SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

14 September 2012

UTAMAKAN RUMAH PENJAWAT AWAM

Utusan Malaysia
Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menjadikan isu perumahan antara keutamaan dalam pembentangan Bajet 2013 kelak.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pembentangan tersebut dinanti-nanti seluruh rakyat negara ini termasuklah penjawat awam.Menurutnya, isu perumahan diharap menjadi penekanan memandangkan situasi harga rumah yang melonjak dan di luar kemampuan, khususnya bagi 30 hingga 40 peratus penjawat awam.

"Ini situasi yang membimbangkan. Golongan tersebut masih sukar memiliki rumah bawah RM200,000 meskipun telah bekerja antara lima hingga 10 tahun serta menggabungkan gaji suami dan isteri."Ini menyebabkan ada segelintir yang tidak mempunyai kediaman sendiri walaupun tiba tempoh persaraan," katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan memorandum oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains institusi pengajian tinggi awam (IPTA) (PPPSIPTA) dan Harapan Bajet 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Hadir sama Presiden PPPSIPTA, Zainal Abidin Bahari.Menurut Osman, CUEPACS juga berharap pembentangan bajet kali ini memberi harapan baru kepada pekerja sektor awam termasuk pemberian bonus.

"Sekiranya kerajaan memberi bonus sebanyak dua bulan atau sebulan gaji kepada penjawat awam, ini menunjukkan kemampuan ekonomi negara, selain menjadi sejarah serta perubahan dalam sektor awam."Kami juga berharap permohonan elaun dan insentif sektor awam kembali dipertimbangkan," katanya.Mengulas penyerahan memorandum hari ini, Osman berkata, ia berkaitan dengan tuntutan menaik taraf skim perkhidmatan pembantu makmal di IPTA seluruh negara.

Katanya, tuntutan yang diminta itu selari dengan tugas pembantu makmal universiti yang membantu melakukan penyelidikan, memantau latihan amali pelajar dan banyak lagi."Kira-kira 1,200 pembantu makmal sahaja yang mendapat kenaikan pangkat sejak ia dinaik taraf pada 2005."Menginjak ke tahun 2009, skim berkenaan kembali bergerak perlahan dan kini seramai 387 pembantu makmal lagi telah lulus Bridging Programme pada 2010/2011 tetapi masih belum dinaikkan pangkat," katanya.

Omar memberitahu, memorandum tersebut akan diserahkan pada 20 September ini untuk perhatian Setiausaha Bahagian dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Rujhan Mustafa."Jika tiada sebarang tindakan sehingga 1 November depan, pihak universiti mungkin menghadapi masalah dan pengajian pelajar akan terjejas kerana kumpulan ini bakal melaksanakan work to rule atau bekerja mengikut waktu pejabat," katanya lagi.

38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan kerajaan bina rumah khas dengan harga mampu milik untuk kakitangan awam kalau o interest pun tapi harga rumah mencecah rm200k masih lg tak mampu pa nak beli..

Tanpa Nama berkata...

."Jika tiada sebarang tindakan sehingga 1 November depan, pihak universiti mungkin menghadapi masalah dan pengajian pelajar akan terjejas kerana kumpulan ini bakal melaksanakan work to rule atau bekerja mengikut waktu pejabat," kata Dato' Omar..

p/s : Dah lupa ke pada arahan dari semasa ke semasa yang diguna pakai oleh ketua-ketua jabatan & pengurusan Universiti?

Tanpa Nama berkata...

kalau mampu pun beli rumah berkotak kotak yang dipanggil apartment. lepastu hidup caca marba dengan bising hiruk pikuk, kotor, sempit. sudahnya stress hari-hari, hidup pun tak lama. belum pencen silap-silap dah padam.

Tanpa Nama berkata...

hairan penjawat awam ni,

jika kerja dengan gomen tak mampu beli rumah,

sila berhenti dan kerjalah ditempat lain,

knp mcm pungguk rindu kan bulan dah tahu kerja gomen tak kemana tapi tungguuuu juga?

Tanpa Nama berkata...

asyik cerita dgn pembantu makmal jer... kami di gred J17 yg ada sijil poli niee bila nak naik ker j27 nyerr... yg ada sijil SPM hang minta pi gred j27 dah... yg ada sijil poli... apa cerita

Tanpa Nama berkata...

rase nye byk gelandangan kt KL ni majoriti PA kot..gomen tlg la buat rumah harga 20k

Tanpa Nama berkata...

