SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

30 September 2011

CUEPACS NAFI UMUR BERSARA 60 TAHUN TUTUP PELUANG PEKERJA MUDA

Berita Harian
2011/09/30



KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan pihak yang menentang cadangan had umur persaraan kakitangan awam dan swasta dilanjutkan kepada 60 tahun adalah golongan tidak faham terhadap keperluan dan kepentingan masa depan.

CUEPACS memperjuangkan supaya had umur persaraan dilanjutkan bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup, termasuk perubatan, perumahan dan barangan keperluan harian. Sehubungan itu, Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak berganjak dengan cadangannya supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun. Katanya, adalah wajar umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun kerana selain negara maju dan negara serantau juga sudah menaikkan umur persaraan 60 tahun hingga 65 tahun.

“Jadi, harapan CUEPACS supaya kerajaan meneliti sewajarnya perkara ini dan ia bukan untuk kepentingan kakitangan awam sekarang, tetapi untuk generasi akan datang.

“CUEPACS memohon sejak 2007 lagi supaya had umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meluluskan kepada 58 tahun.

“Soal kononnya ia menyekat peluang kenaikan pangkat tidak timbul kerana perkara itu hanya dibimbangi mereka yang semata-mata fokus untuk bekerja di sektor awam saja.
“Ketika ini ada 200,000 kekosongan jawatan belum diisi di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan manakala kakitangan awam bersara pada umur 58 tahun pula tak sampai pun 20,000 orang setahun.

“Jadi, golongan muda dan mereka yang masih belajar di universiti tak perlu bimbang, yang penting siapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran pasti mudah mendapat kerja,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian penutup taklimat kepada ahli CUEPACS Zon Timur berkenaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Isu Kebangkrapan di Malaysia dan Khidmat Bantuan Guaman di sini, semalam.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Azlan Zainal berkata pihaknya menyokong perlanjutan umur persaraan kakitangan swasta daripada 55 tahun sekarang kepada 60 tahun.

Bagaimanapun ia dibantah pelbagai pihak terutama golongan muda dari sektor swasta dan awam yang menyifatkan usaha itu sebagai mengarut, menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkat kadar pengangguran, masalah sosial dan jenayah menyifatkan KWSP, badan yang diamanah untuk menjaga simpanan lebih lapan juta pencarum tidak mempunyai wang dan agenda tersendiri.

Omar berkata, CUEPACS sedia memberi penerangan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan badan belia mengenai isu perlanjutan umur persaraan kakitangan awam.

64 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umur persaraan nak ikut negara maju...tapi gaji masih ditakuk lama...gaji pun perlu ikut negara maju jugakla Dato Omar....

Tanpa Nama berkata...

betul tu tuan tanpa nama.gaji kena naik jugalah jika umur naik ikut negara maju.kalau umur naik sampai 65 bila masa nk tumpu pada ibadat pulak ye ? asyik kerje aje nih.saya rasa cukup dah seperti yang ada.

Tanpa Nama berkata...

nak naik tahap pencen ke naik apa ke kasi naik gaji dulu lah kot ye.baru kuat sikit kerje nanti ni.maklumlah dah tua-tua ni nak naik tangga tingkat 5 pun tak larat dah ni.bila naik gaji ni terasa kuat lah sikit walau umur lanjut sampai 70 pun kuat lagi naik tangga ke tingkat 5.

Tanpa Nama berkata...

60 tahun??
nmpak xade bunga2 segar.....

Tanpa Nama berkata...

umur persaraan nak ikut negara maju...tapi gaji masih ditakuk lama...gaji pun perlu ikut negara maju jugakla Dato Omar....

Tanpa Nama berkata...

kalau macam tu gaji kenalah naik ....

