SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Disember 2008

CUEPACS CADANG TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP KAKITANGAN KERAJAAN UGUT ORANG AWAM

Bernama
:
Ramjit-->
2/12/2008


KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Cuepacs mencadangkan kepada ketua jabatan supaya mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan kerajaan yang berkelakuan kasar dan mengugut orang awam semasa menjalankan tugas."Sebagai kakitangan awam kita hendaklah memberikan khidmat kepada orang awam dengan ikhlas dan berkesan," kata setiausaha agung payung pertubuhan kakitangan awam itu, Ahmad Shah Mohd Zain kepada Bernama hari ini.Katanya Cuepacs akan menyokong tindakan tegas seperti itu demi kepentingan perkhidmatan tersebut yang menjadi tulang belakang sistem pentadbiran kerajaan.Beliau mengulas teguran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada kakitangan awam yang mengugut orang awam yang membuat aduan terhadap mereka.Semalam, Abdullah berkata ada "kontraktor yang mengadu kerana kelewatan dalam mengkaji kos projek yang ditawarkan kepada mereka berikutan dengan harga bahan binaan meningkat atau bayaran lewat.""Dan apabila aduan ini disalurkan kepada orang berkenaan, kakitangan awam terbabit membuat ugutan terhadap pengadu"Abdullah menambah bahawa pegawai ini akan mengatakan bahawa beliau rapat dengan orang besar dan pengadu perlu diajar."Ini benar-benar sikap angkuh dan bertentangan dengan etika dalam memberikan khidmat kepada orang awam," kata Perdana Menteri.Ahmad Shah bersetuju dengan Abdullah bahawa kakitangan awam janganlah angkuh dan mestilah mematuhi kod etika ketika memberikan khidmat kepada orang awam."Masalah sikap" di kalangan sesetengah kakitangan awam hendaklah dibanteras sehingga ke akar umbi kerana ia boleh menjejaskan dan merebak ke seluruh perkhidmatan awam.Beliau menekankan bahawa Cuepacs pada semua taklimatnya kepada kakitangan awam, sentiasa menekankan bahawa mereka hendaklah menyediakan perkhidmatan yang cemerlang pada setiap masa.Mengenai Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK), Ahmad Shah berkata pendirian Cuepacs membantah elemen peperiksaan itu dalam penilaian, dan bukan PTK itu sendiri."Kita tidak membantah prinsip penilaian kecekapan itu, tetapi apa yang kita mahu ialah bahagian peperiksan tersebut hendaklah dikaji semula."Beliau menjelaskan kenapa Cuepacs dengan tiba-tiba mengubah keputusannya tidak memulaukan PTK.Sebelum ini, Cuepacs mengumumkan ia akan memulaukan PTK, tetapi selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ia menukar keputusannya.-- BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MBJ atau Majlis Bersama Jabatan diujudkan untuk menghubungkan perkerja dengan majikan. Tetapi kini MBJ lebih merupakan kepada ikon yang kadangkala lebih menjurus kepada halatuju 'majikan' sahaja dan 'bukan pekerja'. Setiap agensi kerajaan diujudkan MBJ dan setiap unit akan diwakilkan seorang wakil untuk menyuarakan pandangan kategori wakil masing-masing. Apakah benar MBJ kini telah dipolitikkan untuk kepentingan agenda seseorang dan jika benar dimanakah suara 'pekerja' kini?

Dari tinjauan semua agensi kerajaan yang mempunyai laman web dan gah dengan penampilan perkhidmatan tercanggih, bersistematik dan memperolehi pelbagai anugerah kualiti namun amat mendukacitakan tidak ada satupun laman web agensi kerajaan yang mempamirkan ruangan MBJ - Majlis Bersama Jabatan. Pada dasarnya MBJ yang dipamirkan (sekiranya ada) dirangkaian 'links' hanya merupakan ikon semata-mata. catan sejarah, jawatankuasa dan status mesyuarat hanya sekadar memaklumkan apa yang telah dilakukan oleh kesatuan ini. Bagaimana pula dengan suara-suara 'pekerja' bawahan?