Aku cadangkan kjaan bangunkan rumah mampu milik di Putrajaya. Khas untuk PA dan dijual antara 100k-300k. Permudahkan pinjaman untuk PA. Jadikan perkampungan PA di Putrajaya...

Tanpa Nama berkata...

Elaun rumah Penjawat Awam:

Gred 40 ke bawah = RM 180
Gred 41 = RM 320
Gred 44 = RM 400
Gred 48 = RM 700
Gred 52 = RM 900
Gred 54 = RM 1200

Ada ke tuan rumah akan tanya berapa elaun yang kita dapat sebelum sewakan rumah?

PT bukan D berkata...

cadangan tipikal:

berikan subsidi kepada penyewa. keh keh.

sebagai contoh, sekiranya seorang kakitangan gred 17 kelayakan pinjaman rumah 130k, walhal rumah pula yang sesuai dengan kakitangan tersebut berharga 200k++, subsidi 70k perlu diberikan.

sekian cadangan saya untuk PTD PTD cerdik pandai yang conquer MOF, EPU, ICU, JPA.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Elaun rumah Penjawat Awam:

Gred 40 ke bawah = RM 180
Gred 41 = RM 320
Gred 44 = RM 400
Gred 48 = RM 700
Gred 52 = RM 900
Gred 54 = RM 1200

Ada ke tuan rumah akan tanya berapa elaun yang kita dapat sebelum sewakan rumah?

jauh sggh beza elaun gred 40 ke bwh ngan gred 41 ke atas. Mana laa nak cari umah sewa harga 180.00 sebulan nih... umah pondok kat hujung kampung bleh laa kot zaman skrg niee...
pihak pemerintah tlg2 laaa perhatikan kes ini.... naikkan laa skit elaun rumah untuk PA bergred rendah... kesiannn...

Staff bawahan berkata...

PA nk salah satu elaun dinaikkan, COLA, KHIDMAT AWAM OR PERUMAHAN or kenaikan beberapa peratus lg gaji PA yg gred S27 ke bawah..klu salah satu x naik, maybe penjawat awam akan tawar hati n maybe akan mengundi parti pembangkang yg menjanjikan gaji yg lebih baik..

Staff bawahan berkata...

sistem gaji di malaysia ni mcm x adil je..sbgai contoh gred 27 lepasan STPM basic RM1,361.14, lepasan diploma RM1,661.95 or RM1,737.15..perbezaan gaji yg amat ketara iaitu RM300, tp beban keje sama je..patut gaji pun sama la..klu katakan lepasan diploma mempunyai kemahiran yg lebih tinggi dan masa belajar yg panjang..lepasan STPM terpaksa belajar 2 tahun di tingkatan 6, sama je dgn diploma, kemahiran pun lbih kurang sama je..malah ada lepasan STPM lebih cekap dr pemegang diploma..dan ada PA yg gred 27 yg menggunakan gaji lepasan STPM mempunyai sarjana muda, tp gaji lebih rendah dr gaji diploma,. klu ikutkan kepada pengetahuan dan kemahiran, PA yg gred 27 yg mempunyai STPM dan sarjana muda lebih lebih cekap dr pemegang diploma..harap kerajaan memandang serius perkara ini dpt jurang gaji antara STPM dan diploma tidak terlalu ketara..

Tanpa Nama berkata...

Ni satu lagi bengap memanglah berbeza gaji gomen mengikut perbezaan tahap kelulusan pendidikan bukannya pengalaman/rajinnya ko bekerja . Lainlah swasta yg mengukur kpd jumlah output & pengalaman & kerajinan .
Korje Gomen macm PTD/Pentadbir goyang telor bolehlah yg susah orang pelaksana yg menjalankan kerja mengikut arahan atasan .

Tanpa Nama berkata...

TAKDE APE2 DLM BAJET NI KITA PANGKAH LAIN...SUSAH APA...

Tanpa Nama berkata...