Tanpa Nama berkata...

betul gaji harus naik sejajar dgn pelanjutan usia bersara.tapi hairan juga kenapa hanya melibatkan pejawatawam semuanya macam tak kena tapi bila swasta cuba menaikan usia bersara sehingga 65 tahun tiada siapa membantah,begitu juga hal gaji,bonus untuk pejawatawam ada saja yang menentang bagaimana pula dgn swasta 4-5 bulan bonus senyap aja..kakitangan awan jus setengah bulan heboh semalaya

Tanpa Nama berkata...

tuan biar pun gaji tidak naik
barang-barang tetap naik juga
takkan lah kakitangan ini beli minyak kerita saja tiap-tiap hari
untuk pergi kerja bayangkan lah
minyak kerita sahaja 600 ratus
satu bulan boleh lah senang tetapi
makan maggi tiap-tiap hari.

PA berkata...

sudah-sudah lah 2 dato omar..perjuangkan dulu pelarasan gaji PA..beri tekanan dengan kerajaan..laksanakan pelarasan gaji..apa nak takut...smua PA sokong presiden yang macam ni..tak paya nak takut dengan PM...baru kita smua PA pandang dng dato omar

Tanpa Nama berkata...

Aku tak kisah laa nak bersara umur 60 ka 70 ka....tapi CUEPACS harus perjuangkan jadual gaji TANPA HAD. Kalau macam sekarang ni bila masuk umur 52 tahun gaji dah langgar dinding, ko ingat orang tu ada semangat lagi ke nak tunggu pencen umur 60 dengan gaji tak naik tiap2 tahun!!!!

KAMI MAHU JADUAL GAJI TANPA HAD... SELAGI KERJA MASIH ADA KENAIKKAN GAJI TAHUNAN!

Tanpa Nama berkata...

KAMI MAHU JADUAL GAJI TANPA HAD... SELAGI KERJA MASIH ADA KENAIKKAN GAJI TAHUNAN!

Jumaat, September 30, 2011 2:40:00 PM

SETUJU!

Tanpa Nama berkata...

Betul aku setuju..tangga gaji aku mati masa umur 43 thn. Kalau tak naik pangkat bayangkan berapa tahun lagi aku kena kerja..cth aku bersara pada umur 58 thn 58-43=15 thn gaji dok langgar dinding...mesti motivasi dah menurun..Sepatutnya ada imbuhan atau naik gaji tanpa had...kalau nak besara sampai 60 thn dah 17 thn gaji langgar dinding...So naik gaji kami.

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

INI TIDAK ADIL

Tanpa Nama berkata...

yang persara itu tuan jangan lagi
dikasih naik gaji tua tua mahu kawhin dengan gadis muda lepas itu
beranak lagi dua tiga orang. tua-tua
pun masih miang.eh muak aku.

Tanpa Nama berkata...

oi herannn.. ko blah la!!

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya ...

Tanpa Nama berkata...

HERAN LAH..APALAH...INI BERSIFAT PERSEPSI KAKITANGAN AWAM...SPA DAH LAMA KAJI BENDA NI..MEMANG BOLEH CAKAP MACAM TU..TAPI SKOP KERJA ADALAH BERBEZA,DAN Sijil Perancang Bandar dan Wilayah DENGAN Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah)SAMA KE ? memang tahap sijil tapi tapi nilai/skop pengajian yang berbeza tak percaya tanya SPA

Tanpa Nama berkata...

umur bersara 60 tahun tak akan tutup peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam,kerana banyak lagi kerja-kerja melambak kat luar seperti pengawal keselamatan,kilang,buruh kasar dan sebagainya yang menanti graduan ..so pada saya ianya tidak langsung menutup peluang kerjaya..lagipun jawatan mungkin akan ditambah pada masa-masa akan datang.yang penting berusaha mencari peluang kerjaya dan tidak memilih kerja

salam persaudaraan buat semua warga Perkhidmatan awam..semoga menjalankan tugas dengan amanah dan cemerlang

Tanpa Nama berkata...

apa dah jadi.. kerajaan skg dah tunggang-langang.. kerja dibekukan, bersara 60 tahun, gaji naik 10% jea, bonus 1/2 bulan, pilihanraya bulan 2 nie 2012, barang naik, gst d'kuatkuasakan, 6% cukai perkhidmatan pra-bayar, minyak melambung tinggi, kos sara hidup semakin tinggi.. undian d'tangan anda, PA anda mampu mengubahnya d'PRU-13..

