SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

24 September 2011

PENSYARAH KONTRAK

Berita Harian
Berita Harian
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2011/09/22



PENSYARAH kontrak banyak berbakti kepada graduan pascasiswazah. -Gambar Hiasan.
PENSYARAH kontrak banyak berbakti kepada graduan pascasiswazah. -Gambar Hiasan.


Autonomi khusus bagi tenaga akademik berstatus kontrak

KEJAYAAN melahirkan ramai graduan pascasiswazah peringkat PhD sudah cukup untuk membuktikan peranan besar pensyarah kontrak untuk melahirkan golongan cerdik pandai negara, namun peliknya cendekiawan ini hanya berjawatan hakiki Gred DH45 sepanjang tempoh perkhidmatan yang seolah-olah jasa dicurahkan tidak dihargai negara. RAMAI pensyarah kontrak yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hanya berjawatan hakiki Gred DH45, sedangkan mereka mempunyai peranan sama penting dengan pensyarah tetap untuk melahirkan Graduan Pascasiswazah terutama peringkat PhD. Ada antara pensyarah terbabit yang berjaya menyelia sehingga 39 graduan PhD dalam tempoh 11 tahun, namun mereka tidak menerima sebarang kenaikan pangkat sehingga tamat kontrak perkhidmatan.

Malah graduan yang dalam seliaan mereka yang memilih menjadi pensyarah di universiti awam akan ditawarkan Gred DH51, iaitu jauh lebih tinggi berbanding bekas penyelia mereka.

Seorang pensyarah kontrak di sebuah universiti di Lembah Klang, yang enggan namanya disiarkan berkata beliau sudah berkhidmat di dua universiti awam sejak 1999 dan dalam tempoh itu menjadi penyelia pelajar PhD dan sarjana dalam bidang pendidikan.

Katanya, sepanjang tempoh 11 tahun, beliau hanya ditawarkan Gred DH45, iaitu hampir sama dengan gred ketika menjadi pegawai pendidikan di Kementerian Pelajaran.
Beliau berkata, faktor usia iaitu menjadi pensyarah selepas bersara wajib dijadikan alasan oleh pihak universiti untuk mengekalkan gred beliau termasuk tidak berpeluang memegang jawatan Prof atau Prof Madya biarpun sudah menulis banyak buku dan jurnal ilmiah.

“Sejajar transformasi dan inovasi kerajaan dalam pelbagai bidang terutama pendidikan dan ekonomi adalah wajar trasnsformasi berkenaan tidak menganaktirikan pensyarah kontrak yang turut berperanan memartabatkan pengajian tinggi negara.

“Usia tidak seharusnya menjadi kekangan untuk membela nasib kami kerana tugas seorang pensyarah tidak sama dengan penjawat awam lain dari aspek melahirkan cerdik pandai negara,” katanya kepada Varsiti di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tuntutan supaya usia persaraan dilanjutkan bagi membela nasib pensyarah kontrak bukan perkara baru, malah ia sudah ditimbulkan tenaga akademik dan golongan profesional sejak sekian lama.

Pada Ogos 2010 misalnya, Canselor Universiti Malaya (UM), Sultan Azlan Shah meminta kerajaan memberi kelonggaran usia persaraan tenaga akademik universiti dengan tidak menyamakannya seperti penjawat awam lain.

Sebaliknya, baginda bertitah, autonomi khusus perlu diberikan kepada tenaga akademik terbabit terutama dalam aspek skim perkhidmatan dan peruntukan kewangan.

Baginda yang juga Sultan Perak bertitah, bagi dunia akademik, semakin lanjut usia sarjana, mereka semakin matang dan memiliki tahap pengetahuan mendalam dalam bidang yang dikuasai.

“Adalah satu kerugian besar kepada institusi dan negara apabila seorang sarjana yang mencapai status kematangan terpaksa meninggalkan tugas di universiti kerana terikat dengan skim perkhidmatan yang mewajibkan mereka bersara.

