SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Mac 2010

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH IPTA, INSTITUT PERGURUAN AKAN DIKAJI: NAJIB

Berita Harian
9/3/2010




PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan institut perguruan bagi membolehkan mereka naik pangkat hingga ke peringkat turus, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini. Beliau berkata demikian pada majlis amanat perdana Perkhidmatan Awam ke-11 (Mappa) di Putrajaya, sebentar tadi.

43 ulasan:

PurposelyMe berkata...

Saya berasa amat kecewa setelah dua tahun menunggu jawapan permohonan jawatan pensyarah Institut Perguruan Malaysia di Sarawak

Untuk pengetahuan dan perhatian pihak berkenaan. Saya adalah seorang guru DG 44 yang mempunyai Ijazah Sarjana pernah memohon jawatan pesyarah di salah sebuah IPG di Sarawak dua tahun yang lalu dan telah menghadiri temuduga tetapi sampai ke hari ini tidak ada sebarang jawapan. Sedangkan rakan-rakan saya di Semenanjung sudah berkhidmat setahun yang lepas di IPG yang mereka pohon. Saya merasa kecewa atas perkara ini. Mintak pihat yang berwajib mengambil perhatian yang sewajarnya. Sekian TQ.

Bakal Pensyarah IPGM.

Tanpa Nama berkata...

Asik pensyarah je naik gaji, bila PLV nak naik gaji, Kerja lebih banyak jam dari Pensyarah IPT

Tanpa Nama berkata...

ye la betul tu..terutamanya IPMA

Omar Cecupak II berkata...

Sangat setuju kenaikan gaji pensyarah, polis dan doktor. Mereka ni tunjang perkhidmatan awam dan amat penting. Setakat kerani, cikgu (especially) dan ptd, apalah sgt.

Kerani - dok sibuk mintak naik gaji, elaun dan kemudahan mcm ptd sambil2 tu dok berbelanja mcm 54.

Cikgu - x abis2 nk naik pangkat, x mo mengajar dan nak wat pentadbiran (sapa la nk mengajor pasni)

ptd - x abis2 dgn miting dan kertas kerja tp abuk x de. pirah!

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak sapa yang ada maklumat tentang elaun-elaun yang pensyarah kat IPTA dapat sekarang ! ramai orang kat luar IPTA nak tahu ...

ganukite berkata...

jom pakat2 jadi pensyarah plakkk.. dengar dari kawan2 skarg ni lepas abis master kalu masuk skim pensyarah dapat le RM3,800 - 4,000 ++ skit...

Tanpa Nama berkata...

wei, yg kontrak bila lagi dapat perhatian? pm ni cakap besar tp bohong banyak.

Juruteknik menunggu berkata...

SIJIL KEJURUTERAAN POLITEKNIK tu yg patut dinaikkan dulu...dah berpuluh tahun dok tunggu punya tunggu..tup tup gaji pensyarah yg dah banyak tu akan dinaikkan pula

Tanpa Nama berkata...

PLV lebih banyak kerja, sebab mementingkan bidang kemahiran dan teori, IPTA setakat teori je...PLV bukan ade time base pun...

Abu Jahal berkata...

PLV tu hapa? pembantu lathi vokal ke? macam senang je keje tu elok la gaji sikit

mai menoreh lagi banyak duit, mlm2 buat OT lagi

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan kepada bukan golongan DS, pensyarah IPTA skrg ni bukan hanya setakat mengajar spt mana yg difikirkan oleh pengulas2 sebelum ni. Mereka diamanahkan untuk melaksanakan 5P iaitu 1] Pengajaran dan Pembelajaran, 2]Penulisan (journal, conference paper, Buku dll) 3] Perundingan (kerajaan @ swasta) 4]Pentadbiran (mcm2 la..) 5]Perkhidmatan professional dan khidmat masyarakat..

Jadi, jadilah seorang pengajar yang terpelajar dan bukan hanya tahu lontaran kosong tanpa rujukan..

d",b

Tanpa Nama berkata...

Sokong penuh..! tambahan untuk penulis di atas.. "PENYELIDIKAN"

Omar Cecupak II berkata...