Tanpa Nama berkata...

umo aku baru 32 tahun. lagi 4 tahun langgor dinding...perghh 22 tahun gaji statik nak sampai ke pencen...wak duhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

tak nak aku kerja sampai 60 tahun kalau gaji dah langgar dinding

Tanpa Nama berkata...

umur pesaraan naik..tapi gaji dah langgar dinding.......buat apa..aku pun malas nak kerja,,,

Tanpa Nama berkata...

knp polis...mesti naik gaji......sbb tangga gaji mereka pendek...baru 2 thun naik pangkat.dah langgar tembok......

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul...TQ banyak2...tapi PA yang lulus tahap 4 PTK tahun 2010 tapi tak anjak - anjak pun gaji ke P2/P3....sampai hari ini...senyap je...Datuk! tolong tengok...

Tanpa Nama berkata...

Saya mahu cadangkan:

- Jadual gaji tanpa had.
-Kenaikkan pangkat kump sokongan ke p&p secara time based.
-Syarat kelayakkan gred 48 adalah Master, gred 54 adalah PhD.
-Kadar faedah pinjaman perumahan/kenderaan adalah 2%.
-Pinjaman perumahan kali kedua diberikan penuh ikut kelayakkan semasa.

-PA SOKONGAN PRO-
pa had.
-Kenaikkan pangkat kump sokongan ke p&p secara time based.
-Syarat kelayakkan gred 48 adalah Master, gred 54 adalah PhD.
-Kadar faedah pinjaman perumahan/kenderaan adalah 2%.
-Pinjaman perumahan kali kedua diberikan penuh ikut kelayakkan semasa.

-PA SOKONGAN PRO-

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PA SOKONGAN PRO! Ini baru tuntutan bijak...harap presiden Cuepacs lepas ni ada idea2 bernas mcm ni.

Setuju kalau syarat master & phd diletak untuk ke gred 48/54. Baru PTD yg berlagak bagus tu tak cepat naik pangkat hanya berbekalkan Degree cabuk! Ingat besar sgt Degree tu? Yg Diploma ditahan bertahun2 sampai nk pencen kat gred 38!

Ni pengalaman kerja pun tadak dah pegang jawatan tinggi... Pastu berlagak mcm bagus! Tu yg ramai PTD yg tua2 kt Jusa byk skandal... padahal baru ada master dah naik Jusa! Elok sgt kalau gred 54 tu ada PhD...cerdik sikit laa dasar2 kjaan yg akan digubal. Bukan mcm skarang kebanyakkan DASAR SYOK SENDIRI.....

Tanpa Nama berkata...

aku pun malu..kalau dah cecah dinding..baik aku p punch card p minum kopi..melilau kat mane2..elok wat syarat pilihan lah en.omar, umur 50 tahun dah boleh bersara dah..daripada duk tunggu 60..bagi pilihan dekat penjawat awam nak penecen awal..

Tanpa Nama berkata...

Umur bersara 60 tahun? banyak perkara yang pihak kerajaan kena lihat dalam meluluskan umur persaraan ini.
contohnya;

1) mata gaji tiada had
- kerja umur sampai 60 tahun. tapi gaji dah stop bergerak pada umur 45 tahun. so baki yang 15 tahun,kena makan gaji yang sama sampai pencen. 15 tahun bukan satu tempoh yang sekejap. dengan gaji langgar dinding, saya yakin penjawat awam susah nak teruskan hidup dengan taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat.

2) kesihatan
- tau-tau saja la,makin berumur badan makin kurang produktivitinya. minta pihak kerajaan wujudkan supaya sebuah keluarga mempunyai panel kesihatan mereka sendiri. 1keluarga, 1panel kesihatan.

3) kenaikan gaji tahunan
- TPG tu pula, minta diselaraskan kenaikannya sekurang-kurangnya rm200 setiap tahun. kalau setakat rm50 kenaikan setahun,macam mana nak hidup? contohnya gaji PT P/O, tahun ni gaji saya terima pada P1T5: 1020.02 tahun depan P1T6: 1069.93. buat pertimbangan logik la. suruh keja lama2 tapi tahun2 terima kenaikan gaji macam taik gigi je. buat loan rumah pun belum tentu dapat lepas!

