SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

15 September 2011

ANGKASA PERKENAL SKIM KOPSYA BANTU PENJAWAT AWAM BUAT PINJAMAN MUDAH

Bernama
15/9/2011



PETALING JAYA, 14 Sept (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menubuhkan skim Koperasi Pembiayaan Syariah (Kopsya) bagi membantu kakitangan awam membebaskan diri daripada hutang bank.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata Kopsya bertujuan membantu penjawat awam membuat pinjaman, selain mengelakkan mereka daripada dikenakan kadar faedah yang tinggi.

Beliau berkata Kopsya, yang diuruskan Angkasa, dilihat mampu membantu penjawat awam membuat pinjaman melalui kaedah potongan gaji serta mereka yang tidak dapat melangsaikan hutang kepada bank daripada diisytiharkan muflis.

"Kita tak nak lihat 1.5 juta penjawat awam meminjam dari saluran yang tidak bertanggungjawab kerana ia akan mendatangkan banyak masalah di kemudian hari... Saya harap jabatan-jabatan kerajaan yang belum menubuhkan akan menubuhkan koperasi bagi membantu penjawat awam yang berdaftar mendapatkan pinjaman yang terbaik dan mudah.

"Dengan terjalinnya kerjasama bersama Angkasa ini, kita akan gerakkan ke seluruh Malaysia bagi menggalakkan penjawat awam mendaftar kepada koperasi yang berada di bawah Angkasa," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya Rabu.

Omar juga berkata skim Kopsya yang menggunakan kaedah pemotongan terus gaji akan menyelamatkan penjawat awam daripada tindakan saman serta menggalakkan mereka hanya meminjam mengikut kemampuan gaji.

Sementara itu, Presiden Angkasa Profesor Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata skim itu, yang tidak mengenakan cukai perkhidmatan, dijangka berupaya menarik penjawat awam membuat pinjaman pada kadar yang mereka mampu.

"Skim ini sudah diwujudkan, tetapi ia akan mula beroperasi sepenuhnya kira-kira dua bulan dari sekarang," katanya.



-- BERNAMA

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hah apa lagi PA...pi la buat hutang..last2 meroyan gaji ciput kena potong sana sini minta nak mintak sambung kerja sampai umur 60.70.80 dan kalau boleh sampai 100 tahun

sidi aik berkata...

Tp kalu 60% dah potongan, nak pinjam ape lagi. fikirkan....

Tanpa Nama berkata...

semua skim pinjaman sama saja.....

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..

elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27 iaitu E27 dengan E27(www.spa.gov.my)

..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

mana adil..sijil sama gred berbeza.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

INI TIDAK ADIL

Tanpa Nama berkata...

ape ke jadahnye kau org nak suruh PA berhutang.. kos hidup semakin tinggi..barangan keperluan dan minyak semakin mahal.. sepatutnye kerajaan buat penyelarasan gaji dan kenaikan pangkat PA.. dah berpuluh tahun tak buat nie beb..!! ini otak udang mana cadang nie.. sengal lah lu..!! kami tunggu bajet 2012 dan PRU-13 jea.. 1.5 juta PA..anda mampu mengubahnya..!!

Tanpa Nama berkata...

apa-apa la cuepacs ni,nak suruh PA p tambah hutang..tuan presiden cuepacs,sepatutnya kerajaan melaksanakan pelarasan gaji,kenaikan pangkat PA gred rendah..ini tak,nak bagi menambahkan beban pulak..tengokla nanti,PRU 13,smua PA akan keluarkan rasa kekecewaan terhadap kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

Ngko Mamak Omar banyak perkara dah nyanyuk ...
letak saja jawatan presden cuepacs. aku yakin ramai pejuang dalam cuepacs yang peka dalam permasalahan PA.
pelarasan gaji bila ???
Mamak omar buat donknow jer .....

Tanpa Nama berkata...

hutang..hutang..hutang..last terbag..bila lagi nk bgi pembantu am pejabat punya kenaikan gaji..dulu awl thun ko mamak omar ko umum lebih 15000 pembantu am pejabat akn nikmati kenaikan pngkat dan gaji ....ni dh ujung thun apa cer...

