SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 November 2012

280,000 PENJAWAT AWAM DAPAT NAIK GAJI MAKSIMUM

Bernama
2/11/2012


IPOH 1 Nov. - Semakan kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus bagi sektor awam bermula tahun depan hanya melibatkan kira-kira 280,000 orang atau 20 peratus daripada 1.4 juta kakitangan kerajaan yang telah mencapai tangga gaji maksimum tahun ini.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, perkara itu memandangkan kumpulan berkenaan yang sepatutnya menerima lonjakan gaji dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kembali menerima tangga gaji maksimum selepas pelarasan gaji sebanyak 13 peratus ekoran pembatalan sistem itu.

Keadaan itu tambah beliau, menyebabkan gaji mereka menjadi statik sekiranya tiada kenaikan pada 2013 sedangkan penjawat awam lain akan menerima kenaikan tahunan seperti biasa sepanjang tempoh interim Sistem Saraan Malaysia (SSM) sehingga skim baharu yang menyeluruh dirangka kelak."Perkara ini dinyatakan sendiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa yang menjelaskan kenaikan itu bukan melibatkan sektor awam secara keseluruhannya.

"Namun, kita menyambut baik usaha kerajaan ini kerana prestasi kerja golongan berkenaan akan terjejas sekiranya mereka tidak menerima kenaikan gaji pada tahun depan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Air Perak (LAP) oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Ali semalam bahawa kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.Kajian itu dibuat bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
Omar berkata, CUEPACS juga akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan berhubung isu itu pada minggu depan.

"Tidak semua penjawat awam akan menerima kenaikan gaji sehingga lima peratus. Kita perlu bincang siapa yang akan dapat maksimum lima peratus dan siapa akan dapat dua peratus," katanya.Mengulas berhubung kumpulan berkenaan, beliau berkata, mereka terdiri daripada semua peringkat daripada Gred 1 hingga Gred 54 dan ada antara mereka mempunyai tempoh perkhidmatan selama 10 dan 20 tahun lagi.

"Ada yang berkhidmat 10, 15 dan 20 tahun tetapi tidak naik gaji kerana sudah maksimum. Kalau sekarang mereka dapat kenaikan 13 peratus tetapi pada tahun depan sudah maksimum kembali," ujarnya.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alamak..yg gaji dah langgar dinding tu org dah nak pencen pun..produktiviti dah pun menurun...

Tanpa Nama berkata...

orang orang sebegini perlu dibela sebab ianya menjamin pengekalan kekuasaan barisan nasional.

itu sebab cikgu, polis, askar, orang kampung melalui PPRT, PTD dijadikan anak emas. ingat suka-suka saja ker mereka ini ditatang bagai minyak yang penuh?

Tanpa Nama berkata...

spa begitu lembab. yg dh lulus exam/ujian tu ni lum lg dipanggil interview. nk tunggu ape lg???

jpa kija slow!!!

Tanpa Nama berkata...

Yang Dah maksimun gajinya kalau mulai gred 48 ke atas tu, tak payah lah beri tambahan lagi sebab gaji dah tinggi. Kalau kumpulan sokongan tu dikira ok la sebab gaji mereka kecil.. Contohnya PTD umur 36 tahun, Gred 54 dan gajinya dh hampir maksimun. Nak tunggu pencen, entah berapa kali lg kena tambah... mampuh kerajaan kalu lagu nih... Tolong fikir la juga bagi yg ada kelulusan Ijazah tapi skim perjawatan tiada.. JPA, tolong fikir juga bg gol spt ini..