Kesimpulannya, banyak lagi yang perlu kerajaan lihat dan kaji jika nak juga luluskan umur persaraan 60 tahun ni. jangan terburu-buru. negara maju yang lain mampu untuk menggaji pekerja mereka setanding dengan umur persaraan penjawat awam mereka. Malaysia rasanya belum boleh lagi. tak termampu lagi.jangan nak ghairah ikut2 negara lain, kalau hasilnya rakyat sendiri yang sengsara dengan sistem yang kurang bijak. kesiannya kami. keluarga kami. kaji dulu...buat apa ikut2, hakikatnya hanya menyusahkan kami dikemudian hari. sekian..

Tanpa Nama berkata...

Pengambilan kakitangan awam berdasarkan kekosongan jawatan dan pewujudan jawatan baru. sekarang kerajaan dah beku semua reorg dan beku tambahan jawatan baru sbb nk mengejapkan perkhidmatan. satu cara lepasan universiti/diploma/ spm nak masuk kerja dengan ada post kosong sbb persaraan. kalau usia bersara naik confirm tak ada pengambilan. presiden cuepacs ni cakap tak guna akal langsung. sudahla bagi peluang dekat anak muda nak kerja..lps ni kalau berjaya lanjut anak muda akan marah kt kerajaan silap BN hilang byk undi org muda. nak harap cuepacs boleh tolong BN ke ? tak pasal2 BN boleh hilang undi jika ikut cuepacs ni..

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan isu peluang graduan utk masuk ke dlm sektor kerajaan ke apa, jika hanya 28,000 saja dikatakan setiap tahun yg bersara. Soal nya ia menyekat peluang kakitangan kerajaan dalam jawatan sokongan dan yg lain untuk dinaikan pangkat atas pengalaman dan pelajaran mereka. Rasional lah cikit, x kan anda2 yg diatas saja nak merasa jawatan tinggi2 smpai umur 60 tahun baru nak bersara? Yg bising umur persaraan dilanjutkan ni sebenar nya kumpulan profesional yg bos2 dkt atas tu x nak lps jawatan. Bkn kakitangan sokongan yg penat2 buat kerja yg nak smbung smpai umur 60 tahun baru bersara. Entah2 dorg pon da penat dlm jawatan sokongan smpai da umur 60 tahun baru nk bersara. Rasa nya mereka lagi nak bersara cepat terima pencen tiap2 bulan tnpa kerja dan ganjaran berbanding daripada golongan atasan yg bertaraf pegawai ne x pernah nak ckup, dah sedap duduk kerusi tinggi2, x nak bersara pulak. So rasional lah cikit wahai presiden cuepacs bile nak bagi reason pon.

Isu lain yg pasti kite x nak dgr adalah kakitangan awam ne lembab. Sbb ape? kalo kte tgk kakitangan sokongan sbg cth nya yg slalo ltk dkt kaunter2 krajaan semua tu most of it da tua2. mereka ada pngalaman, tp syg mrka x dpt naik pangkat utk dinaikan. So bila mereka makin tua, workload kerja makin banyak, servis offered makin teruk, siapa yg bising nnt? rakyat2 lain jugak lah yg bsing bile kakitangan awam dikatakan lembab. sbb ape? sbb cuepacs suke sangat lah nk bg makcik2 pakcik2 tu sume buat kerja tu yg spatut nya mrka da bersara dok rumah tgk2 cucu ke ape.

satu lagi la, jumlah kakitangan awam kite sebenar nya banyak sangat. gov sepatut nya da mula kurang kan pengambilan. sbb ape aku ckp mcm ne, sbb burden gov makin tinggi utk sara gaji, social retirement etc. jadi itu secara langsung nye akan effect sektor swasta. sbb sktor swasta juga la penyumbang utama hasil cukai kpd gov. tnpa sokongan sektor swasta, gov tiada hasil yg tinggi utk cover belanja tersebut. maka seharusnya jumlah kakitangan awam dikurangkan. atau dibeku kan bermula dari skrg...