Aku setuju la dua pendapat kat atas ni. Itu lah beban keje pensyarah skang yg bukan sahaja workload semata2 tapi juga elemen academic yang menggunakan kederat pemikiran. Lain la mcm KeraAni, balik2 dok citer pasal fotostat dan jaga fail tapi nak gaji dan kemudahan macam 41. Dah kelulusan rendah, pemikiran sama rendah, berbelanja sakan tak ingat dan cermin muka. Duduk kt kerusi bontot dh melimpah kerusi sbb gemok gedempul dok makan dan minum sepanjang masa takut mati kelaparan kot.

Cikgu plak dok citer naik pangkat aje x abis2. Keje apalah sgt kul 3pm dah ada kt umah siap pakai suar pendek basuh kete kalau x keluar ngan tie bagai jaja produk MLM dgn laptop kerajaan.

Elok sgt la kerajaan bo layan je perangai orang x de pelajaran (dan ada pelajaran tapi malas mcm cikgu). Sgt setuju polis, pensyarah dan doktor dikaji skim dan naikkan gaji.

Setuju!!!

Tanpa Nama berkata...

MTSU bila nak bersuara !

cikgu nizar berkata...

macam biasa... last2 cikgu jugak yang akan kena hentam.. saudara ni kerja apa la agaknya yang busy dan hebat sangat ni... musykil sungguh..

balik2 cikgu malas, MLM, suka nk naik gaji etc.. mgkin ada musuh hang ni jd cikgu agaknya.. ui, mcm tu la sikap 'prihatin' org kita..

cara menulis pun macam seorang yang penuh hasad dengki dan tidak redha atas ketentuan rezeki yang Allah berikan pada setiap orang..

Tanpa Nama berkata...

cuba kita buat perangkaan persatuan dalam perkhidmatan awam yg mana dok rangkin paling tinggi meminta-minta ...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya banyak lagi skim perkhidmatan perlu di kaji dan dilakukan penambahbaikan terutama kumpulan sokongan.
Cth:Skim Pemandu,nak bawa menteri,Jusa A/B/C,KSN/KSU hanya pemandu R6,sekarang sudah tidak relevan lagi dah!Kaji skim mereka!
Skim Pem.Tadbir- Gred 17 nak uruskan gaji dan elaun pak menteri,Jusa A/B/C,KSN/KSU, boleh percaya ka!Uruskan Perjanjian Program Jabatan,Peruntukan Jabatan dan macam-macam ada,perlu dikaji skim mereka juga
Sedangkan Tukang Masak di Hospital yang masak untuk pesakit yang terdiri daripada orang kampung dan PA kumpulan sokongan(Pak Menteri,JUSA A/B/C,KSN/KSU tidak masuk hospital kerajaan)pun sudah dinaikan ke Gred 17 inikan pula PT yang menguruskan gaji menteri.Pekerja Awam R1,kalau PT bayar gaji tidak betul kepada mereka,mereka tidak bising,mereka akan jawab,biarlah, akhirat ada! Tetapi kalau JUSA A/B/C,PT tertinggal memasukan jumlah anugerah yang diterima,siap bising,campak itu,campak ini.
Apa-apa pun redhalah dengan rezeki Allah,siapa buat tidak adil,maka jawablah diakhirat esok.Kaum yang dizalimi,doa mereka dimakbulkan.

Tanpa Nama berkata...

Kecewa lagi...Asyik gu ru dan pensyarah sahaja yang dikaji...masih lagi banyak skim yang tidak dikaji dengan baik antara nya jawatan J17 dimana masih lagi menggunakan skim SPM walaupun dah ada sijil politeknik sedangkan dalam tawaran kerja mintak sijil. Sudah2 la tu skim 44 - 52 berapa kali nak kaji da...banyak lagi skim lain yang masih menggunakan kelayakan SPM sedangkan masa offer jawatan mintak sijil...mana2 kerani yang ada ijazah tu lain la yer. dalam mana offer jawatan kerani mmg mintak SPM, amik korang yang ada ijazah ni pun sebab kesian takde keje...

Tanpa Nama berkata...

yela nek ler.. sebab..diorng pandai.. pandai ckp jer...teori klu pratikal ker..taw ker nak susan fail mcm na... klu la pandai sgt awat jd pensyarah x jd dewa jer...

