SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

09 September 2011

PROSPEK: PENJAWAT AWAM DAPAT LEBIH PELUANG NAIK PANGKAT - JPA

Bernama
9/9/2011

Oleh Normalazwa Jamaludin




PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK, sistem baru yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi, iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Katanya PROSPEK yang hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan, adalah selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PROSPEK adalah untuk semua penjawat awam tetapi yang mempunyai peluang untuk mendapat kenaikan pangkat adalah bagi mereka yang mempunyai kompetensi dan potensi.

"Ini kerana sesetengah orang itu, kompeten tetapi tidak ada potensi. Ini bermakna penjawat awam dituntut untuk berubah dan berupaya untuk membangunkan keupayaan kendiri (memajukan diri)," katanya kepada Bernama di pejabatnya, baru-baru ini.

Mei lalu, Abu Bakar mengumumkan PROSPEK sebagai pengganti PTK, yang berkuat kuasa pada 1 Julai, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Abu Bakar berkata sistem penilaian baru itu akan menilai tahap kompetensi mereka dan melihat tahap keupayaan kerja bagi tujuan kenaikan pangkat berbanding hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan PTK sebelum ini.

Katanya antara prinsip PROSPEK ialah membangunkan kompetensi secara berterusan iaitu setiap pegawai perlu menjalani latihan, dan keperluan menjalani kursus selama tujuh hari setahun bagi anggota penjawat awam seperti sebelum ini, akan diteruskan.

Beliau berkata kursus dan latihan itu merupakan pembangunan kompetensi yang bertujuan menambah baik dan menjadikan seseorang penjawat awam itu lebih cekap.

"Apabila mereka menjalani kursus dan latihan, penilaian kursus akan ada. Jadi, kita akan tahu kedudukan mereka dari segi markah yang diperolehi.

"Kita simpan dan kumpul, membuat data mengenai mereka. Jadi apabila ada kekosongan, kita akan ambil misalnya hanya mereka yang berada pada kedudukan top 20, diberi satu penilaian, di mana kita akan tubuhkan panel (panel penilai) yang terdiri daripada orang yang tahu tugas yang akan dilaksanakan.

"Jadi, apabila ada kekosongan jawatan, pada masa itulah kita membuat penilaian potensi seseorang pegawai, sama ada seseorang itu mempunyai potensi untuk mengisi gred jawatan yang lebih tinggi," katanya.

Abu Bakar berkata untuk dilantik sebagai ketua, seseorang pegawai itu perlu mempunyai potensi dan ia adalah antara kriteria penting selain cekap dalam melaksanakan tugas.

"Jadi, bagi mereka yang telah dibangunkan kompetensi dan didapati mempunyai potensi, mereka akan dinaikkan pangkat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

"Tetapi jika dia mempunyai potensi tetapi tidak mempunyai kompetensi setelah melalui PROSPEK, potensinya tidak menyerlah, jadi, tak dapatlah juga dia untuk dinaikkan pangkat," katanya.

Abu Bakar berkata untuk menjadi anggota panel penilai juga mempunyai kriteria tertentu yang terdiri daripada tiga individu termasuk ketua jabatan yang mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas pegawai yang dinilai serta mesti mempunyai kemahiran untuk menilai secara objektif.

"Kita tak mahu lagi beri markah kesian. Hati mesti ikhlas sebab bagi saya, markah tinggi dalam laporan prestasi bukan daripada hati ikhlas tetapi hati belas kasihan," katanya.

Bagi memastikan tidak wujud sikap atau pendirian berat sebelah, beliau berkata panel penilai itu terdiri daripada tiga individu dan anggota Cuepacs juga akan turut hadir sebagai pemerhati berbanding sebelum ini yang hanya membabitkan ketua jabatan sahaja untuk membuat penilaian.

Katanya JPA menyusun program yang terbaik dalam membangunkan kompetensi seseorang pegawai dan seterusnya dapat mengenal pasti potensinya pada masa akan datang.

-- BERNAMA

64 ulasan:

Mohd Zairi berkata...

Dengan jumlah kekosongan jawatan yang terhad, mampukah ia menampung "peluang naik pangkat yang lebih itu" secara adil dah saksama kepada semua penjawat awam? Lagipun, bukankah perjawatan sekarang ini sedang dikejatkan? Banyakkah kekosongan kenaikan pangkat berbanding "peluang" yang diberikan?

