SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 September 2009

CUEPACS SETUJU BANTUAN KHAS, KECEWA TIADA BONUS

Berita Harian
9/9/2009




KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini. "Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi. Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.
Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember. Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini. Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama

47 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus sangatlah tu ..duit raya untuk kumpulan sokongan je...kumpulam kami tak payah lah ambil peduli..tunggu PRU 13..

Tanpa Nama berkata...

baik tak payah bagi bonus..mcm menghina je..dah la bagi kumpulan tertentu je...ok ok tak pe..tak pe

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam sokonganlah yang paling teruk menanggung kos sara hidup yang meninggkat sekrang ni. memang patut dibantu, sebab kakitangan peringkat sokongan boleh dikategorikan sebagai miskin suda sekarang ni, bayangkanlah ansuran kereta dan rumah kalau digabung kedua-duanya hampir RM 1500 di sabah ni. kalau kumpulan sokongan dari gred N1 hingga N17, mana mampu nak beli kedua-duanya tu, terpaksa ikat perut....bersyukurlah kepada yang berjawatan tinggi tu. tak merasa kesusahan orang yang berjawatan rendah....

PG berkata...

Salam Ramdhan
InsyaALlah marilah kita berlapang dada.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya, kehidupan sekarang ni dan sampai ke zaman akhir nak kiamat. orang yang kaya akan menindas orang yang miskin, peniaga tamak naikkan harga barang sehingga orang miskin hidup menderita. selagi manusia tamak menaikkan harga barangan setiap tahun tanpa ada belas kasihan kepada mereka yang miskin ni. selagi itulah, walaupun gaji kita naik sekali pun, semuanya habis untuk membayar barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh manusia tamak yang berniaga bukan sahaja secara kecil-kecilan, malah melibatkan sektor syarikat yang mengamalakan motif keuntungan sehingga menindas pengguna mereka.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera,
Kump P&P kira bersyukurlah, dah bagi gaji lebih tinggi dari kami kump sokongan. Sebab kamilah yang dapat kesan ekonomi lebih gik drpd ktak jang gaji tinggi. RM500 kalau ikut gaji kami jika dibanding dgn gaji tuan/puan p&p adalah lbh kurang sama dgn byaran ansuran kereta kami,itu pun tak cukup sebenarnya, malah mungkin lebih mahal gik.PT gaji pokok lbh kurang 800 saja, P&P gaji pokok berapa pulak? mungkin 2 atau 3 lebih kali ganda...kalau kami beli kancil, p&p mungkin beli vios.., bukan kami dapat tambahan rm500 tiap bulan pun..1 tahun sekali ni aja kan..jangan dilupa ada kump sokongan ada yang perlu bayar ansuran PTPTN @lain-lain pinjaman gik..kalau kump sokongan yang dah kahwin, ada anak & keluarga gik, perlu disara juga.dah tiap bulan trima gaji habis gitu aja,yang tinggal kalau ada lebih pun cukup2 untuk isi minyak, kump p&p dapat simpan gik beberapa ratus sebulan jika dibandingkan dengan kami gred bawahan ni..justeru p&p jangan lah iri hati atau ingat PM berat sebelah ok, ada logik juga beliau berkeputusan gitu, mungkin ada sebabnya.1 gik nak tambah..kepada p&p ada tengik ke kump sokongan kerja..ada antara kami yang berpeluh2 kerja, sedangkan p&p perlu arahkan aja apa tugas kami perlu buat..tukang sapu pun kami, mop, angkat barang pun kami kan..ada p&p yang datang meeting, kursus, taklimat dsbnya..terlalu bz..kalau tiada kump sokongan siapa nak kerja lebih berat di pejabat@tempat kerja..so
p&p fikir logik lah ok..kalau pendapat saya salah, cuba bayangkan kalau kump sokongan tidak wujud langsung..& cuba bayangkan semua kakitangan adalah kump p&p sahaja..dan satu lagi kalau kita tidak undi BN @ kerajaan semata-mata kerana ini, pihak pemerintah seterusnya ada gurentee bagi bonus tinggi2 plak ka? jom kita fikir-fikirlah untuk renungan kita semua..