Tanpa Nama berkata...

kenaikan gred bagi J17 kpd J29 adalah menepati masanya, ini kerana beberapa kriteria yang mungkin telah dikenalpasti selain mereka2 ini ada yang lulusan peringkat poly atau mana2 ipts atau STPM.
Selain kriteria yang lebih dititik berat iaitu berdasarkan pengalaman dan kebolehan mereka dalam skim teknikal ini terutama dalam penggunaan appplikasi spt auto cad dan gis.
Skill mereka yang telah mencapai tempuh berkhidmat 7 hingga 10 tahun diakui mempunyai skill pada tahap yang sama bagi mereka yg lulusan diperingkat ijazah pada bidang yg sama, malah ada pegawai yang telah lulus diperingkat master juga masih belum boleh menandinggi kebolehan mereka tersebut.
Kaedah pengalaman sebagai kayu ukur dengan prestasi kenaikan gred ini adalah langkah yang sangat bijak sepertimana telah diamalkan pada negera negara barat dan juga di Jepun.
Malaysia akan terus maju dengan rangsangan diatas kemahiran dan kebolehan selain megambil kelulusan dan latihan sebagai kayu ukurnya

Tanpa Nama berkata...

yessss sokong j17 ke j29.. jpa sila urus

Tanpa Nama berkata...

korg caya je omar pnya ckp ni....elaun rumah apa cerita....senyap je....bole jln la omar....tak bole pakai punya org....

Tanpa Nama berkata...

ha....ha...ha....ha... penjawat awam ni asyik kena tipu je.....suda2 la 2....tunggu PRU13 je

Tanpa Nama berkata...

Kalau cikgu, polis & askar saja diberi keutamaan bermaksud tiada keadilan di sini...Renung2 lah

Tanpa Nama berkata...

dari dulu sampai sekarangni!!!Xhabis2 guru,polis,askar je yg kamu jaga!!!apa kamu ingat mereka sahaja yg ada hak mengundi dan mempengaruhi minda rakyat/masyarakat???AWAS!!!Aku dah mula menyampah dengan wayang/politik UMNO ni lagi..

Tanpa Nama berkata...

1 aobasiuldredb 1dari dulu sampai sekarangni!!!Xhabis2 guru,polis,askar je yg kamu jaga!!!apa kamu ingat mereka sahaja yg ada hak mengundi dan mempengaruhi minda rakyat/masyarakat???AWAS!!!Aku dah mula menyampah dengan wayang/politik UMNO ni lagi..

Tanpa Nama berkata...

uldredb 1dari dulu sampai sekarangni!!!Xhabis2 guru,polis,askar je yg kamu jaga!!!apa kamu ingat mereka sahaja yg ada hak mengundi dan mempengaruhi minda rakyat/masyarakat???AWAS!!!Aku dah mula menyampah dengan wayang/politik UMNO ni lagi..

Tanpa Nama berkata...

ubah lg..mula2 kenaikan utk smua penjawat awam.skrg 20% penjawat awam ja yg terlibat kenaikan 5%..tidak adil btl...elaun rumah apa ceta?..dah brtahun2 tidak juga naik2...

Tanpa Nama berkata...

bodoh.. ms 13% tu dah kira naik lah tu..

klu mcm tu.. pas naik lg 5% taon depan.. gaji langgar dinding balik jugak.. so 2014 bg naik 5% lagi ek??

utk yg dah lggr dinding.. x bg naik gaji kang, x semangat buat kerja..

utk polis pulak.. x bg naik gaji kang depa main rasuah..

alasan² yg x blh pakai..

cuepacs.. cuepacs..

Tanpa Nama berkata...

Mcm2 la ceupecs.....nk naik gaji x bg kpd seluruh pnjwt awam..ape cerrr????bela la cikgu..polis..askar...habis pnjwt awam yg lain mcm mana...???di mana keadilan kerajaan???elaun cola pun x selaras..ada yg 300..200..150..bg la selaras 300 terus..elaun rumah pun bg la selaras...kos hidup skrg tggi...semua duit..duit..duit..tunjukkan keadilan..

Tanpa Nama berkata...

