SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

19 Mac 2010

KAJI PUNCA PENJAWAT AWAM RASUAH

Berita Harian
2010/03/18




KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam menggesa kerajaan menjalankan satu kajian bagi mencari punca penjawat awam, terutama mereka yang berada dalam kumpulan sokongan, terbabit dalam rasuah. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata, pemerhatian Cuepacs sejak beberapa tahun lalu mendapati skala gaji rendah dan kos sara hidup tinggi mungkin menjadi antara faktor penjawat awam terbabit rasuah.
Beliau berkata, mungkin banyak lagi faktor lain menyebabkan berlaku rasuah dalam perkhidmatan awam dan penting bagi kerajaan mencari punca sebenar gejala ini dan mengambil langkah mengatasinya dengan segera. "Cuepacs tidak pernah menyokong amalan rasuah dan sentiasa menasihatkan penjawat awam supaya melaporkan kepada ketua jabatan masing-masing sekiranya mereka ditawar dengan rasuah," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zakaria Jaafar, bahawa penjawat awam adalah kumpulan tertinggi yang terbabit dengan rasuah pada tahun lalu. Daripada 191 penjawat awam yang disyaki terbabit, 160 daripadanya adalah daripada kumpulan sokongan. Ahmad Shah berkata, pemerhatian mendapati skala gaji penjawat awam, terutama dalam kumpulan "petugas penguatkuasaan" dalam negara amat rendah berbanding negara lain. Beliau memberi contoh, seorang konstabel di Taiwan dibayar gaji RM14,000 sebulan, berbanding RM800 hingga RM1,200 di Malaysia. – Bernama

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x payah kaji2...naikkan gaji pada tahap yg sepatutnya utk kakitngan awam Malaysia...itu je puncanya.....

M.a berkata...

Ramai sangat P.A duk bergantung ngan orang politik..gini jadi nyer..gaji secoit,tapi selalu duk kipas Yb cari makan luar..untung2 boleh support BMW 3 series..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu..Kalau nak kaji... sampai pencen pun tak akan selesai..Kata Malaysia akan jadi negara maju...Gaji pun mesti taraf negara maju...baru betul..

Konstabel Muniandy berkata...

baguslah gaji akan naik rm14000 kami sangat setuju polis bergaji mahal lagi. kamu jangan marah politik, tiada kena mengena cuma perjuangkan polis untuk menjaga keamnanan mestilah risiko tinggi.

kamu kerani tidak ditembak tetapi kami kena. jadi jangan meminta lagi bersyukur jua adanya

MattDemon berkata...

Every action there's a reaction. Kalau naikkan gaji lagi, harga barangan akan naik dan berlaku stagflasi, iaitu kadar inflasi tinggi dan pengangguran pun tinggi. Senario ini akan meningkatkan lagi gekala sosial yang sedia ada.

Punca rasuah di kalanagan penjawat awam ialah nafsu, iaitu inginkan gaya hidup melebihi pendapatan. Tidak mengukur baju di badan sendiri.

Untuk menanganinya, saya cadangkan jangan buka ruang atau pemberian kuasa kepada sekumpulan kecil. Contohnya kelulusan permit atau lesen tertentu hendaklah melalui beberapa peringkat kelulusan dan bukan diberikan absolute power kepada sesuatu pihak.

Kalau mahu dibanteras terus, harus dikenakan tindakan yang lebih keras termasuk kepada ketua jabatan yang rasuah. Boleh diberikan ganjaran serta perlindungan kepada pemberi maklumat. Senario sekarang, golongan sokongan takut melaporkan ketua jabatan yang rasuah kerana taku akan terjejas kerjaya dan peluang kenaikan pangkat.

Rasuah golongan sokongan dan rasuah golongan atasan masih berlaku tetapi dalam skala yang berbeza. Ada yang ambil RM500, ada yang ambil RM5000, semata-mata untuk memenuhi gaya hidup masing-masing.

M.a berkata...

Mat..kalau setakat naik gaji..tak terasa sangat harga barang naik.kerajaan boleh kawal,sekarang nie gaji memang dah kecik tapi hari-hari barang terus naik..Bab belanja tak ikut saiz tong tu memang tidak boleh dinafikanlah. Masalah sekarang siapa yang menekan siapa ? Pembeli menekan penjual ke? atau sebaliknya..Takkan kita mahu berkira untuk mengisi perut anak-anak kecil yang masih tidak faham apa itu RM. Contoh mudah kita ambil ikan..yang lama sikit RM9 sekilo..yang baru RM14 sekilo..Anda yang faham apa itu perbelanjaan yang berhemah tak pe la.Nie gaji baru RM1500 sebulan..barang dapur dah cecah RM500.belum kira perbelanjaan anak-anak dan pelbagai bil itu ini lagi.Nak ikat perut ke?

