Azih Muda
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan kena melihat keperluan agensi-agensi penguatkuasaan seper­ti bomba, polis dan imigresen yang perlu memperluas perkhid­matan mereka untuk me­menuhi kehendak semasa.
“Bagaimana mereka hendak memenuhi perkara itu jika tenaga kerja tidak ada. Ketika ini harapan pelanggan kepada agensi penguatkuasaan terutama bomba begitu tinggi sehingga mereka bukan sahaja mela­kukan tugas di udara, malah di laut, sungai dan di daratan termasuk memadam kebakaran hutan.
“CUEPACS mempunyai banyak cadangan yang hendak dibawa kepada kerajaan untuk persediaan Bajet 2017, tetapi pada peringkat pertama ini kami telah turun ke pelosok negara dan rungutan yang kami terima daripada agensi kerajaan adalah kekurangan kakitangan soko­ngan iaitu dari segi pelaksana yang hendak memenuhi tugas dan tanggungjawab di peringkat bawahan,” katanya.
Beliau berkata demikian da­lam sidang akhbar selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Ke-19 Kesatuan Pekerja Bomba dan Pe­nyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) negeri, di sini hari ini.