So renung2 kan dan selamat beramal. Peace. :)

Tanpa Nama berkata...

KALAU JUSA PUN NAK ADA PHD BAIK DORANG JADI AHLI AKEDEMIK.....DEGREE PUN CUKUP UNTUK PTD OR JUSA...TENGGOKLAH PEMIMPIN2 POLITIK KITA MAJORITI DEGREE JAH..TAKDELAH NAK PHD SANGAT..SO 41 SEHARUSNYA CEPAT NAIK PANGKAT YANG PENTING AMBI HATI BOS..HAHAHAHA..AMACAM OK TAK

Hj. Anuar berkata...

Peluang bersara tak tupa dari 55 ke 56, 56 ke 58 dan terkini diramal ke 60 tahun pula tu...tapi gaji statik dah 10 tahun tak naik2...
Tak rasional langsung pengurusan JPA dan Cuepacs tak pernah mencapai kata sepakat utk mengimplementasi gaji tanpa had di mana selagi kita berkhidmat selagi tu lah kita layak mendapat kenaikan gaji tahunan.
Naik ikut negara maju utk maju negara tak salah tapi kena ikut langkah yg diambil utk kearah tersebut bukan hanya kata2 yg dilaung2kan di wawarkan dlm media saja...
Fikir2kan lah pengurusan perkhidmatan awam yg ada sekarang PA 1 Maysia yg langsung tidak simbang dan tak realistik langsung implementasinya.

Tanpa Nama berkata...

Tak perlulah sampai nak 60.. Pak Omar kena turun padang. Buat soal selidik PA dulu baru boleh meminta.. rata2 PA tk mahu takkan Pak Omar nak paksa.

Tanpa Nama berkata...

omar ngko kann dah pencen !!!!! lnape sibuk nak naik umur 60 thn ... kasi naik gaji lerr.. bangang.

Tanpa Nama berkata...

Buat apa nak sibuk pasal umur bersara 60 tahun...
kalau bijak minta kerajaan naik gaji 60% lebih bermakna bagi PA 1 Malaysia kan???

P A VETERAN berkata...

PARA BELIA, SAYA AMAT BERSETUJU HAD UMUR BERSARA DILANJUT KEPADA 60 TAHUN,PA YANG LAHIR 69-55 MASA KINI MEREKA INI KEBANYAKANNYA PEKERJA PROFESIONAL MALA RAMAI PEKERJA MUDA BELAJAR PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN YANG DIMILKI.BERCAKAP PASAL BERIBADAH KITA BEKERJA TIDAK KIRA TUA ATAU MUDA PERLU JADIKAN KERJA SEBAGAI IBADAH.JANGAN ANGGAP BERIBADAH HANYA PERLU DILAKUKAN SEWAKTU HENDAK PENCEN SAHAJA ITU PENDAPAT YANG AMAT JAHIL.SAYA DIANTARA PEKERJA VETERAN (UMURSAYA HAMPIR 57 TAHUN)TETAPI BOLEH MEMBUAT KERJA-KERJA MEMPHOTOSTAT,MENGEDAR SURAT,MEMBUAT PERANCANGAN STRATEGI,MELAKSANA PERANCANGAN YANG DIBUAT,MENGGUNAKAN MIC.OFFICE SEPERTI WORD,EXCEL,POWERPOINT,ACCESS,ADOPEPHOTOSHOP MALA SAYA MEMBANGUN SENDIRI APLIKASI MUDAH GUNA EXCEL,ACCESS MALA VISUAL BASIC SAYA BOLEH GUNAKAN.pernah saya membuat cabling networking di pejabat upgrate dari cat5 ke cat cat6 kerja pejabat tiada duit nak upah syarikat dan saya bantu tanpa minta upah.SAYA PERCAYA GRADUAN YANG BARU NAK BEKERJA JUGA TIDAK SEMUA ADA KEMAHIRAN SEPERTI INI.ITU SEBAB BERCAKAP GUNA FIKIRAN APA TAH LAGI KALAU ORANG YANG BERCAKAP TAK ADA KEMAHIRAN BUAT MALU SAJA.