SALAM...
PERHITUNGAN TERAKHIR...
KAMI RAKYAT SABAH@PA RAKYAT SABAH...KLAU TDK ADA PERUBAHAN DLAM ELAUN PERUMAHAN DLM BAJET BULAN INI...TAK PAYAH CAKAP BEBUEH MULUT...UNDI D TANGAN MASING2...DAH CUKUP TERSEKSA DGN HAKL2 PERUMAHAN NI...
ORG MALAYA DTG ADA ELAUN RUMAH,...ORG SABAH@PA YG BERTUGAS DIDAERAH LAIN D SABAH HANYA ADA RM180.00,..TAPI SEWA RUMAH PONDOK RM600.00...BKAN RUMAH TERES....
MANA 1 MALAYSIA....
JANJI D TEPATI...
KITA AKAN TNGGU SEBELUM UNDI D PANGKAH...

Lat berkata...

Mohon Cuepac perjuangkan agar kakitangan kerajaan dibenarkan membuat pinjaman kedua utk membeli rumah yg kedua. Setakat ini kakitangan kerajaan hanya dibenarkan menggunakan sekali sj kemudahan pinjaman perumahan. Jika hendak menggunakan kemudahan pinkaman perumahan utk membeli rumah kedua dikehendaki utk membayar sekaligus pinjaman perumahan yg pertama. Sekiranya kakitangan kerajaan dibenarkan utk menggunakan kemudahan pinjaman perumahan utk membeli rumah kedua maka baki loan yg masih belum digunakan boleh digunakan utk membeli rumah kedua. Malah bagi suami isteri yg bekerja, mereka boleh membuat pinjaman bersama utk menggunakan baki loan utk membeli rumah kedua.

Pakcik Jepun bekas PAR berkata...

maaf ini xberkaitan dgn tajuk yg yg d post oleh kupeks diatas tpi minta kerajaan pertimbangkan, saya cadangkan bajet akan dtg xkira tahun (2014 keatas) bila atau kerajaan manapun bn atau pr bt sperti berikut:
1-hapuskan semua hutang personal loan penjawat awam,biar semua pa ada gaji bersih yg banyak,syarat utk loan pertama sahaja,loan selepas itu pandai2 la dia tanggung sendiri
2-utk pekerja swasta pula atau bukan pekerja kerajaan,kerjaan bagi subsidi sebnyak 100000.00 utk mereka membeli rumah,ctoh rumah harga 150000,rkyat bayar 50000 sahaja dgn bank.
3-org kg pula yg tiada pendapatan tetap,bagi wang sara hidup sebnyak 500 sebnyak 5kali setahun.

4- mana nk dapat duit tanggung semua ni? naik kan harga minyak petrol,cukai gst,cukai korporat,cukai pendapatan dan sebagainya kerana jika semua cukai naik dan harga minyak naik,orang xkan bising sbb apa? sbb gaji bersih bagi penjwat awam ada byk sbb tiada potongan angkasa dan sebagainya,gaji kasar 3000 dpt bersih 3000,klau minyak naik sape nk bising hihi, bagi swasta pula rebat rumah 100000 blh guna beli rumah dan bayaran selebihnya guna gaji sendiri,potong loan rumah d bank xbanyak,ada lebihan di tangan untuk serap cukai dan kenaikan harga minyak, org kg dpt rm500 lima kali cukup la kot nk tampung kos,klau xcukup ada kr1m,kedai ikan 1m,kedai kain 1m, klinik 1m, boleh jimat kos dah.

Tanpa Nama berkata...

rumah ayam

Tanpa Nama berkata...

Purata minima sewa rumah diluar 113bandar pun rm 450.00.Memang patut pun yg Rm 180.00 tu dinaikkan ke Rm450.00ke 500.00. turunkan sedikit interest. Baru lah P.A mampu sedikit nak beli atau menyewa rumah.

Tanpa Nama berkata...