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat, tidak adil jika kita menrendahkan profesion orang lain... setiap antara kita saling perlu memerlukan dan apa pun kita semuanya sama disisi allah... cuma mengenai pensyarah IPTA, mereka memang perlu dinaiikan gaji sebab KPI mereka (yang kerajaan hendakkan) agar mereka ini setaraf dengan pensyarah di negara maju...kenaikan pangkat pensyarah IPTA perlu disahkan oleh profesor terkemukan dalam bidang beliau di negara maju dan sudah tentu taraf artikel jurnal yag dihasilkan beliau mestilah sentiasa dirujuk oleh penyelidik2 lain didunia ini... adalah tidak adil kiranya skim gaji mereka sama dengan staf kerajaan lain yang berkelulusan ijazah sarjana muda sahaja dan kecemerlangan mereka hanya sekitar peringkat kebangsaan sahaja... Kita boleh samakan gaji mereka dengan Pengetua cemerlang, hatta PTD, tetapi kayu pengukur kecemerlangan mereka hendaklah sama seperti mereka, dan bukannya perlu dibandingkan dengan pensyarah di negara maju yang gaji dan kemudahan mereka yang jauh lebih tinggi dari Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

PLV, kalau nak gaji sama dengan pensyarah.. buatlah PhD dan tulis dalam jurnal berimpak peringkat antara bangsa dan pohon kenaikan pangkat dan layak naik pangkat atau tidak akan dinilai oleh pakar ternama dalam bidang PLV tersebut, dicadangkan pengajar di Fachoshullar (sori kalau silap eja) di german utk nilai layak atau tidak

Kerani atau PTD: Buat juga PhD dan kelayakan naik pangkat dinilai oleh pentadbir2 di katalah di White house atau sebagainya (diluar negara)

Kelau semua dibuat sama macam tu, barulah adil untuk mereka dapat gaji sama dengan pensyarah Universiti...

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tahu berapa gaji permulaan pensyarah:


DS51 dengan PhD (fresh dengan PhD, tanpa pengalaman kerja)

gaji pokok: RM 4573.47
elaun Keraian: RM 600
elaun perumahan:RM 700
elaun cola: RM 300
elaun perkhidmatan kritikal: 5% dari gaji pokok

Tugas utama:
20% mengajar
30% penyeliaan pelajar siswazah, penyelidikan
30% penulisan dalam jurnal2 terkemuka diperingkat dunia
10% khidmat profesional (perundingan)
10% khidmat masyarakat

saya rasa, kita yang tak kena perform macam mereka.., patut terimalah apa yang kerajaan nak bagi pada mereka....

Tanpa Nama berkata...

Memang penat jadi
pensyarah......kami dah letih sebenarnya jd pensyarah ni.....
Untuk pengetahuan forumer, jadi pensyarah ni bukan setakat
mengajar atau bersyarah, tapi banyak lagi.......buat
penyelidikan, nak buat penyelidikan kena mintak geran
dari kpt, etc, jadi kena isi brg mintak grant. Bila
penat isi sampai berjaga malam, ditolak pulak. Isi
lagi.....kalau tak de duit...macam ne nak buat penyelidikan.....
kalau tak buat penyelidikan mcm mana nak bg new knowledge
kat student? Pensyarah kena ikut peredaran zaman dan teknologi,
tak boleh mengajar benda sama saje (tak de buku teks dr kem. mcm guru), buku2 semua dr authors kat overseas, tiap2 semester kena update nota....sbb teknologi cepat berubah (kami tak de buku2 tetap, keep changing dgn arus perubahan- so kena byk membaca), student makin pandai dan kehendak industri semakin tinggi....beza tak dgn guru?

Tanpa Nama berkata...

continue...
Bukan setakat penyelidikan......kena supervised thesis student, tak kira
diploma ker, bach. ker, master ke atau phd...Dalam tanggungjawab
supervised tu, byk pulak kena buat, kena check tajuk pelajar
kita relevant ke tak, kena baca thesis2, papers yg lepas (bukan
dalam negara shj, papers oversea plg byk kena baca sbb mrk lebih terkedepan.

Pastu ada lagi....kena melawat pelajar2 kita praktil...diploma sampai bach...ada latihan kat industri....
kena check report diaorg...pastikan diaorg tak buat praktikal di luar bidang mrk.

Lagi....kena jadi ajk, spt ajk untuk pastikan silibus yg diajar sehaluan dgn standard MQA. Kalau tak, mcm mana kita nak convince kat public yg silibus kita ok...byk keje kat sini...dokumen berlambak2 kena buat. Kalau byk program, byk lagi lah doc. yang kena buat...Itu belum kira ajk conference, bengkel, seminar, lawatan, etc.