Tanpa Nama berkata...

Orang baru jika dibagi peluang pun pandai juga...ingat dahulu TV hitam putih sekarang dah ada colour....ramai PA tua ni tak tahu guna Internet dan sistem terkini...hampir 90% jadi tak payahlah susah2 bagi kat org@anak2 muda yg lebih cerdas dan cergas buat semua tu...yg tak nak pencen 58 tahun tu hanya nak duit gaji nak bayar hutang lapuk rumah dan kereta aru yg telah di beli...

Tanpa Nama berkata...

Kalau sudah 58 tahun daging dan darah pun dah tua...takkan sama dgn umur 25 tahun..luculah PA Veteran...tengok anak2 anda yg kuat dan perlu kerja juga...atau anda tiada anak???hahahahhaaa

Tanpa Nama berkata...

Kepada PA Veteran...
kalau anda pandai sangat tu jangan makan gaji lagi buat perniagaan sendiri baru betul utk majukan negara bukan lagi kerja dgn kerajaan...????

Tanpa Nama berkata...

Tak Setuju Langsung Umur Bersara 60 tahun....Pencen 58 tahun sajalah..
Kalau diluskan juga alamatnya PRU 13 golongan muda dan pertengahan akan undi Pembangkang!!!
Jangan main api2 wahai kerajaan BN..
Hati2 nanti menyesal...!!!

Tanpa Nama berkata...

Nasihat buat PM,
Kalau dilanjutkan kepada 60 tahun juga rasanya atau alamatnya golongan muda akan marah dan undi BN akan an rakannya akan menang mudah dlm PRU 13 kelak..
Undi BN akan menjunam lebih teruk dari Tun Pak Lah malah kemungkinan besar Anuar Ibrahim akan menang selesa...jaga2 keputusan anda...!!!

Tanpa Nama berkata...

Naik la smpai 100thn pun, tgk yg keje 5thn++ bnyk yang dah ponteng..ramai yang nak makan gaji buta je..kalau ikut logik sape yg keje dalam ofis leh la setuju, mcm keja kat tapak dh la kena naik kete sana sini...x kan smpai bertongkat kot tengok site..dh la ikut kajian di malaysia ni banyak mati awal n majoriti rakyat ada sakit mental( sbb tekanan hidup)...plz la kalau ye pun pikir la org lain sama..hehe

Tanpa Nama berkata...

kerajaan juz nk naikkan had umur bkn nak hentikan pengambilan pekerja, jd pada org muda x yah la ngamuk2..lgpun majoriti pekerja kerajaan bukan sokong kerajaan, betul tak datuk omar osman..haha

orang tua kerepot berkata...

belilah tongkat awal awal.. untuk berjalan ke office pada umur 60 tahun.

MOHD HAFEZ HILMI BIN HARUN berkata...

-Mohd Hafez Hilmi Harun-
Sebenarnya persaraan umur 58 sudah tidak bagus.....barangkali sektor2 tertentu sahaja yang perlukan persaraan melebihi 55....sektor apa? silala buat kajian kepada pihak2 yang dibayar gaji dan diberikan grant penyelidikan. Persaraan lewat lebih byk kerugian daripada kelebihan terutamanya menyekat peluang kenaikan pangkat dan menutup peluang graduan yang makin ramai (bersepah) di ipta dan ipts (spm, stpm,sijil, diploma dan degree)......apa la motif CUEPACS ni....kepimpinan yang tidak berpandangan jauh?! Tukar sahaja orang-orang penting dalam cuepacs, mungkin presiden cuepacs berharap dapat pegang presiden CUEPACS sehingga umur 60?!

PELANGGAN MANGSA BERURUSAN DGN PA MUDA berkata...

kebanyakkannya pekerja muda suka ponteng kerja banyak urusan luar, kalu dok kedai kopi sembangnya hampir setengah eaktu kerja habis, kerajaan jgn terpengaruh sangat dengan ugutan orang muda2 ni, orang muda2 sekarang ni makin tak bersopan langsung.

