SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

07 September 2016

MERAKYATKAN AMANAT AMANAH MERDEKA

Bernama
Oleh Kurniawati Kamarudin
6/9/2016

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kita sedar tidak di semua negara rakyatnya dapat menjalani kehidupan seharian dalam keadaan aman. Lihat sahaja di Syria mahupun Palestin. Rakyat hidup dalam ketakutan dan menjadi pelarian di negara sendiri.

Di negara ini, setiap hari berduyun-duyun rakyat keluar mencari rezeki dengan bebas tanpa sebarang halangan. Ada yang berkereta, menunggang motorsikal, menaiki kenderaan awam mahupun berjalan kaki. Segalanya tersedia di hadapan mata dan terpulang kepada si empunya diri memilihnya.

Semua ini adalah hasil daripada nikmat kemakmuran kemerdekaan. Namun berapa ramai yang berusaha memainkan peranan mempertahankannya kerana kita sedar memgekalkan sebuah kemerdekaan itu lebih sukar daripada memperjuangkannya.

MENJAGA AMANAH MERDEKA
Masih ramai yang tidak sedar bahawa kemerdekaan itu satu amanah. Ia perlu diurus, ditadbir dan dilaksanakan dengan sepenuh kecintaan bagi memastikan kelangsungannya sampai bila-bila.

Setiap daripada kita berperanan mempertahankannya.

Perdana Menteri pemegang amanah utama bertanggungjawab menjaga kemerdekaan negara dan rakyat juga harus bersama-sama memegang amanah dengan memainkan peranan masing-masing dengan menyubur dan menterjemahkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara.

Begitu juga belia yang menjadi penentu masa hadapan negara, boleh menterjemahkan rasa syukur dengan kemerdekaan melalui pelbagai cara yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada dirinya malah negara, menurut Ahli Parlimen Belia yang juga Tokoh Belia Negara, Suhail Mohamed Kamaruddin.

Jika mereka seorang pelajar, mereka boleh belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya boleh memberi kebaikan kepada diri, keluarga dan negara kerana untuk mengekalkan kemerdekaan yang ada mestilah dengan ilmu yang cukup.

Belia yang masih belajar boleh mengharumkan nama negara dengan pencapaian cemerlang mereka dalam akademik atau kajian yang dilakukan kerana kemuliaan sesebuah tamadun hanya apabila rakyat negaranya berilmu dan berjaya.

"Sekiranya belia tersebut sudah bekerja, maka bekerjalah dengan bersungguh-sungguh penuh integriti dan menggunakan segala kreativiti yang ada untuk menghasilkan produktiviti yang baik dan bermanfaat.

"Pekerja yang baik akan dapat memberikan hasil dan pendapatan negara yang banyak dan hasil itu akan dapat membantu negara mengekalkan kemerdekaan dan memajukan bangsanya," katanya kepada Bernama.

PENTINGNYA MERDEKA
Makna perkataan merdeka yang memberi maksud yang sangat luas bagi membina negara bangsa harus meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada penjajahan dalam bentuk fizikal dan mental terutama membebaskan daripada segala anasir yang mengawal kita termasuk jiwa, minda dan ekonomi, demikian menurut Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.

"Membentuk minda dan jiwa merdeka harus difahami kepentingannya kerana penjajahan pemikiran dan ideolgi lebih berbahaya. Kita tidak mahu hanya negara sahaja merdeka tetapi sentiasa rasa tidak puas hati pada sesuatu isu dan sanggup menghianati negara," katanya jiwa merdeka harus menerima apa yang berlaku dan menghayati susah senang perjuangan terdahulu dalam usaha mempertahankan kemerdekaan.

Beliau berkata, generasi selepas merdeka, yang lahir ketika negara sudah mencapai kemajuan menjadi tunjang dalam mempertahankan kemerdekaan dan perlu mengisi kemerdekaan dengan perkara yang bermanfaat kepada bangsa dan negara.

Jika tidak melalui peperangan atau ideologi, jangan sesekali kita membenarkan diri dijajah dari segi mental, fizikal mahupun budaya kerana kita harus memerdekakan segala-galanya, jelas beliau lagi.

"Paling penting, dalam negara demokrasi adalah pemimpin yang dipilih rakyat. Sudah tentu ucapan Perdana Menteri ketika memberi Amanat Merdeka yang harus diikuti sebagai model.

"Jangan menilai suka atau tidak kepada pemimpin itu tetapi menilai dan mengambil intipati yang disampaikan Perdana Menteri dalam memperkatakan erti kemerdekaan dalam amanat yang disampaikan," katanya.

AMANAT MERDEKA
Tahun ini adalah tahun ketiga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Amanat Merdeka secara langsung kepada rakyat yang akan disiarkan di kaca televisyen.

Format baharu menggantikan rakaman perutusan merdeka yang disiarkan setiap tahun lebih dekat kepada rakyat untuk bersama-sama mengenang dan menghayati makna kemerdekaan.

Ia merupakan antara empat amanat terpenting oleh Perdana Menteri selepas pembentangan belanjawan, ucapan presiden semasa Perhimpunan Agong Umno dan pembentangan laporan Program Transformasi Kerajaan atau GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menurut Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

"Tujuannya agar dapat merakyatkan Amanat Merdeka ini supaya menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat sepertimana rakyat menunggu pembentangan belanjawan setiap tahun.

"Ini penting untuk mendengar sendiri Perdana Menteri sebagai pemimpin utama negara yang menjaga amanah kemerdekaan memperkatakan tentang hala tuju negara dalam mengekal dan mempertahan kemerdekaan," katanya penyampaian Amanat Merdeka Perdana Menteri itu akan berlangsung di PWTC pada malam ambang merdeka 30 Ogos.

Antara yang menjadi fokus utama sudah tentu aspek perpaduan dan kesatuan semenanjung, Sabah dan Sarawak serta menyemai kesedaran dalam kalangan rakyat bagi memperkukuhkan perpaduan serta pencapaian-pencapaian yang telah dinikmati Malaysia pada hari ini.

Bernama sebagai penganjur buat kali ketiga berharap ia bukan sahaja dapat menguar-uarkan sebelum dan semasa amanat itu dibacakan tetapi dapat disusuli dengan pelbagai perbincangan daripada apa yang diperkatakan Perdana Menteri, katanya.

BERNAMA

1 ulasan:

Zull Fikar berkata...

Perkenalkan nama saya zull fikar. Dan saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH JONOSEUH atas bantuannya selama ini dan saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sukses dan ini semua berkat bantuan MBAH JONOSEUH,selama ini, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang2 dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya usaha Restoran sendiri,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH JONOSEUH atas bantuan nomor togel dan dana ghaibnya, dan saya yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi MBAH JONOSEUH karna beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita atau rekayasa tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH JONOSEU di 0823 4444 5588 dan ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang ke 2 kalinya terimah kasih..