Tanpa Nama berkata...

continue..
Lagi.....kena buat penerbitan...sekrg ipta nak penerbitan yang diiktiraf
dunia spt ISI, bukan penerbitan biasa....Penerbitan buku, paper, journal, etc....Paper yang
bertaraf spt ISI ni bukan senag nak dapat....sampai 3 kali htr...kena reject....dah byk dah masa habis untuk buat paper tu, mau 2 minggu utk buat paper/journal yang berkualiti spt ISI.

Bukan senang nak naik pangkat bila jadi lecturer ni....cthnya antara requirements untuk naik pangkat dari 45 ke 52 ialah:

1) Cukup percentage mengajar
2) Cukup percentage supevision
3) Ada Penerbitan
4) Ada penyelidikan - dgn grant lagi tinggi markah
5) Ada khidmat kpd masyarat - spt buat ekspo atau seminar kpd public, etc
6) Ada ajk peringkat fakulti dan universiti
7) Ada kolaborasi dgn organisasi luar
8) Ada professional certificate
etc

Apa yg kami boleh kata....."PENAT" jadi pensyarah ni....tapi gaji tak tinggi malah
sedih bila gaji pensyarah lebih rendah dari guru sekolah....kami balik rumah, bila anak2
dah tidur, orang lain nyenyak tidur, pensyarah stay-up, on komputer, buat nota utk students, marks tests atau exam papers
students, atau check assignments students, atau buat research yg tak sempat buat
semasa office hours. Ye lah masa office hours, mengajar 15 jam seminggu, appointments dgn students lagi, meeting ajk lagi.
Check test, assgns dan exam papers student bukan sikit, adalah 100 orang satu kelas.

Tanpa Nama berkata...

continue..

Cuti semester bukan tak nak buat nota, tapi ada mcm2 training, bengkel, seminar dan PTK yg perlu dihadiri. Dan cuti semester juga yg pensyarah guna untuk siapkan research.

Kami mengajar 15 jam seminggu (ada yg 20 jam seminggu), dgn research, supervision, ajk pelbagai....

Cuba anda semua bayangkan kerja2 yang ditanggung oleh pensyarah ni. Layak tak pensyarah dinaikkan gaji?

Bila kerajaan menilai pensyarah pada kedudukan lebih rendah dari guru, maka bayangkan motivasi mereka yang bergelar 'pensyarah'. Pensyarah akan 'demotivate' untuk bekerja, akan bekerja sambil lewa, mula ambil cuti tanpa gaji ikut husband atau wife ke oversea, dsbgnya....ini akan menjejaskan kualiti graduan.

Pensyarah adalah golongan cerdik pandai yang menggunakan kemahiran intelek mereka untuk mencurah ilmu kepada pelajar yang akan melangkah ke industri dan memajukan agama, bangsa dan negara.
Jika peranan pensyarah di anaktirikan, direndah2kan kedudukannya dan kelulusan mereka tidak dipandang langsung di negara kita, maka tak payah lah
kita ambil mereka yang berkelulusan tinggi (master, phd) untuk menjadi pensyarah. Lepas ni pun saya rasa tak payahlah
anak2 kita sibuk sambung master dan phd...sbb nanti gaji sama jer dgn orang yang tak ada master dan phd.
Cukup setakat kita ambil yang berkelulusan guru untuk mengajar pelajar2 IPT.
Dan kita tgk apa akan jadi...

Kami still setuju yang gaji pensyarah not worth compared to segala tugas
yang mereka perlu lakukan......fikir2kan lah...jgn suka dok mengata pensyarah tak berhak naik gaji.....selidik dulu....apa sumbangan keje2 gov yg lain compared to pensyarah? Asyik dok sibuk nak mintak naik gaji, tapi sumbangan pd negara tak nampak benih pun....

Rasai dulu kepenatan menjadi pensyarah ni sblm nak cerita bukan2... Memang patut kerajaan kaji gaji pensyarah sejak dulu lagi. Kenaikan gaji pensyarah patut dibuat lama dulu diatas segala sumbangan dan kepenatan pensyarah mendidik graduan dan menggerakkan enjin industri.....

