SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

26 September 2011

KERAJAAN BELUM CADANG WUJUD JAWATAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
26/9/2011



KANGAR, 25 Sept (Bernama) -- Kerajaan belum bercadang mewujudkan jawatan baru dalam perkhidmatan awam sebaliknya mengekalkan perkhidmatan kakitangan sedia ada, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata seluruh negara akan menggunakan perkhidmatan kakitangan yang sedia ada.

Berucap pada majlis jamuan makan malam dan ramah mesra bersama ketua-ketua jabatan di kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri di sini malam tadi, katanya, Perlis sebuah negeri yang kecil tidak terlalu sukar untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Kalau ingat kita (negeri) kecil tak perlu banyak (jawatan). Guna jawatan yang sedia ada," kata beliau.

Sebelum itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid berkata, di Perlis terdapat 17,226 penjawat awam termasuk 1,224 penjawat awam di 15 jabatan negeri manakala selebihnya di badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, jabatan persekutuan dan badan berkanun persekutuan.

Katanya, penjawat awam kerajaan negeri adalah kecil berbanding jumlah penduduk Perlis sebanyak 250,000 orang menjadikan nisbah penjawat awam Perlis terlalu kecil iaitu seorang penjawat awam berkhidmat kepada kira-kira 164 (1:64) penduduk berbanding nisbah peringkat nasional 1:20.

"Ini menunjukkan beban kerja penjawat awam di Perlis amat tinggi berbanding beban kerja seorang penjawat awam di Persekutuan," kata Azizan.

Mohd Sidek yang juga Yang Dipertua Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) berada di Perlis kerana menyertai program MAKSAK turun padang.

Turut hadir ialah isterinya, Puan Seri Wan Noorlina Wan Hussin selaku Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Semasa berada di Perlis rombongan tersebut meninjau kawasan sempadan dan beberapa projek pembangunan di negeri ini serta menyertai projek gotong-royong di Kampung Binjal Utan Aji dekat sini.

-- BERNAMA

46 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk bajet 2012 ini harap jangan dipinggirkan pegawai kontrak SPS di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Bila kami nak diserap setelah berkhidmat selama 2 tahun sebagaimana 30000 GSTT? Sedangkan beban kerja sama dengan penjawat awam tetap malah lebih lagi tetapi tidak mendapat elaun-elaun yang sewajarnya, cuti bersalin, tiada caruman EPF dsb.Mohon diambil perhatian untuk disampaikan kepada PM.

Tanpa Nama berkata...

Ye saya sokong Tanpa Nama, Kami staf/Peg PRE sudah memberi servis lbh dr 2 tahun .sudah banyak
pngalaman.kerajaan perlu melihat prestasi kami utk diserap kejawatan tetap, ia juga bolh mengurangkn kos proses pengambiln stat baru.

Tanpa Nama berkata...

Akman peg PRE: Ye saya sokong Tanpa Nama, Kami staf/Peg PRE sudah memberi servis lbh dr 2 tahun .sudah banyak
pngalaman.kerajaan perlu melihat prestasi kami utk diserap kejawatan tetap, ia juga bolh mengurangkn kos proses pengambiln stat baru.

Pekida Setia berkata...

usahlah kalian menjadi x bersyukur kepada nkmat yang BN dah beri. mmg jahanam kamu diberi betis mahu paha. ingatlah, kesetiaan tuan2 kepada parti akan menjadi jelas jika tuan2 ikhlas berkerja dan berkhidmat, bukanyya asyik mahu meminta yang bukan2.

Tanpa Nama berkata...

mabuk coke dan pandol pekida niih!! cakap merapu.

Tanpa Nama berkata...

to Pekida: Bukan isunya tak bersyukur, cm memberi cadangan kpd kerajaan agar mempertimbangkan masalah kami staf/peg PRe ini.bukn ke lbh baik kami di serap shj ke jawtan tetap.
-lbh menjimatkn kos
-sudah ada pengalaman
-dan banyak lg lah...akman

Tanpa Nama berkata...