“Melahirkan seorang sarjana yang hebat memerlukan masa yang lama dan untuk itu, sarjana yang hebat perlulah dimanfaatkan oleh institusi untuk tempoh yang optimum,” katanya ketika bertitah pada Istiadat Konvokesyen UM Ke-49 di Dewan Tuanku Canselor universiti itu pada 3 Ogos 2010.

Sultan Azlan Shah bertitah, skim perkhidmatan tenaga akademik dan peruntukan kewangan universiti perlu dirangka selaras dengan pengharapan yang diletakkan kepada mereka untuk menghasilkan penyelidikan dan penerbitan serta peranan sebagai duta ilmu di peringkat antarabangsa.

Seorang lagi pensyarah kontrak di sebuah universiti awam di Utara Semenanjung yang juga enggan namanya disiarkan mahu Kementerian Pengajian Tinggi mempertimbangkan cadangan Sultan Azlan Shah untuk memberi kelonggaran usia persaraan tenaga akademik universiti awam.

Katanya, kelonggaran usia itu hendaklah meliputi tenaga akademik yang menjadi pensyarah selepas mencapai usia persaraan dalam perkhidmatan awam yang kemudian menjadi pensyarah universiti.

Ini kerana katanya, tenaga akademik terbabit mempunyai peranan yang sangat penting untuk melahirkan graduan PhD yang kemudian menabur bakti mendidik generasi muda 1Malaysia untuk menjadikan negara kita sebuah negara maju bertepatan Wawasan 2020.

“Bukan material yang kami cari, cuma mahu pengiktirafan kepada pensyarah kontrak yang selama ini berjuang melahirkan graduan pascasiswazah peringkat PhD dan sarjana tanpa jemu biarpun pada usia warga emas.

“Biarpun berusia, kami masih bertenaga dan bersemangat waja melahirkan cendekiawan muda negara termasuk membantu memartabatkan maruah IPTA negara ke arah universiti bertaraf dunia,” katanya

19 ulasan:

Tuan Haji Najib berkata...

Sepatutnya pensyarah yg mengajar student phd nie patut dilanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun kerana ilmu yg dimiliki mereka dan penjawat awam yg lain patut bersara wajib pada umur 55 tahun kerana mereka hanya tahu bermesyuarat sambil makan dan memboroikan perut...

Tanpa Nama berkata...

kami ada master..duit beribu ringgit habis kerana berlajar..ape kejadahnya jadi pensyarah kontrak.. zaman skg mane ada jawatan main kontrak-kontrak nie..ape kejadahnya..boleh bla beb..!!susah sgt tunggu jea PRU-13 nie.. tukar semuannya dari naib canselor, dekan, pensyarah(prof n prof madya) yg kaki ampu.. baru kau org tau nasib kau org nanti..tunggu jealah nanti.. ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik jadi Pensyarah Kontrak yang disambung perkhidmatan ... masih bernafas sebagai PA.
Usah kutuk sesiapa, buatlah RESEARCH tentang laluan kerjaya Pensyarah Kontrak, tentang skim perkhidmatan Akademik di IPTA malaysia atau pelbagai R&D.
Bentang dalam Jurnal, Seminar, Kolokium, etc..... biar Academia tahu dan biar Menteri Pengajian Tinggi tahu!
Guna otak bebbb!! Tunjukkan yang peranan kita adalah penting di IPTA ! jangan main redah cakap jerr !! Buktikannn ...

Tanpa Nama berkata...

sudahlah lu bro..!!

Pegawai penyelidik berkata...

Jasa Pegawai Penyeldik di institut penyelidikan seperti FRIM, MARDI jangan pula dilupakan....