Wallahhuallam

Tanpa Nama berkata...

saya sangat la sokong ulasan di atas. penat2 sambung sampai ke phd, takkan la nak kasi reward yg tak seberapa setimpal sedangkan expectation terhadap pensyarah sangatlah tinggi. ranking dunia nak kejar tp bab gaji nak kedekut. ipta bukan bisnes. kalau naik gaji sekalipun, bukan bankrap pun negara berbanding wang rakyat yang mengalir untuk tujuan politik, kronisme dll (tak kira mana2 parti). pensyarah pun mcm orang lain jugak. ada keperluan dan ada kehendak. aku cabar sapa2 yang dok mengata kat pensyarah kononnya mementingkan duit, kau kerja setahun dengan 1/2 daripada gaji kau dan sedekahkan lagi 1/2 tu kepada fakir miskin. ramai mana sanggup buat? sama dengan pensyarah, korang takleh expect pensyarah sambung phd dengan mengorbankan segala bagai benda dan balik untuk dpt gaji mcm cikgu. aduh..

Tanpa Nama berkata...

Kepada pensyarah-pensyarah yang kononnya hebat sangat buat kerja samapai mempelrkehkan guru-guru sekolah. Sedarlah anda jangan ingat anda saja terpelajar dan berfikiran lebih terkehadapan dari guru-guru. Kami guru-guru menanggung bebanan yang berat mendidik pelajar untuk berjaya sampai ke universiti. Anda sebagai pensyarah hanya perlu menggilap dan menajamkan pemikiran dan ilmu pelajar yang sememangnya telah cerdik. Jangan ingat kami guru-guru idak buat kerja.
Anda semua harus sedar lebih 70% guru di sekolah rendah telah memiliki Ijazah . Disekolah saya sendiri lebih 10 orang guru memiliki master dalam pelbagai bidang. Malahan ada guru yang memiliki PhD tapi masih sanggup menjadi guru. Jangan anda terlalu bermegah dengan kelayakan akademik yang anda ada. Tidak lama lagi semua guru mungkin akan memiliki master atau PhD melebihi anda sebagai pensyarah. So jangan rasa sombong dan mendabik dada sangat.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa sesiapa yang ada phD terus sebelum kerja jadi pensyarah patut dikaji kadar gajinya. ada sesetengah yang ada phd dan terus buat postdoc tetapi gaji setaraf dengan DS45 P1T4..adilkah??? sedangkan dia telah menerbit banyak jurnal dan semasa jadi pensyarah pun dia telah banyak menerbit untuk IPTA tersebut?

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Saya pun pensyarah berkelulusan PhD juga. Masih berada dalam gred DS45 walaupun mempunyai PhD. Mempunyai pengalaman kerja industri selepas mempunyai Master dalam bidang kejuruteraan Mekanikal. Rakan2 saya yang satu batch dan juga junior ramai yang lebih berganda gajinya dari saya setakat ini. Pada saya, yang penting kita bersyukur. Gaji saya setiap bulan habis untuk perbelanjaan keluarga, wang kepada ibubapa termasuk mertua (isteri saya tidak bekerja) dan wang belanja adik dan adik beradik ipar untuk tujuan pembelajaran. Alhamdulillah anak2 saya masih cukup makan dan pakai mereka. Kami tak pernah kebuluran malah allah murahkan rezeki kamidengan cara yang lain. Tak dinafikan saya pun mahu kenaikan gaji pensyarah, dan setiap tahun sekurang2nya 3 paper conference telah dikeluarkan selain jurnal inpact tinggi demi memenuhi syarat untuk ke pensyarah kanan DS52. Namun bukan mudah kerana terpaksa berdepan dengan karenah pendaftar dan sebagainya. Namun saya tetap bersyukur kerana mempunyai PhD walaupun membesar dalam keluarga yang susah. Nak dapat biasiswa pun sangat susah walupun akhirnya dapat juga. Yang penting kita usaha. Jika mahu gaji yang lebih tinggi, kenalah sedia terima kerja yang juga tinggi tanggungjawabnya. Takkanlah gaji lulusan SPM dan kerja sebagai kerani perlu sama dengan gaji PhD yang kerja sebagai pensyarah. Takkanlah juga PhD holder yang kerja sebagai guru yang MENGAJAR di sekolah perlu sama dengan gaji pensyarah lulusan PhD yang BEKERJA di universiti. Job scope guru dan pensyarah sangat berbeza. Kalau gaji PhD holder di sekolah sama dengan gaji PhD holder di University, saya lebih memilih bekerja di sekolah kerana masa yang banyak dapat saya gunakan untuk ke Masjid atau surau.