PA anda mampu mengubahnya..suara anda, di dengar rakyat di dalam PRU-13 nie..

Tanpa Nama berkata...

SUK Perlis Azizan ni mana boleh buat perbandingan nisbah macam tu..

Perlis tu negeri dia dah la kecik, pertanian , ekonomi, perindustrian, pelancongan tak la mendatangkan impak kepada negara pun.

So nak tambah lagi PA kat sana macam langsung tak relevan.

Dia perlu buat kajian yang lebih lagi sebelum keluar statement camtu

Tanpa Nama berkata...

rasanya kerajaan perlu juga kaji jawatan yang sesuai diwujudkan...contohnya pembantu tadbir diplomatik M17..penolong pegawai tadbir diplomatik M27..

tugas sahaja adalah sesuai bekerja dibawah menteri dan berkeja di kalangan PTD

ini pandangan sahaja..sesuai atau tidak terpulang kepada pihak pengurusan atasas

Tanpa Nama berkata...

Jawatan baru mesti di wujudkan bagi melancarkan dasar-dasar kerajaan.. jawatan baru : Pentadbir Mukim NP41
Pegawai Tanah NT41
Pegawai Tadbir Awam N41
Pegawai Sejarah S41
Pentadbir Syariah S41
Pentadbir Sosial N41
Penguasa Tempatan W41
Pentadbir Ekonomi N41
Pentadbir Diplomatik M41
sekiranya jawatan-jawatan ini tak dapat di wujudkan membuktikan kerajaan boros dan tak berhemah di dalam pengurusan ekonominya.. berbanding PR layak memerintah spt kebijaksanaan selangor dan kedah dalam mentadbir dan mengurus ekonominya berbanding negeri-negeri di bawah BN spt johor dan pahang yang muflis..

Tanpa Nama berkata...

korang semua memang mangkok ayun...kayu api basahhhh.....ape cite ko asyik politik jer.....bubar je ceupac ni....xpun bubar je semua PA....mogok semua...yak..yak...yea..yea...

Tanpa Nama berkata...

sepatut nya jawatan yang dah ada seperti jawatan kosong kerana bersara perlu di isi, bukan nya di biarkan kosong...

biggles berkata...

bila kerajaan nak wujudkan jawatan pegawai teknologi makmal U41 bagi menampung keperluan profesional juruteknologi makmal yg mempunyai ijazah..kenapa juruteknologi mesti dianaktiri dlm perkhidmatan kesihatan dan perubatan..bukan saja juruteknologi tp juruxray (radiografer), jurupulih perubatan (physioterapist), penolong pegawai farmasi, radioterapist, inspektor kesihatan juga antara kakitangan sokongan yg tidak diberikan perhatian oleh kerajaan..padahal beban kerja kami sama jer dgn jururawat dan pembantu perubatan yg mendapat lebih diberi perhatian

Hamba Hutang berkata...

Kerajaan perlu mewujudkan jawatan baru iaitu Pegawai Pemberi Hutang XY41 dan Pegawai Pengutip Hutang WZ41 untuk menggalakkan penjawat awam berhutang dan memberikan hasil yg menguntungkan kpd kerajaan dgn mengutip hasil riba yg telah dihalalkan oleh ustaz-ustaz yg dibayar gaji dgn nama pembiayaan islam , pinjaman islam, skim pembiayaan i dgn interest 4.99%

Tanpa Nama berkata...

Hamba hutang,

Saya setuju !!!

Tanpa Nama berkata...

kalau macam tu wujudkan jawatan PKB gred 1-48...

PPB..maksudnya Pegawai Kipas Bos= pandai bermuka muka bila ada bos..heheheh

Tanpa Nama berkata...

Sudah la banyak bunyi pulak! Dah dpt keja kontrak dgn kjaan pun patut bersyukur la. Swasta lg belambak2 yg skim kontrak. Dia suka dia amik tak suka terus terminate! Ni kjaan asyik dok samb saja peg2 kontrak ni.

