SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 September 2011

PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN SABAH DIMINTA LEBIH DINAMIK DAN PROAKTIF

Bernama
12/9/2011




KOTA KINABALU, 12 Sept (Bernama) -- Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Muhammad Hatta Ab Aziz mahu penjawat awam persekutuan di negeri ini lebih dinamik dan proaktif dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan halatuju, wawasan dan sasaran yang jelas.

"Jika ini tidak ada kita hanya dianggap sibuk bekerja tapi tiada hasil yang dicapai...oleh itu, kita mestilah menjadi penjawat awam yang dinamik.

"Dalam kebanyakan organisasi, orang dinamik yang 'menjadikan sesuatu itu berjaya' hanya sekitar 10-15 peratus manakala yang lain adalah mereka yang melihat dan menunggu apa yang berlaku," katanya dalam perutusannya sempena perhimpunan bulanan Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan Sabah di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Hatta berkata penjawat awam perlu berubah daripada segi minda dan sikap supaya keluar daripada golongan itu dan menjadi golongan dinamik.

Beliau juga menyeru mereka menggunakan kemudahan teknologi maklumat (ICT) kerana ia dapat membantu menjadikan mereka lebih berpengetahuan.

Muhammad Hatta turut menekankan kepentingan nilai-nilai yang baik termasuk integriti, layanan yang baik kepada pelanggan, inovatif dan kreatif, kerjasama di semua peringkat termasuk antara jabatan dan agensi persekutuan serta menerima aduan dengan minda terbuka.

-- BERNAMA

2 ulasan:

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 jawatan lagi dpt penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi...dan ada 3 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi. Bukan ke sijil politeknik sama kenapa ada perlu dibezakan..apa la JPA ni?

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

INI TIDAK ADI

Tanpa Nama berkata...

Tp adil tak Penjawat Awam Persekutuan di Semananjung blh pula bertukar ke tempat asal.....tp penjawat awam PS susah nak bertukar ke sabah..........saya dah mencuba. walaupun punca alasan yg munasabah & kukuh serta ada juga perkeliling yg berkaitan di rujuk....