Jangan pula nanti hanya skim-skim tertentu saja yang akan mendapat kelebihan. Lima tahun kerja dah naik 48. Skim lain tunggu 7, 8 tahun baru nak merasa 44. Kalau itu jadinya, tiada bezalah dengan PTK yang dimansukan itu :)

Tanpa Nama berkata...

yang lebih diharapkan ianya tak indah khabar dari rupa...memang naik pangkat ni bukan senang...nak dpt bukan senang..tapi bila dapat..tengoklah kenaikan dan nilai yg diusahakan oleh PA yg naik melalui KPSL...dah nak lulus bukan senang..berbagai syarat...kenaikannya tak seberapa..dari yg terpaksa ditanggung. harap kenaikan ni lebih baik... isunya bos2 yg kat atas tu tak emosi ke masa menilai kalau penal2nya terdiri dari bos and the gang???? harap ini dipandang serius oleh mereka yg merancang, membuat dasar dan memutuskan...selalunya bila perlaksanaan kat bawah, selalu jadi lain...dah di namakan manusia!!! Jgn perbezaan gaji dr gaji asal gred 17 ke gred 27 bezanya $70 hinggit je...yg keluar lebih banyak dari masuk...pikir2lah anda kat atas...

Tanpa Nama berkata...

patut ada pelarasan tempoh masa berkhidmat sebelum dipertimbangkan kenaikan pangkat..
ini x..ada skim 5 tahun dah naik gred..ada 7,8 tahun..cikgu 10 tahun..ada jgk yg belas2 tahun..

jd xde keseragaman..
inilah yg menyebabkan timbul rasa tidak puas hati antara penjawat awam..walaupun mereka mempunyai kelulusan yg sama..tempoh berkhidmat yg sama..tp peluang kenaikan yg berbeza disebabkan oleh perbezaan gred..

sepatutnya JPA selaraskan peluang kenaikan pangkat untuk semua skim berdasarkan kpd kelulusan akademik n tempoh perkhidmatan

Tanpa Nama berkata...

jpa pun manusia...dia orang pun drp gred tertentu..itu sebablah dia orang cepatkan kenaikan pangkat untuk gred dia orang je... yang gred lain-lain tu kirim salam lah.

Tanpa Nama berkata...

Ingat Katakunci PROSPEK :
1. Kompetensi
2. Potensi

Mana-mana PA yang (WAJIB) ada 2 di atas baru dipertimbang untuk kenaikan Pangkat.

Perlu pulak dapat 'score' markah dan 'kedudukan Ranking' terbaik.

Dihujungnya terdapat 3 orang panel penilai. Juga 1 orang bertaraf Pemerhati dpd Cuepacs?

Kah ... kah ...

Bila nak merasa naik pangkat !!!!! kalau bukan kaki bodek ... usah bermimpi.

Tanpa Nama berkata...

JPA buat kenaikan pangkat dan penyelarasan gaji hanya utk PTD, PTN dan pegawai Gred 41 ke atas jea.. PTD yg buat dasar tue..
manakala di peringkat negeri PTN pulak.. blaahh kau org.. di akhirat nanti kami tuntut apa kau org buat kat kami.. tunggu la balasan di dunia-akhirat..ramai PA kumpulan sokongan ada master dan ijazah sepatutnya di beri keutamaan kenaikan pangkat..tapi tak dpt apa pun.. walaupun dah daftar d'spa bertahun-tahun.. exam dan temuduga pun habuk tak ada.. kesiannya.. manakala kumpulan sokongan gred 17-32 ada yang berkhidmat lebih 10 tahun ke atas tak ada apa pun.. pembohongan kali ke-1 beb.. pembohongan kali ke-2.. mana kau org ada duit.. lagi-lagi kerajaan negeri mcm johor, pahang, perak dan negeri lainnya.. ini semua janji PRU-13..ape-ape hal kita tunggu PRU-13 nanti.. beb.. sampaikan salam kami buat Tan Sri Abu Bakar..

Tanpa Nama berkata...

senang lagi polis yang nak pangkat. tahun ni penyelerasan gaji polis, hujung tahun kenaikan pangkat 30000 anggota polis, tahun depan pelarasan gaji konstebel, pertengahan tahun depan pelarasan koperal dan keatas, hujung tahun pelarasan dan kenaikan gaji polis, dan seterusnya kenaikan elaun rumah, penambahan elaun, setiap tahun ada kenaikan sehingga setiap tahun kenaikan anggota polis mencecah rm 500 setahun. senang nak overlap. tahun ni overlap pukul habis sampai 40percen. x pe tahun depan kenaikan rm500.00 bermacam2 elaun akan polis dapat. kakitangan awam 10 tahun sekali baru dapat kenaikan rm 200. polis setahun beratus2, itu x campur kenaikan tahunan. insyaallah perubahan akan berlaku pada tahun hadapan.........
perubahan dari semua sudut,... insyaallah kita tunggu dan lihat....