KESILAPAN besar kerajaan mewujudkan MALAYSIA AS SECOND HOME,
semua rumah setakat bawwah 1 juta habis orang Singapore Cine Indon Cina Hong Kong Cina Komunis dah beli.
Tak kira lagi dari Iran yang dah ;ebih 1/2 juta orang.
Sepatutnya orang asing termasuk PR boleh beli 1 RUMAH sahaja yang harga 1/2 juta sahaja.
Then kenakan cukai pintu tak kurang RM3 ribu sehingga 20 ribu bagi bungalow. Kemudian kenakan cukai tanah 5 ribu sampai 20ribu setahun untuk hanya satu rumah.
Masalahnya developer dan persatuan agen hartanah dah kempen dan sogok kerajaan termasuk PBT.
Yang merana adalah anak2 muda bawah 30 tahun yang baru nak beli rumah.
Betul nilai ruam teres di Taman Tun Kl dah naik sampai hampir 1 juta.
Tapi kepada pemilik semasa nilai 1 juta ni tak ada makna sebab dia duduk rumah yang sama dan bukan nak jual rumah ni sementara tunggu sebelum mati,
Tapi kepada orang yang tak pernah ada rumah bila teres dah lebih dari 500 ribu di Shah Alam, bila dia boleh beli rumah sendiri. Takkan apartmen pun dah jadi 300 ribu?
Tak payah kerajaan naikkan pinjaman kepada PA. Apa kerajaan patut buat ialah HENTIkan program MALAYSIA AS SECOND HOME. WAJIBKAN PEMILIK MALAYSIA AS SECOND HOME HANYA ADA SATU RUMAH SSAHAJA DAN NAIKKAN CUKAI PINTU DAN CUKAI TANAH KEPADA WARGA ASING TERMASUK PEMILIKAN KILANG DAN TANAH.
Jadikan side agreement bagi pemilikan Tanah Rizab Melayu oleh bukan Bumi dan warga ASING kesalahan yang WAJIB penjara,
Kepada Presiden CUEPACS, cuba perjuangkan semua PA bukan setakat jawatan yang saam dia pegang di UPM sahaja...

Tanpa Nama berkata...

pembantu makmal dapat mengait baju lagi masa kerja!!!

Tanpa Nama berkata...

alaun rumah 41 rm250 la bukan rm320,siasatla dulu sebelum post.apala...main letak ikut suka hati ja.macam mana nak berlaku adil kalo macamni....biarla adil pada semua

Tanpa Nama berkata...

rumah b'kos 100k-2.5k semua dibeli habis oleh orang kaya semata mata untuk bagi sewa@dijual balik harga 2kali ganda (investment).perlu ada pemantauan oleh kerajaan sama ada si pembeli berpendapatan tinggi /peniaga dll
harga sewa rmah di kl,jh,phg,all RM1000 - elaun rumah 180-250 bagi PA bawahan.. mana mampu,

Tanpa Nama berkata...

pecat menteri perumahan dan kerajaan tempatan sebab gagal buat kerja. pecat sekali KSU dia sekali.

Tanpa Nama berkata...

gred yg tinggi sepatutnya elaun rumah biarlah rendah sebab gaji depa pun dah beribu riban...

gred bawah sepatutnya elaun rumah dan sara hidup tinggi..

Tanpa Nama berkata...

ptd yg menyemak di epu tuh elok berambus. ntah apa2 wat "economic planning". sume benda jd mahal. bangang!

Tanpa Nama berkata...

Mane ade diploma 2 thn je... 3 thn le... Renung2kanlah...

Tanpa Nama berkata...

Nak tambah sikit yer. Kalau nak naikkan pembantu makmal & j17 ke gred 27... Apa kurangnya pembantu akauntan/tadbir kewangan yg ada sijil poli. Seboleh2nya... Buatlah kptsn dgn adil. Kalau yg ada sijil poli dah naik gred 27, mohon tidak hanya utk yg gred j sahaja ye...... Pandang2 la jugak yg gred W,S, E & sewaktu dgnnya...

Tanpa Nama berkata...

Betul3... Sokong 100%

penyewa rumah berkata...

nak beli rumah loan tak lepas,dah mintak kuarters tapi tak dapat2,sewa rumah asyik berpindah randah.kalau ada rumah sendiri alangkah bagusnya...harap mimpi jadi kenyataan.PM tolongla kami.........

Tanpa Nama berkata...

btul..hapuskan malaysia as seconh home..rmai lg org melayu yg ssh nk beli rumah..kerana program tu la rumah jd mahal..pemaju ambil kesempatan buat rumah mahal2..nk keuntungan lebih..broker lak monupulasi harga rumah.makan untung atas angin ja..PM kena wat sesuatu supaya xhilang pengundi dr PA..

