SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

12 Mac 2010

9,698 PEGAWAI KESIHATAN NAIK PANGKAT

Bernama
12/3/2010

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Seramai 9,698 pegawai kesihatan menikmati kenaikan pangkat daripada Gred 44 hingga Gred 54 ekoran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas mengenai landasan kerjaya komprehensif bagi tiga perkhidmatan Kementerian Kesihatan.Mereka terdiri daripada 8,521 Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran, 650 Pegawai Pergigian dan 527 Pegawai Farmasi.Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa sebagai permulaan, 2,554 Pegawai Perubatan Gred UD44 dinakkan pangkat ke Gred UD48 sehingga Gred UD54 berkuatkuasa 9 Mac lepas.Bagi kategori Pegawai Perubatan (Pakar), 12 dinaikkan pangkat ke UD48, 68 ke UD52, dan 321 ke UD54 manakala untuk Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) Gred UD44, seramai 1,751 akan dinaikkan pangkat ke UD48, 312 ke UD52 dan 90 ke UD54.Mohd Sidek berkata urusan kenaikan pangkat bagi semua Pegawai Perubatan di Gred UD44 ke gred berkenaan yang layak akan dilaksanakan sebelum 31 Mac ini.Beliau berkata menerusi laluan kerjaya baru ini, kenaikan pangkat Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi sehingga Gred 54 di Kementerian Kesihatan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan tidak lagi berasaskan kekosongan jawatan."Urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perubatan di Gred UD48 dan UD52 serta semua Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut landasan kerjaya yang diperkenalkan ini," kata Mohd Sidek.Pegawai perubatan yang berkenaan boleh menyemak landasan kerjaya yang diumumkan dengan melayari laman web kementerian iaitu www.moh.gov.my.Mohd Sidek berkata keputusan kerajaan itu adalah sebagai mengiktiraf sumbangan pegawai perubatan terbabit dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan negara serta meningkatkan motivasi bagi membolehkan mereka terus memberikan perkhidmatan berkualiti, selain mengekalkan minat untuk berkhidmat di sektor awam bagi tempoh lebih lama.Semasa mengumumkan landasan kerjaya itu, Najib berkata ia bertujuan memberi ruang peningkatan kerjaya yang lebih menarik dalam tempoh yang lebih pendek.Misalnya, seorang Pegawai Perubatan (Pakar) boleh dinaikkan ke Gred 54 dalam masa sembilan tahun berbanding 11 tahun sekarang, dan 12 tahun untuk Pegawai Perubatan (Klinikal/Pentadbiran) berbanding 17 tahun sekarang.-- BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pegawai Perubatan yang bertugas sebagai Pensyarah macamana?
Servis klinikal yang dibuat adalah sama..tapi kenaikan pangkat tak sama..


Pensyarah Perubatan Tertekan
UPM

Tanpa Nama berkata...

heran juga kan, pegawai-pegawai kesihatan di hospital, senang betul dinaikkan pangkat. tapi skim yang berkerja di pentadbiran dan kewangan. tidak pula...gaji pun begitu ja..rugi kalau kerja di hospital. petugas yang bekerja di pentadbiran dan kewangan tidak diberi kelebihan apa-apa.