Bernama
14/11/2012
14/11/2012
KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu semua jenis elaun dan insentif
penjawat awam di seluruh negara termasuk imbuhan tetap perumahan dan
bayaran insentif wilayah untuk Sabah dan Sarawak dikaji semula.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata perkara itu perlu memandangkan harga rumah dan kos sara hidup rakyat di negara ini semakin meningkat.
"Di mana-mana negeri, elaun tidak boleh dibeza-bezakan seperti dahulu sebab sekarang ini harga rumah dan kos sara hidup terlalu tinggi.
"Sebab itu Cuepacs menyuarakan supaya semua jenis elaun, insentif dan imbuhan tetap perumahan perlu dikaji semula bersama dengan kajian suruhanjaya transformasi perkhidmatan awam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, di sini Rabu.
Omar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelbagai pihak agar elaun perumahan penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di semenanjung atau sebaliknya diseragamkan.
-- BERNAMA
Presidennya Datuk Omar Osman berkata perkara itu perlu memandangkan harga rumah dan kos sara hidup rakyat di negara ini semakin meningkat.
"Di mana-mana negeri, elaun tidak boleh dibeza-bezakan seperti dahulu sebab sekarang ini harga rumah dan kos sara hidup terlalu tinggi.
"Sebab itu Cuepacs menyuarakan supaya semua jenis elaun, insentif dan imbuhan tetap perumahan perlu dikaji semula bersama dengan kajian suruhanjaya transformasi perkhidmatan awam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, di sini Rabu.
Omar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelbagai pihak agar elaun perumahan penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di semenanjung atau sebaliknya diseragamkan.
-- BERNAMA
18 ulasan:
Betul...betul... betul..
semua elaun kena kaji semua dan beri sama rata, elaun rumuh kumpulan pelaksana perlu dinaikan 300% pada RM 700 sama dengan gred 45. Skim J juga perlu upgared taraf kemasukannya ke diploma.
adalah diharapkan agar elaun perumahan dikaji dengan secepat mungkin..TQ
SEMUA JENIS ELAUN-ELAUN DAH LAMA KENA SEMAK SEMULA DAN DINAIKKAN KERANA SUDAH TIDAK RELEVEN MENGIKUT MASA INI .
cadangan aku
elaun rumah = rm 500 same rate...
elaun khdmat = kekal or tmbah rm 50 dari yg asal
elaun sara hidup = 500 same rate
poraaaahhhhhhhh.. dah berapa lama kaji dah... hari tu kata dalam bajet 2013.. tapi takde pun... PRU dah dekat...
time based ni untuk kenaikan gred bukan kenaikan pangkat...Datuk faham ke dak..ia tak semestinya kenaikan pangkat untuk memegang jawatan lebih tinggi...kalau bunyinya kenaikan pangkat secara time based, tak da maknala...kenaikan pangkat ada prosesnya tersendiri...kenaikan gred secara time based pula ada kaedahnay tersendiri..Datuk kena ingat struktur jawatan macam piramid...jaAwatan yang paling atas dan paling tinggi tu satu je..makin ke atas makin kecil...makin rumit...makin kecil peluang..
Da lama elaun rumah tak naik ni... Da dekat 10 tahun atau lebih kot..masi jgk rm180...
kaji....kaji...kaji...,itu saja dotuk omar tau...kerajaan tak kan layan punya la...mari smua PA kita tentukan pilihan kita di PRU13 nanti...baru diaorg kaji lah.....
JANGAN MIMPI LA U ALLS.......MAKAN ANGIN JE LAH NANTI...KERAJAAN DAH POKAI DAH....NAK BUAT MESYUARAT AGONG UMNO PUN DAH HABIS BRAPA BILLION....MAKAN TAK HABIS2...
Harap adalah berita baik drpd cuepacs ye.
Aku pun tau TOK Omar ni. Ada ke buat kajian indek ekonomi dan indek kenaikan rumah atau brgan? Propose bg menteri base indek kenaikan hg pengguna barangan. Statistik dan mekanima mesti tepat. Barulah menteri akan faham. Ini apa kami pastikan contoh kenapa naik cthnya rm 50 tk 500.
Buat juga untuk unjuran j/k pjg ke 10 th. Klu tak isu yg dh bekulat aje d ceritakan.
Byk jwtan dh tak releven sebenarnya. Cth PTD dh tak perlu sgt ini nak skali ambik byk2. Kje dia org ni budak kerani dan SPM aje bleh buat.
Hampir 100% sapa yg buat? Klu tak kerani. Nk ckp idea jauh skali. Cuba lihat depa ni byk keje mengangkang aje kat ofis.
Claim itu d ini lebih2. Klu budak bawah wa nk sergah aje! Semua depa yg betul.
Jwtan PTD ni jumudkan aje. Tp kbyk yg ada mmg tak la sebaik mana.
Jadi pk pk kan lah.
Utk elaun rumah ATM dsabah mohon kaji semula. Nak tingal kat kuates,mak aii teruk sgt buruknya..
kaji saja lah,nak laksananya entah bila,mungkin 20 thn lagi kot....ratus juta dah habis utk perhimpunan Umno...kan baik duit 2 disalurkan pada golongan yg memerlukan....yg kaya tambah kaya...yg susah disusahkan lagi....sabar je lah...tengok je PRU13 nanti....
..Setuju dgn pendapat Ali Zaimi Zabani.. paling tidak kurangkan rm50 / rm80 bezantara k/tgn awam dan pasukan beruniform pn ok la jg... kita setuju kelebihan utk diorg tu sbb diorg menjaga keselamatan negara tetapi k/tgn awan pn bekerja jg dan duduk di bandar yg sama dengan mereka.. so jgn la ketara sgt.. sama2 ada tanggung jawab..
tuntutan elaun penginapan semasa kursus (dlm Perkhid.Awam Sabah), RM42 ja utk semalam...
Sy mnta kpd pegawai2 yg menggubal Arahan2 Perkhidmatan, sila buat kajiselidik senarai HARGA dan JUMLAH penginapan yg ada di Kota Kinabalu, Sabah..
harap2 dato omar selidik n dgr rintihan komen2 ni..
sy pekerja r1 di badan beruniform bwh kerajaan negeri,tiada langsung elaun..
sedangkan badan uniform mane ade r1,hanye sangkut je,tp bab elaun x di layan,dengan alasan kene rujuk pekeliling,kerja alhamdulillah blh di laksanakan..
tp elaun x de.. elaun minyak n elaun uniform mane?? keje beresiko ngn org awam.. r1 bape sgt la gaji nye.. ape yg sy nmpak,setia usaha n41 pn nk elaun tu elaun ni,sy r1 ni cmne.. terbiar cmtu..
krajaan x nk bagi pn xpe la.. kuasa sume ni di pihak gov.. ape blh buat.. redha je la.. allah lebih mengetahui segala nye.. insyaallah.. pru13 nnti jwpn nye..
saya setuju elaun diselaraskan...kami kawasan luar bandar pun sewa rumah mahal dari bandar....harga barang sama saja mahal nyer..petrol pun sama
Kalau kump PP senang je naik pgkt dll terutamanya PTD.kalo kump sokongan pyh mcm2 syarat dll
Catat Ulasan