arhmn
9/9/2009, 1.30am
Putrajaya: PM telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama NGO Malaysia di Sri Kesatria Rumah Kediaman Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.Turut hadir isteri PM Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. NGO yang hadir terdiri dari CUEPACS, MTUC, Seni Silat Malaysia, Seniman dan lain-lain lagi. Majlis tersebut turut meraikan anak-anak yatim. Selepas berbuka tetamu bersolat maghrib, Isyak dan solat teraweh bersama PM.
6 ulasan:
Harap bisikan presiden cuepacs kepada PM itu adalah bisikan bonus...amin.
Takkan Najib jemput berbuka puasa dengan dia, cuepacs tutup mulut nak cakap pasai bonus raya ni.
Tahuler anda semua dapat makan free.
Jagalah juga kebajikan kami Penjawat Awam yang berpendapatan rendah ini.
Yuran Kesatuan setiap bulan kami bayar.
Lain kali Cuepacs tak perlulah menuntut dan meminta-minta macam peminta sedekah.
Kerajaan perlulah prihatin, bila tiba Hari Raya Aidil-Fitri dan Hujung Tahun automatik bagi Bonus.
Setengah untuk keperluan berhari Raya dan setengah lagi untuk keperluan anak-anak bersekolah pada hujung tahun.
Inipun nak diajar.
Perkara ini adalah menjadi amalan setiap tahun kan.
Sendiri mahu ingatlah.
Penjawat Awam didahulukan,
Kebajikan diutamakan
Nampaknya Blog Cuepacs pagi ni penuh sesak dilawati, pagi ni aje sudah mencapai 1,138 orang pengunjung.
Semuanya kerana nak tahu berita terkini tentang BONUS RAYA.
Uina lebih-lebih la bah.ndakan si presiden kita tu mau bercakap pasal bonus masa berbuka. Nadk payah Si Presiden cakap mau minta bonus. Najib dari jauh tau sudah tu senyum si presiden tu apa makna dia kerut dahi si presiden tu apa makna dia.Gambar2 yang dipaparkan cuma gimik semata2.yang pasti raya-tetap raya.tiada bonus pun ndak apa.tapi COLA untuk org sbh/swk mesti ada
Presiden Cuepacs hanya mengharapkan glamour saja yang lebih tapi tuntutan tidak dilayan. Kenapa ya????
Catat Ulasan