pelajar biasa2 shja. berkata...

aha..trus trdiam smua org.syabas kpd 'anonymous' yg berjela2 komen menjelaskan kerja2 pensyarah.tak ada ke cikgu2 nk jelaskan kerja2 mereka yg smpai 'international level' plk?
kenapa cikgu2 skrg asyik sibuk nk naik gaji shja?bkn hari guru (yg akan dpt brlmbk2 hadiah) nnt akan ada pelajar2 kesygan mereka yg akn mendeklamasikan sajak atau puisi di dpn para2 guru kesygan mereka msti akan trselit 'GURU IBARAT LILIN YANG SANGGUP MEMBAKAR DIRI UNTUK BERKORBAN KEPADA PELAJARNYA' ke?kesimpulannya..jdlah lilin itu wahai guru2 smua.brkorban la..stakat gaji tak naik tu pn kira brkorban juga kan? ;)tak sggup brkorban, brhenti.sahut cabaran, smbung belajar smpai peringkat phd dan cuba jd pensyarah yg mengajar di IPTA pula..

tak sggup kan?mstila..budak2 cuti smpai 2-3bulan cikgu pn nk brcuti juga kan?cuti tapi gaji brjalan.mkn angin brsama anak2 juga kan?cuba tanya pensyarah2 ipta.ada mereka cuti smpai 2-3minggu straight?selain itu cikgu pn kdg2 ambil job luar.mengajar di pusat2 tuisyen luar yg kdg2 mndpt gaji yg bsr juga.yg lebih mampu siap bkk pusat tuisyen sndri lg.msih tak cukup ke itu smua wahai guru2 malaysia? ;)

kerani cabuk berkata...

Salam,

Kepada yang tak puas hati jadi kerani, technician atau PLV atau sebagainya kerana gaji sedikit, saya syorkan anda belajar sampai PhD dan apply jadi pensyarah.
Kepada pensyarah yang juga tak puas hati gaji sedikit, sila banyakkan research anda. Tulis juornal banyak2, selia pelajar banyak2, buat consultancy banyak2, kerja kemasyarakatan banyak dan apply jadi profesor.
Akhir sekali bila dah jadi professor yang tak puas hati gaji sedikit, udah2 la tu. pi carik kerja lain yang boleh puaskan hati sediri.
Aku yang kerja biasa2 ni pun x bising. Hahahahaha...
Lawak je.
Semua!!! pi buat kerja. Gaji mau, kerja tak mau.
Jangan marah ye. Aku pun nak gaji macam pensyarah tapi nak keje cam kerani je.

Tanpa Nama berkata...

baru aku faham kedudukan dan tugasan masing2..
yup bersyukur apa yang ada..
setuju dengan gaji mestilah setimpal dengan kerja.aku simpulkan pensyarah memg takde masa nak buat mende len selain tumpuan kepada tanggungjawab kerja..mmg though..sekurg2nya yg berjawatan besa2 ni masih boleh part time klu rajin.buat busines kecil2lan ke..aku wat business pun siang malam kerja nak dapat gaji cam pensyarah.even aku degree.cri gaji sendiri..so, pikirlah sendiri..

Tanpa Nama berkata...

orang mengaji tinggi patutla gaji tinggi..kalau nak kira load keja....BURUH kasar la patut gaji paling tinggi...xhabis habis penyakit PHD kat malaysia ni...dengki dan busuk hati

Ahmad Alwajoon Sudarmaji Katimon tapi bukan jawa berkata...

"kalau nak kira load keja....BURUH kasar la patut gaji paling tinggi...xhabis habis penyakit PHD kat malaysia ni...dengki dan busuk hati"

serius aku suka dengan komen ni. Hahahaha!