Tanpa Nama berkata...

x perlu tunggu sampai sampai 7 oktober. kami terima apa yang kerajaan beri. kami ucapkan terima kasih, kami kakitangan awam tertanya2, tertunggu2,....terima kasih. polis naik pangkat..... pulak hujung tahun pada pembentangan bajet 2012 dapat pelarasan gaji lagi. kenapa ye polis dapat pelarasan gaji 2-3 kali setahun......terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Gaji polis dan elaun polis terlalu tinggi sekarang PA lain naik 25% mereka naik 45% ahun 2007 daqn naik lagi elaun dan tahun 2009 naik lagi gaji dimana PA lain gigit jari saja???Apa in semua??? 1 Malaysia Polis???...Lagi Guru KUP 10 tahun PA lain yg gred 40 ke bawah 15 tahun baru KUP...Apa ni semua tidak seragam??? Kita baru sambut MERDEKA KE 54 TAHUN...masih lagi pengurusan tidak seragam...kenapa ni???Pihak kerajaan sila jawab dan beri penjelasan lengkap!!

Tanpa Nama berkata...

SEDIH TERGOLONG DALAM KATEGORI BERPENDAPATAN RENDAH BERKATA :

bosan suda asyik polis, guru yang diberi keutamaan dari segi kenaikan gaji dan pangkat...kami yang bekerja di bahagian pentadbiran yang memiliki kelulusan tinggi tapi menjawat jawatan rendah langsung tidak diberi perhatian...ingat murah ke kos belajar kat universiti sekarang ni? langsung tak tahu nak menghargai penjawat awam yang sama-sama melancarkan jentera pentadbiran negara....fikir-fikirkanlah wahai pemimpin negara. kami pun perlu dihargai...

Tempura Ali berkata...

Kalau naik naik gaji dan selaras gred biar semua PA terlibat jangan pilih kasih....kenapa kerajaan bila tiba hari mengundi nak semua orang sokong BN????
Macam itulah perasaan PA yg dipinggirkan dari segi gaji, gred dan pangkat...mereka semua pun nak kebajikan yang sama PM!!!
Tak kan CUEPACS buat tak tahu aje isu ni....Buat kerja biar seragam...baru rakyat hormat dan sanjung...Ini tidak asyik laung Malaysia BOleh, 1 Malaysia!!! Apakah kejadahnya buat gitu???
Cuba buat kerja yg betul2 penting dan saksama buat semua PA dan rakyat..Fikir2 lah Tuan/Puan Semua???

fara-lala berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kak T berkata...

Masih PTK dilaksanakan saya N11 mendapat aras IV prestasi melebihi 93 tapi tak naik2 juga ke N14. Kata JPA jawatan N14 cuma ada 6 je di seluruh negara. Berkubur la harapan nak naik pangkat.

Setuju sangat dengan Mohd Zairi "Jangan pula nanti hanya skim-skim tertentu saja yang akan mendapat kelebihan. Lima tahun kerja dah naik 48. Skim lain tunggu 7, 8 tahun baru nak merasa 44. Kalau itu jadinya, tiada bezalah dengan PTK yang dimansukan itu :)"

Santau Mat berkata...

Gred 1-40 kena tunggu 15 tahun batu naik pangkat KUP...teruk lagi lah kawan????
Jawatan tak ada nak naik ke mana??? Naik bangunan dan terjun kah???

Tanpa Nama berkata...

Bagi setiap PA setiap 5 tahun dengan prestasi memuaskan naik pangkat dengan kaedah KUP kan lebih baik...baru semua seragam dan puas hati.

PA gaji mati berkata...

JPA patut semak dulu berapa peratus PA yang telah menerima gaji mati iaitu berada di tangga maksimum. Macam mana dapat naik pangkat lagi?

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya ada sistem gaji matrik yg tidak ada penghujungnya@bar selagi PA berkhidmat selagi itulah dia layak menerima kenaikan gaji tahunan baru betul kan???
JPA jangan buat tak tahu hal ini...kami bukan pandai tapi tak bodohlah???
Kerajaan sentiasa membuat perkara yg membangkitkan ketidakpuasan hati PA dalam soal gaji, gred dan pangkat....kenapa???
Sudah tulis dlm blog pun tak nak ambil tindakan...sungguh tidak efisien...CUEPACS harus pikul isu dan pastikan ianya dilaksanakan kepada PA yg dipinggirkan selama ini.
Nanti kalah undi kata.."kenapa sokong pembangkang???" kerajaan BN prihatin kta PM..
Jika begitu soal/isu di atas tak pernah diselesaikan...macam mana PA tak berontak...salah siapa???
Fikir2 kan lah kawan/rakan2 sekalian.

Tanpa Nama berkata...

bila nak selaras gaji agaknya?

Tanpa Nama berkata...

hahahaha....mana ada penyelasan gaji polis..semua 2 tipu je...dah 2thn janji nak buat penyelasan gaji....tak buat2 juga.klau kjaan tak mampu jgn nak janji2 je....

sama saja berkata...

hahahahaa pi mai pi mai tang tu la jugak....hahahhaaaa beee end..be enddd...