Ni..sedar laa diri tu, kalau tak suka blah cari tempat lain. Buruh kasar pun byk nk pakai pekerja pergi la mohon kt sana! Buat menyemak dlm agensi kjaan buat apa? Ikhtiar sendiri...ni semua nak kjaan tolong! Org dah bg tmpt...hargai lah sikit. Senang saja, xsuka BLAH!!! Bg org yg btul2 nk kerja saja pegang jawatan tu. Ini banyak pula bunyi...

Tanpa Nama berkata...

Aah...betul tu. Aku dulu kontrak juga dgn badan berkanun. Tunggu punya tunggu diaorg tak serap2 jugak. Lepas grad cuma keja 2 thn, cari tempat lain. Mcm2 tempat aku try...hotel, kedai fast food, supermarket...takde hal pon. Last2 dpt gi exam PTD! Skang dgn bangganya aku seorang PTD!

Adik aku yg tak brapa pandai belajar dulu skang ni keja hotel bell boy. Gaji dapat, uniform dapat, makan dapat, tips hari2 masyuk. Dah kawin, isteri suri rumah, boleh sewa umah ada kereta Wira 2nd hand. Simpanan ASB pun byk...

Yg korang memekak ni apahal? Ada kjaan paksa soh keja kontrak sampai mampos??? Bangang punya manusia... Lagi hina dari pendatang tanpa izin!!!

Tanpa Nama berkata...

kau PA yg bercakap bangang dan yg dengar pun sama-sama bangang..!! staf bank rakyat steady jea.. ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

d country is going bad to worse, yet u'r shitting all d ways.

our civil servants r among d worst in d world. do u realize tat? n yet, malaysia do have d highest ratio of GCS (PA)compare to its population of only about 28 m. now u'r going to ask for more bunches of useless staffs to go bankrupt d nation? take note of this....while d existing lots couldnot deliver..how can u?

HantuKopek berkata...

@Tanpa Nama Rabu, September 28, 2011 12:45:00 AM

why don't you get your facts right? Malaysian civil service is the sixth best in the world. this is according to by World Competitiveness Year Book report.we are grouped in the category of country with more than 20 mil population. we are ahead of countries like UK, German, Spain, Thailand, Japan, Russia and France.

If you question the bloatedness of our civil service bear in mind that the number of civil servants in our country include police and army whilst in other countries they did not count the police and army as civil servants.

Tanpa Nama berkata...

"d country is going bad to worse, yet u'r shitting all d ways.

our civil servants r among d worst in d world. do u realize tat? n yet, malaysia do have d highest ratio of GCS (PA)compare to its population of only about 28 m. now u'r going to ask for more bunches of useless staffs to go bankrupt d nation? take note of this....while d existing lots couldnot deliver..how can u?"

Typical DAP the communist mindset!

Bank Masyarakat berkata...

Salam!!! semoga kalian semua sihat...
aku rasa terpanggil plak bila baca statment kt sini....yg mana cerita hangat tgh dibincangkan ialah apakah PM kita akan ada kejutan untuk PA seluruh Malaysia??????sekiranya ada...
tp yg peliknya bukan PA yg lebih2 komen tentang pelarasan ni sedangkan PA-PA x pula ambil tahu pasal diaorg terutamanya yg bekerja di Bank Rakyat(BR).....berapa bonus yg diaorg dapat...berapa gaji yg diaorg cekik tiap bulan....itu korang punya pasal.....dan harus diingat wahai kakitgn BR klu kami PA-PA ni x meminjam kt Bank korang jgn kan bonus 5,6 bulan yg dibanggakan tu silap2 gaji pn entah berapa yg korang dapat..sedar la sikit....yg banyk buat personal loan tu dikalangan PA-PA ni.....so jgn nk bangga sgt...dh lupa masa zaman kakitgn bank yg dibuang dulu???? kenapa terhengeh2 minta tolong Kerajaan campur tgn????kenapa x selesaikan sendiri???? jd wahai org2 yg bekerja di BR dan yg bg kenyataan banggang kt teks ni ingat...jgn jd sitanggang dan sibanggang.......harap je kerja bank tp otak mengalahkan lembu korban raya haji........Selamat Hari Raya Aidil Adha......Jgn jadi korban.............Ariossssss Amigossssssssssssssss.