Tanpa Nama berkata...

setiap jalan yang dipilih adalah dasar pada hak individu itu sendiri,setiap orang ada peranan dan tanggungjawab masing-masing. beginilah jadinya jika rakyat MALAYSIA terutamanya yang asyik dan syok sendiri nak bagi komen membezakan antara gaji guru dan gaji pensyarah kerana hasat dengki dan tak puas hati menunjukkan anda semua di dalam ini blogger ini masih mempunyai tahap pemikiran mentaliti dunia ke-3. negara lain (Jepun dan Korea) berasing untuk memajukan bangsa dan tanah air mereka, tetapi apa yang berlaku didalam ini rakyat malaysia iaitu rakyat kita sendiri asyik bertelagah sesama mereka kerana tidak puas hati dengan GAJI GURU (warga pendidik) akibat apa atau sebab apa? persoalannya adalah hasat dengki yang terkandung di dalam hati masing-masing kerana tidak senang untuk melihat kesenangan yang dicapai oleh orang lain dan yang paling penting mereka ini lah orang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang diperolehi masing-masing dan orang yang tidak bersyukur inilah yang tidak pernah menikmati kepuasan rezeki yang diberi oleh allah. jadi,pemikiran rakyat dunia ke-3 terutamnya yang suka mengkritik perbezaan di antara jurang gaji yang diperolehi adakah mereka tidak sedar? atau buat-buat tidak sedar kerana ditelan dengan keegoan diri masing-masing untuk menunjukkan diri mereka lebih hebat daripada yang terhebat? tidak kah mereka terfikir siapakah yang melahirkan para ilmuan terkenal, para pemimpin kita dan juga para makhluk (Blogger yang bagi komen dalam ini) siapakah yang mendidik anda semasa berada di bangku sekolah dulu? siapakah yang mengajar anda berjalan ketika anda hanya masih pandai merangkak? siapakah yang menyuap ilmu di dada anda? siapakah yang membentuk acuan di masa kerjaya anda sekarang ini? ianya perlbagai persoalan namun,yang pasti..GURU adalah pendidik yang mulia. jadi,apakah yang menyebabkan anda berasa tidak puas hati dengan apa yang diperolehi oleh kesenangan guru pada hari ini? "TEPUK DADA, TANYA SELERA" siapa makan cili dia terasa pedas.. daripada GURU SELURUH MALAYSIA...

Tanpa Nama berkata...

setiap jalan yang dipilih adalah dasar pada hak individu itu sendiri,setiap orang ada peranan dan tanggungjawab masing-masing. beginilah jadinya jika rakyat MALAYSIA terutamanya yang asyik dan syok sendiri nak bagi komen membezakan antara gaji guru dan gaji pensyarah kerana hasat dengki dan tak puas hati menunjukkan anda semua di dalam ini blogger ini masih mempunyai tahap pemikiran mentaliti dunia ke-3. negara lain (Jepun dan Korea) berasing untuk memajukan bangsa dan tanah air mereka, tetapi apa yang berlaku didalam ini rakyat malaysia iaitu rakyat kita sendiri asyik bertelagah sesama mereka kerana tidak puas hati dengan GAJI GURU (warga pendidik) akibat apa atau sebab apa? persoalannya adalah hasat dengki yang terkandung di dalam hati masing-masing kerana tidak senang untuk melihat kesenangan yang dicapai oleh orang lain dan yang paling penting mereka ini lah orang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang diperolehi masing-masing dan orang yang tidak bersyukur inilah yang tidak pernah menikmati kepuasan rezeki yang diberi oleh allah. jadi,pemikiran rakyat dunia ke-3 terutamnya yang suka mengkritik perbezaan di antara jurang gaji yang diperolehi adakah mereka tidak sedar? atau buat-buat tidak sedar kerana ditelan dengan keegoan diri masing-masing untuk menunjukkan diri mereka lebih hebat daripada yang terhebat? tidak kah mereka terfikir siapakah yang melahirkan para ilmuan terkenal, para pemimpin kita dan juga para makhluk (Blogger yang bagi komen dalam ini) siapakah yang mendidik anda semasa berada di bangku sekolah dulu? siapakah yang mengajar anda berjalan ketika anda hanya masih pandai merangkak? siapakah yang menyuap ilmu di dada anda? siapakah yang membentuk acuan di masa kerjaya anda sekarang ini? ianya perlbagai persoalan namun,yang pasti..GURU adalah pendidik yang mulia. jadi,apakah yang menyebabkan anda berasa tidak puas hati dengan apa yang diperolehi oleh kesenangan guru pada hari ini? "TEPUK DADA, TANYA SELERA" siapa makan cili dia terasa pedas.. daripada GURU SELURUH MALAYSIA... gronz86@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

