SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Mac 2010

KEKOSONGAN BESAR JAWATAN JULAI

Utusan Malaysia
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my
2/3/2010

PUTRAJAYA 1 Mac – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menganggarkan kekosongan jawatan yang begitu besar akan berlaku dalam sektor kerajaan menjelang Julai ini.
Setiausahanya, Datuk Lamien Sawiyo berkata, keadaan itu berlaku ekoran ramai pegawai dan kakitangan yang sebelum ini dilanjutkan perkhidmatan mereka sehingga umur 58 tahun akan bersara pada tahun ini.
“Ini membabitkan pelbagai peringkat jawatan yang dianggarkan mengalami kekosongan yang signifikan dan ia memberikan kesan besar.
“Pada masa ini, kita sedang mengumpulkan maklumat daripada setiap agensi mengenai kekosongan yang akan berlaku nanti,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan jersi kepada pasukan SPA FC yang layak menyertai Liga FAM 2010 di Ibu Pejabat SPA di sini hari ini.
Dasar melanjutkan usia persaraan daripada umur 56 tahun kepada 58 tahun dikuatkuasakan oleh kerajaan pada 1 Julai 2008.
Dijangka lebih 4,800 pegawai dan kakitangan awam yang sepatutnya bersara wajib pada 2008 akan menamatkan perkhidmatan antara Julai hingga Disember ini.
Menurut Lamien, pada masa ini SPA sedang mengumpulkan maklumat daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mengenai kekosongan jawatan baru.
Katanya, suruhanjaya tersebut menganggarkan jumlah jawatan baru yang perlu diisi adalah kira-kira 50,000 sebagaimana dilakukan pada 2008 dan tahun lalu.
Dalam pada itu, katanya, jawatan kritikal dalam bidang perubatan seperti doktor yang diperlukan sebanyak 5,000 setiap tahun masih terus berlaku kekosongan.
Sementara itu, Lamien turut menyangkal kebimbangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa golongan wanita dikatakan menguasai sektor awam
Katanya, SPA yang bertanggungjawab melaksanakan pengambilan kakitangan baru membabitkan 250 skim perjawatan tidak melihat kepada aspek gender.
Contohnya, kata beliau, pengambilan terbaru jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) menyaksikan daripada 490 orang yang dilantik, 250 adalah lelaki manakala selebihnya wanita.
“Kita ikut merit, kalau bagus dan melepasi syarat kita akan ambil tanpa mengira jantina selain tiada kuota tertentu dalam membuat pengambilan kakitangan baru.
“Cuma, dalam keadaan tertentu melibatkan bidang tugas seperti jawatan pegawai penjara wanita, tentu kita akan ambil wanita tetapi kita tidak amalkan dasar diskriminasi terhadap wanita,” katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syukur lah kalu mcm tu, harap2 saya tersenarai dlm jawatan tu nanti.

Tanpa Nama berkata...

kencing kuatlah ada kosong..yang saya nampak bila temuduga ramai yang datang...nak ambik 21 orang aja seluruh malaysia...calon simpanan 60 orang...nak temuduga 900 orang...apa kejadah tu...buat abih minyak...duit rakyat aja...bodoh kerajaan

Tanpa Nama berkata...

Ya..saya setuju...saya pernah memohon jawatan di SPA..103000 pemohon, 16000 untuk ditemuduga...kekosongan jawatan hanya 4000..

malahan suami saya telah hampir 10 kali menjalani peperiksaan pegawai diplomatik J41 sejak 2004 tetapi gagal sampai kini.

beliaw hanya menjawat jawatan sebagai CFS. Beliaw dan rakan- rakan seperjuangan akan menjadi penganggur beramai-ramai pada tahun hadapan.

saya lebih senang bekerja dalam sektor swasta berbanding kerajaan kerana saya benar-benar kecewa dengan pihak JPM yang hanya tahu memilih bulu di kaki sendiri berbanding rakyat yang lebih memerlukan!!!

di manakah pe,belaan pada rakyat??adakah rakyat diutamakan? kerajaan hanya mengembleng tenaga rakyat iaitu kakitangan CFS kemudian dibuang begitu sahaja selepas kontrak mereka tamat. Bonus tiada, duit raya tiada, cuti bersalin tiada, cuti untuk isteri yang bersalin tiada, cuti kematian keluarga tiada, susah mendapatkan pinjaman.

sedangkan mereka bekerja keras untuk menjalankan sesuatu operasi dan projek..kakitangan kerajaan tetap sendiri setakat goyang kaki..kerana apa???buat kerja ke..tak buat ke..gaji tetap masuk!!!

Orang lain bergembira, ahli keluarga yang bekerja sebagai CFS porak peranda n menunggu masa untuk menjadi penganggur.

kasihanilah 'rakyat-rakyat CFS' dahulu, beri mereka peluang menjawat jawatan tetap. sampai bila asyik mengambil penapis sahaja, padanlah kerja-kerja jabatan kerajaan lembab! kerana senior-senior 'diberhentikan' akibat tamat kontrak.

di manakah keadilan pada rakyat? di manakah jabatan Tenaga buruh??Di manakah??Atau hanya gimik?

Saya dan suami masih berharap sesuatu magis akan berlaku!!!Help US!!!