HURM KLU BLEH CUEPACS TOLONG LA PLAK PENJAWAT AWAM YG ADE DIPLOMA TAPI MASIH DUDUK KAT SKIM SPM/SIJIL NI BILE LA BOLEH NAIK DR 17 KE 27 PULA? PERIKSA KPSL DAH LULUS! DIPLOMA PUN ADA TAPI BILA DAH INTERVIEW KEPUTUSAN MASIH LG GAGAL NAIK PANGKAT? SAMPAI BILA NAK MENUNGGU ANAK2 MAKIN MEMBESAR BELANJA MAKIN BANYAK TAPI PENDAPATAN MASIH BAWAH RM3RIBU ISI RUMAH? MACAMMANA NAK JADIKAN MALAYSIA MEMPUNYAI RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI? KALAU SESIAPA DLM GRED 17 YANG ADA DIPLOMA DISAMAKAN DENGAN GAJI SIJIL KEMAHIRAN YANG LEBIH 4 MATA GJ DR SPM BOLEH LA SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU KERANA SUSAH SANGAT NAK NAIK PANGKAT IKUT KELAYAKAN?

Tanpa Nama berkata...

Betul tu dah la susah nak jwp soalan kpsl bila dah lulus susah plak nak naik pangkat alasan takde
Kekosongan jawatan baik tak payah buat periksa tu, ada kpsl ngan diploma pun mcm tak berguna gak tak dapat naik pangkat. Zaman skg byk kene pakai duit mane cukup setakat gj gred 17 yg guna SPM tapi ade diploma, lain la gj gred 17 tapi guna sijil kemahiran gj lg byk dr spm, mengapa gj 17 yg mempunyai diploma tidak disamakan je dengan gj 17 sijil kemahiran klu susah sangat nak naik pangkat.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong. Saya pun dh lulus kpsl n ade diploma tapi gagal juga naik pangkat. Hidup saya lg susah tiada sesiapa pun nak menolong. Suami saya dah masuk 7 bln tak dpt gj dah report kat pjbt buruh tapi tak selesai2 lg bila nak berenti kerja majikan kata gj tak kan dibayar. Jawatan pun bukan tinggi pun security je. Skrg ni hrpkan saya je ngan gj gred 17 spm sedangkan ade diploma. Semua perbelanjaan saya yg tanggung mane nak cukup. Harap cuepacs tolong la penjawat awam gred 17 yg ade diploma nie.

Tanpa Nama berkata...

Baik bg kenaikan gj pada gred bawahan sbb gj mereka kecik jika nk dibndingkn dgn yg dh terima gj mksimum.cola pn ptt selaraskn 300. Ingt gred bwhan sewa umah rm50 sbln ke?? Zaman dh moden,maju sume nk pkai duit.msuk tndas pn byar 50sen. Ini bkn tlg rakyat,ini diskriminasi namanya...

Tanpa Nama berkata...

ini semua helah PTD untuk naik gaji depa.. penjawat awam lain biar statik takat tu sampai pencen...

Tanpa Nama berkata...

Apa nak kaji. Kalau dah maksimum gaji. Jgn bagi 5%. Bsgi ikut KGT masing masing aje

Tanpa Nama berkata...

harap kad diskaun 25% diperluaskan kepada kakitangan sokongan kerana golongan ini amat-amat memerlukan kad tersebut,tambahan pula harga barang semakin meningkat.mohon sokongan dari pihak CUEPACS HINGGA MENJADI KENYATAAN,tq

Tanpa Nama berkata...

memang patut yg maksimum dinaikan...sebab ramai pekerja sekarang terutamanya guru2 , dengan kelulusan yg sama baru kerja 15 tahun gaji mereka sama dengan orang yg dah kerja 30 tahun.... sepatutnya tak ada pekerja gaji yg langgar dinding..tiada pembelaan unt orang yg dah gaji statik...

Tanpa Nama berkata...

Cigu/polis jelahhhhhhhhhhhh yg dpt lebihhhhhh..napa ek