SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 November 2012

Bomba tidak langgar SOP

Chee Heung (kiri); Wan Mohd Nor  (dua dari kanan) dan Azmi (kanan) melihat  kecederaan  dialami anggota bomba, Mohd Zaki Daud dalam  kebakaran kilang tayar, kelmarin. Berita Harian
6/11/2012
 
Chee Heung (kiri); Wan Mohd Nor (dua dari kanan) dan Azmi (kanan) melihat kecederaan dialami anggota bomba, Mohd Zaki Daud dalam kebakaran kilang tayar, kelmarin.
Kota Bharu: Tiada sebarang pelanggaran standard prosedur operasi (SOP) dalam kebakaran yang mencederakan 10 anggota bomba, termasuk lima parah ketika memadamkan kebakaran di Pengkalan Chepa, di sini, pagi kelmarin.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata tugas dilaksanakan anggota terbabit adalah mengikut arahan pegawai dan dilakukan secara profesional.
“Walaupun punca kemalangan itu masih dalam siasatan, dari segi SOP, pegawai dan anggota terbabit berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. Jika tiada pengalaman, sudah tentu keadaan lebih teruk.

Iktiraf jasa bomba

“Dengan jasa mereka yang sanggup menggadai nyawa, rakyat seharusnya memberi pengiktirafan kepada anggota terbabit,” katanya ketika melawat anggota bomba yang cedera di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Arpah Abdul Razak; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim; Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Osman.

Chee Heung mengulas mengenai lima anggota bomba termasuk seorang wanita cedera parah apabila tangki minyak pelincir meletup ketika mereka memadamkan api di sebuah kilang tayar di Pengkalan Chepa, pagi kelmarin.
Lima yang cedera parah itu disebabkan berlaku letusan api menjulang setinggi 30 meter dari tangki ketika operasi bomba hampir tamat hingga menyebabkan mereka cedera disambar api.

Syor insurans khas disegerakan

Chee Heung berkata, daripada lima orang itu, tiga serius namun stabil, dengan seorang dirawat di HUSM, manakala dua lagi di HRPZ II akibat melecur pada anggota badan.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS mahu kerajaan menyegerakan kemudahan insuran khas kepada anggota beruniform yang bertugas dalam keadaan berisiko tinggi.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAYA MENCADANGKAN SUPAYA:-
1. Gaji dan elaun serta kemudahan2 lain Pegawai dan Anggota Bomba dan Penyelamat patut disemak semula dan perlu dilaksanakan. Ini adalah selaras dengan tugas dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang semakin meningkat elemen2 bahaya, ancaman dan beban tugas yang dipikul oleh setiap anggota.
2. Sinonim dengan anggota Polis yang membalas tembakan dengan tembakan, begitu jugalah sepatutnya anggota Bomba melawan API dengan tembakan AIR yang umpama 1 Peluru 1 Musuh, maka anggota BOMBA patut dilengkapi dengan pakaian kalis api yang kebal dan benar2 kalis elemen bahaya lain, kelengkapan dan jentera serta artileri yang ampuh. Ini bermakna setiap kemalangan, kebakaran, bencana dan peristiwa dapat ditangani dengan cepat, tepat dan berkesan. Sebagai contoh, kes anggota dan pegawai Bomba yang disambar api letupan tangki minyak di Kelantan baru2 ini sungguhpun operasi padam api hampir tamat namun bahaya tersebut boleh dihindari jika memakai pakaian kalis api, kalis minyak dan kalis bahan kimia (elemen hazard).
Sekian, cadangan saya. Terima kasih.

naik gaji memey senyum,naik pangkat muka terus sombong...

.....................................................

Semua Jawatan yang kita pegang semuanya ada risiko. Dan janganlah semata-mata nak gaji besar diungkit risiko2 konon. Jika susah sangat dan takut terhadap risiko dalam jawatan yang diamanahkan sila berhenti dan cari kerja yang sesuai dengan diri sendiri.

++++++++++++++++++++++++++++++++

yang kau dok sibuk pasal apa?hak menuntut itu hak mereka,yang kau nak nafikan hak mereka kenapa?....salah ke mereka tuntut hak mereka,mereka baru mencadangkan ,terpulang kepada kerajaan nak mempertimbangkan atau tidak?ada ke mereka kemukakan cadangan untuk pertimbangan kau?....jadi kau dok sibuk kenapa?hargailah jasa orang lain......jangan duk fikir penting diri sendiri.kalau rasa kau tak ada apa nak tuntut,jangan la buat kecoh bila orang lain tuntut hak dia.....hati busuk....