Bagi yang tak ada tanggungan besar boleh bersembang la.Belanja ikut nafsu.Sepatutnya kerajaan perlu kaji semula,bagi P.A yang ramai tanggungan dan Isteri tidak bekerja layak menerima elaun khas.Ini dinamakan kebajikan.

Jangan duk naikkan gaji pegawai atasan sahaja,yang kuat berkerja orang bawahan nie.Setakat dipuji oleh K.J dalam meeting buat pe?? K.J bersembang jea.semua anak buahnya dapat buat kerja dengan cemerlang.Masa kena puji kembang la.Bila ada masalah ada nak defend kita ? lepas tangan la.Cuti lagi satu hal.Berkira sangat pasal kerja.Anak dan keluarga tak sihat,mesti kita ambil peranan sebagai ketua keluarga.Selalu ugut sangat kita yang lemah nie.Nampak sangat kita selalu ponteng dalam melaksanakan tugas.Kalau diorang tiap-tiap hujung tahun dapat melancong luar negara tenang fikiran tak pe.yang kita nie terhegeh-hegeh jaga pejabat.Banyak sangat dah tipu orang tua bab kerja nie.hantar duit jarang sekali,apatah lagi nak jengok mereka.

Fikir-fikirlah anda yang bergelar K.J..hari ini hari anda..kelak masa hari tua anda.pasti anda sekadar jadi ketua untuk lembu dan ayam-ayam di laman rumah sahaja.Sekarang anda berurusan dengan Insan yang berakal waras.Maka hormatilah dan selamilah hati dan perasaan serta pendapat yang bergelar "aku dibawah".

MattDemon berkata...

Mengekang kenaikan kos hidup (inflasi) dan menaikkan gaji adalah dua perkara berbeza yang memerlukan dua mekanisme berbeza. Fokus kerajaan sepatutnya mengekanng kenaikan harga final output dengan mengekang kenaikan harga kos input kepada output tersebut. Kalau ini berjaya dilakukan, Malaysian cost of living will be maintained considerable.

Sebab tu bagi saya menaikkan gaji secara mendadak pun tak guna, sbb kenaikan barangan sejajar dengan kenaikan gaji. Penguatkuasaan kerajaan masih lemah dalam hal ini. Mekanisme yang lemah perlu diperbaiki dengan segera untuk mngelakkan masalah ekonomi micro ini memberi kesan kepada permasalahan sosial pula.

Tuan M.a, saya faham tanggung jawab keluarga sbb saya pun berkeluarga. Saya baru melepaskan jawatan saya di salah sebuah jabatan kerajaan untuk memberi peluang kepada orang lain pula yang tak bernasib baik dalam sektor swasta.Dan saya seru kepada golongan pengurusan dan profesional lain untuk meninggalkan sektor kerajaan jika anda rasa anda sudah tidak mempunyai minat bekerja yang mana duit gajo tersebut bolehlah diberikan kepada yang benar-benar berminat.

MattDemon berkata...

Saya tak fikir gaji kosntable polis di Taiwan sebanayak RM14,000 sebulan. Saya pernah bertugas di Taiwan selama 2 minggu dan gaji kakitangan kerajaan di sana lebih kurang kakitangan kerajaan singapura sahaja. Cost of living di taiwan pun tidakla semahal hong kong. Mungkin salah conversion oleh setiausaha agung cuepacs tersebut.

Saya sarankan konstabel muniandy berhijrah ke switzerland sebab gaji polis di sana lagi mahal. Buat apa nak stay di Malaysia lagi dan asyik mengungkit kerja polis kena tembak. Sebab anda yang memilih bidang kerja tersebut. Anda boleh memililih profesion lain. Setiap orang dalam sektor berlainan akan membangkitkan kesusahan masing2 yang tak berkesudahan.

M.A berkata...

Tuan Matt..komen saya sekadar menggunakan bahasa yang mudah difahami umum.Bukan saya mempertikaikan pasal kenaikkan gaji,tetapi sekadar peringatan kepada pihak kerajaan agar peka tentang kebajikan golongan yang menjayakan kesejahteraan rakyat.Jangan utamakan pemimpin politik sahaja yang suka berbakti tetapi secara zahirnya golongan P.A lah yang menggerakkan segalanya.