Mat Piah berkata...

Penjawat Awam Dapat Lebih Peluang Naik Pangkat? Hahahahaha..peluang mendanya...yang akan dapat lebih peluang kroni-kroni laaa...la ni, x payah cakap la pasal PROSPEK...Cuba renung2kan:

1) PTD baru 3-4 tahun servis dah naik gred dari 44 ke 48.
2) Pegawai Perubatan 2-3 tahun servis dah naik dari gred 41 ke 44.
3) Pegawai Farmasi 3-4 tahun servis dah naik gred dari 41 ke 44.
4) Penolong Pegawai Tadbir (Gunasama) JPA/Kementerian Pertahanan baru 4-5 tahun servis di gred 27 dah dapat peluang naik ke 32.
5) Guru - automatik ikut time based 10 tahun naik gred (tugas x berubah, ajar subjek yang sama). Kakitangan kerajaan yang lain tunggu KUP sampai 15 tahun.
6) Polis berpangkat lans koperal baru dapat naik pangkat kepada Koperal (ikut time based).

Aku rasa banyak lagi perjawatan selain perjawatan di atas mendapat "LAYANAN ISTIMEWA" dari kerajaan jika di bandingkan dengan perjawatan lain. Percaya atau tidak ini lah realitinya.

Jangan sekadar menjadikan PROSPEK ni CUKUP SYARAT sahaja, sedangkan keistimewaan hanya dinikmati oleh "KUMPULAN" tertentu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

polis standard darjah 6 saja gaji rm 3 ribu +++. kalo dalam PA darjah 6 tu tukang kebun saja.. tu la polis sekarang kerja nak lepas tangan saja sebab tak tau nak buat. duduk ofis hari2 tanya pasal gaji.

ewanfall berkata...

"Jadi, apabila ada kekosongan jawatan, pada masa itulah kita membuat penilaian potensi seseorang pegawai, sama ada seseorang itu mempunyai potensi untuk mengisi gred jawatan yang lebih tinggi," katanya.

PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK..

Tanpa Nama berkata...

SKIM JURUTEKNIK BILA NAK DINAIKTARAFAN KE J27?????????

Tanpa Nama berkata...

peluang kenaikan pangkat bukanlah terhad mahupun susah kpd penjawat awam.tp ianya agak susah serta terhad utk kumpulan sokongan.itu yg lebih tepat sebanarnya.

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun peerkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

INI TIDAK ADIL

Tanpa Nama berkata...

relax bro.,
ngko tak paham-paham mende-mende ini.
usah cakap pelarasan gaji .. apa itu pelarasan gaji? apa itu cola?
apa itu peluang naik pangkat ...
aku dah lupa ...
(kantor kewangan ku makin bocor !!!!!). Tolong !!!!

Tanpa Nama berkata...

aku sokong 500% kenyataan herannnnnnnnnnnnnnn..

ini lah bukti SPA tak penah amik tau pasal jawatan bawahan..syarat lantikan pun tak "update"..dah berpuluh2 tahun dok takuk yg sama..kalau tak percaya kau check syarat2 lain mesti dah lapuk dan dah tak sesuai dipakai pada masa sekarang ni termasukla pencen dan lain2..

tapi kalau syarat lantikan atau kenaikan pangkat untuk kumpulan profesional..belum di wartakan lagik prosiding dah berjalan lancar..tak percaya kan? hahaha..dunia2

Hamba Allah berkata...

Saya sokong Mat Piah dan rakan2 seperjuangan di atas...54 tahun sudah merdeka kita kecapi bersama...alhamdullilah..
Malaysia Boleh slogan kita dan terkini 1 Malaysia yg membawa makna yg luas dan mantap untuk rakyat jelata.
TAPI ALANGKAH SEDIHNYA GOLONGAN PA bawahan yg gaji rendah 1-27 dan 29-32 golongan sederhana kena tunggu 15 tahun baru naik pangkat KUP...namun inilah realitinya yg dibuat kerajaan kini.
Mat Piah punya kenyataan telah menerangkan kesemuanya tentang perbezaan ketara dan berat sebelah pihak kerajaan terhadap golongan kita seperti kita semua tak ada menyumbang kepada pembangunan negara.
Kenapa kerajaan begitu susah memberi gaji ikut Sijil dan Kemahiran yg ada pada setiap PA???
Kenapa hanya sesetengah jawatan yg diberi keistimewaan???Betulkah ini???Kenapa ada birokrasi???
Pemimpin negara patut menilai semula dan merombok skim2, gred dan gaji yg tidak seragam di antara PA semua....Susah sangat atau sengaja tak endah...Tuan/Puan2 slogan boleh dilaungkan dan ianya akan memberi semangat kepada kita semua tapi bukan ungkapan saja...ianya mestilah disusuli dengan perlaksanaan program yg seragam, adil dan saksama...
Saya berharap semua PA akan mendapat gaji, elaun dan insentif yg sama dan bukannya pilih kasih.