Tanpa Nama berkata...

Baguslah kalau macam tu... Kalaun ada anak sorang takpleh rm250 tu buat belanja dapur... kalaulah ada anak 5 orang keatas macam mana nak sambut raya... Kita nie bukan tak bersyukur tetapi padan-padanlah dengan keadaan semasa... Kita nak buat kerja yang terbaik, tapi benefitnya orang atas yang sapu... Saya percaya Pilihanraya akan datang UMNO akan kalah teruk.. Pecayalah.. Mungkin Kata Tun Dr Sri Mahathir dalam blognya ada benarnya... Kakitangan awam akan berubah haluan..

Keluarga kita besar... Mana Cukup RM500 tu... Beli kuih pun dah habis separuh.. Bukan nak membazir tetapi Hari Raya Lah Kita Semua Umat Islam Bersedekah Untuk Orang Miskin Walaupun Kita Kakitangan Awan Dah Sedia Miskin........

Tanpa Nama berkata...

itu bukan soalnya. soalnya mana keadilannya? nak suruh kami sokong KeAdilan baru nak buat adil? adillah sikit. kalau nak bagi, bagilahs emua. ni tidak ada yang tak dpt pulak. dahlah RM500....hampehhhhh punyer PM...dua kali bayar pulak tuhhhh. dia bukan main lagik perabis sampai berpuluh ribu utk raya sakan. buat seronok sendiri je.

Tanpa Nama berkata...

memang benar saudara. Kata-kata TUn Mahathir mmg ada kebenarannya. dan pasti akan jadi kenyataan. Najib dah bosan jadi PM sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Macam pembahagian KWAPM Pula ye... apa pun... TQ

RosyFitrah berkata...

Penjawat Awam terutamanya Kump Sokongan patut bersyukur atas pemberian bantuan khas tsbt. Kedudukan ekonomi negara agak menurun sekarang. Janganlah banyak merungut, eloklah berhenti je kerana di luar sana masih ramai yang berminat utk keje gomen. Kalu asyik merungut pasal duit tak cukup tanyalah bagaimana caranya Tuan menguruskan kewangan sendiri. Kalu x tahu, sudilah memohon Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi anjuran INTAN Bukit Kiara...

Tanpa Nama berkata...

hehehe padan muka P&P ...kebanyakkan mereka adalah pro pembangkang...
mungkin sebab tu la kerajaan bagi pengajaran sikit kat mereka..

Tanpa Nama berkata...

kebanyakkan...jfn nak generalized je saudara. tapi ingat...ramai lagi yg pro kerajaan akan berubah angin tau. kata-kata mahathir ternyata benar. kakitangan awam akan berubah angin. kalau dia bagi lepas raya pun tak de maknenya. bukan tak bersykur sebab waktu raya ni lah...nak bergembira ngan keluarga perlu duit lebih sikit. bagus Najib....baguss

Staf Sokongan berkata...

Walaupun saya ni dalam kumpulan sokongan, saya rasa tindakan Najib ini satu kesilapan yang maha besar.

Lebih baik Najib bagi Bonus sebulan gaji kepada semua Penjawat Awam seperti tahun-tahun lepas.

Semua Penjawat awam akan bergembira.

Memang betullah Najib telah membuat satu kesilapan yang maha besar, mungkin KSN yang nasihat dia tu.

Fikir-fikirlah kembali wahai Perdana Menteri Malaysia.

Tok Janggut berkata...

Ya betul tu Staf Sokongan Najib telah membuat kesilapan yang maha besar

Staf Sokongan berkata...

Ya sememangnya Semua Penjawat awam telah kecewa dengan tindakan Najib ini.

Berilah bonus sebulan gaji kepada semua Penjawat Awam.

Janganlah memberi bantuan ehsan ini.

Seperti tahun-tahun terdahulu, Penjawat Awam telah di beri sebulan gaji.

Ini baru adil

Ketahuilah wahai Perdana Menteri Malaysia. anda telah membuat satu kesilapan yang MAHA BESAR.