Wakil-wakil yang dipilih hanya semata-mata hadir bagi mengisi kekosongan jawatan dan kadangkala tidak membawa apa-apa jua pandangan diperingkat mereka untuk diketengahkan. Samada mereka daif tentang berkesatuan atau tidak aktif, itu bukanlah satu alasan yang boleh diterima sekiranya suara-suara pekerja masih ketandusan. Pekerja terdiri dari pelbagai kategori - ada yang berani menyuarakan pandangan secara terbuka dan ada yang tidak berani tetapi mempunyai permasalahan yang boleh diketengahkan.

Kedua-dua isu ini jangan dipandang remeh dan diperkecilkan. Seberapa kecil sekalipun isu yang ingin diketengahkan oleh pekerja ianya bakal menimbulkan impak kepada sesuatu agensi kerana pekerja juga mempunyai pengaruh yang bukan sedikit. Keberkesanan sesuatu jabatan didalam melaksanakan perkhidmatannya bergantung sepenuhnya kepada kerjasama yang diberikan oleh pekerja-pekerja.

Adalah lebih relevan setiap jabatan mengujudkan satu ruangan 'feedback' secara terbuka didalam laman web masing-masing secara transparent yang boleh dilayari oleh setiap pembaca. Jangan takut untuk menerima sebarang pandangan dan komentar samada yang positif atau negatif kerana setiap pandangan yang diterima itu akan menunjukkan keberkesanan sesuatu agensi kerajaan itu mengatasi permasalahan yang timbul. Permasalahan dan ulasan yang diberikan oleh setiap pekerja di agensi tersebut tidak semestinya boleh diatasi oleh agensi terbabit kadangkala isu yang sama berlaku di agensi yang lain. Perkongsian maklumat ini boleh dilaksanakan bagi mempertingkat agensi-agensi yang tersebut secara tidak langsung mengujudkan penyeragaman didalam perlaksanaanya.

Pembaca atau pekerja tidak mahu hanya dipaparkan sejarah penubuhan, ahli jawatankuasa, status mesyuarat dsbnya seperti yang dipaparkan didalam laman web MBJ - JPA. tetapi pekerja-pekerja mahukan satu pembaharuan didalam menyalurkan maklumat-maklumat permasalahan pekerja secara lebih praktikal dan relevan masakini. Jangan ada aseperti api dalam sekam - setiap luahan dan permasalahan perlu disalurkan kepada MBJ sebelum diperbincangkan bersama jabatan agar satu konsesus yang lebih praktikal dapat dihuraikan. Sekiranya MBJ - ahlinya mempunyai lebih 50 ahli apakah 50 ahli ini dapat mewakili sebilangan besar ahli-ahlinya dibawah dan adakah wakil-wakil ini diperakui suara mereka didalam setiap Mesyuarat MBJ-JPA? Bolehkah mereka berdepan secara 'head-on' untuk mewakili ahli mereka dan bagaimana pula Laporan Prestasi yang bakal mereka terima kelak?

Yang jelas, sehingga laporan ini disediakan masih belum menampakkan bahawa perjalanan MBJ telus dan mewakili ahli-ahlinya kerana terdapat sebilanganh besar daril Wakil MBJ tidak langsung mengadakan mesyuarat. Mereka hanya hadir mesyuarat pusat semata-mata kerana undangan sahaja. Ketika ini masih lagi kedengaran rintihan-rintihan dari pekerja-pekerja mengenai masalah sosial dan modal insan. Salah satu dari yang kedengaran ialah 'beban kerja bertambah, program kualiti bertambah dan ditambahkan, pegawai atasan ditambah tetapi pekerja bawahan kenapa tidak ditambah? Pihak JPA perlu lebih spesifik untuk menyenaraikan tugas-tugas hakiki kakitangan bawahan dengan tidak meletakkan tugas terakhir 'lain-lain tugas yang diarahkan dari masa kesemasa' didalam setiap senarai tugas penjawat awam.

Ruangan feedback MBJ secara 'real-time' amat dialu-alukan agar semua pekerja dapat mengikuti perkembangan semasa agar semua masalah yang timbul dapat diatasi. Pihak berkenaan sebelum memberikan sebarang komen - sila baca dulu terma

Last Updated on Sunday, 30 November 2008 04:00
www.suarajohor.com