Arifbillah berkata...

kemungkinn besar orang pembangkang adalah dalang yang menghasut PA supaya meminta yang bukan2 seperti bonus dan naik gaji. Kerajaan usahlah layan dengan puak2 yang bagai lembu dicucuk hidung ni

Tanpa Nama berkata...

UMUR BERSARA 60 TAHUN TAK SESUAI.....PERCAYALAH UMUR BERSARA 60 TAHUN TAK SESUAI.... UMUR BERSARA YANG SESUAI ADALAH 80 TAHUN.... MCM TUN DR. MAHATHIR..TENGOK MANTAN PM TU UMUR PENCEN DAH BERAPA...SO FIKIRKANLAH..LEBIH BAIK UMUR PENCEN 80 TAHUN..

Tanpa Nama berkata...

saya ucapkan tq kpda cuepacs atas perjuangan mereka, saya harap2kan cuepacs bersungguh2 menuntut kenaikkan gaji kakitangan Awan peringkat kump sokongan. gaji sekerang tidak relevan.....kos sekerang terlalu tinggi, menapa JPA selalu tidak menyokong apa kah gaji kump. sokongan mereka macam gaji jusa.....

Tanpa Nama berkata...

Bila lagi agaknya nak dekatkan diri dengan tuhan bila sibuk bekerja sampai 60 tahun. Entah-entah kosong masjid sebab tak ada jemaah sebab yang tua dan muda sibuk dipejabat.

Tanpa Nama berkata...

Tak takut ke tak dapat jalankan tanggungjawab coz asyik2 sakit. Berdosa tu. Biarlah anak2 kita pulak yang jalankan tanggungjawab kpd negara. Yang tua jagalah kubur masing2.

Tanpa Nama berkata...

gaji mesti naik sekurangnya 25% elaun rumah Rm.180 ta lojak......sewa kandang ayam pun ta ada Rm.180 ini kan lagi sewa rumah tempat tinggal. ta logik....ta logak...... (Rakyat d dulukan pencapaian d utamakan 1Malaysia) fikir fikirkan lah Tok......

Tanpa Nama berkata...

Persaraan lebih 56 tahun hanya sesuai untuk bidang berkepakaran tinggi sahaja( yang sukar untuk diganti seperti doktor pakar dsb). Yang lain tak sesuai. Memebazir duit rakyat nak bayar gaji.

Tanpa Nama berkata...

gaji naik?
barang naik?
gred naik?
umur bersara naik?
cukai naik?
semua PA tak kira pangkat dan gred akan terima notis bayaran cukai pendapatan ..

BP naik !
Tekanan nadi naik!
degupan jantung naik !
paras gula naik !


naikkkkk .... turun --------------.

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

Tgk kat SSM patutnya semua min dapat gred 27 tp kenapa dah 20 tahun tak naik2 pun.


INI TIDAK ADIL

Tanpa Nama berkata...

jgn cabar golongan muda.. kami mampu mengubahnya PRU-13 ni..!!!

Tanpa Nama berkata...

nak buat apa2 pon biar la kerana allah taala..cari yang berkat.cari keredaan allah..aku berdoa pada allah harap2 dinaikkan gaji.

Tanpa Nama berkata...

umur persaraan 60 taun? budus! memang aku undi pembangkang lah gamak nye.

J17 Bangang berkata...

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17


mana janji nak naikkan kami ke J41? kami berhak dan itu hak kami.

Sijil poli adalah jauh lebih beharga dari mana2 ijazah.

Hidup BARISAN NASIONAL.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama PELANGGAN MANGSA BERURUSAN DGN P.

Jgn main taip sahaja..Tgk dulu..Yg agak erumur tue la yang dok kuar pegi kedai kopi, minum kat kantin..Jgn main tuduh yg muda jer ye.

Tanpa Nama berkata...

CUEPAC MEMBUAT KESILAPAN TERBESAR DENGAN MEMINTA UMUR PERSARAAN DILANJUTKAN.