Tanpa Nama berkata...

sakadar elaun rumah RM180...sewa rumah sebulan di kk RM 500 KOSONG TANPA PARABUT..TIDAK TARMASUK SEWA LOTIRIK DAN AIL PAIP GAMAN...kalo yg ada rumah sodia di KK tempat dia karaja pun sana nasib baik lah juga..tapi kalo mcm sa dari Ranau kana kasi pindah pi kk tarpaksa sari rumah sewa RM 500 SEBULAN DAN TAUKE MINTA 3 BULAN PANDAHALUAN LAGI...BAYANG KAN SAJA DATUK GAMAN PENGERUSI CUEPACS...AKU BARU KARAJA SABAGAI KARANI PAJABAT POS..GAGJI SAMPUL PUNYA SAMPUL SUMA DAPAT RM1500....tulak sewa 500 tinggal 1000..tulak makan minum tambang bas 800 tinggal 200..tulak letrik air-100..tinggal 100...bayal reload DG RM 50...TINGGAL 50...MAU BALANJA GIRL FREN PUN KADANG TAK SUKUP MAKANG TUAN DATUK GAMANNNNN...AKU BUKA SAKAP KUSUNG NI...MAKLUMLAH PANJAWAT AWAM ISKIL KUMPULAN c...sataraf degn kalayakan sa ja ISPM..tapi magsyukul la dapat karaja drp putung gatah talampau panat baito....lagi pun karaja sa dulu putung gatah depend dgn suasa yg baik...

Tanpa Nama berkata...

Pemegang Stpm ambil brpa subjek masa belajar? Byk mana assignment yg diaorg kena buat? So x yah la nak buat perbandingan. Dah ada stpm, sambung terus buat degree la. Habis study minta jawatan pegawai.

Tanpa Nama berkata...

Betul3...sy sangat sokong...

Tanpa Nama berkata...

ITP mmg patut dinaikkan!!! X relevan dgn nilai semasa... Smua org leh nampak la... Patutnya 100% dari kadar skrg... RM180.00 at least patut jd RM360.00... Tu pun sebenarnya x padan bg mrk yg tinggal di kota...

Tanpa Nama berkata...

kuala terengganu: harga rumah melambung lambung..kebanyakannya yg murah bermula dr rm 168**k ..bagaimana dengan P.A gred !7 tambahan pula salah sorang suami istri sahaja yg bekeja..apa mau makan???lepas tolak sewa rumah..kereta..susu pempes...api air...kalau beli rumah???? makan pasir atau pecah amanah?mohon dengan kerajaan negeri????punya la susah...isi borang itu ..dan ini la....temuduga la...dan pelbagai lagi..kalau betul nak selamatkan rakyat melayu utamakan dahulu MELAYU..dan sebut slogan 1 malaysia oleh pm...bgus..semua yg ada di tanah air malaysia layak mendapat semua hak di tanah malaya ni..biar pun kemboja ..dll..Satu malaysia katakan...........pikir kan lah....................

Tanpa Nama berkata...

Mohon cuepacs berfikir dan berbincang tentang isu rumah bg P A... kalau ya pun tidak mampu utk memiliki rumah sendiri selagi blum pencen...dirikan lah setiap P.A yg belum ada rumah di beri Quaters bg setiap jabatan...so apa lagi bina la quaters bg P.A di jabatan tu...seperti di putrajya.................berkhidmat utk negara tp apa yg P A bawahan ni dpt?malah P A atasan juga yg untung................sudah la atasan malah kemudahan semua dapat..sudah la mampu malah di berikan lagi...mana keadilan????

Tanpa Nama berkata...

salam..
skim prmhan prima x dpt mbntu PA pn..
harga rumah melambung tinggi dengan ketara sekali..contohnya di Kuantan.
hrga rmah teres 3 bilik smpai 200k..ape ni??
bkn smua PA bgji kasar 3000 ke atas.
jgn hanya mengejar kemajuan negara sahaja tetapi kebajikan rakyat diabaikan..turun padang,pantau2lah keadaan hidup kami..
hrga rumah sebegini mmpu mngundang keberhutangan yg serius strusnya mnyebabkan prestasi PA merosot..last2 kena buang kerja..
tak guna bagi rebat phone,brim n ape2 bntuan seumpama tu yg blh hbis sekelip mata.
lebih baik tetapkan hrga max rumah atau turunkan hrga minyak.
barulah kebajikan terjga.
kalau negara maju tapi rakyat miskin x ada harta buat apa..??