Tanpa Nama berkata...

takda cara lain yg lebih baik ke nak tolong PA.. asyik2 mengalakan hutang saja. mcm gaji besar sangat.. cara iktiar yg lebih efectif lg nak bantu..

Proidas berkata...

Pelik pula saya kenapa Cuepacs seperti menggalakkan PA meminjam dan berhutang.

Sepatutnya Cuepacs menggalakkan PA menabung, menyimpan untuk masa hadapan terutama sekali untuk pendidikan anak-anak PA.

Cuepacs boleh mewujudkan tabung pendidikan anak-anak PA conthohnya dermasiswa. Mana2 anak PA yang mempunyai potensi untuk melanjutkan pelajaran tatapi menghadapi kekangan kewangan boleh menerima dermasiswa tersebut.

Saya rasa setiap PA takder masalah untuk menderma RM 5 sebulan setiap orang sebulan. RM 5 x 1.2 juta x 12 bulan= RM 72 juta setahun.

Dengan ini juga bolehla mengurangkan tanggungan biasiswa/pinjaman JPA dan juga pinjaman PTPTN

Tanpa Nama berkata...

apasal pulak nak suruh berhutang.....sptutnya buat simpanan....nak tmbh beban..nanti minta lagi penyelarasan gaji

Tanpa Nama berkata...

intrest 1%dh la..bru btl nk tlong..leh ttup htg yg mn ada skrg..

PTD Cerdik berkata...

dah suruh menabung dr dulu korg x mahu. suruh belajar rajin2 dulu korang x mahu. tahu nak main, merempit dan bercinta saja. pastu ponteng sekolah.

skang ni terpaksa berhutang pula. ish ish.. sokongan oh sokongan.

Cina kalo xde duit, diorg paksa nak belajar tinggi2, biar suasah tp anak berjaya. PA pula asyik mahu beli kereta baru dan perabot baru, pastu berhutang sakan, yuran sekolah anak pun x bayar. biar papa asal bergaya

Tanpa Nama berkata...

Oi PTD bahalol...Ko ingat semua sokongan ni taik utang ke...ape ingat golongan P&P tu xde utang ke...Jgn bangga n riak sgt ko duk kat ats tu..Bile2 mase je Allah blh tarik nikmat tu...Nti ko tulis name ko 'PTD KUFUR NIKMAT' ye..

Tanpa Nama berkata...

malaikat maut tengah perhatikan PTD Cerdik 70 kali sehari semalam.. nasib la..!!

Tanpa Nama berkata...

hutang akan myebabkan PA merana seumur hidup..mmg PA tak lari dr berhutang..semua yg nk buat harta pasti akan berhutang dahulu..tp rasanya PA tak perlukan perjuangan utk berhutang tp mereka ingin perjuangan bagi menaikkan gaji yg terlalu sedikit berbanding puluhan tahun yg lalu..jika dilihat dr segi kenaikan harga pasaran n taraf hidup masa kini..klu igin membantu mereka langsaikan hutang,tak perlu ka kene kan interest.itu cukup membantu..klu menggalakkan mereka berhutang itu silap besar..kemudian hari akan mnyesal..

Tanpa Nama berkata...

sudah2 lah bhutang 2........

Tanpa Nama berkata...

x pelu cerita pasal kenaikan gaji, pelarasan gaji, pinjaman, sijil politeknik n lain2... buang masa je luahkan d blog cuepacs ni.. aku komen kat sini pn dh buang masa rasanya.. lebih baik x perlu wujud blog ni.. kalu sungguh nk tolong.. buat mogok lapar.. 1 mogok, 1 malaysia.. :(

Tanpa Nama berkata...

eleh,ngko..pandai je nk komen buang masa konon!klu da tak suka blog ni,xpayahla nk baca ke nk komen ke..ignore j..ni mnyibuk jugak nak tahu..pandai sgt la tue bagikan masa!buang masa je ko nk komen ke nk bce blog ni!!