Tanpa Nama berkata...

akhirnya sistem bodek akan menentukan kenaikan pangkat, bukan kompetensi dan potensi. sudahlah, ini cuma tukar nama atau tukar baju saja...terasnya tetap bodek...

saya sarankan kakitangan awam fikirlah kalau nak sambung belajar kerana ada kelulusan pun bukan jadi keutamaan dlm kenaikan pangkat tapi 'bodek'..

Tanpa Nama berkata...

Maaf cakap... Yang buat dasar semua golongan PTD. Jd apa saja yg dibuat hanya untungkan puak2 tu saja. Bukan semua PTD tu cerdik...ada yang bangang tp sbb ada 'cable' dpt la jd PTD! Bayangkan umur baru 35 thn dh pegang jawatan gred 54!

Sebab tu kita lihat pentadbiran negara zaman skrg lebih teruk dr era 80an -90an! Dasar2 yg dibuat ntah apa2... Srkejap tukar sekejap tukar lain.

JPA/SPA perlu perkenalkan sistem yg mengikut tempoh berkhidmat unt kenaikkan pangkat. Sekiranya bermula dr gred 41, tempoh 15-20 thn di ambil untuk sampai ke gred 54. KPSL untuk kump sokongan perlu diMANSUHKAN. Jika bmula gred 27, tempoh 10-15 thn perlu dilantik ke gred 41 secara automatik! Dengan kelulusan diploma dan pengalaman kerja yg lama, pegawai tersebut merupakan aset yg lebih baik jika dibandingkan dgn fresh grad yg baru masuk dgn gred 41! ua golongan PTD. Jd apa saja yg dibuat hanya untungkan puak2 tu saja. Bukan semua PTD tu cerdik...ada yang bangang tp sbb ada 'cable' dpt la jd PTD! Bayangkan umur baru 35 thn dh pegang jawatan gred 54!

Sebab tu kita lihat pentadbiran negara zaman skrg lebih teruk dr era 80an -90an! Dasar2 yg dibuat ntah apa2... Srkejap tukar sekejap tukar lain.

JPA/SPA perlu perkenalkan sistem yg mengikut tempoh berkhidmat unt kenaikkan pangkat. Sekiranya bermula dr gred 41, tempoh 15-20 thn di ambil untuk sampai ke gred 54. KPSL untuk kump sokongan perlu diMANSUHKAN. Jika bmula gred 27, tempoh 10-15 thn perlu dilantik ke gred 41 secara automatik! Dengan kelulusan diploma dan pengalaman kerja yg lama, pegawai tersebut merupakan aset yg lebih baik jika dibandingkan dgn fresh grad yg baru masuk dgn gred 41!

Tanpa Nama berkata...

Spa anda diminta tlg untuk lihat balik skim juruteknik j17 lulusan politeknik.ape bezanya dgn lulusan politeknik yang sama iaitu sijil politeknik ada yg mnjawat jawatan penolong pegawai tanah?ADil ke mcm tu?pada pandangan kasar pun leh nampak beza.tak tahu lah kalau spa buta,buat2 tak nampak atau rabun tahap kronik.org lain takkan bising kalau adil dan pihak spa bg pnjelasan yg munasabah.kami blajar bkn semata2 ilmu sahaja tp untuk masa depan.

Tanpa Nama berkata...

TAN SERI SUDAHLAH CAKAP MACAM2 MUDAH NAIK PANGKAT.DAH LULUS PTK DAH 3 TAHUN GAJI PANGKAT PUN TAK DAPAT

senapi berkata...

BN akan menang besar. Dimana2 pun semakin ramai rakyat menyertai UMNO, malahan terdapat beberapa cawangan borang keahlian juga habis. UMNO dan BN tetap teguh membela sunnah dan Quran. Hanya pembangkang yang menolak Islam. Peristiwa bukit kepong membuktikan org UMNO rela syahid demi membela negara, x mcm org PAS yang sanggup masuk penjara menentang British. Ramai pemimpin PAS dah masuk penjara dan ISA, bukti mereka penjenayah.

BN dah buat PROSPEK yg nyata amat menguntungkan PA, Pas dan PKR langsung x buat apa2 program utk PA.

Tanpa Nama berkata...

senapi sudahlah lu beb..kenyataan lu tak ada kena mengena dgn PA..ini ruangan cuepacs..kau nie mangkuk hayun..!!bebal dan sengal..!!