Tanpa Nama berkata...

Bahasa melambangkan Bangsa Sendiri

halim Jempol berkata...

memang orang pembangkang x suka bonus, eloklah kerajaan hanya beri pada ahli Umno sahaja kerana kami lebih produktif dan setia pada parti.

Tanpa Nama berkata...

mecape hal lu bro.. itu cuepacs punya ruangan..tak de kena mengena dgn lu.. lu blah beb..!!

Tanpa Nama berkata...

saya dah kerja kontrak hampir 8thn dibadan berkanun...klu yg baru 2 thn ni harap bersabarla...cume klu boleh serapkan yg kontrak ni untuk staff yang sudah bersara,bukan wujudkan tempat baru...lama saya menunggu staff nak pencen... thn ni ada peluang..dah kerajaan bekukan pulak... klu boleh pertimbangkan,yg lebih 5 thn ke atas ni,dan yg ade kekosongan...terima kasih

Tanpa Nama berkata...

MENGARUT!!!!!!!!!!
KITA TENGOK DAN LIHAT. BETUL KE TAK APA YANG DIJANJIKAN TU. ENTAH-ENTAH NAK MEMPERMAINKAN KITA PEJAWAT AWAM JE. NANTI ASYIK POLIS,CIKGU, NURSE,ASKAR JE YANG NAIK GAJI... PEJAWAT AWAM YANG LAIN JANGAN HARAPLAH NAK DAPAT.. HAMPEH ADALAH!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

lagu wings:
gila nama, gila kuasa, gila harttaaa..!! semua gila..!!

Tanpa Nama berkata...

KALAU KAKITANGAN AWAM TAK DAPAT APA2..TAK DAH LAH NAK "UNDI"....BYE-BYE JELAH....

Tanpa Nama berkata...

ada naik gaji ke nanti ni ? kalau naik lega lah sikit.

Tanpa Nama berkata...

apa dah jadi.. kerajaan skg dah tunggang-langang.. kerja kosong dibekukan, bersara 60 tahun, gaji naik 10% jea, bonus 1/2 bulan, barang naik, gst d'kuatkuasakan, 6% cukai perkhidmatan pra-bayar, minyak melambung naik, kos sara hidup semakin tinggi. kami dah 6-7 tahun graduate, satu temuduga pun tak panggil.. Jom kita bagi PR memerintah pulak PRU-13 nie.. anda mampu mengubahnya..!!

ewe berkata...

Latest update by malaysian insider-
single-tier scheme to replace triple-tier scheme.

kassim baharum berkata...

kamu ingat PR memerintah esok semua graduate menganggur akan diserap kerajaan ke? bahalul.

100,000 graduan mohon masuk gomen setahun,jika serap 50,000 je dah tambah kos pengurusan RM 100JUTA sebulan atau RM1.2 bilion setahun.. Guna otak sikit, pasal tu PA selalu dihina sebab x suka guna otak.

Tanpa Nama berkata...

Saya syorkan tidak perlu menambah dan mewujudkan gred dan jawatan yang baru. Saya syorkan kaji dan semak serta pinda Skim Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan. Ini disebabkan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) dari Gred N17 dan Gred kekananan Gred N22 (termasuk Gred N26) disemak dan dikaji berhubung fungsi sesuai dengan perlaksanaan mengikut jabatan memandangkan skop tugas perkeranian kini meluas seiring perkembangan IT dan ekonomi, lebih-lebih lagi sekiranya diperhalusi gelaran jawatan ini tidak pernah berubah mulai PTR (Operator Telefon) Gred N11/N14 ke Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 hinggalah kenaikan yang muktahir melibatkan Tukang Masak Gred N1 kepada Gred N17. Saya syorkan untuk perhatian CUEPACS dikaji nama gelaran yang sesuai. Contoh boleh dilihat seperti Pegawai Kerani Tabung Haji, meskipun GLC tetapi bersesuaian dengan imej korporat tersebut.

