SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

14 September 2011

KENAIKAN PANGKAT RENDAH POLIS MENGIKUT PALING LAMA BERKHIDMAT

Bernama
14/9/2011



KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kenaikan pangkat mengikut kaedah 'time-based' bagi anggota polis berpangkat Lans Koperal ke Koperal selepas lima tahun berkhidmat, dilaksana mengikut keutamaan anggota yang paling lama.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata bagi fasa pertama sebelum ini, mereka yang terbabit adalah anggota yang telah berkhidmat lebih 30 tahun, termasuk yang telah bersara wajib atau meninggal dunia.

"Selepas ini mereka yang berkhidmat lebih 20 tahun pula akan dinaikkan pangkat, diikuti mereka yang 15 tahun ke atas dan seterusnya kurang daripada 10 tahun," katanya kepada Bernama, di sini Selasa.

Fasa pertama yang dilaksana 15 Julai lepas menyaksikan 1,294 lans koperal dinaikkan pangkat, dan ini akan disusuli baki 14,716 orang lagi.

Menerusi kaedah 'time-based' ini, anggota berpangkat rendah berkenaan dinaikkan pangkat tanpa perlu melalui proses temu duga, dengan syarat mereka telah memenuhi syarat perkhidmatan.

Ramli berkata berdasarkan kriteria itu, hanya 9,609 anggota berpangkat Lans Koperal yang berkhidmat melebihi lima tahun tidak dinaikkan pangkat kerana tidak lulus ujian undang-undang rendah.

Beliau juga menegaskan tempoh lima tahun yang dimaksudkan bermula daripada tarikh anggota itu menjawat pangkat Lans Koperal, bukan tempoh berada dalam perkhidmatan.

Kaedah kenaikan pangkat 'time-based' itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ke-203 tahun pasukan tersebut, yang antaranya bertujuan menghargai sumbangan mereka.

Ramli berkata sebelum ini, anggota polis yang memenuhi syarat harus menjalani temu duga oleh sebuah panel tiga anggota yang terdiri daripada Asisten Komisioner Polis (ACP), Superintenden Polis (Supt) dan Deputi Superintenden Polis (DSP) sebelum dinaikkan pangkat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Shafie Bakri menyambut baik langkah tersebut yang disifatkannya dapat menaikkan semangat mereka untuk bekerja dengan lebih gigih.

Beliau turut mencadangkan supaya kaedah itu diperkenalkan kepada yang berpangkat tinggi seperti Cif Inspektor untuk kenaikan pangkat Asisten Superintenden Polis (ASP).

Selain itu, Shafie meminta penghargaan dan pengiktirafan diberikan kepada bekas-bekas polis yang telah berkhidmat semasa zaman penjajahan komunis terutamanya melalui pemberian elaun bulanan atau sumbangan ihsan.

"Kita sudah mencadangkan kepada Perdana Menteri dan harap dapat dipertimbangkan untuk membantu mereka (bekas polis) yang daif atau balu mereka atau anak-anak mereka," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman meminta kerajaan meneliti semula pemberian gred kepada pasukan keselamatan tersebut agar selaras dengan gred penjawat awam lain.

"Sebagai contoh Ketua Polis Daerah sepatutnya sudah layak mendapat gred 44 atau 48 namun masih ada yang gred 41," katanya.

Seorang anggota polis yang bakal dinaikkan pangkat kepada Koperal, Muhamad Norli Amir Hamzah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, berkata pengumuman itu amat menggembirakannya setelah 13 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia.

"Di kalangan kami sudah lama menanti kenaikan pangkat ini dan kami bersyukur jasa dan khidmat kami dihargai," katanya.



-- BERNAMA

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hah apa lagi PA...pi la buat hutang..last2 meroyan gaji ciput kena potong sana sini minta nak mintak sambung kerja sampai umur 60.70.80 dan kalau boleh sampai 100 tahun

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..

elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27 iaitu E27 dengan E27(www.spa.gov.my)

..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

mana adil..sijil sama gred berbeza.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

INI TIDAK ADI

Tanpa Nama berkata...

bila nak dapat pelarasan gaji ni...sesak dah niiiiiiiiiiiii

Tanpa Nama berkata...

tipu je 2....yg pangkat rendah buat kerja..pgwai tinggi yg dpt nama n naik cpt

Tanpa Nama berkata...

saya syorkan comply sekali kepada perkhidmatan awam yang lain agar lain-lain skim perkhidmatan turut sama 'time based'.

senapi berkata...

hanya UMNO sahaja mampu memberi kenaikan time based. terbukti UMNO dan BN sangat menjaga kepentingan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Kaedah 'time based' ini perlu dipanjangkan kepada PA skim jawatan yg lain juga. Dalam tempoh 10-15 tahun penjawat awam kumpulan sokongan 1 perlu dinaikkan ke kumpulan profesional secara AUTOMATIK terutama bg yg memegang jawatan 'kanan' 32-38!

Harap CUEPACS perjuangkan isu ini....

Tanpa Nama berkata...

kenapa laa..kakitangan awam lain di anak tiri kan....kecian dkt gred 1-17...gaji dah laa ciput...naik gaji pun susah,naik pangkat pun susah,elaun dah laa rendh klu nk dibanding kn dgn anAK EMAS KERAJAAN polis,nurse,cikgu,tentera,....kenapa laa kami gred yang sama dgn diorang tidak mendapt gaji & elaun yg sama walaupun kelulusan yg sama spm...klu nk beza jgn laa teruk sgt...

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan pembahagian berikut sebagai contoh: penjawat yang baru berkhidmat dalam gred sokongan 2 naik gred kenaikan pangkat bila tempoh perkhidmatan menepati lima tahun manakala bagi perjawatan gred sokongan 1 dinaikkan pangkat ke gred kekananan apabila menepati perkhidmatan 10 tahun. Pengecualian tempoh harus dipertimbangkan bagi satu-satu perjawatan dipendekkan tempoh kenaikan gred pangkat apabila seseorang indvidu memiliki skil berasaskan kelayakan akademik (sekurang-kurangnya peringkat STPM/ Diploma dari IPTA berkaitan) ataupun sijil kemahiran yang diiktiraf sebagai SKM atau sijl yang setaraf keluaran MLVK.

Tanpa Nama berkata...

naik gaji pun..lepas 2 gaji langgar tembok.....

Tanpa Nama berkata...

patut kelebihan mcm ni di beri pada semua agensi beruniform dlm perkhidmatan gov..ada jgk agensi buat keje bsama2 polis..risiko pon lebih kurang sama,tp xdpt keistimewaan mcm ni..satu lg,'lautan strategi biru' boleh di luaskan ke semua agensi beruniform yg lain seperti kastam,jpj,imegrisen dll...tidak pd tentera dan polis sahaja..

Tanpa Nama berkata...

walaubagaimanapun jabatan polis sudahpun wujud sejak kesultanan dahulukala. kalau dari scale gaji memang patut pun diberi perhatian sewajarnya. selalu yang kita dengar dan tonton ialah Balai polis selalu jadi mangsa serangan, risiko tu bro. Bukan kem tentera, pejabat kerajaan yang lain. betul tak bro>>> jadi renung2 kanlah dan selamat beramal

Maya Eliestrani berkata...

Betul sesangat.. Pangkat rendah gajipun rendah, pastu kerja besar, dapat makian besar. Tomahan, fitnah dan pelbagai arahan kalut!