Tanpa Nama berkata...

saya bersyukur dgn pemberian ini ..walaupun kecil ..
cuma satu jer pemberian ini kesan akan benda nie akan di mainkan sebagai isu politik ..pada tahun 2007 zaman paklah ..kenaikan gaji kakitangan ,tetapi selepas itu tiada bonus dgn alasan kakitangan kerajaan sudah menerima kenaikan yg besar ..tetapi lihat pru2008 kerajaan hilang byk kerusi akibat dari hilang pemberian bonus yg dianggap oleh sebahagian kakitangan hadiah istimewa kerajaan pada kakitangan ..bonus ini adalah amat berbeza dgn istilah kenaikan gaji..bonus hadiah ...manakala kenaikan gaji ader perubahan skim gaji bulan staff.
mungkin akan berpikir bonus merupakan sogok kerajaan utk rakyat sokong parti memerintah ..tetapi sedar lah dgn pemberian ini ..rakyat akan membantu rantaian kepada semua lapisan masyarakat...peniaga pasar malam..pasar peniaga peralatan eletronik,kenderaan, perobot dan sebagai nyer ..semua ini digunakan dgn wang bonus..wang gaji dah cukup dgn komitemen sedia ada..tapi dgn bonus rakyat merancakan segala sektor ekonomi negara.Ini kenyataan nyer.


bg kakitang p/p yg tidak menerima bonus atau insentif ini ..anda tak perlu kecewa ..kerana jika dibandingkan bonus ini dgn kenaikan ptk atau kenaikan gred kekanan anda amat jauh sekali ..malah kadang ptk anda plak diberi kursus dan makan dihotel selama seminggu berapa kos nyer utk menangung ptk ini ..cuba pikir ptk staff sokongan yg hanya buat di dewan dan kenaikan kekanan ???berapa kenaikan nyer . amat jauh ketara ..dgn post kenaikan pangkat yg amat terbatas ..amat sukar utk naik malas ader pekerja yg cemerlang beberapa tahun dlm setiap skt pun blom tentu menjaminkan kenaikan ..ini menyebabakan beberapa staff kecewa dan merundum semangat dan prestasi keje nyer..tetapi cuba lihat staff p/p kejap2 dapat tukar gred mcm2 skim timbul terutama guru..dan kakitangan akademik.


yg benar

rakyat biase
gred j17 jer..

Gred 17 berkata...

to staf sokongan..

jgn risau... ini cuma sumbangan raya...
bonus akan menyusul kemudian.. mgkin akan dibyr bln 11... slps dibentangkan dalam bajet bln 10 nnti...

Tanpa Nama berkata...

sedihnya kakitangan awam tak sebaik macam indonesia. kakitangan awam indonesia pun dapat satu bulan bonus,\\\h.....

takeplah...tunggu piliharan raya ke 13



undilah.............pkx
HA......

Penjawat Awam Senior berkata...

Tunggu pilihan raya akan datang pasti BN tumbang..percayalah kerana ramai pengundi di luar sane akan mengundi bg yg mereka byk berjasa pd kakitangan..tak percaya lihatlah nanti..keputusan ditangan penjawat awam termasuk golongan sokongan Atau profesional..penganalisis politik Dato Najib patut teliti serta kaji isu ini..memang dlm situasi bahaya kedudukan Dato Najib kita..lihat sajelah nanti

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,

Ingat tak Slogan Pak Jib,

" Najib didahulukan , Rosmah Diutamakan"

Tanpa Nama berkata...

Buat ape kita semua bergaduh sesama sendiri..sokongan dan P&P hanaya dek kerana rm500, tuan presiden cuepacs mestila seronok sebab dia pun dapat rm500..kita P&P nak dapat kena la jadi presiden cuepacs,yang korang sokong dia jadi,mmg la dia perjuangkan kumpulan sokongan..

Penjawat Awam Senior berkata...