SLOGAN YANG DIWARWARKAN IALAH: GENERASI MUDA PENERAJU NEGARA.SLOGAN JER.

GOLONGAN MUDA MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN INI!!!!

KAMI MENGHORMATI YANG VETERAN DENGAN PENGALAMAN DAN KEBOLEHAN MEREKA.TAPI BERI PELUANG KEPADA GENERASI MUDA UNTUK MEMBERI KHIDMAT KEPADA NEGARA.

BERBEKALKAN TUNJUK AJAR DAN PENGALAMAN ORANG LAMA,PASTI GENERASI MUDA DAPAT MEMAJUKAN NEGARA DEMI MASA DEPAN.

SEBABNYA:

PENGANGGURAN DI KALANGAN GENERASI MUDA MENINGKAT.

KADAR JENAYAH MENINGKAT.

MACAM MANA NAK ADE BANYAK PENGALAMAN UNTUK MENTADBIR NEGARA KALAU TIDAK DIBERI PELUANG DAN TUNJUK AJAR DARI ORANG VETERAN?

CALON SIMPANAN UNTUK PERKHIDMATAN AWAM.DISIMPAN TERUS JE LA JAWAPANNYA.

DIHARAP PANDANGAN INI DIPANDANG SERIUS.

Tanpa Nama berkata...

lu org memang tak reti bahasa ooiii..!! kami org muda dah cakap sama lu org.. umur bersara jgn sampai 60 thn lo.. tarak bahasa kau org cuepacs,spa n jpa, kami tau kau org tua-tua nak mampus tapi ada hati nak sapu gaji n elaun lagi.. buat turus,jusca A,B,C n gred 52-54 lu org muka tak reti malu, perut boroi.. lu org tengok org muda punya pukulan PRU-13 nanti.. kasi tendang ini kerajaan sama lu org sekali.. lu org cabar kami org muda loo..!!

Tanpa Nama berkata...

Nak jangkau umur 60 tu sebenarnya...masa untuk berehat dan memanjangkan ibadah. Rata2 umat nabi menjangkau 80 lebih dan yg bernasib baik 90 hingga ke 100 lebih sikit. 80-60=20 tahun untuk berehat, itupun kalau umur dipanjangkan...Dan, untuk pemahaman saya, manusia bila semakin berumur otak dan otot semakin lemah dan sesetengahnya dah ada ciri2 akan menjadi nyanyuk, jadi bukankah lebih baik diganti dengan tenaga muda yang sudah dilatih, kecualilah untuk orang2 yang memang susah, yang masih menyara keluarga dan anak2 ...mungkin boleh dipanjangkan. Ataupun lagi 1, untuk orang yang memang berpengalaman, kita sangat ketandusan orang yang seperti itu, jadi bolehlah diambil bekerja untuk mereka merekrut pelapis baru.

Tanpa Nama berkata...

Isu ini tidak akan menjadi masalah sekiranya pihak kerajaan dapat mengurangkan masalah pengangguran di kalangan rakyat terutama graduan. Tiada guna menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak sekiranya jawatan buruh kasar je banyak...macam mana kita nak bayar balik pinjaman pendidikan kita? tiada guna memberikan bantuan atau insentif yg bermacam2 yang banyak sekiranya peluang pekerjaan terhad, bukan selama-lamanya nak minta bantuan...sepatutnya perlu dinilai juga adalah tahap kualiti dan prestasi penjawat awam untuk dilanjutkan kepada umur 60 thn..bagi penjawat yg mempunyai masalah kesihatan sepatutnya digalakkan bersara wajib lebih awal. manakala bagi yg berprestasi rendah atau malas bekerja @rekod perkhidmatan yg teruk termasuk masalah tatatertib perlu diwajibkan bersara awal, Ini membolehkan golongan muda yg lebih berpotensi mengisi jawatan tersebut...kalau betullah nak ikut negara maju baik gunakan sistem pecat je, biar yg berkualiti je yg terus berkhidmat.yg malas2 n yg suka keluar pd jam bekerja (curi tulang) tu x payah..