Tanpa Nama berkata...

betul lah bro tanpa nama aku kesian dgn senapi nie asyik mimpi di siang hari jer kalau najib tak naik gaji tahun nie umno dgn najib memang melingkup lah org umno nie kadang syok sendiri jer org kg ngan felda boleh lah ditipu tp yg celik teknologi jgn harap lah sokong di depan pangkah lain di belakang

KSKM berkata...

mangkuk ayun bin mangkuk tingkat.... kakitrangan bawahan diperah-perah .. senang2 kata bagi markah kesian..... prestasi 90% keatas bertahun2.... apc dah dapat....ptk dah P3 kup tak sampai2... lama sangat berbelas2 tahun.... tak de penghargaan langsung... naikan gred 17... hargai kami....yang gred 17 ni yg hampir 15 tahun berbakti....

mat berkata...

lagi ubah lagi susah ...cis...

Tanpa Nama berkata...

dah kukaborkan..

nahhh..ini jadinya..
maka pihak JPA harus melihat kembali perkara sebegini..
mengapa harus STPM diletakan setara kelayanya dgn diploma??sedangkan lulusan sijil poli lg henat dr stpm??
bila budak2 sijil ni td mntk hak sama dgn STPM,yg diploma pulak macamna??layak ke mereka setara dgn lepasan sijil poli or stpm pulak??
sedangkan jika kita lihat dr gred 1-26 mereka boleh melangkau sehingga ke gred 27-36 melaui kpsl.begitu juga dgn 41-54,jusa ABC.sedangkan yg diploma holder ni td??kemana pergi dan naiknya??bukan ke sampai takat tujer??nampak X??nak naik kena further study,Xperla lagi.boleh diterima pakai.ni dibaginya pulak bergaji separuh org yg gaji sikitni.sedangkan yg bergaji banyak dapat bergaji penuh.Xcukup sampai disitu,sekarangni disuruh berhenti kerja pulak.apekejadahnya sumerni.
PM dia Xnampak,tp kalo dia tau,4sure dia akan bertindak.

Tanpa Nama berkata...

wakil perjawatn setiap bidang didalam quepacs yg Xbetul..calon yg kita pertaruhkan utk memperjuangkan nasib kita GAGAL bertindak.jwtn lain sumer menampakkan peningkatan,adekah dek kerana hanya segelintir pihak didalam quepacs yg buat kerja??

Tanpa Nama berkata...

Saya dah kerja 22 tahun mula2 skim SSB- tak pernah dapat cemerlang. kerja OK HABIS, PAST TU SSM pun sama juag ujian tak pernah dapat 4 tetapi orang yang tak hadir ujian dapt 4. lepas ini jadi n17 sampai mati la aku....aku percaya prospek ini lebih menganiaya kakitangan kerajaan ..kau orang tengoklah nanti.Cadngan tak masuk akal....kalau jawatan kosong 1 pekerja 100 orang siapa yang dapat......PA dibodohkan oleh JPA , Cuepac dan kerjaan BN/Pembakang

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tukarpun tukar dengan lebih sistem yang adil serta mudah dengan menghargai tempoh perkhidmatan seseorang kakitangan awam, perihatin sikit dengan kakitangan yang lulus ujian yang lepas walaupun dimasuhkan PTK. Golongan N17 kebawah jarang dapat kenaikan, kalau adapun nisbah 1:20
golongan ini pun ingin kenaikan pangkat seperti yg lain,

bob khairul fadzly berkata...

anyway? makin ramaila geng kaki bodek, poyo depan bos je lebih, tp keje hancur, tak habis2 nk perahkan semua tenaga kami, da mcm lembu, sy da 9 tahun berkhidmat, susah btul bos sy nk bg sy cemerlang, nk kene tuangkan air tuk dia bru leh dapat, mintak maaf? sy benci kaki bodek dan konco2nye dan sy tak nk jd orang yg mcm tu, maafkan sy kesatuan cuepacs atas perlakuan sy, lg2 bab nk meningkatkan system kerja kami, utk department kami, tak diterima langsung, pasang je telinga, tp tak jd pe pun, baik tak perlu buat meeting tiap2 minggu, sy harapkan prospek menilai kami bukan bos kami, kami tak percykan bos kami, sebab yg buat keje teruk2 kami, tp yg cemerlang yg selalu duk sebelah pihak bos kami, hampir 10 tahun sy berkhidmat utk syarikat sy, tp mcm takde pe juga, pe nk buat lg? keje je la, koje je la

Tanpa Nama berkata...

Aku tak puas hati sekiranya pemegang diploma nak sambung degree kalau full time cuma dpt separuh gaji! INI PERLU DIPERJUANG OLEH CUEPACS. KAMI MAHU SAMBUNG DEGREE FULL TIME DIBERI GAJI PENUH SERTA KEMUDAHAN PINJAMAN BIASISWA JPA!