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan bermaksud rakyat (tidak kira staf sokongan ataupun profesional) didahulukan, pencapaian diutamakan bermaksud pemberian bonus mesti adil dan saksama

Tanpa Nama berkata...

aku hairan betull....

yang Cuepacs ni main setuju je apahal...tak selami ke perasaan yang bukan sokongan.

Tanpa Nama berkata...

Kita kakitangan awam jangan jadi peminta sedekah....... Memang tidak dihargai langsung.

Tanpa Nama berkata...

RM500/2 ??? Nak beli apa zaman sekarang ni?

Tanpa Nama berkata...

biarlah BN menjadi pembangkan.biarlah dato seri anuar ibrahim menjadi PM . kemungkinan besar kakitangan awam mendapat 1.5 bulan bonus kerana dengan kebijaksanaan beliau memimpin negara dalam pelaburan .maka negara akan mendapat keuntungan yang besar. justeru itu dapat memberi bonus kepada kita semua.

berilah peluang kepada PAKATAN RAKYAT.
demi kesejahteraan negara

Tanpa Nama berkata...

" Najib didahulukan , Rosmah Diutamakan"

Tanpa Nama berkata...

Maaflah saya nak menyampuk. Assalamualaikum.

Saya ni kakitangan kumpulan sokongan.
Anak saya 5 orang. Kerja penyelia rancangan tanah G17 FELDA.

Saya bersyukur kerana Dato' Sri Najib berani memberikan bayaran saguhati kepada kakitangan awam kumpulan sokongan.

Walaupun tak banyak, kami sedar jugak, duit kerajaan semakin nipis. Cukai yang petronas bayar pon dah nak habis sebab menampal kegawatan ekonomi. sampai skang pon ekonomi belum stabil.

Untuk pengetahuan semua, kumpulan sokongan, bukan setakat di peabat kementeraian pendidikan / pejabat di bandar ok, di kampung, pekan, bandar kecil pon ada malah kami yang kat kampung, felda, pekan, pinggir banda dan bandar kecil ni la yang ramai. Sebab utama kumpulan sokongan diberi kebajikan utama ialah, GAJI KECIK, ANAK RAMAI, PERBELANJAAN KERANA KURSUS CLAIMNYE SIKIT, PENGINAPAN, LOJING, MINYAK... tak sama dengan claim P&P yang boleh claim banyak banyak. kadang kadang melebihi gaji sendiri.

Kakitangan sokongan adalah agen pelaksanaan, penerangan dan pengembangan, yang lebih banyak berdamping dengan rakyat, melayan kerenah tetamu di pejabat, membuat laporan untuk boss, bersemuka dengan orang yang tak puas hati sebelum boss masuk campur (kalau tak terkawal).

Maka tak salah kerajaan bagi kumpulan sokongan kebajikan yang utama. Fikirlah, gaji kami 2000 ke bawah, anak ramai, duit banyak keluar . sekejap sana sekejap sini, anak bini kat rumah nak makan, kereta nak bayar, rumah jugaak. Apa ingat kami ni mewah ke?

broker berkata...

oklah

broker berkata...

sebenarnya kalau nak adil semua gred dari gred babu(kuli) sampai gred atasan terutama guru dg 41( guru ikut pintu blakang )samakan gaji baru adil dunia bro,,,,,,,,,,,,,

Tanpa Nama berkata...

ini adalah satu keputusan yg x adil! kita kerja sama2 yang dapat sebahagian sahaja. memang x adil. kita belajar penat2 pastu kena byr lg PTPTN yg dapat sebahagian sahaja. memang x adil yang beruntung dan bernasib baik berada dalam golongan sokongan dapatnya pun sebahagian sahaja. sungguh x adil la bapak malaysia yg baru ni!

Tanpa Nama berkata...

" Najib didahulukan , Rosmah Diutamakan"

Tanpa Nama berkata...

kecewa...............

Tanpa Nama berkata...

mana boleh sama gaji..hanpa belajar x pandai..nak gaji macam pensyarah...ada patut??

Tanpa Nama berkata...

Ingat!
Pekerja kerajaan 1.2
Jumlah Pemilih 10 juta.
Maka bersyukurlah. Nanti Lim Guan Eng jadi PM, sila-silap banyak elaun kena potong.