Tanpa Nama berkata...

ini altenatif untuk saper2 yang nak pinjam... lebih baik dari pinjaman sebelum ni... ikut kemampuan... dunia skrang ni mana leh beli CASH... mmg kene hutang... tapi berpada2 n pandai pilih kaedah huntang mana yg kita nak.... tapi klu hutang nak beli perabot baru mmg tak dapek den nak nolong eh....

Tanpa Nama berkata...

Kita yang tiada apa ni mmg kene hutang.. tapi kene bijak n pandai pilih produk hutang mana yang kita nak... pilih jer maan yg terbaik...

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin mencadangkan supaya CUEPACS memohon kerajaan memberikan pinjaman penuh kali kedua mengikut kelayakkan pegawai untuk membeli rumah kedua! Sebagai contoh saya pd awal dulu setelah disahkan jawatan telah membeli rumah dgn pinjamanan kerajaan. Masa dulu kelayakkan hanya RM130k. Hanya mampu beli pangsapuri.

Namun setelah 8 tahun, kelayakkan pinjam sekarang adalah RM300k. Dengan bilangan ahli keluarga semakin ramai, saya ingin membeli rumah yg lebih selesa mengikut kelayakkan. Tetapi malang sekali, pinjaman kali kedua kerajaan hanya diperolehi dari kelayakkan sekarang tolak pinjaman dahulu berbaki RM170k sahaja! Jumlah ini tidak dapat menampung untuk membeli rumah yg lebih selesa... Keadaan ini amat merugikan PA awam untuk menambah aset peribadi. Sedangkan aset adalah sesuatu yg penting untuk menjamin masa depan diri & keluarga.

Disamping memperjuangkan isu bonus dan penyelarasan gaji, saya amat berharap isu pinjaman rumah kali kedua juga dapat diperjuangkan oleh CUEPACS... Semoga PA akan terus mendapat kehidupan yg sejahtera dan selesa.jaan memberikan pinjaman penuh kali kedua mengikut kelayakkan pegawai untuk membeli rumah kedua! Sebagai contoh saya pd awal dulu setelah disahkan jawatan telah membeli rumah dgn pinjamanan kerajaan. Masa dulu kelayakkan hanya RM130k. Hanya mampu beli pangsapuri.

Namun setelah 8 tahun, kelayakkan pinjam sekarang adalah RM300k. Dengan bilangan ahli keluarga semakin ramai, saya ingin membeli rumah yg lebih selesa mengikut kelayakkan. Tetapi malang sekali, pinjaman kali kedua kerajaan hanya diperolehi dari kelayakkan sekarang tolak pinjaman dahulu berbaki RM170k sahaja! Jumlah ini tidak dapat menampung untuk membeli rumah yg lebih selesa... Keadaan ini amat merugikan PA awam untuk menambah aset peribadi. Sedangkan aset adalah sesuatu yg penting untuk menjamin masa depan diri & keluarga.

Disamping memperjuangkan isu bonus dan penyelarasan gaji, saya amat berharap isu pinjaman rumah kali kedua juga dapat diperjuangkan oleh CUEPACS... Semoga PA akan terus mendapat kehidupan yg sejahtera dan selesa.

Tukang Sapu Sampah berkata...

Pelik betul aku tengok. Ada yang cakap pasal loan rumah dan tak puas hati skim gaji lah pulak kat sini. Tapi apa yang lebih pelik ada pulak yang perasan cerdik. Tapi kalau baca apa yang dia tulis.... Sah memang bukan tulisan orang cerdik. Saudara PTD Cerdik sepatutnya faham, bukan semua orang yang pandai. Orang pandai pun ada yang dungu @ tak cerdik. Kalau boleh memang semua orang nak jadi kumpulan professional. Tapi kalau semua orang jadi PTD, terpaksalah kita impot Bangla dan Indon untuk jadi kerani, jurutaip, pekerja am dsb nya. Saudara PTD Cerdik juga nampaknya kenalah hantar sampah ke tempat perlupusan sendiri ye sebab masa tu Bangla dan Indon pun dah boleh demand. Tak nak kerja kotor, prefer jadi kerani kat office air-cond. Fikir-fikirkan lah...