kenapa pula guru-guru marah bila pensyarah naik gaji? Sedangkan mereka sudah lama menikmati gaji lebih tinggi sebelum sbpa diperkenalkan (beberapa puluh je)? Adakah salah jika para pensyarah phd menuntut hak mereka? Tidak dinafikan ramai guru dah ada master dan phd...tetapi berapa kerat yang ada? sedangkan ipta ni perlu bersaing sehingga ke peringkat dunia, jadi pakar runding dsbnya? adik saya dan abang ipar saya boleh bisnes lagi..dan boleh lagi mengusahakan sawit lagi. Sedangkan pensyarah ni terlalu terikat dengan kerja siang dan malam, sehinggakan ada yang melabelkan kalau nak jadi kaya jangan jadi pensyarah! so kesimpulannya, setiap pekerja harus mendapat hak yang setimpal dengan kelulusan..

Tanpa Nama berkata...

untuk IPTA terkemuka, demand keje lagi tinggi. MYRA2 yang memerlukan 7 penerbitan setahun. blum termasuk q1, q2, q3, q4 yang pensyarah2 IPTA jer tau sengsaranya nak capai target itu hingga kerani di tempat keje saya berkata begini:

'saya dah pesan kat anak2 sya, jangan jadi pensyarah, banyak keje!'

bagi yg masih blum tahu menahu tugas pensyarah, saya cadangkan risik2 KPI yang perlu dicapai mereka dan anda akan tahu mcam ner, then you boleh la lepas tu nak condemn atau pun aper.

saya tak kata kerja lain tak tinggi workload, tapi saya nampak rasional kalu gaji mereka dikaji semula. sesuailah dgn beban yg mereka galas.

tugas pensyarah dah banyak berubah berbanding dulu.

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudahlah bersyukur dengan rezeki yang ada. Kerja nawaitu kene betul semua kerja sama yang penting kerana Allah baru diberkati.Kalau nk pk gaji je sampai bila-bila tak puas...naik gaji besar belanja...pi mai pi mai dok tang tu juga....tak payahlah nak kata kerja ni banyak kerja....kerja tu malas kerja....apa-apa pun kalau dah nama kerja memang tetap ada kerja....makan tido pun kerja...

Tanpa Nama berkata...

kerja kalau dok pk pasal gaji je tak kan ke mana... asyik tak puas hati. Kerja niatkan kerana Allah pasti kita akan lebih redha....kalau dah nama kerja tetap akan ada kerja...

Tanpa Nama berkata...

Kalau dok kata cikgu tak de kerja...cikgu malas kerja....mai la kerja jadi cikgu baru dapat menyelami kerja sebagai seorang guru... produk kerja sebagai guru ialah melahirkan manusia...bukan barang... adanya kita di sini bermula daripada seorang guru biasa....janganlah kita lupa...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
Saya baru bercadang untuk meneruskan pengajian ke peringkat phd dlm bidang education psychology. Saya terkejut jugak bila tengok gaji pensyarah berkelulusan phd dengan gaji pokok bermula dari Rm4k++. Gaji tu lebih kurang gaji saya di syarikat swasta, sewaktu saya masih berkelulusan degree.

Tapi bekerja kena ikhlas, gaji bukan segala2nya. Saya amat2 minat dgn dunia pendidikan. Kepuasan untuk mengajar & belajar dlm masa yang sama tak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit. Cuma mmg terkejut dgn nilai gaji tu, memang sedikit!

Saya pernah menjadi guru ganti untuk tempoh 2 tahun di sebuah sekolah menengah. Gaji sgt kecil, tapi saya capai kepuasan menjadi pendidik. Cuma saya amat sedih dgn segelintir guru yg tiada matlamat untuk ubah mindset & minda sendiri, apatah lagi pelajar. Guru yg bersikap negative. Tiada wawasan atau inisiatif. Guru yg rungutannya lebih banyak dari daya usahanya.

Jadi kalau saya benar2 ingin jadi pendidik, saya perlu terima gaji yg diberi. Selebihnya itu dibawa ke akhirat. Insya Allah.
Ulamak dulu2 pun bukan bermewahan. Semuanya bersederhana. Insya Allah.