operasi jam 4pm).

idea ini memang menarik untuk diketengahkan. jangan asyik nak bangkang membuta tuli saja. cuepacs terlalu materialistik menuntut naik gaji, kumpulan sokongan guna sijil naik taraf seperti diploma dan sebagainya. itu lagi tak masuk akal. dengan keadaan ekonomi yang merudum ini, sekiranya ada cadangan untuk mengurangkan masa bekerja dalam masa yang sama mengekalkan gaji sedia ada, eloklah diterima pakai. memang tidak dinafikan bebanan kerja akan bertambah terutamanya mereka yang bertugas di khidmat pelanggan, kaunter dan mereka yang berurusan secara terus dengan orang awam, tetapi percayalah, sekiranya mereka memanfaatkan 6jam tersebut, ianya sama dengan kualiti 9jam yang diberi rehat 1jam dan tak campur lagi dengan masa yang dibazirkan dengan aktiviti yang tidak ada kena mengena dengan kerja.

Unknown berkata...

Setuju dengan Mahmood Adam

Unknown berkata...

Ada betul nya tu tuan...

Unknown berkata...

Ada betul nya tu tuan...

alevijayan berkata...

setuju sangat pendapat Mahmood adam

Unknown berkata...

Lepas waktu kerja jam2pm..yg mana yg masa yg ada boleh jglh buat kerja parttimes menambah sumber pendapatan keluarga,berkebun ke bg yg ada kebun..

Unknown berkata...

Lepas waktu kerja jam2pm..yg mana yg masa yg ada boleh jglh buat kerja parttimes menambah sumber pendapatan keluarga,berkebun ke bg yg ada kebun..

Muhammad Hafiz Yunus berkata...

setuju idea diketengahkan. kalau kerajaan tak mampu nak naikkan gaji perlulah kurangkan masa bekerja. barulah selaras dengan nilai masa penjawat awam. (kalau waktu kerja panjang, gaji pun perlulah banyak. kalau gaji sedikit, masa pun perlu pendek). kadang-kadang kita terpaksa berkira-kira dengan kerajaan apabila kebajikan penjawat awam dipandang mudah.

Adn berkata...

Cadangan..
Kekalkan waktu kerja 8jam sehari. Cume
tambahkan cuti menjadi 3hari seminggu.

Adn berkata...

Cadangan..
Kekalkan waktu kerja 8jam sehari. Cume
tambahkan cuti menjadi 3hari seminggu.

Tinta Abadi berkata...

Setuju dengan ceupacs.Kerja 8 jam tu dah bagus pun.

Tinta Abadi berkata...

Dalam matematik ada istilah angkubah dan angkatap.Kekurangan Dana oleh kerajaan tu adelah angkubah,maknanya pendapatan kerajaan mungkin boleh jadi bertambah.
Tapi kenaikan harga barang adelah angkatap iaitu harga barang tak akan turun walaupun gst dihapuskan atau pun bila pendapatan negara meningkat.
Begitu juga bila kerajaan kelak mampu menaikan gaji kakitangannya.Pada masa tu nanti tak kanlah masa kerje Dari 6 jam nak dinaikkan semula ke 8 jam.nanti jadi carca marba kita dibuatnya.
Saya nak Tanya tuan-tuan.OK kalau pendapatan negara bertambah dan tak perlu tampungan cukai gst lagi adekah harga barang akan turun semula?.bagi saya jawapannya agak sukar untuk peniaga menurunkan harga barang.
Itu sebab sebelum kita membuat sesuatu perkara yang boleh menaikkan harga barang tu pihak berkenaan kene berfikir banyan Kali sebab once harga barang dah 'dinaikkan' maka harapan untuk menurunkannya semula adelah 'pudar' walaupun pendapatan negara sudah kembali bertambah.
Pasal sijil dinaikkan ketaraf diploma tu bergantung sijil Jenis ape.
Ini sebab sesetengah sijil tu nilainya lebih tinggi Dari nilai sesetengah ijazah pun.Sebagai contoh diploma dalam bidang perubatan dan kejuruteraan memang pelajarnya terdiri Dari pelajar yang cerdik.Pernah berlaku pelajar yang gagal dalam pengajian diploma kejuruteraan mendapat keputusan yang cemerlang bila mereka mengambil kursus ijazah yang bukan Dari aliran sains dan teknologi.Bolehkah pelajar jurusan ijazah Dari bukan aliran sains dan teknologi menjadi pelajar cemerlang kalau mereka 'didudukkan' ke kursus diploma perubatan atau diploma kejurutefaan sebagai contoh? Mungkin mereka akan gagal kerana kursus ini memerlukan kepandaian yang keras walaupun bertaraf diploma.
Jadi janganlah kita memandang rendah kepada kelulusan orang lain kerana mereka ini mungkin lebih cerdik Dari kita.

Unknown berkata...

Sy sgt bersetuju jika waktu pekerja 6 jam sehari tanpa rehat.. tp untuk tidak menjejaskan perkhidmatan awam kepada rakyat..kerajaan perlu mewujudkan 2 shift waktu pekerja iaitu waktu pertama dari jam 8 am - 2 pm...waktu kedua pula dr jam 2 pm - 5 pm..so praktikal ini tidak langsung menjejaskan khidmat awam kpd rakyat kerana waktu berurusan masih kekal sama iaitu jam 8 am - 5 pm..praktikal ini juga akan melancarkan banyak urusan Dan mendatangkan banyak keselesaan kpd penjawat awam kerana kesesakan jalan raya dpat dikurangkan sama ada waktu pergi Dan pulang kerana waktu pekerja 2 shift..kerajaan sewajarnya mencuba terlebih dahulu dlm tempoh setahun sebagai Cara untuk mengkaji Dan jika tiada kesan positive atau waktu pekerja baru ini mengurangkan produktviti penjawat awam maka kembalikan semula kepada waktu pekerja yg lama...

Unknown berkata...

*Ralat
Waktu pertama mula jam 8 am - 2 pm
Waktu kedua mula jam 10am - 5 pm

Unknown berkata...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.