Bersidanglah dengan bijak dalam mengubal segala undang-undang dan akta wahai ahli parlimen.Kami golongan dibawah ini bersetuju sebulat suara apa jua keputusan pun.Yang kami tahu amanah yang diberikan akan tetap kami tunaikan.Tetapi kami ada maruah diri..jangan hina kami jika kami bersalah,,bantulah kami..sayangilah kami..insyAllah "2012 rasuah sifar" untuk semua P.A

Tanpa Nama berkata...

masalah tentang rasuah ni tak timbul jika pihak SPA pandai mengambil calon yang benar-benar jujur, stakat petah bercakap di dalam temuduga, belum tentu orang tu patut di ambil bekerja, kita kaji juga latar belakang agamanya, tingkah lakunya, orang yang banyak cakap ni biasanya lebih banyak menghabiskan masa di luar. tapi kerja sikit yand dibuat. jika orang jujur dan tahu tentang dosa ni, confirmed tak ambil rasuah. melainkan memang tamak dan mata duitan yang tak indah halal dan haramnya rasuah ni. lagipun, kalau nak naikkan gaji kakitangan awam ni, janganlah pandang satu-satu perkhidmatan, perlulah adil juga untuk semua yang bekerja di dalam perkhidmatan awam. itu kah tandanya mesra rakyat? sedangkan yang kerja di dalam kerajaan ni juga rakyat juga. bukan pasal beban kerja yang patut diukur untuk naik gaji, tapi lihatlah kos hidup sekrang ni macam mana? pegawaai atasan tak rasa susah pun sebab gaji stabil. kalau yang di bawah ni, tuhan ja yang tahu peritNya. ni, asyik-asyik Polis naik gaji, bukan hari-hari polis mati semasa menjalankan tugas yang kononnya kerja melibatkan nyawa. sedangkan bukan semua yang kerja sebagai Polis tu terlibat dalam penyiasatan sepenuh masa. ada yang jadi polis mekanik, polis jaga pondok polis, polis main muzik. jaga stor senjata. jadi driver polis, sedangkan kakitangan awam lain pun menyumbang juga kepada perkhidmatan awam di Malaysia.kalau nak naikan gaji pun, biarlah serentak dengan yang lain. ini hanya kumpulan tertentu ja yang naik gaji. benda ni tak berlaku di zaman pemimpin terdahulu. bila naikkan gaji, semua pun diambil kira. entahlah, kesian kepada skim perkhidmatan lain yang bergaji rendah tu. cubalah pertimbangkkan.

Tanpa Nama berkata...

apa yg di tulis oleh M.a sgt2 disokong..apa yg dickp tu semuanya dialami oleh kakitangan bawahan ni..

Tanpa Nama berkata...

salam semua,
janganlah terlalu marah gai kakitangan polis yang naik tak seberapa,baca betul2 yang naik banyak2 tu semua pangkat sarjan keatas,memang bukan semua polis yang terlibat dlam penyisatan sprt yang dituliskan ada yang jaga setor mekanik dan sebagainya,tp satu yang pasti tidak ada istilah duit OT pada polis, sprt kakitangan awam yang lain dapat,pergi kursus claim dan lain-lain.

Tanpa Nama berkata...

bukan setiap masa juga penjawat awam perlu melakukan kerja lebih masa sehingga dibayar elaun yang lumayan. itu pun jarang. itupun di jabatan-jabatan tertentu yang banyak berurusan dengan orang ramai. sekrang ni pun kakitangan awam yang buat overtime disuruh ambil cuti sahaja... tiada yang lebih lagi selain itu. kalau pergi kursus pun, tak ada untungnya, elaun tu cuma bayar balik perbelanjaan semasa kursus. itupun kalau ada duit peruntukkan, kadang kadang tahun depan baru bayar sebab tahun semasa tak ada duit. masalah kenaikkan gaji ni timbul sebab kenaikkan gaji tidak dilakukan serentak untuk semua penjawat awam yang berkhidmat. itu yang timbul ketidakpuashatian di semua penjawat awam. sedangkan gara-gara kenaikkan harga minyak, semua harga barang dan perkhidmatan naik mendadak. sedangkan kuasa beli tidak seberapa, ditambah lagi penjawat awam yang mempunyai anak yang ramai dan bersekolah dan mempunyai hutang rumah dan kereta. Itu sepatutnya diambil kira juga. lu pikirlah sendiri.

gertak berkata...

Bagus Tanpa Nama berkata...tu.tanpa nama ada suara. keluh kesah PA makin terasa, tugasan yg dilaksanakan tak dinilai dgn sewajarnya. polis x ada OT, tapi kelebihan pada elaun tertentu. PA, ada OT tapi kadang2 bayar, kadang2 x. apa kata MP pergi bersidang x payah bayar elaun, bertugas utk rakyat. macamana? bayarlah OT kami dgn sempurna, moga wang hasil titik peluh ni dpt membendung PA dr. gejala rasuah. ingat selagi pemberi ada disitu ada godaan. samalah kita beramal.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak kaji jangan segelintir perkhidmatan sahaja dikaji, yg lain pun PA juga.