Tanpa Nama berkata...

aku fikir tak larat keje pensyarah nie.. gaji kecik, keje teruk.. baik aku apply kat petronas, ptd kea.. lagi baik, gaji boleh tahan dan keje pun happy..

zarim berkata...

jasa kami ahli UMNO adalah lebih besar dan wajib diberi imbuhan setara. minta PM usah pedulikan mereka PA yang suka mengeluh, tetapi dengarlah luahan kami yang ikhlas bekerja demi parti dan negara tanpa mengharapkan sesen pun habuan. Kami setia bersama pemimpin UMNO dan BN yang nyata sentiasa membela nasib rakyat dan memberi kemakmuran kepada seleuruh negara

Tanpa Nama berkata...

bagi la elaun bagi guru yg ada master atau phd skurang2 nya..smbung bljr pnt2 gaji takut tu jer

Tanpa Nama berkata...

mana yg dh ada phd, ada master tu, kalau rasa keje gomen kecik, pi lah keje swasta @ glc...kot2 dpt gaji lgi besorrr. xpyhlah nk kaji2 keje pensyarah kontrak ni... nk kaji gaji, service penjawat awam pn xsiap2, ni nk srh kaji yg ln pulak...jpa pn tgh bengang tu...

dasuki N4 berkata...

sokong zarim.. aku rasa dimana semakin ramai PA sokong BN dan UMNO, seperti aku tgk dlm berita baru ni, cepat la buat PRU. Pastikan semua PA bersma BN menyahkan PR. Minta juga semua PA yg x sokong UMNO dilucut kerja.

Tanpa Nama berkata...

kami UMNO rela berkorban demi negara.. ikat perut yg boroi demi mengaut seberapa banyak kekayaan.. sebelum org lain sapu baik kami sapu dulu..ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

cuba ko orang perhati ..masa kontrak lagi dah pandai mengutuk, membangkang, mengomplen....kalau bagi ke jawatan tetap tak taulah aku apa jadik kat Malaysia nih..abis dijualnya.....pigi mampuih lah para pensyarah kontrak....kalau tak puas ati gi lah bersyarah kat chow kit tu..banyak boleh dapat kaloooo....

Tanpa Nama berkata...

geli-gemelan aku nak jadi pensyarah kontrak..tak da masa depan.. aku skg kerja kat sykt jepun, lulusan university of wincosin, ada master.. gaji aku RM7000 baru 6 tahun kerja.. kalau pensyarah gaji pokok baru RM2500 baru kerja.. tak berbaloi.. kerani bank rakyat lagi besar gaji dari pensyarah kontrak ooiii..!!!

Tanpa Nama berkata...

DH atau DS ? konfius.. kalau di IPTA guna DS.. kalau DH untuk politeknik/kolej komuniti dan pegawai di KPT...

Tanpa Nama berkata...

Pekerja kontrak ni memang jadi masalah.. tak kira kerani ke pensyarah ke, drebar ke...
Mungkin kerajaan patut lupuskan jawatan kontrak ni pada mase depan supaya isu ni tak timbul (yg sedia ada patut di serap) Walaupun term kontrak itu sendiri membawa maksud yang orang paham... tapi harapan nak tetap tu begitu tinggi jadi boleh membuatkan orang tak selesa tanpa jaminan mase depan...

Tanpa Nama berkata...

Patut umur penchen dinaikkan ke 60 tahun, lepas tu kalau ade bapak PHD pun duduk je lah rumah jaga cucu kasi graduan yg lain pulak. Bila pulak kami nak kerja gomen yg seronok asyik main Facebook, main golf, main tenis dan lepas tu asyik nyalak tak cukup tu ini. Seronoknya kerja gomen boleh ugut2 pulak tu pangkah pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kamu ade bapak PHD pun lepas tu kami yg muda2 ni dapat Master/PHD lepas tu kena nanggor, elok le kome berenti je tak payah sambung kontrek pakai duit rakyat. Kalau Unibersiti duit rakyat ngajor budak luar negeri yg jadi samseng kat Malaysia ni eloklah kami ngajor unibersiti swasta dan nyalaklah le kuat2 ikut suka hati kamu.

Tanpa Nama berkata...

Jom esok kita main golf..

Unknown berkata...

Fikirkanla wahai teman...tanggungjawb tu diutamakan dahulu.. Gaji tu Tuhan maha tahu maha mendengar...selalu bersyukur...Menjadi pensyarah ni menjadi isnpirasi golongan masyarakat...mereka memandang mulia dgn kerjaya ini...Tolong jaga maruah seorang pensyarah...