SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

05 September 2016

KPWKM SEDIA KONGSI KAEDAH WAKTU BERKERJA ANJAL - ROHANI

Berita Harian
4/9/2016 



ALOR GAJAH: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan Ketua Setiausaha Negara bagi berkongsi maklumat mengenai skim waktu bekerja anjal yang dilaksanakan di kementerian itu, sejak dua tahun lalu. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata sejak Skim Aturan Kerja Fleksibel (FWA) yang memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempat bekerja dilaksanakan di kementerian itu, kualiti kerja penjawat awam khususnya wanita semakin baik. "Kami sedia bekerjasama untuk menjelaskan secara terperinci mengenai tiga kaedah kerja anjal iaitu bekerja dari rumah, masa bekerja anjal dan waktu bekerja mingguan yang diubahsuai. "Sejak ia dilaksanakan di kementerian saya, mereka (penjawat awam) lebih fokus untuk bekerja malah mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga. Inilah dikatakan keseimbangan kehidupan dan kerjaya," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis perasmian penutup Program Komuniti Persatuan Wanita 1Malaysia (Perwani) Jom Sihat anjuran Pejabat Pembangunan Wanita negeri di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Masjid Tanah, di sini, hari ini. Rohani berkata, sokongan penuh oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menerusi Presidennya, Datuk Azih Muda terhadap usaha KPWKM sebelum ini juga menunjukkan kerajaan perlu mengkaji semula waktu bekerja anjal itu kepada semua penjawat awam. "Kementerian saya tidak boleh laksana bersendirian, jadi apabila ramai yang tampil memberi sokongan, saya amat mengalu-alukan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (Dr Ali Hamsa) untuk mengkaji keperluan ini," katanya. Media sebelum ini melaporkan, kerajaan menerusi Ketua Setiausaha Negara sedia mengkaji kesesuaian cadangan pelaksanaan sistem waktu bekerja penjawat awam dikurangkan kepada enam jam sehari berbanding lapan jam ketika ini. Perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu termasuk dari segi keperluan dan kewajaran tempoh bekerja yang lebih pendek dalam sektor pekerjaan.


6 ulasan:

rahman jpc berkata...

saya percaya dlm masa terdekat ramai yg mengalami keadaan 'under employed'.

jika mereka berkerja satu hari dlm seminggu pun tidak akan mendatang kan impak negative.

kita sesuai ubah ucapan 'selamat berkhidmat' kpd 'selamat berehat'.

zamri rahman berkata...

kenaikkan GAJI dan ELAUN penjawat awam ( tidak termasuk badan berkanun untuk penjimatan ) lebih penting kerana keadaan sekarang harga barangan meningkat ditambah pulak GST.

Adakah isu ini dilihat oleh pihak tertentu ?????

Kagumas berkata...

Perjuangan secara bermusim dan seperti melepaskan batok di tangga oleh Kupek tidak akan memberikan kesan yg positif. Sepatutnya lebih agresif dan konsisten. Ini dtg musim raya, musim bentang bajet baru dgr salakan! Bila tuntutan ditolak pun boleh lg akur dan tunduk! Mcm mana nk dpt perhatian? Presiden perlu pro aktif dan tegas... patutnya adakan piket atau mogok drp 1.6 juta penjawat awam sekiranya apa yg dituntut tidak dipenuhi. Ini canang satu dunia ckp ekonomi berdaya saing, itu ini tp bila minta bonus tak bg. Cakap serupa apa ini?

Zull Fikar berkata...

Perkenalkan nama saya zull fikar. Dan saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH JONOSEUH atas bantuannya selama ini dan saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sukses dan ini semua berkat bantuan MBAH JONOSEUH,selama ini, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang2 dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya usaha Restoran sendiri,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH JONOSEUH atas bantuan nomor togel dan dana ghaibnya, dan saya yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi MBAH JONOSEUH karna beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita atau rekayasa tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH JONOSEU di 0823 4444 5588 dan ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang ke 2 kalinya terimah kasih..

Mahmood Adam berkata...

memang banyak kakitangan kumpulan sokongan yang "under employed" kerana ramai yang mempunyai kelulusan tinggi tetapi dianaktirikan oleh pihak berkuasa melantik seperti SPA dan "rasionalisasi skim perkhidmatan" yang dibuat oleh JPA juga hanya menyamataraf pemegang sijil politektik setaraf diploma. bagaimana mereka yang mempunyai sarjana muda/sarjana yang menyambung pengajian ketika sedang berkhidmat yang masih di dalam kumpulan sokongan? mereka disuruh hadir temuduga berkali-kali bersaing samarata dengan graduan baru, dan mereka gagal berkali-kali.

AMALIA FAUZI berkata...

Halo semuanya,

Apakah Anda secara finansial diperas?
Apakah Anda mencari dana untuk melunasi kredit dan utang?
Apakah Anda mencari pembiayaan untuk menyiapkan Bisnis Anda sendiri?
Apakah Anda membutuhkan pribadi atau Kredit Usaha untuk berbagai keperluan?
Apakah Anda mencari pinjaman untuk melaksanakan Proyek Besar?
Mengamankan pinjaman dari perusahaan nomor satu pinjaman menyediakan benar ini hari ini dan mulai dengan sesuatu yang bermanfaat.
transaksi mereka 100% dijamin karena mereka juga memastikan hubungan baik dengan semua klien.
Mereka menawarkan Kredit tanpa Cek kredit, ada jaminan, langkah mudah, dana cepat dan tingkat bunga rendah dari 2%.
Mengapa tetap dalam rincian keuangan?
Membebaskan diri dari kemiskinan saat ini, KATHLEEN FOSTER LOAN FIRM adalah satu-satunya perusahaan yang mampu untuk membantu saya mendapatkan pinjaman dan sekarang saya telah berhasil memulai bisnis dari sendiri untuk membantu mengurus keluarga saya.

Mendapatkan pinjaman pelanggan Anda hari ini melalui email: kathleenfosterloanfirm@gmail.com

Di sini juga adalah email pribadi saya hanya dalam kasus Anda perlu beberapa pedoman: amaliafauzi73@gmail.com

Saya akan mengharapkan balasan mendesak Anda.
Terima kasih!
Ibu AMALIA FAUZI