Salleh bin Man berkata...

pelbagai luahan PA dan masalah dari mereka yang tidak tahu bersyukur kepada BN dan para pemimpinnya.

Usahlah kufur nikmat, bersusah payah pemimpin kita mengadakan pelbagai program dan agenda untuk PA dengan ikhlas tanpa mengharap sesen pun balasan, kita kena lah membalas budi dengan menyokong BN dan Umno secara sepenuh hati

Tukang Sapu Sampah berkata...

Aku tak berani komen pasal Skim KOPSYA ni lagi sebab tak tahu maklumat lanjut pasal skim ni. Tapi kalau setakat nak bagi pinjaman aje... tak payahlah. Bukan nak tolong namanya tu, tapi nak ambil kesempatan. Tapi andainya skim tu mengenakan faedah yang cukup rendah dan hanya boleh digunakan bagi menutup pinjaman sediada.... why not? Tapi CEUPECS @ ANGKASA kena buat sesuatu bagi memastikan pinjaman yang diberi hanya membolehkan PA mendapat gaji bersih yang lebih dan BUKAN membolehkan mereka layak buat loan lagi dari bank-bank @ institusi kewangan yang hanya mementingkan keuntungan mereka sahaja.

Apa-apa pun kita tunggu dulu penerangan lanjut tentang skim ini.

P/S: Jangan lepas mulut harimau, masuk mulut buaya sudahlah...

parti bebas berkata...

Salleh bin Man.... iye ke?...

Tanpa Nama berkata...

yea ke boleh percaya ke? pekerja di pejabat cuepacs sendiri pun tak tahu cerita...macammana...

Tanpa Nama berkata...

salleh bin man.. man ape.. mangkuk-hayun..ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

Komen positif dan negatif perkara biasa. Minta PA jangan komen tak menentu laaa.. biar faham dulu apa nak buat, mesti ada kebaikan bagi penyelesaian masaalah PA. Kalau benda tuu tak bagus minta CUEPACS jangan setuju, kalau bagus demi kebajikan PA.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak bersara umur 60 tahun suruh presiden omar osman saja yang buat.Kami yang lain ni tak mau bersara pada umur tu,kena bagi peluang kat anak2 pula.Pilih bersara pada umur 58 pun rasa macam membuat kesilapan jer...

Tanpa Nama berkata...

sesiapa pun manusia di dunia tak kan dapat memuaskan hati sume org termasuklah cuepacs ke kerajaan ke...berfikirlah dgn lebih rasional kerana mungkin ada yg memerlukan bantuan yg dimaksudkan..

Tanpa Nama berkata...

GAJI NAIK, LAGI RAMAI PENJAWAT AWAM BUAT PINJAMAN. JANGAN GALAKAN PENJAWAT AWAM BUAT PINJAMAN, SEBALIKNAYA GALAKAN BUAT PELABURAN, CERAH MASA HADAPAN.

OrangJohor berkata...

Kopsya sangat berguna kepada kakitangan awam JIKA intrestnya antara 1-2.5& sahaja. Oleh itu, yang mana byk utang, bleh pinjam kopsya dan tutup utang lama dgn bank.
Kedua, mana2 yang pinjam kopsya kena isi borang setuju tidak ambil hutang dengan bank lain.
Ketiga, amaun hutang yang diluluskan hanyalah setakat untuk menutup jumlah hutang peminjam (mana yang laing rendah).
Barulah berhuntang dengan kopsya berbaloi2 dan menepati tujuan untuk membantu penjawat awam lari dari mulut bank dan boleh bawak balik lebih wang tunai setiap bulan untuk bagi makan anak bini nanti.

Tanpa Nama berkata...

harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan hutang KOPSYA.Aku rasa isteri aku orang pertama yang rekemen aku wat loan ni.