Tanpa Nama berkata...

memang tak wujud jawatan baru.. nak yg kebas duit rakyat, tapi jawatan dalam politik senang pulak wujud .. setiausahalah, senatorlah, menteri di jpmlah.. ape kejadahnya semua tue.. tunggu nasib kau org PRU-13 nie.. tunggu yea..!! kami memimpin..!!

Tanpa Nama berkata...

sebab yg tak kerja jawatan kontrak xad kt tmpt tu..... sbb 2 ckp merapu... masing2 da dpt kerja awam... jd bongkak dgn status yg ad.... dgn khidmat slama 2 thun yg dberikan tu, xboleh ke diberi ganjaran yg baik... bukan mintak nk jd menteri pn...... hehehehe... berat betul......

Tanpa Nama berkata...

Ape pun sy sbg rakyat malaysia bersyukur dgn ape yg Gov. dh bg,smg dengan naungan kerajaan Malaysi kini,wawasan 2020 dcapai dgn pnuh keamanan dan cemerlang,

Tanpa Nama berkata...

Bersyukurlah sebagai rakyat Malaysia.....Alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

Aku pun kontrak gak dah 4 tahun dgn Gov. tapi aku tak de masalah pun nk heboh2..kalau korang nak tetap aku syorkan negara indon.coz negara tu besar banyak pluang boleh timba kat sane,..tp lau tak puas hati sgt jgn salahkan kerajaan kat coment nie,ckap direct kat PM ADE BRAN BROOO....HAHAHAHAHAAAAAAAAAAA...
Pewira Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Btull pewira Malaysia...lau Berani direct terus kat PM br gentle..Lau salahkan kerajaan kat coment nie...aku dh 10 tahun kontrak no problem coz kontrak sentiase sambung..Terima Kasih Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

-MALAYSIA KU TANAH AIRKU-
Mohon semua rakyat bersyukur kpd ALLAH yg menjadikan Malaysia maju dan rakyat yang harmoni sentiasa,
bg pkerja kontrak,jgn sdih pasti rezeki baru menanti anda..ape yg pnting doa dan sdikit usaha..Allah Maha Pengasih...bak lagu Maher Zein..InsyaALLAH.....

Tanpa Nama berkata...

-MALAYSIA KU TANAH AIRKU-
Mohon semua rakyat bersyukur kpd ALLAH yg menjadikan Malaysia maju dan rakyat yang harmoni sentiasa,
bg pkerja kontrak,jgn sdih pasti rezeki baru menanti anda..ape yg pnting doa dan sdikit usaha..Allah Maha Pengasih...bak lagu Maher Zein..InsyaALLAH.....

yang berharap berkata...

Walaupun aku rasa susah dan payah jadi kakitangan kontrak namun kesabaran mengatasi segalanya...harapanku agar rezeki yg tetap akan ku miliki jua agar dapat aku menyumbang bakti untuk Malaysia tercinta...Malaysia aman sentosa selalu.

Anuar Abdul Ibrahim berkata...

Bajet 2012 adil dan saksama.Terima kasih PM Malaysia..kalau nak adil lg join lah keadilan PKR....
he he he

Tanpa Nama berkata...

saya wakil pekerja yang PRA yang berjawatan sementara (bergaji hari)..tolong la kami supaya diserapkan ke jawatan tetap sudah 5 tahun pun masih juga bergaji hari....kerja di beri sama sahaja dengan staff yang berjawatan tetap...mohon dipertimbangkan la jawatan yang bergaji hari,, sebab apa yang kakitangan kerajaan dapat kami tidak merasai dengan apa yang mereka ada skrg...kmi sedih seolah2 dijadikan seperti ANAK TIRI dalam jabatan kerajaan....