Yang gred 41 ke atas dpt gaji penuh bila samb Master. Padahal gaji PA gred 1-27 ni punyalah ciput dan sambung Degree lebih susah dr Master sebab perlu lebih byk jam kredit. Bagi yg bujang2 boleh laa buat part time, tp yg dh ada family dan ank2 kecik mmg susah. Semoga CUEPACS dpt pertimbangkan cadangan ini...

Tanpa Nama berkata...

hahahahahahahaha...kita tunggu jer pembentangan bajet 2012 ni....klu x berubah kita ada power merubah.... hahahahahahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

kepada semua penjawat awam bajet tahun nie kalau najib tak bg kemudahan kat PA terutama kenaikan gaji kita jgn pilih najib terajui negara tiba masa kena bg org lain mentadbir sbb semakin hari hidup masyarakat malaysia semakin stressssssssssss

Tanpa Nama berkata...

JPA dah ketinggalan zaman mana ada lagi kelayakan yang menggunakan kelulusan darjah enam, betul hanya polis zaman dulu sahaja yang berkelayakan darja enam, sekarang pembantu Am Pejabat pun mempunyai degree oleh itu diharap JPA dicadangkan untuk membuat penilaian semula dan perubahan syarat kemasukkan PA ke sesuatu jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Janji manismu - Aishah

Tanpa Nama berkata...

biasalah... kenaikan dibuat pun untuk kepentingan peribadi gak selalunya. tengok jer website JPA tu...tawaran sambung belajar.... semua tawaran untuk gred yang dikatakan mampu untuk membiayai pelajaran sendiri... yang sokongan hampeh...maner der diorang nak buat tawaran macam tu...semua untuk gred pengurusan dan profesional....

habis tu yang golongan sokongan2 ni tak nak ke memajukan diri? nak sambung belajar pun kene keluar duit sendiri untuk PJJ..elaun? huh seciput jer dapat... tapi kalau JUSA... elaun untuk renovate rumah pun ada....

Tanpa Nama berkata...

Takde ke yg nampak Pembantu Tadbir Gred 17 yg betul2 ada kat bhg pentadbiran/kewangan tu? Takde dengar cerita bab nak upgrade..jawatan lain senang2.. PT ni org cuma nampak masa nak claim, bila nak urusan pengesahan pencen, pengesahan jawatan, nak naik pangkat/memangku...masa tu berlumba2, x sabar2 nak datang/tanya...

PTD Cerdik berkata...

ada ke nak banding sokongan dengan JUSA? bongok! tanggungjawab kecil takkan gaji mahu besar. dah nama pun sokongan, tgk gred la. toksah dengki pada pegawai kamu, elok la banyakkan bersyukur walau dulu malas sekolah namun masih mampu kerja gomen walau guna kabel.

Cakap jgn menggunakan kepala lutut, elok la jd sokongan je sampai pencen. dah kerja bawahan tu buat la cara bawahan, usahlah angkuh pada pegawai yg kdg kala masih muda belia mcm saya. hik hik

Tanpa Nama berkata...

PTD cerdik..lu nie beb.. susah cakap.. mangkuk hanyun..ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

prospek ni sama la dengan ssb dulu, hanya utk golongan cikgu yang kuat membodek dan sanggup memburuk-burukkan kawan sendiri depan pengetua, dengan cerita2 palsu dan fitnah dan buruk sangka untuk kepentingan sendiri. Pengetua pulak dengar 100% kata2 cikgu macam ni, dalam 5 tahun boleh 2 kali dia dapat APC. Org lain dah 10 tahun,tak dpt APC, bukan tak rajin keje, cuma tak pandai bodek je.

Tanpa Nama berkata...

kami pejawat awam gred 1-17 (selain polis,guru kecewa kerana proses kenaikan pangkat kami terlalu lama menjangkau 15 tahun itu pun kenaikan KUP saja.huhu..sedih laa kerajaan anak tiri kan kami...bagi kenaikan pangkat secara adil...polis pasai pa gaji dah masuk mahai + elaun 3 x ganda lbh tinggi dari pejawat awam lain...naik pangkat pun senang 5 tahun dh l/kpl,5 ahun lagi kpl ...untung la diorang polis nie ...

Tanpa Nama berkata...

menurut sumber beb..!! lu org nak naik pangkat kena prestasi 80 ke atas selama 3 tahun berturut-turut..ini lubang mampus beb..kena ampusakum lebih beb dgn bos.. ape kejadahnye..menyusahkan org.. sape buat dasar ini memang kau org mangkuk-hayun.. jom kita nilai dia org pulak PRU-13 nanti..

umi berkata...

assalamualaikum n salam satu malaysia

Saya juga merupakan kakitangan awam kelas bawahan namun saya tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.Wahai para sahabatku semua bersabarlah mungkin tahun ini...depan pasti kite akan merasa jua.. bersabar..berdoa namun usaha perlu ada tapi perlu di ingatkan tidak perlulah kita menunding jari ke mana2 pihak untuk mencari salah setiap yang dirancangkan oleh Allah itu pasti ada hikmahnya....