Tanpa Nama berkata...

hentamlah labu. Kita cuba tukar kerajaan pulak. Mana tau dapat kenaikan gaji lagi. Tengok kelantan, pinjaman rumah pun tak ada interest.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya puak dg 41 bukan marahkan kump. sokiongan. kami cuma frust tak dapat bonus. kami yg dg 41 yg baru naik dari dg 29 ni bergaji kecil jugak dibandingkan dgn rakan kami yg dg 29 ke dg 32 e=sekrgh bergaji besar. in ekoran kenaikan gaji 25 % dan 15 % bagi dg 41. malah kami yg mengajar hampiur 18 tahun baru bergaji 2600 tapi mereka yg baru 12 tahun bergaji 2700 sebab kenaikan mereka lebih tiggi. lagipun kalau nak dikira time based kami dah [patut time based. tapi masa tu belum isytihar kami dah dilantrik ke dg 41 pada tahun yg sama dg 29 timbe based dg32. apalagi suka lah deme dpat tunggakan beribu2 . malah ada yg dapat berbelas ribu. tapi kami dg 41 cuma dpaty tunggakan paling bayak 1000. kalau nak dikira tak adil lah sebeb gaji kami yg dah grad 5 tahun di cvampur dgn 14 tahun dg 29 tapi masih berghaji 2600-2700 sahaja. kami tak cakap yg kerani, tapi yg cikgu sama cikgu. kenapa dibezakan.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan BN demi menaja F1 dengan 10 billion tetapi tak rela bayar bonus kepada kakitangan awam

geram betul.........................................................

Tanpa Nama berkata...

filipina dan indonesia pun beri satu bulan bonus....

malaysia mana ? one malaysia?
pembohong

Tanpa Nama berkata...

PERUTUSAN KHAS : PEMBERIAN BONUS KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN

Untuk makluman tuan/puan, dalam mesyuarat berkenaan telah dimaklumkan bahawa Kerajaan tidak dapat menyediakan bonus kepada anggota Perkhidmatan Awam dan pesara Kerajaan pada tahun 2009. Ini kerana Kerajaan masih perlu menimbangi kedudukan kewangan negara dan perlu membelanjakan peruntukan kewangan yang ada untuk menjana pertumbuhan ekonomi walaupun keadaan ekonomi negara telah beransur pulih. Selain itu, pemberian bonus seharusnya dipertimbangkan pada masa yang lebih sesuai apabila ekonomi negara benar-benar pulih yang berdasarkan kepada pencapaian dalam pertumbuhan ekonomi negara sebagaimana dalam konsep cooperative state seperti yang diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia.

Tanpa Nama berkata...

kalau tuan2 dan puan2 nak kan kerajaan adil dalam pemberian bonus pru13 nanti undilah keadilan..hehehe

Tanpa Nama berkata...

sokong pakatan rakyat....................................................................sokong anuar ibrahim.

najib ada minyak petrouem, tapi akhirnya beliau kata tiada duit beri bonus

Tanpa Nama berkata...

sokongan keadilan ....sokong anwar ibrahimmm...wekkkkkk...minta maaf la..... nak bonus...kasi tonggeng dulu..ahahahhaa ...

Tanpa Nama berkata...

apalah najib..kedekut..bonus 2009 pn xder :(

Tanpa Nama berkata...

tahun 2009 pun xdapat bonus. BKK pun bayar 2x. barang-barang semua naik menjunam2. hantar makanan ke Pakistan beratus ribu.... sebab apa yer??? sebab utamanya nama Rosmah akan naik..... Malaysia prihatin...pirahhhh.....
korang tunggulah pilihanraya 2012 nanti...korang xkan lamanya jadi PM...akhirnya akan jatuh menjunam jugak.....Najib xboleh tanding kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad....very inteligent brain.... kembalikan Tun Dr. Mahathir....hanya beliau yang layak memerintah negara....

Tanpa Nama berkata...

terima je apa yg diberi..