Tanpa Nama berkata...

umi kenyataan lu memang cun.. prospek tue projek lubang mampus.. kah..!1kah..!!

Tanpa Nama berkata...

Peerrhh..!! kecoh betul PA semua.. itu la suruh keje kat bank rakyat tak nak.. tengok aku steady jea.. gaji besar, pangkat cepat naik, rumah banglo, kereta toyota wish 2.0.. bakal isteri cun bergetah beb.. baru 24 tahun kacukan arab-Inggeris, aku 37 tahun baru nak kahwin.. kenalah ada gaya baru dpt awek cun beb.. setakat PA gred N41-44, awek tak pandang beb.. masih pokkai lagi.. lagikan yg bawah-bawah nie..bujang terlajaklah jawabnya..
kah..!!kah..!!

Tanpa Nama berkata...

banyak betul ulasan negatif dari pengomen. takkan lah semua nak gaji jusa kot. kenala juga tengok jawatan anda.

kena lah memahami bahawa kekosongan jawatan atasan memang tak banyak, jadi memang perlu bersaing.

kalau semua time base, buat keje ke tak buat keje mesti naik pangkat (betulkan kalau salah). jadi mana produktiviti, kretiviti???

kalau keje asyik kira gaji orang je, memang lah tak akan cukup. Islam kan ajar qana'ah (bercukup dengan apa yang ada).

jangan marah just my 2 cent

Tanpa Nama berkata...

UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI, ASYIK IKUT ORANG JE...

ada yang mencadang kalau yang gred 27 lepas 10 tahun 15 naik gred 41...errmmmm ok ke...???!!!

dan kalau yang gred17 lepas 10-15 tahun naik gred 27, ermm ...

yang masalah nyer kalau yang belajar tinggi macamana??? pemegang diploma susah nak dapat keje. pemegang ijazah pun susah nak dapat keje.

yelah kalau yang gred 17 (SPM) dah boleh naik sampai gred 41 dan keatas berdasar time base sistem, makanya lebih baik aku tak yah belajar tinggi2, SPM pun boleh dapat pangkat tinggi..haha.

tapi kerajaan kena fikir semua sudut, bukan fikir ikut selera kamu je..

apa marah marah....rilek beb

Tanpa Nama berkata...

Kemusykilan saya ialah bagaimana dengan nasib sejumlah kakitangan kerajaan yang sedang menjalani kursus/latihan secara KPSL di pusat-pusat latihan. Adakah mereka layak untuk menerima gaji penuh, bonus dan lain-lain.

Tanpa Nama berkata...

Sapa yang kata gaji polis naik dua tiga kali? bila baca tapi x tahu fakta, inilah masalahnya. penjawat awam hari ni mudah sangat tertipu, di sini diingatkan...bukan kenaikan gaji polis, tapi pelarasan gaji polis. Kalau setakat naik RM 20..takkan itu pun nak dengki. Kononnya naik, tp lain2 syarat disusahkan. teliti dan fahami dulu, baru statement. Kt ni pun jgn nak salahkan org, tengok dulu diri kita. kerja ntah apa2...gaji nak banyak. pernah x kita terfikir yg kerja polis tu kerja siang malam, anak bini pun kena jaga diri sendiri sebab polis tu sibuk jaga negara, tambah2 dgn sekarang ni dengan masalah perusuh yang tak sedar diri.

Tanpa Nama berkata...

PROSPEK ini tidak adil dan membuang masa kepada penjawat awam yang telah ambil PTK tapi tak naik pangkat (kekosongan jawatan ade tapi tak naik pangkat sebab PTK DIMANSUHKAN) sebab kene ulang balik ape yg dah dibuat masa PTK.walaupun, yg ambik PTK terus lompat ke final stage tapi final stage tu sama macam PTK..jd 2 kali kerja..bazir masa dan wang..tolonglah CUEPACS fight untuk orang ambil PTK.

Tanpa Nama berkata...

Dlm kkm lagi teruk..... Smpai ckp u dri, er mana blh ambik kos ni ni.. Sedangkan kita ada kelayakkan.... Pasai aku yg kena sendiri.... Dahla dia ni bru gred 27 dok wat mcm menteri... Abih driver tu smpai mampus jadi driver walau dia ada kelulusan yg lebih.. Sebenakya dlm kerajaan ni main kasta..... Mcm paria.... dengki takleh naik lebih dari depaaku nak pakai duit sendiri belajar apa yg depa kalut aku nak pakai lo ja untuk syarat dapat diskaun... Pun byk songeh..... Mcm haram jaddah..